Tuesday, August 31, 2010

Pengalaman Kerjaku yang Bervariasi. (PART 2)



3) Kerja ketiga kat Burger King,Taipan (tapi sekarang dah gulung tikar) Kerja ni memang banyak beri aku pengalaman hidup. Betol tak tipu. Dari sini aku jadi observer. Aku observe macam mana sebuah restoran makanan segera beroperasi. Penat, memang penat. Di sini aku dah nampak dah dunia luar.

Ada pekerja yang kaki clubbing, kaki perempuan,kaki lelaki, ada sugar daddy, ada mulut jahat. Ada yang baik. Ada yang dengki dengan aku sampai fitnah aku ada pape dengan manager. Tapi ramai jugak yang suka lepak dengan aku especially yang lebih tua dari aku. Mereka kata mereka senang dengan aku. Aku reti hormat orang. Ada yang kaki perempuan sampai buat aku rasa meremang pun ada. Dia cakap :



Abang X:sofiya, aku tak tahulah macam mana nak buang tabiat aku ni.

Aku : tabiat apa bang X?

Abang X : aku suka buat benda *tuut lah. Aku selalu tidur dengan gf aku kat rumah.

Aku : oh ye ke bang? Ehhh bang, time rehat saya dah habis. Jumpe kat kitchen eh (dalam hati dah berderau. Takut sebab time tu kami berdua je kat bilik rehat)

Macam-macam lagi la jenis perangai orang aku jumpa.

Kerja kat sini juga mengajar aku untuk buat kerja secara sistematik. Lepas satu, satu. Kemas dari hujung ke hujung. Aku belajar masukkan burger patty dalam grill, buat beger dan bungkus (susah tau bungkus masa mula-mula.ada cara sendiri). Lagi belajar potong lettuce, tomato, onion. Pemotong tomato ni memang tajam! Aku tersentuh sikit aje. Bukan pegang, tersentuh..dah berdarah. selain tu, sayur-sayur ni kene basuh dengan sanitizer. Masa kerja, kat kitchen memang panas. So kalau dah tak tahan sangat aku curi-curi masuk chiller yang sebesar bilik. Fiuh! Memang terus rasa cam kat London lah! Bila keluar, manager dah duduk depan pintu chiller sambil cekak pingang..Alamak..Memang muka aku ni asyik kantoi aje..

Haaa...korang pernah tengok tak perempuan yang buat delivery pakai motor?  Tak pernah kan..tak pun susah giler la nak jumpa. Tapi BK ni still nak buat delivery walaupun takde delivery man yang berpengalaman lagi tahu selok belok kat subang ni. So memandangkan aku dah lama duduk kat Subang Jaya & tahu selok belok Subang Jaya dari SS ke USJ, aku la jadi pemandu arah.

Kalau tak sure aku akan bukak peta yang besar tu & cari.Yela,dulu tak kenal lagi Goole Earth.Aku tak reti naik motor. Jadi... aku lah pembonceng yang pakai beg delivery. Yang boleh bawak motor duduk depan. Aku instruct kat belakang lagi kena jerit kuat-kuat sebab pakai helmet.. “Kiri!!! Kanan!! Kiri balik!!” orang depan.. “haaa?? Apa kau kata??” “pekak lah kau ni!!! Aku jerit! Memang kelakar. Tapi adventurous betol rasa. Masa tu umur aku baru 18. Sekarang dah 22. 4 tahun dah berlalu rupanya.

Lagi, customer yang baik tu ok lah, memang baik lagi sopan walaupun dah buat silap sikit cakap “takpe, normal la tu if ade silap sikit.” Tapi yang kurang ajar tu memang bapak kurang ajar lah wa cakap lu. Bukan nak kata apa la, orang tua pangkat makcik pun boleh hina dan maki aku dengan tune tinggi.. “ ni lah orang Melayu buat kerja, bodoh betol! Mak bapak pun bodoh tak ajar anak agaknye..” Perghh die tak tahu bapak aku siapa dohh. “makcik! Makcik sedar la diri sikit makcik tu pun Melayu. FYI, bapak aku professor la makcik.I repeat, professor!” (monolog dalaman aku sahaja)

Ustaz kata bila kita dimaki Allah akan melindungi dan memberkati kita. Tapi kalau balas balik, kita sama sahaja dengan orang yang memaki tadi. Jadi aku banyak kali bersabar. Sebab aku jadi cashier. Kadang-kadang dah repeat order pun customer berang lagi sebab salah bagi. Padahal aku dah repeat order, mereka yang time tu tak dengar betul-betul main angguk-angguk aje.

Kat BK ni..aku sebenarnya lebih suka kerja kitchen. Kerja belakang tabir la. Aku tak suka sgt jadi cashier. Once dah naik jadi cashier jangan harap leh masuk kitchen balik.Tapi aku kena naik gak sebab perlukan orang yang boleh bercakap dengan yakin & boleh berbahasa inggeris. Kadang-kadang sampai nyampah gak la bila time mat salleh nak masuk ,cashier lain tunduk nyorok. Sebab takut nak speaking. Tak, aku bukan nak berlagak. Aku nak bagitahu yang bila jadi cashier ni somehow buatkan confident aku bertambah bila berdepan dengan customer dari pelbagai bangsa. Ada jugak yang nak menggatal siap dah kenyit mata siap bagi num tepon lagi. Kau ingat aku siapa? Amek balik number kau ni aku letak dalam bekas fries!

Nota Kecil Hari Ini :

- Aku nasihatkan jangan kerja kat fast food restaurant.Sebab kerja super penat tapi gaji tak berbaloi.
-Aku dah rasa semua makanan kat Burger King. Sape nak tahu apa ingredients Whopper,Chicken Royale sumer tuh bolehla tanya aku.Aku ingat lagi rasanya.Memang badan naik pun sejak aku kerja kat Fast food restaurant ni.Menyampah betolll!! takpe,pengalaman tu yang berharga. (nak sedapkan hati sendiri..(-_-')

No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...