Baru-baru ini aku telah post entri berupa gambar-gambar sewaktu aku ke Tioman. Seperti yang aku katakan, aku ke sana kerana menyertai sebuah program berbentuk latihan keselamatan di laut terbuka. Program ini khas dianjurkan untuk Lifeguard UiTM. Aku ucapkan tahniah kepada June kerana berjaya menjayakan program ini. Ini memang satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan sepanjang hidup aku di UiTM. Thanks!! Sangat seronok kerana pergi bersama kawan-kawan yang terdiri daripada pelajar UiTM yang berbeza aliran. Ada pelajar law, engineering, sportrec, education, masscom dan lain-lain lagi. Secara tak langsung otak pun dapat berkembang kerana takkanlah selama-lamanya aku nak hidup dan berkawan dengan pelajar architecture sahaja hanya kerana aku sibuk.
Kami bertolak malam 15 Julai hari Khamis. Bertolak malam kerana mahu sampai jeti pagi-pagi. Bas UiTM sangatlah laju seperti menaiki roller coaster. Sekurang-kurangnya roller coaster ada tali pinggang keselamatan. Tapi bas ni tiada. Dengar cerita pemandu bas UiTM kebanyakannya terdiri daripada pemandu bas ekspress. Patutlah aku yang selalu tidur mati ni pun boleh terjaga sewaktu perjalanan. Sangat dahsyat sampai aku mengucap banyak kali.hihihi.. Rel langsir juga kedengaran bergerak kekiri dan kekanan dengan rakusnya.Semakin ramai orang yang terjaga dan memandang ke kanan dan kekiri. Aku anggarkan mereka juga sedang mengucap seperti aku.
Amboi-amboi Encik Hariri, tak reti duduk diam nampaknya. Asyik pusing belakang dan bergosip nampaknya. hahaha..Ada rasa 10 tahun lebih muda tak bila berada dengan kami?
Cakk!! Dalam bas pun jadik..memang tak reti duduk diam.
Bas sampai jeti sejam lebih awal. Al-maklumlah, dah bawak kalah Formula 1 mau tak awal kami sampai. Sampai di jeti pukul 3 pagi. Nak pergi toilet,kunci. Nak tidur surau pun kunci. Jadi kami semua tidur je dalam bas. Bila subuh sempat bergambar ketika mentari terbit.
Kami bersarapan dulu sebelum naik bot ke Pulau Tioman. Di sini agak cantik pemandangannya kerana di perairan inilah ada ramai nelayan bersama bot mereka.
Jadi mamarazi tangkap gambar Nasa.
Masing-masing sibuk mengambil gambar dan berborak nampaknya.
Yaaa,itu dia aku dan topi cowboy macho.Hahaha..
Selepas bersarapan,kami pun meneruskan perjalanan ke Jeti Mersing. Wow! Banyak sungguh barang yang nak diangkut.Dengan life vest lagi, alat-alat snorkeling lagi.
Baru aku
tahu banyak bendera rupanya kat bot ni.Bendera kecemasan gitu la. Siap ada direktori lagi macam "Saya mahu jatuhkan sauh" dan "Ada orang jatuh ke laut".Wow,best dan kagum betul.
Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam untuk sampai ke Kampung Salang, Pulau Tioman. Memang lama lah, tapi takpe,berbaloi. Bila sampai, kami disambut oleh Naz dan adiknya dengan banner dari kertas mahjong. Sangat suweet lah mereka ni.hahaha..Mereka sampai sehari lebih awal sebab naik flight.Huhu..agak jeles di situ.
Masing-masing dah tak sabar nak check in dan makan tengahari. Dari dalam bot lagi aku terdengar bunyi perut mereka bernyanyi-nyanyi.Oh silap,sebenarnya tu bunyi dari perut aku sendiri.
Nampak tak ikan kecik-kecik kat bawah jeti ni? Banyak giler wehh! serious banyak sangat. Macam nak menjala aje buat ikan bilis.
Bila sampai,kami diberikan taklimat ringkas sebelum makan tengahari.
Tengoklah,muka sorang-sorang sangat teruja.Sama ada teruja nak mandi laut,atau nak makan.atau kedua-duanya sekali lah kot.
Mari bergambar sebelum mentekedarah! Oh, makanan simple tapi sedap sebab fresh. Ikan maah. Mesti lah segar dari dalam laut.
Lepas dah isi perut barulah ada tenaga untuk beraksi.Hiyarhh!!
Selepas makan, kami berehat sehinggalah jam 4 petang. Kami menjalankan aktiviti keselamatan di tengah laut.
