Thursday, November 25, 2010

Header baru & 25 random things about Sophie Al-Yahya

Aku telah ditag oleh cik Ain dan beberapa orang lagi dengan benda alah ini.Maaf dah lost siapa yang tag aku.huhu.. Makanya harus diselesaikan dong. 25 random things termasuklah facts, habits, or goal dalam hidup. Oleh itu, marilah kita mulakan dengan bacaan Bismillahirahmanirrahiiim.. ke garisan, sedia, MULAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

0)
aku baru buat header. Simple je,taknak sarat-sarat sangat eh.Ok tak?


1) 
Aku anak ke-4 dari 6 orang adik beradik. Tapi anak sulung perempuan.

2) 
Aku teringin nak travel seluruh dunia. Nak jadi backpackers. Tapi ongkosnya nggak ada lagi sihh!

3) 
Kawan aku yang ada kebolehan menilik tangan pernah kata yang aku akan ada dua profession nanti. Aku rasa macam dah tahu je apa dia.

4) 
Aku baru tahu aku ada allergic dengan sabun.

5)
Aku suka giler makan chocolate dengan ice cream. Susah untuk hidup tanpa kedua-duanya. T_T

6)
Binatang yang aku suka ialah kucing, burung dan ikan.

7)
Aku dah habis belajar tapi aku KENA sambung belajar lepas setahun atau 2 tahun bekerja. Itu target aku.

8) 
Antara angan-angan aku yang tak mungkin tercapai ialah untuk menjadi doktor haiwan, pakar bedah, inspektor polis, perisik,tentera udara, pilot.

9)
Aku pergi dua kali untuk interview masuk course Architecture kat UiTM. Yup, aku ketinggalan satu sem daripada kawan-kawan lain tapi Allah maha adil, course aku ditukarkan kepada Degree daripada Diploma. Best kan?

10)
Aku dah melibatkan diri dengan kolam renang selama 5 tahun. Tapi masa darjah 3 aku dah join kelas swim sekolah. Then stop. Time SPM baru aktif balik.

11)
Aku seorang yang sibuk. Walaupun dah habis belajar aku masih sibuk. Hukhuk. Hakikatnya aku rasa boring dan otak macam tak berjalan kalau tak buat apa-apa.

12)
Aku pernah hantar resume jadi pembaca berita @ host satu channel tv ni. Aku dihubungi mungkin untuk interview @ audition tapi masa tu aku tak angkat. Sebab aku tengah duty kat pool. Bila call balik, orang tu kata akan call balik. tapi sampai sekarang tak call. Owh mungkin rezeki aku bukan di bidang itu. No problem.

13)
I am an outdoor type of person instead of indoor. Suka merantau, cari benda baru. Suka menimba pengalaman melalui pergerakan, sifat manusia dan peredaran zaman.

14) 
Aku tak suka post tentang pakwe aku. Sebab itu adalah privasi aku. Hakikatnya beliau sangat penting dalam hidup aku.

15)
Aku teringin nak buat bungee jumping.Tapi bila fikir balik rasa macam ada sedikit kegilaan di situ.

16) 
Aku teringin nak sambung belajar dalam civil engineering dan town planning. Tapi entah bilaaa.. =( Architecture pun belum katam lagi.

17)
Aku seorang yang praktikal. Aku suka memakai seliper jepun @ sandal biasa-biasa sebab selesa. Jadi aku harap takde orang lagi yang akan bertanya kenapa tak buat tutorial shawl ke, fashion-fashion ke jadah ke apa. Suruh jadi fashionista ke. Adoiii.. Aku akan pakai lawa sikit bila keluar or ada majlis aje. Tambahan pula aku agak pemalu nak letak gambar aku banyak-banyak kat entri blog nih. hikhik..

18)
Aku ada rasa rendah diri yang mendalam. T_T  Kalau ada orang kata aku comel @ lawa aku rasa macam...... hurmmmmmm...biar betul? (sambil tengok kat gambar sendiri & cakap "kat mane lah yang comel/lawanye tu..?")

