Hello! Apa khabar semua? Harap anda semua sihat. Ok, hari ini aku mahu berkongsi sesuatu dengan anda semua. Haritu aku dah kongsi Tips Membeli/ Menyewa Rumah kan..Yaaa.. berkongsi ilmu sedikit tentang architecture. Perkara yang ingin aku bincangkan ini ialah perkara paling asas untuk anda mencari perabot rumah, susun atur perabot, dan perletakan tinggi rendah sesuatu perabot itu. Bukan sahaja bekisarkan tentang perabot tetapi juga barang lain yang selalu anda gunakan dalam kehidupan seharian.(aku merasakan sedikit keskemaan bahasa dari awal perenggan yer.hurm..takpe..Teruskan)
Okey harini kita akan berbicara soal "anthropometry" dan "ergonomic".
"anthropometry"- ukur badan manusia mengikut kesesuaian sesuatu penggunaan bahan, perabot, ruang dan lain-lain penggunaan yang melibatkan manusia.
"ergonomic"- rekabentuk (design) yang direka untuk keselesaan setiap pengguna. Jika perabot @ barang itu selesa dengan ketinggian/postur badan anda, bermaksud design itu ergonomic. Jika tak selesa, bermaksud design itu tak ergonomic. Paham tak?
Contoh:
Contoh 1 ( kerusi dan meja + komputer )
Apabila anda duduk dan ingin melakukan kerja menggunakan meja, pastikan meja tidak terlalu tinggi atau rendah untuk anda. Jika tidak anda akan rasa tak selesa dan cepat lenguh badan. Oleh itu, bila nak beli kerusi nak buat kerja, seeloknya belilah yang adjustable. Begitu juga apabila komputer berada di depan anda, pandangan mata haruslah lurus. Bukannya anda kena dongak atau tunduk pula.
Tips: Berbeza pula dengan kanak-kanak. Sebab itulah wujudnya kerusi kanak-kanak kalau anda ke restoran. Kerusi itu biasanya tinggi. Sebab meja biasa adalah mengikut ukuran normal & biasa. Bagi bilik kanak-kanak pula, sewajarnya berikan keselesaan pada mereka.Perabot tu belilah yang comel-comel, kecik aje. Macam dalam gambar bawah ni.
(kenapalah mak ngan ayah aku tak buat bilik aku masa kecik-kecik macam ni. T_T jelesnyeee..)
Contoh 2 (almari,cabinet)
Biasanya kalau almari ni ada orang upah company perabot suruh buat full sampai ceiling. Betul tak? Macam rumah aku. Memang bagus dari segi penjimatan ruang kerana anda go for vertical space. Tapi keburukannya? Bila tinggi sangat, siapa yang nak panjat simpan barang kat situ? Mesti kena angkut tangga. Leceh kan? Habis tak pun giler berhabuk dah dalam ruang yang paling atas tu. Tak pun sesuai letak barang yang memang sangat tak berapa nak guna sangat lah macam karpet yang banyak-banyak, bantal lebih-lebih macam tu.
(ihsan Google lalu termasuk website Prof Shukor.Prof, pinjam gambar eh.)
Nampak tak gambar di atas ni? Ni lah yang dikatakan tak ergonomic. Cuba fikir macam mana cik akak ni nak ambil fail yang paling atas? Habis jengket pun tak sampai kan. Kalau nak susun macam ni, sediakanlah kerusi yang macam kat library tu. Kotak kat kaki tu pun tak patut letak situ. Meghalang laluan.
Contoh 3 (penggunaan barang seperti mouse, hp, pen)
Adakah anda selesa memegang barang yangs selalu anda gunakan seperti pen, mouse (tetikus), handphone dan lain-lain?
Lihat gambar di atas. Nampak macam besar sangat kan mouse ni? Tapi mungkin ada orang suka yang besar-besar. Tapi apabila anda memilih barang-barang seperti ini, seeloknya anda cuba dahulu. Jika anda perempuan mungkin tangan anda lebih kecil. Sama juga macam hp. Contohnya Blackberry, owh wow, gempak tapi lebar. Adakah sesuai dengan genggaman tangan anda?Kadang-kadang bila tengok budak-budak sekolah perempuan pakai BB aku rasa pelik pulak bila mereka pegang BB tu. Faham tak maksud aku? Macam nampak tak selesa pun ada. But oh well, tepulang pada diri masing-masing kan. Yang penting gaya, mutu,keunggulan..
