Aku memang tak boleh duduk diam. Jangan harap aku nak duduk rumah aje selama beberapa bulan lepas SPM. Sebab aku tak boleh hidup dengan rasa bosan. Aku taknak rasa bosan dalam hidup aku. Jadi aku cari lah kerja. Jom review apa kerja aku dah buat sebelum aku di tempat aku sekarang ni (student je pun sekarang..lagak macam dah jadi arkitek berjaya je..)
Chop! Ini entry panjang.Sebab itu aku bahagi-bahagikan walaupun aku tak pasti apa keberkesanannya..huhu.. (-_-") Sila baca dengan penuh kesabaran atau tak payah baca terus kalau memang malas.hahaha..

1) Kerja first aku ialah di Kedai Kacamata / Optometrist. Aku jadi pembantu kat situ. Bila sampai aku kena sapu sampah, lap cermin mata yang banyak-banyak tu satu persatu (bapak banyak tahu tak?). Kedai tu kecik aje. Macam half kedai. Ade bos Cina aku, bini dia, & anak perempuan dia yang kecik lagi banyak cakap. Sesuai lah tu bile jumpe aku yang kuat bebel nih.
Dari kerja tu aku mengenal jenama-jenama spek yang ada di pasaran, dari spek untuk yang rabun hinggalah spek untuk bermacho-machoan. Rayban, Police,Bomba (ni aku tipu) Playboy ade,Playgirl takde, zero-X, Nike, macam-macam lagi. Aku sedikit sebanyak tahu apa beza Astigmatisme dengan rabun lain, aku tahu apa itu spec yang berpolaroid, apa itu multi-focal.
Sambil aku lap-lap spec juga aku usha bentuknya, aku bayangkan spec tu sesuai untuk bentuk muka macam mana. Pelanggan selalu beli spec yang aku promotekan berbanding yang bos promotekan. Sebab tu bila aku dah masuk belajar pun dia still offer nak kerja part-time lagi tak dengan dia. Lagi satu, kalau aku nak beli spec atau contact lens, bos akan bagi murah. Lagi, nak repair spec yang sikit-sikit, free. Ni lah kebaikannya kalau baik dengan majikan.

2) Kerja kedua aku kat butik. Tapi sekejap aje lah seminggu macam tu. Ni butik bini bos optometrist tadi. Dia mintak aku jagakan kedai dia kat Summit. Sumpah kerja ni memang yang paling bosan. Sebab aku rasa baju dia tak best kot. Kuikuikui.. nak dapat inspirasi pun susah.
*seriously butik tu opposite giler dengan butik dalam gambar nih.hehe..*
salam sis nak tanya. ape ja yang boleh kita promote kan kat customer pasal spek mata..?? contoh kalau tudung baju senanglah.. kalau spek mata cammana ya sis? tq sis
ReplyDelete