Hye semua! Aku sedang menunggu waktu untuk ke kelas.Sementara ada masa ni aku mahu kongsi sesuatu dengan kamu semua.Bendanya simple aje.Sangat ringkas tetapi aku rasa agak menarik untuk dikongsi.Okey, entri kali ni tentang bagaimana mahu mendapatkan kalendar yang memang hak mutlak kamu? Kadang-kadang kita tak tahu software apa yang ada dalam komputer.Jadi setelah digodek-godek,aku dapat idea untuk personalize kalender bulan August untuk diletakkan di cubicle aku. Jom aku bagi tutorial paling ringkas di alam semesta!! Yeayyyy!!
Mula-mula, buka Microsoft Office Publisher.
Ok bila dah masuk kita akan nampak banyak pilihan.Lain kali boleh cuba benda lain tapi kali ni kita buat kalender okeh?
Seterusnya,sila klik di "calendar"
Pilihlah template mana yang anda mahu. Memang,memang agak skema templatenya.tapi takkan jadi skema kalau anda letak gambar anda sendiri atau apa-apalah gambar yang anda suka.
Contoh pertama, aku jadikan gambar-gambar aku di Tioman sebagai tema.Sebab aku rindu feeling di Tioman.Ala-ala layan blues gitu. Ok,nah!! I know,simple tapi okey maah..
Aku print saiz A3.Sedang nak menepek di partitionku, ada la suara kawan "wehh,macam best je..aku nak jugak.Copi tolong buatkan" (sambil buat suara manja bajet aku nak kesian tapi memang aku kesian,plus bestfriend yang ku sayang.)Ok laa,aku buatkan. Laida minta satu .Tapi dia demand nak warna ceria gitu.Hasilnyaaa..Tadaaa! Tema pergi Genting Highland haritu..
Lepas tu lagi sorang pulak bestfriend mahu, tak kisahlah sebab bukan susah pun nak buat. Jadi kawanku lai seorang si Sakira mahu tema ala-ala anime.Sebab dia memang peminat setia anime.Nak Samurai X pulak tu.Dia kata kena character lelaki,barulah bagi sumber inspirasi nak belajar.Hambooiiiii!!! Ok,ni Sakira punya calender. Dia punya tulisan pun ala-ala tulisan Jepun.
Ok itu jelah yang aku dah buat.Bulan lain kalender lain pulak.Lepas ni ada lagi satu request pulak nak kalender personalized sendiri. Kenapa aku tak guna Adobe Photoshop? Sebab agak ambil masa.Kalau pakai Microsoft Office Publisher ni, template dah ada.Tinggal edit la,ikut cita rasa masing-masing. Tapi nak buat efek-efek menarik tu tak boleh la. Tak segempak Photoshop la. Bentuk kotak pun tajam-tajam.Pakai Publisher ni sekejap je dah siap.Boleh buat dalam masa 5-10 minit. Nak pilih gambar yang ambil masa sikit.
Nama pun kalender, yang penting nak tulis agenda setiap hari kan. =) jadi kotak untuk catatan harian tu biar besar sikit.
Nota Kecil Hari Ini :
Dalam hati nak buat kalender sendiri tahun 2011 nanti. Setiap bulan gambar-gambar dari desktop aku. Supaya aku ingat memori indah selama aku hidup.Gambar dengan kawan-kawan, ahli keluarga dan macam-macam lah!! Perghh! Angan-angan bukan main,nak buatnya nanti menggelupur malas.hihi..Berangan memang kuat!!
ohyaaa! dah siap lagi satu.Yang ni lain sikit sebab dah mula godek-godek tambah border lah apa lah. Yang ni warna agak keperempuanan la sebab Teha ni suka pinky-pinky gitu.
hahahaa..ade2 jer la dye nie...tp rasenyer skrg org dah tak main kot.sjak ramai pakai BB nie kan. Tak pon yg dah ade Iphone tuh..hehe
ReplyDeletedepends la..sesetengah org masih suka cara traditional iaitu catit.. kawan yg nak buat ni pun pakai BB.. =) sebab suka nak catit kt ruang besar2..kt hp? hurmm..bosan skit xleh conteng2..
ReplyDeletehaha..biase lah tuh.budak seni kan..sbb tuh suke conteng2.hehehe..
ReplyDeletetq...tq..... beri idea.... berguna amat
ReplyDeletecalendar yang kelima tu macam mana awak tukar border dia
ReplyDeletesalam, terima kasih ats perkongsian, sangat bermanfaat :)
ReplyDelete