Thursday, August 5, 2010

Mari Melawat 'Cubicle'ku di Studio!

Hye! Hari ini aku mahu membawa korang melawat sekitar cubicle ku atau meja ku di dalam studio. Mungkin masih ada yang tidak dapat menggambarkan keadaan studio tu macam mana. Tak, studio yang aku maksudkan bukanlah studio jamming ataupun studio Sri Pentas tetapi studio untuk pelajar Studio-base seperti aku. Aku sangat sayangkan suasana studio belajar sebab aku rasa suasana ini lebih unik dan rasa macam rumah.Patutlah aku jarang balik rumah sewa..Suka melepak di studio.

Sekarang aku mahu tunjukkan bagaimana untuk menjadi inovatif dan kreatif secara ringkas. Aku akan tunjukkan maksud sebenar pencil box (kotak pensil)


Ni kotak biskut Famous Amos yang diberikan Saliza masa sem 6. Dah setahun tapi masih gagah berdiri.


 
Ni aku punya barang-barang melukis,mewarna dan yang seangkatan dengannya lah. Banyak eh? boleh laa..sebenarnya lagi banyak. Tapi mana muat.Lagipun ni kan kotak pensil. Barang yang lain layak letak dalam tool box.

 
Setiap barang kena lah letak tag.Sebab asyik hilang.huhu.. Orang lain pun ada pen yang sama. Ok, Copie tu nama timang-timangan kawan panggil. Isk3.. Malunyee nak bagitahu. Takpe, comel kan? Ahaks!!

 
Haaaa!! Part best, cuba tengok betul-betul, siap boleh sangkut stapler tuh. Lepas tu ada ubat staple tu skali. Kalau nak top up isi dia boleh slide aja. Sebab aku dah lekat dengan masking tape.

 
Aku bahagikan kepada 3 kotak ni. Macam yang paing kiri untuk yang barang-barang mewarna macam pencil colour, magic pen. Yang tengah macam untuk kegunaan kasar macam gunting, gam. Yang kanan untuk pen dan pembaris dan lain-lain. Sebab kalau untuk pen mana muat,banyak sangat. Jadi aku selit-selit aja lah kat sisi kotak.Nampak teratur sikit. Lagipun dari atas senang nampak point berapa pen tu. Kalau kat penutup kotak pulak aku letak staple (orang selalu panggil bullet tu.) Penutup yang lagi sebelah aku letak kertas berwarna untuk tampal kat buku tu.Ala, yang warna-warni tu.

 
Ha,berderet pen melukis, dari point 0.1 sampai 0.6, harga pulak bukan murah. Sebatang dah RM6.80.Sila darab dengan pen yang aku ada. Ada lah dalam 30 batang. Sebab tu course architecture banyak pakai duit. Belum lagi cost printing paper size besar-besar gedabak tu.

Ok, sudah pasal kotak pensel. Jom tengok apa lagi ada atas meja aku.

 
Tengok!! Ada gelas tepek muka aku.Best tak? Dua-dua gelas ni dibuat sempena Architectural Festival (Archifest) sem lepas. Sem lepas batch aku yang handle Archifest Motion. Aku bawah  Merchandise Bureau.Jadi kena cari souvenir untuk setiap pelajar senibina. Setiap orang dapat cawan ni dengan ditepek muka masing-masing yang telah diedit black & white.Aku sangat gembira sebab ramai yang suka =)
 Terima kasih kat Abang Afdhal sebab aku terjumpa website beliau. Kalau nak tempah untuk kenduri boleh juga. Sila melawat  barang-barang beliau yang cool. Yang cawan bentuk baju ni Abang Afdhal bagi free dua. Custom made untuk aku dan si dia.cewah.wah.waaahh!!