19)
Aku takut gelap. Kalau tidur, bila tutup lampu aku akan pastikan lampu toilet terbukak. Tulaa, banyak tengok cerita seram.

20)
Aku menyampah betul dengan lelaki yang sangat-sangat memilih perempuan. Nak yang cantik, slim, perut kempis, kulit gebu.  Tapi diri sendiri boroi, pendek, gelap. Tolonglah jangan nak memilih okey. Kadang-kadang kita kena cermin diri kita sendiri tahu tak labuuu.?

21)
Aku suka warna warni & tengok pelangi. Kalau tengah drive aku sanggup berhenti tepi jalan. (kalau jalan lapang laa)

22)
Teringin nak pergi angkasa. Tapi taknak jadi angkawasawanita. Nak jalan-jalan aje. Mana lah tahu jumpa alien dan kehidupan lain ke.

23) 
Aku sangat suka pergi pulau. Suka snorkelling, tengok ikan dan bagi ikan makan. Pernah terfikir tak, sebenarnya hidupan laut berganda-ganda banyaknya berbanding hidupan darat. Sebab 70% bumi ni dilitupi air. 30% je darat. Korang bayangkan lah apa khazanah dan hidupan yang ada dalam laut tu. MasyaAllah.

24)
Ohhh! Aku juga suka cendol lebih-lebih lagi cendol pulut. Nyum-nyum~

25)
Rupanya aku dah sampai kat number 25. Yeay! Dah siap tag ni rupanya!!

Ditamatkan dengan Alhamdulillah~

Ok, aku mahu tag anda semua!!! cepat buat!



14 comments:

  1. cantik header tu :)
    suka tengok. kalerful :)

    ReplyDelete
  2. Aku menyampah betul dengan lelaki yang sangat-sangat memilih perempuan. Nak yang cantik, slim, perut kempis, kulit gebu. Tapi diri sendiri boroi, pendek, gelap. Tolonglah jangan nak memilih okey. Kadang-kadang kita kena cermin diri kita sendiri tahu tak labuuu.?


    Like this....he2

    ReplyDelete
  3. Saya pun dah tukar header baru gak ehek XD

    ReplyDelete
  4. yana suka 20!! stand in front of the mirror dulu la kan kalau nak jadi seorang yang choosy.. x suka!!!

    ReplyDelete
  5. masih nak audition news reader tak ?
    travel cara backpackers. tu juga di antara keinginan akhir. kerja nak kumpul duit. dah ada aset. then, move.

    ReplyDelete
  6. cane sophie leh wat bsr yer header..kalo dla dia xleh besar jd xlawa..isk..iskk..nice la header sophie..

    ReplyDelete
  7. kbykannya same dgn aku...
    tp yg mane aku tak nak bgtau...
    hahahah

    ReplyDelete
  8. header u cantik dan simple.. :)

    btw, yg sama random things u ng i ialah, i mmg suka meow, chocolate.. hehe.. no 14 pon sama.. hehe.. stuju sgt no 20 tuh.. dan yang pastinya.. cendol mmg mantOPPPP!!! hehhee..

    eh eh.. tiba2 i dah teringin nak pi cari cendol... ish ish ish copie ni..

    ReplyDelete
  9. Miza Yusof: hehe..sy buat sendiri.. =B =B =B (konon nak bangga)

    Love is forever: hehe..makaseh..

    Honeybunny: haha..thanks!! seriously itu senario yg mmg wujud.

    Faizal & fashitah: alright!!! Give me five gengg!!


    dyah pinky: true2.. sodap giler!

    liyana aziz: exactly!

    iqa: thanks babe..

    ryann: thanks kak ryann.but i guess i'm not ready yet.. -_-"

    rara farah: thanks, a ah..mmg nak yg kalerful pun..

    aishah aziz: hehe..tengkiu..

    dla: sophie dah bgtau kat shoutbox dila.

    cEro: aku tahu..mesti kau takut gelap kan??

    sophia rani: huahua..nama dahla sam kan kite..byk jgk persamaan kan..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...