7. Internship. Kalau praktikal buleh dikira kerja tak? Hehehe.. Aku kerja di sebuah firm arkitek di Subang Jaya. Well, tak banyak yang boleh aku ceritakan sebab sekejap aje. Pendek kata kena buat detail drawing macam detail tangga, connection, buat pembetulan pada drawings,key in site dan lain-lain.Tapi buat drawing pakai software la. Firm ni besar dan cantik. Kerja pun macam orang gila. Kat sini aku selalu nampak arkitek-arkitek dia berlari-lari, terkejar-kejar angkat fon, nak jumpe client. Kalau client nak tengok drawing esok maknanya esoklah.. memang lepas tu kena bawak toiletries sekali mandi kat office. Banyak juga projek dari luar negara macam China, Jepun, Dubai. Tapi sekarang Dubai dah bankrap.hehe..
Kat office ni boleh kira macam One Malaysia jugaklah.Sebab ada orang Melayu,Cina dan India,dan lain-lain.Lengkap.Aku kalau boleh nak cari firm macam ni nanti bila nak kerja. Bila campur,aku rasa lebih semangat untuk buat kerja.Sebab yelaaaa,malula kat kaum lain kalau malas-malas.Dahla orang Melayu selalu dikaitkan dengan sikap malas dan hasad dengki.
*Cantik tak office tempat aku kerja ni? Office ni ada beberapa department.Architecture,Interior Design dengan apa eh lupa pulak.sory..*
huuu..staf office sangatlah best..
Kami main futsal sama-sama.Campur aje laki perempuan.Takde undang-undang ketat.Nak tendang angin je pun takpe..Maklumlah..tak berapa terer.
Aku sempat join majlis Christmas tahun lepas.Hurm,bukanlah exactly aku sambut,tapi majlis office kan..be profesional.hukhuk..*padahal sebab makan best giler kat hotel*
Kami praktikal di tempat yang sama.Best ada geng.taklah rasa bosan sangat buat kerja.hehe..
*mat salleh pun ada kat office kami*
Nota Kecil Hari Ini :
Okay, rasanya setakat ni ajalah kot kerja-kerja yang aku dah buat. Kerja dari number 1-6 memang pada dasarnya di luar bidang aku. Pengalaman bekerja di suasana yang berbeza membuatkan aku lebih mudah untuk adapt dengan keadaan sekeliling.Bermaksud kalau kena berdepan dengan suasana yang baru,aku tak cepat melatah.Aku belajar dulu,keadaan persekitaran dan orang-orang di tempat baru tu macam mana. Pengalaman ni mengajar aku untuk lebih menghormati orang tak kira di mana sahaja. Sebab, anda takkan tahu kalau seorang penyapu sampah atau pekerja-pekerja bawahan itu sebenarnya ada cita-cita sendiri yang bakal direalisasikan. Kita takkan tahu mungkin pekerja bawahan itu yang akan jadi profesionalis di masa akan datang. Mana tahu yang kerja tu bakal doctor ke, perdana menteri ke. Jadi jangan sekali-kali pandang rendah kemampuan orang lain. Dengan kerja-kerja yang aku pernah buat ni, aku rasa enjoy sebab aku berpeluang untuk berkenalan dengan mereka yang berlainan bidang dengan aku.Faham cara mereka berfikir.Aku rasa apa yang aku belajar semuanya ilmu.Kena marah ke apa ke aku tulikan aje telinga. Kerja tak boleh sensitif lebih.Paling tak pun kau buat je muka toya,sure orang yang marah kau tu stress dengan kau balik.hahaha..
Sekian, tahniah jika anda dah baca sampai sini.Clap2~
bestnye dpat tmpat keje camtu...
ReplyDeletebest? tempat mmg la best..
ReplyDeletetp bos? garang laaa...
Muka ketat? haha!! adake.. mandai je bagi istilah.. dushh dushh ngan lembutnya kat pipi..
ReplyDelete