Monday, July 19, 2010

Program Keselamatan Pasukan Penyelamat UiTM


Tarikh : 10 Julai 2010
Lokasi : Kolam Renang UiTM Shah Alam
Yang giler kentang : Aku dan rakan seperjuangan, dan anggota penyelamat dari unit Bomba.

Tajuk entri ni aku rasakan skema semacam. Sebenarnya program ini dinamakan Lifeguard Simulation Programme. Ini ialah program khas yang dijalankan untuk penyelamat kolam UiTM. Penceramah yang dipanggil ialah Tuan Suhaimi. Beliau mempunyai pengalaman yang sangat banyak tentang menyelamatkan orang. Agak lambat jugaklah aku post entri nih. Bukan agak, tetapi sememangnya lambat seminggu.huhu.. Sebab aku ke Tioman. Jadi aku tiada masa untuk kemas kini blog.







aku yang muka mengantuk dan malas nak pakai apa-apa di muka sebab aku tahu nanti kena berendam jugak.

itu diaaa!! Tuan bomba dah sampai!!







Gambar sewaktu ceramah dimulakan. Wah, bagus lah encik bomba ni. Banyak perkara yang aku dapat belajar sepanjang sesi ceramah dijalankan. Encik Suhaimi banyak menceritakan tentang pengalaman menyelamatkan mangsa lemas ( bukan di kolam renang, tapi di laut dan sungai terbuka berserta arus yer)

Contoh terjunan keselamatan yang ditunjukkan oleh abang Bomba.



Ahli bomba yang membuat demonstrasi bagaimana cara yang betul membuat chin toe.



Aku rasa Halim ni seorang aje yang semangat salin. Owh,lupa.Jun pun sama. Yang lain muka tekun tapi aku rasa mereka sebenarnya mengantuk. (ceh padahal aku yang mengantuk sebenarnya, nak samakan dengan orang lain pulak.)



Ada sesiapa cam tak benda alah ni? Alaaaa..yang ala-ala Baywatch tu..Yang Pamela Anderson guna untuk selamatkan orang tu.Hihi..


Kerusi takhta. Chewah! Ni kerusi sewaktu bertugas. Untuk usha mengawasi dari atas. Senang nampak. Kalau tak nampak dan ada orang lemas, mati wa.


Ini juga salah satu alat bantuan keselamatan. Digunakan untuk menarik mangsa lemas sambil berenang.


Bersama adik-adik SportRec (budak sukan dan rekreasi). Bersedia untuk bertukar!!








Bukan calang-calang mereka ni. Ada yang memang perenang (tak pasti peringkat apa), yang kedua dari depan ni perenang selat. Dia pernah merentas Selat Melaka. Memang hebat!


Ha cuba pikir balik dari kedudukan apa aku ambil gambar di atas? Aku masuk kolam sambil pegang kamera tahu? nasib baik kamera aku selamat dan tidak lemas. Kalau tak, aku sendiri tak dapat bagi CPR kepada beliau.


Boleh lagi main-main waktu program ni.Takpe, flexible kan.. =)





Sejuk siott masuk kolam pagi-pagi. Menggigil tau mula-mula tu.


Kami dikehendaki memanaskan badan dengan berenang membuat lap sebanyak 4 kali sahaja. Kena buat breastroke, freestyle, dan breastroke & freestyle tanpa membenamkan kepala. Lenguh jugak la bila tak boleh benamkan kepala.









Itu dia Zahra Ma'soumah perenang selat. Beliau bercita-cita mahu merentas selat di 5 benua. Beliau bakal ke New Zealand tidak lama lagi untuk merentas selat Inggeris (tak pasti apa nama selat yang dia nak rentas tu)


*owh Zahra kalau kau dah dapat gelaran Datuk janganlah lupakan geng AT Girls okeyy!!*




Setiap orang diuji. Kena menyelam 25meter tanpa ambil nafas. Tuan Suhaimi ajar cara pernafasan yang betul sebelum menyelam.



Nota kecil hari itu :


Banyak gambar sewaktu latihan dijalankan. Tetapi tak dapat nak ambil. Yela, habis tu kalau aku pegang kamera nanti aku tak dapat join lah kan. Apa-apa hal pun, memang penat dan latihan dijalankan separuh hari kerana hari itu hari Sabtu,ramai yang ada hal, kenduri la apa la.

2 comments:

  1. Bestnye.tp pic sophie mane?xde pn.aha.

    ReplyDelete
  2. ade ape.tapi 1 jelaa.. haha. takleh2, gambar dalam kolam private skit. malu untuk jadikan tontonan awam.ehehehe..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...