Nah, gambar sajian sebagai mukadimah.Haha. Ni gambar 3 minggu sebelum exam tak silap. Lepas duty di kolam aku terus ajak Nisa dinner. Bila jumpa dia tiba-tiba ajak gi Subang Jaya, kawan sekolah buat futsal. Dia kata jumpa kejap pun jadila sebab tahu aku busy.Huhuhu..Maka dengan berpakaian sempoi dan muka basinya tanpa mekap berbedak tabur berbedak padat berbedak tepung gomaknye ikut ajelah.. sebab geng masa sekolah ada. =) =) =) bestnyeee.. dah nak 5 tahun dah habis sekolah rupanya.
*BFF & XOXO. please say we look younger than 22 ;p *
*the real me. the silly comot sophie with big nose, big eyes and whatever big panda eyebag*
*best jugak lense fish eye view kawan aku nih*
Waaaahh,lama betul rasanya tak berblogging. Sampai tak tahu nak mulakan dari mana. Entri sebelum ni mungkin berbaur stress kot sebab banyak kerja. Jadi sekarang ni aku dah habis dah semua kerjaanku..Weehuuuuuu~ Penat betul berhempas pulas. Buat Research Paper satu hal, siapkan drawings untuk review satu hal. Drawings tu kami kena buat detail drawings la untuk bangunan design kami sem ni. Semua kerja bertindih tak tahu nak siapkan mana satu. Dah habis exam pun kena buat kerja lagi. Seingat aku 4 malam straight aku tak tidur. Tapi siang tu curik-curik lah tidur sejam,dua,dua jam setengah. Tapi itu pun tidur kat meja buat kerja.Kalau aku tidur baring, gerenti hanyut separuh hari..
Tapi takpe, takpe sebab tak elok mengeluh kan? Ni semua jalan yang dipilih so no touching-touching.. (eleh dah lepas semua boleh lah cakap macam ni..huahuahua..kalau tak, nak gedik-gedik peluk mama tersayang nanges-nanges auwww~) Sebenarnya mungkin aku stress dan busy lebih sikit dari orang lain kerana aku dalam proses training untuk dapatkan lesen 'swimming instructor'. Certificate yang aku ada sekarang ialah Bronze Lifesaving certificate (untuk jadik lifeguard tuuu). Makanya walaupun aku memang mengajar/bagi class orang swim tapi untuk menyedapkan hati aku usaha jugaklah dapatkan lesen ni. Jadi untuk dapatkan lesen ni aku kena train 4 orang pelatih sampai mereka lulus test Bonze Lifesaving Certificate tu barulah aku boleh dapat lesen. 4 orang beb, bukan seorang. Mungkin sebab tula aku penat kot sebab kena turun kolam jadi coach dengan mata panda. Dan Alhamdulillah,di sebalik stress sebab kerja sebagai student, anak-anak didik ku semua lulus test dan sekaligus aku pun lulus untuk dapat Swimming Instructor License. Yabedabeduuu seronoknyeeee!!
Berikut merupakan video pre-test untuk test lifesaving tu. Aku cilok dari hp orang.huahua.. Ni pre-test tau.bukan test betul-btul. Kena tarik mangsa lemas. Banyak test dia, tapi ni yang paling susah sebab kena berenang pecut 50meter dan patah balik dengan menarik mangsa dan habiskan 50 meter semula dalam masa 3 minit. Kalau tak tarik orang 2 minit dah boleh sampai. Tapi orang berat..jadi amek masa sikitla..(sorryla sape yang swim tu tak minta kebenaran nak publish, tapi xpe, muka korang blurr tak nampak siapa..hehehe..)
p/s: mungkin lepas ni akan lebih rajin update blog sebab dah habis belajar. Harap-harap sangat lulus semua subjek. Tak sanggup nak repeat apa-apa. Aku dah usaha sehabis mampu. Jadi aku tawakal ajelah minta semuanya orait! Ok cuti ni aku nak kuruskan badan! (-_-') sila jangan ajak aku makan sedap-sedap yer kawan-kawan..Jangan nak banyak kenduri kahwin sangat eihh!
jgn stress2 ye Sophie...
ReplyDeletemenang tk main futsal tu??
oit oit..kurus sgt xelok kot..cmni just nice weh.. ^___^
ReplyDeletebest nyer jumpa kawan2 skolah kan
ReplyDeletecomel wat muke gitu..hihi
ReplyDeleteaku nk belajar berenang!!
ReplyDeletesophie, ee tak reti swim pun. sophie siap jadi instructor lagi. hehe.
ReplyDeletedah dapat lesen tu. tahniah dik.
ReplyDeletesui nawi : tak menang pun..sebab tak main ^_^.. tolong tgk aje..
ReplyDeleteduckness: eh iyeke? tp dah semakin bulat nie..
my Mira: a ah memang best.. release sekejap tension nie..
anamizu: hahah..mcm ni pun comel eh? boleh lah buat hari2 kat pakwe..lalala..
cEro: joma ahhh!!
ee: jom la belaja dgn sophie =)
ryann: thanks kakak ryann..hehehe..