Ok, Selepas briefly explain apa yang aku dah belajar selama 4 tahun di UiTM, aku dah berjaya ringkaskan dalam satu entri kasi korang senang faham. hoho.. Jadi rugi kalau korang tak aplikasikan dalam kehidupan seharian. Kalau ikut mak beli perabot tu cakap kat mak, jangan tengok cantik aje. Pergi try duduk kat sofa tu. Selesa tak antara tempat duduk dengan tempat sandar die tuh. Ke lebar sangat sampai tak boleh lipat lutut. Macam tulah lebih kurang. Lagi satu, kebanyakan perabot datang dari luar negara. Kamu hendaklah tahu bahawasanya saiz badan Asian adalah berbeza dengan mat salleh ke Arab ke Persian ke. Jadi ukuran perabot mereka mungkin berbeza dan besar sikit. Jadi sebab tulah kamu kena try dulu. Ada paham?! Lebih baik korang paham kalau tak sia-sia entry ni.. T_T
Jangan jadi macam kartun kat bawah ni ok..
(klik untuk besarkan)
Nota Kecil Hari Ini:
Teringat sorang kawan aku ni. Dia minum air Blackcurrent masa kami lunch. Bila nak bayar:
Abang Kaunter: Minum air apa dik.?
Kawan: Minum air Blackberry.
Abang Kaunter: ohhh..air Blackberry. RM2.50 dik..
Aku dan lain-lain : (cepat-cepat blah tak tahan nak gelak. Seriously kawan aku tengah blurr masa tuh)
p/s: pssst!!!!! aku baru buat iklan nuffnang. Apa lagi? mari lah beramal jariah. Tuuu kat belah kanan tu. Sedekah la sikit kat I ni.hukhuk..
tips berguna,,,
ReplyDeleteadusss..ila pun nak gelak kwn sophie tu...air blackberry...hehehheheh..ya ampun..maafkn ila yer tegelak...he2
Nice info. We all physiotherapy memang selalu advise patient bab-bab posture + ergonomic ni. tapi tak terlalu detail la and more to spine posture to prevent postural deformity.
ReplyDeleteTerbaru >> 1) Pesan Untuk Adik 2) Komen Adalah SEO? Macam Mana? 3) Ada Button Pelik?
nice info sophie !
ReplyDeleteboleh i guna tips nii
you boleh tk remove
word verification.
susah nk komen ;]
owh.sebab rajin online.fahmie penah kene carpel tunnel syndrome. sakit gile tangan mase tuh.hehehe.tengs for the info.
ReplyDeleteahha,,rase nk gelak plak dgn air blackberry :D
ReplyDeletebagus tips ni...
ReplyDeleteslalu aku amalkan..
tp beli perabot blom lg arr, slalunya masa beli mouse, hp, laptop, beg, dll..
tergila gilakan BB smpai air pun sebut cmtu :D
ReplyDeletehoney bunny: eh xpe2, die mm patut digelakkan..wakaka..
ReplyDeletephreak-id:yes, but somehow itu lah yg plg penting.tulang belakang kan..
sui nawi: thanks..huhu.dah remove lepas u ckp.sblm ni x perasan.
Fahmi: haha.harap kamu faham dgn entri ni.
cEro: bagus!! jadilah penguna yg bijak!
twinkle2: gelakkan aje.hahaha..
amalina jo: haha.. a ah, die mmg blur pun.
terima kaseh dgn info ni.. gud2.. hehe.. selalu gak la belajar pasal ergonomic ni.. hehe.. tp kan.. suka tgk gmbr budak kecil tu... uu.. jelesnya. masa kecik2 dulu takde komputer lagi nak wat cm tu.. hehe
ReplyDeleteape tak paham pulak.penyakit carpel tunnel syndrome tuh sakit kat pergelangan tangan akibat perabut yang ade kat rumah sewa dulu. so since dat day dah tak pakai lagi dah. org gune posisi yg betul jer sekarang.ade lagi ke yg fahmie tertinggal syg??
ReplyDeletepsst...sya dtg click mr nuffy!! huhu...thanks yank for da info!!!
ReplyDelete