Ada yang tidak pernah snorkel. Jadi agak susah lah untuk yang first timer. Macam aku ni dah banyak kali snorkel jadi bila dah jejak air tu tak sabar-sabar nak cari ikan Nemo. Kami snorkel selepas menjalankan aktiviti keselamatan dalam air. Aktiviti safety water training tu macam ala-ala selamatkan orang macam dalam cerita Bay Watch la..Open water gitu. Tapi air laut masin & berkepadatan tinggi.Jadi kau takkan tenggelam walaupun kau rasa kau gemuk gedempol.Jadi jangan takut mandi laut kay. Selepas latihan, kami naik ke darat dan menunggu untuk makan malam.
Selepas makan malam kami ke bilik audio. Untuk menonton video aktiviti kecemasan. Macam bagaimana nak handle orang yang pitam ,cedera dan sebagainya. Aku rasa orang Malaysia masih kurang kesedaran tentang hal ini.Sedangkan mat salleh di luar dah ajar anak mereka tentang CPR sejak mereka kecil lagi.
*sila abaikan muka penat dan ketembaman pipi ini.hahaha.
sempat berjalan-jalan sambil tengok souvenir.Tengok aje,tak beli.kedekut tahik idung masin mereka ni. (cewah takdelah, sebenarnya barang kat pulau lagi mahal.jadi baik beli kat darat aje)
Malam itu lepas makan malam kami menyalakan unggun api. Kami main game dan nyanyi lagu. Ada orang bawak gitar.Game tu berupa kotak beracun. Lawak betul masing-masing takut kena kat diri sendiri. Sampai tercampak-campak kotaknya. (sebenarnya passing botol,bukan kotak.tapi nama game dia kotak beracun maah)
*bermain game leraikan simpulan tangan.Haha kelakar tengok terselit-selit, terpusing-pusing.
Keesokan harinya.
Kami menjalankan aktiviti jungle trekking. Kami kena merentas pulau kemudian berenang patah balik ke tempat asal. Tapi berenang dengan bantuan life jacket la.Jauh ooohhh.. Sebenarnya kena snorkel. Jadi masa jungle trekking tu dah siap goggle dah kat kepala.kelakar betul. Jungle trekking memakai alat snorkel. Nasib sangat-sangat aku pakai life jacket sebab tahu tak ombak dia kuat gilerr!! memang aku yang takde mabuk laut pun boleh rasa mabuk, terhuyung hayang dipukul ombak. Bila tengok kat dasar,aku pelik kenapa la dari tadi aku di tempat yang sama. Kemudian nampak kawanan ikan,mereka pun sibuk melawan arus.Tak bergerak jugak. Haa...macam tula kuatnya arus.Sampaikan ada yang muntah 5 kali dalam laut. Orang yang pandu bot dari jeti ke pulau pun marah kami berada snorkel sebab ombak kuat sangat. Ekspedisi yang sepatutnya mengambil masa selama 45 minit akhirnya menjadi 2 jam. Uhuhuhuhu.. penat..memang penat..SANGAT PENAT!!
Tapi..tapi..tapi.. aku rasa seronok sebab first time snorkel nampak penyu comel.Dua ekor pulak tu.Besarrr..muka dia macam takde perasaan je tengok kami. Comel gilerrr..huhuhu..terus terlupa pasal penat dan mabuk laut sekejap. Lepas tu sambung lawan arus. Fiuh! fiuh!
Mereka yang tak menghabiskan ekspedisi snorkel keliling pulau.Tapi terpaksa balik ikut jalan hutan sebab takde jalan tepi pantai untuk balik ke tempat kami. Walaupun hampir sesat dan seliper salah seorang dah hilang dan mereka berguling-guling tergelincir segala,tapi muka masih sangat happy. Hahahahaha..Aku tahu siapa yang muntah 5 kali dalam laut tuuuu... ;p
Petang tu kami diberi pilihan untuk membuat aktiviti sama ada scuba atau pun naik boat jalan-jalan keliling pulau. Nak join scuba kena bayar RM 130 macam tu.Aku pulak tak bawak duit lebih.Makanya aku join aje naik bot. Tapi bessssttttt..laju wooo..air laut biru aje..laju sampai rasa nak tercampak pulak tuh.
*Encik Yob dengan gaya nak mengorat anak gadis..Oooo..report bini kat rumah!*
Selepas itu kami sempat ambil gambar tengah lompat. (tak sangka aksi kami memberi inspirasi pada pelancong lain untuk ambil gambar terlompat-lompat jugak sebab pada awalnya mereka posing ala-ala manja suweet gituw.Bila lalu tepi kami tak lama lepas tu mereka pun posing terlompat-lompat satu geng.hihihi..)
