Tuesday, August 31, 2010

Pengalaman Kerjaku yang Bervariasi. (PART 4)

5. Kerja catering.Masa ni dah kat UiTM dah. Macam mana entah aku boleh terlibat dengan kerja ni. Ada kawan yang ajak. Aku follow jela. Tengok tempat la.Kalau hotel lebih sikit bayaran. Minimum pun sehari dapat RM50. Penat weh.. Sumpah penat.. Penat gilaaa. Okey kesimpulannya memang penat la. Sebab berat tau nak angkat pinggan mangkuk dulang-dulang semua tu.Bukan dibuat dari plastic. Kaca berat tuh dengan dulang besi berat.

Seorang jaga 1 meja atau lagi teruk dua meja. Nak kena ulang alik dari belakang tempat persediaan makanan ke meja dalam dewan. Kadang-kadang tak sempat nak serve pemanis mulut pun sebab laju sengat mereka nih makan. Lepas tetamu makan kena angkat pinggan mangkuk dia.Air habis kena isi. Kalau meja dekat dengan kithen senang lagi. Kalau dapat paling hujung atau tengah-tengah? Rasa macam nak buat-buat pengsan pastu balik aje. Pendek kata kerja ni lebih sesuai untuk lelaki la. Kederat lelaki ni lebih besar.

 
*bukti nih aku kerja catering.Kat SACC Convention Centre.Kerja bersama rakan-rakan seperjuangan cari duit lebih dan pengalaman.*




*gambar tak berapa jelas sebab pakai camera hp. Tengoklah aku dah tumbuh muscle tahu..*


6. Kerja sebagai lifeguard kolam renang UiTM. Aku diajak menjadi lifeguard sewaktu aku berenang disini. Ohya, kolam sini asing waktu antara lelaki dan perempuan. Lepas lulus test aku mula bertugas. Tapi sini ada kelonggaran sebab lifeguard semua pun student kan, kalau busy ada class, orang lain la bertugas.

Disini kami dibayar ikut jam. Menjadi seorang lifeguard ni kenalah bertugas betul-betul tak boleh leka.Malang tak berbau. Kadang-kadang orang yang pandai berenang pun boleh lemas sebab cramp dalam air. Ada juga kes tak reti berenang, tapi pergi tempat dalam dengan berpaut pada board. Sekali board terlepas,die pergi berpaut kat kawan dia. Habis dua-dua pun nak lemas. Tapi Alhamdulillah la belum ada kes lemas (mati) kat sini.

Erm..menjadi seorang lifeguard juga kena lah jaga stamina. Bos suruh buat 30 lap setiap kali swim.Itu minimum. Memang itu jelah yang aku mampu buat pun.huhu.. Agak loser la bagi seorang lifeguard kot. Lifeguard lain ada buat 50, 100..menyampahnyeee... Jeles! Jeles!! Tapi tu lelaki la..

Lepas setahun macam tu aku diberi kepercayaan untuk handle kelas renang pulak. Semua kelas pun kelas wanita. Kebanyakannya pensyarah dan staf UiTM.. memang kena penuh kesabaran la. Kadang-kadang ada kawan yang tak dapat hadir mengajar jadi aku ganti kelas dia yang mengajar kanak-kanak pulak. Itu lain ceritanya.. Pendek kata ajar budak-budak dengan orang dewasa ni kena guna pendekatan berbeza.

 *jangan bayangkan lifeguard tu adalah seperti Pamela Anderson dalam Baywatch okehh..Kami supan santun..lagipun waktu sesi asing lelaki dan perempuan.*

1 comment:

  1. assalamualaikum..
    saya berminat nak cari muslimah lifeguard untuk muslimah private club..
    kami sgt2 emerlukan lifeguard muslimah memandangkan club muslimah ini hnya untuk muslimah sahaj..
    kalau awak berminat or ada kwan yang berminat minta emailkan ke rinamrsbifa@gmail.com ye..
    tq so much if u can help :)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...