 
Ini pula gambar ala-ala poster yang telah aku edit. Banyak gambar jadi aku edit menjadi saiz A2. Print kat Nana & Asep,tunang yang duduk blakang aku.Mereka ni buat bisnes printing.Memang murah.Rasa nak print hari-hari aje.Hahaha.tamak binti haloba betul aku ni. Saiz A3 full colour baru RM2.Kertas keras pulak tu.Takkan dapat la kat kedai. Ni gambar-gambar aku bersama rakan-rakan.Best moment lah kiranya.Satu masa gi Genting,satu lagi masa pergi Tioman. Ada dua lagi file aku belum print. Gambar famili dan bestfriend sekolah.Pendek kata cubicle aku akan jadi galeri.Hihihi..

Kalender August yang aku edit sendiri dengan menjadikan gambar Tioman sebagai tema.
Amaran keras! cewah! Aku cuma tak suka kalau barang aku hilang.

Ni keychain,cenderahati dari Tioman, London, Archifest Motion dan Sabah. Kawan bagi. Yang dari Archifest Motion ni hand made. Sebenarnya tag nama.Memandangkan tema adalah Motion,jadi tag ini boleh diputarkan seperti pendrive Kingston yang boleh putar 360 darjah tu.
Botol air ku yang glemer. Siapa tak kenal botol air gedabak ni.Hari-hari bawak botol air besar naik tangga dari Blok D seperti budak sekolah yang bawak botol air dan membawa beg. Sebotol tak cukup.Nanti mesti aku tambah kat cafe.Tak pun masak pakai cerek Qaiyim.Takut gak,sebab dia cam garang aje. Kuat minum air kosong aku ni.Kalau tak bibir cepat je kering.Hurm..tak dapat bayangkan bila puasa nanti.Mesti aku ibarat berada di padang pasir.

Tepekan notes penting kena ada.Aku malas sikit nak buka journal.Jadi apa yang penting aku lekat terus kasi ingat hari-hari.

Ni pandangan dari jauh sikit laaa..PC kat hujung belah kiri untuk buat kerja.Sila abaikan kebersepahan ini (kebersepahan-ada ke perkataan ini?)

 
Ni tikar yoga.Aku pun tak tahu kenapa ada kat rumah aku.Siapa punya entah lah.Aku jumpa di stor dan bawa ke studio untuk tidur (di bawah meja)


Last but not least, kain yang dilekatkan di hujung meja.Sebagai tirai atau kelambu.Sebab bawah meja untuk tidur. Ada privacy sikit bila ada kain.Kalau tak malu la kan orang nampak kita tidur. Tapi ni bukan meja aku.Nanti aku cari kain. Ada kawan-kawan course lain yang datang studio aku.Kata menyedihkan la kami ni.Tidur pun bawah meja. Sebab tu tak balik rumah. Tapi kami rasa ni perkara biasa sampai dah rasa selesa dah.

Ok, itu aja untuk entri hari ini. Lain kali aku post benda lain pula tentang studio.

8 comments:

  1. Entri yg menarik..best gak eh ofice sophie unik tp serabut..hahaha..pe2 pn snggah gak kt blog faraz www.muhibbinsemua.blogspot.com tq..

    ReplyDelete
  2. eh ni bukan office.. yeahh..susah nak jumpe studio yg tak serabut melainkan org tak buat keje kt studio tu..hihi.. kt sini serabut=banyak pikir +byk buat kerja..hoho..

    ReplyDelete
  3. waaaaa...
    kemas nya studio kak sopie....
    nk compare ngn wawa...
    5x ganda jauh nya..
    heee~

    ReplyDelete
  4. ala wawa..ni sebab nak masukkan dlm blog ni tu yg kemas2 skit..itupun still serabut.. hakikatnya bila buat kerjaaa..hehhh..tikus pun boleh buat sarang.. ;p

    ReplyDelete
  5. wah beztnya...byk pen,pencil..!
    bezt klu dpt pnjam wat conteng2 nih!
    huhu

    ReplyDelete
  6. wahh. cubicle akak lg byk brg dari cubicle saya. eheee :D

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...