Makan malam hari itu berupa BBQ.Wowww!!! Bestnyeeeeeeeeeeee!! dahla kat tepi pantai.Angin sepoi-sepoi bahasa (haha tiba-tiba teringat karangan BM bila type ayat ni)
Happy tak kami? walaupun pada awalnya kami tidak begitu mengenali antara satu sama lain tapi bila dah buat aktiviti sama-sama terus kamcing macam family dah..Masing-masing ada karakter sendiri yang kelakar.Memang tak kering gusi dibuatnya.
Aiskrim. Naz belanja semua ni. =) Aku ambil satu.
Makan aiskrim ramai-ramai.
Waktu sedang berjalan ke arah unggun api, terlihat seorang budak bertongkat dagu depan belon warna warni ni.Aku tegur la dia tengah buat apa.Apa yang dia pikir. Sekali mak dia cakap budak ni beli belon.Tapi belon tu masuk dek semut. Jadi dia macam sidai belon-belon ni la. Sebab tu bertongkat dagu menunggu sampai semut keluar dari belon-belon dia.Comel giler budak ni.Hahaha..
Malam tu lagi sekali nyalakan unggun api dan bermain games lagi sekali.Kali ni lebih kelakar games nya.Hehehe..
Kena berlakon Jais tangkap pasangan gay berkhalwat.
Berlakon jadi sotong Paul.
Berlakon keadaan melahirkan anak.Haha..lawak betul lakonan Hafiz nih!
Malam tu malam terakhir kami di Tioman. Esoknya kena balik. Jadi esoknya apa aktiviti kami yer?
haaaaa.. Scuba lagi, mandi laut, dan main volley ball.
Selepas penat bermain, kami ke chalet masing-masing untuk kemas barang dan berangkat.Huhu..agak sedih la nak meninggalkan Pulau Tioman ni.Rasa macam tak puas mandi laut.Tak puas snorkeling.
Walaupun muka nampak happy tapi hati sayu sikit la..Tak tahu bila lagi boleh datang Tioman.5 tahun lepas aku pernah datang Tioman untuk kali pertama.Jauh lebih cantik dari sekarang.Coral masih banyak hidup.Tapi sekarang tak secantik dulu.Jadi tak dapat bayangkan 5 tahun akan datang jadi apa pulak kat Pulau Tioman ni. tsk..tsk..
Bagi ikan makan roti. Sebenarnya tak elok kita bagi makan ikan macam ni.Sebab boleh mengganggu ekosistem kehidupan laut. Tapi sebabkan teruja tengok banyak sangat ikan,kami selamba aje bagi.
Geng sebilik.Memang gempak pukul 3 pagi tak tidur lepas tu gelak kuat-kuat sampai disalah anggap sebagai cik Pont..Bayangkan la ade 3 bilik sederet,bilik kami tengah-tengah antara dua lagi bilik.Esoknya dua-dua bilik komplen kami bising.Hehe..sorry korang..tak dapat ditolong..ada peristiwa yang sangat kelakar yang tak boleh kalau tak gelak smpai nak pecah perut.
Ni pulak geng budak kacamata hitam (ceh cam poyo gilerr eh..) Gambar sebelum naik bot untuk berangkat balik.
Hazri & Hazrina.Dua beradik yang sangat comel memakai baju Elmo bersama-sama lengkap dengan beg Elmo.Comelnyeeeeeeeeeeeee....
Beli souvenir? Mestilah beli!
haha..tag wellcome tuh sgt nice..hehe..lagi satu yg dak kecik tunggu belon masuk semut tuh..kan fahmie dah kate...pegi tioman best....an an an......
ReplyDeletehahaha..yeahhh..best sebab pergi dgn org yg best..dan jumpe dgn org2 yg best gak kt sane..sebagai contoh budak kecik tulaa..comel giler kot..
ReplyDeleteSophie!!! Bash baru baca post ni, sebelum ni tak baca pun, tak jumpa...hahah... Eh memang sangat best lah! Bash pun rasa bertuah dapat join. ;D
ReplyDeletewaaa...best2...cik aiskrim...akn ke slh sbuah pulau di johor...tmptnya sgt chnatek..bkn pulau tioman..dan bukan pulau perhntian...nntikan..huhuhu...
ReplyDeleteeh . hazrina . macam kenal jer . dia sekarang keje dekat kidzania jadi photographer . what such a small world . huhuhu
ReplyDelete