Wednesday, October 20, 2010

Mama kata biar muka buruk tapi hati biar cantik, Tapi kau dahlah muka buruk, hati lagi buruk.

Ish tengok tajuk macam gampang je nak cakap muka orang buruk.Tak,semua kejadian Allah adalah cantik.Dari kecik Mama aku pesan, kalau tak cantik takpe, janji hati baik. Bila dah makin besar ni dan semakin pandai menilai perilaku orang sekeliling dan dah belajar subject Human Behaviour aku pun suka lah nak buat pemerhatian sendiri. Kadang-kadang..

1)Ada orang cantik.Tapi hati busuk.
2)Ada orang tak cantik tapi hati baik.
3) Ada orang cantik, hati pun baik.
4)Ada orang dahlah tak cantik tapi hati giler buruk (ni kes parah,serius!!) 


(diingatkan,cantik tu adalah sesuatu yang subjektif. Cantik bagi aku mungkin tak cantik bagi kamu.)

Tujuan aku post entri ni bukan untuk menilai siapa cantik siapa tak.Siapalah aku ini..(mak aku kata masa baby aku paling buruk sebab botak.huwaaaaa! sampai hati) takpe-takpe,Cuma masalahnya disini,huh! Aku tension! (ceh,apesal tiba-tiba aku nak tension ni??) Sebab dah banyak kes lah aku dengar.Kisah dengki mendengki ni. Kisah busuk membusukkan orang lain,fitnah orang dengan cerita yang teruk-teruk.

Dah beberapa kes aku dengar. Kawan-kawan aku la. Contoh: (bukan nama sebenar)



Kes 1:Kawan aku Kajol.
Dia difitnah macam-macam. Si Tabu,so-called bestfriend Kajol, dengki  dengan dia sampai memburukkan Kajol dekat bf Kajol ni dulu (masa sebelum Kajol dan bf (Arjun Rampal)  kapel la). Sebabnya Tabu ni pun suka kat Arjun jadi dia taknak si Arjun dan Kajol bersama. Maka dia buat cerita macam-macam kat Arjun (cerita yang tak masuk akal la kot) supaya Arjun tu benci kat Kajol.Lagi, tangkap gambar bersama-sama dan post kat facebook la supaya Kajol tu jeles,padahal Tabu dah tahu Kajol suka kat Arjun.Masa berganti masa, Arjun yang dulunya pernah benci kat Kajol sebab termakan dengan cerita dari Tabu tiba-tiba jatuh hati kat Kajol. Selepas beberapa lama kenal Kajol, Arjun tersedar yang kawan aku si Kajol ni lain dengan apa yang diceritakan Tabu. Lagipun,bila Arjun lepak dengan Tabu,si Tabu kerjanya asyik mengumpat dan mengutuk orang aje lebih-lebih lagi mengutuk Kajol. Padahal bila Arjun lepak dengan Kajol, Kajol tak pernah burukkan sesiapa. Nasib baik Arjun tu boleh pikir mana baik & mana buruk.


Kes 2:Kawan aku lagi sorang, Preity Zinta.
Dia ada bf, Salman. Mereka ni sedang ingin bercinta lah gitu. Tapi masalahnya ex-gf Salman, Rani ni sibuk duk kontek-kontek lagi Salman dan buruk-burukkan Preity kat Salman. Padahal bukannya Rani ni kawan dengan Preity pun.Jadi macam mana Rani ni tahu pasal Preity? Haaa,nak dijadikan cerita, housemate Preity telah backstab Preity dan memburukkan Preity di mata dunia.hukhuk..Yang tak boleh belah lagi cannot go-nyaa, siap buat group anti-Preity kat Facebook. Dahsyat lagi bodoh kan perempuan-perempuan macam ni.? Semua yang like tu yang dah termakan dengan cerita-cerita dongeng si housemate Preity tula.Siap buat conference lagi cerita keburukan Preity Padahal aku kenal kawan aku ni.Dia pun bukan jenis cerita keburukan orang kat orang sekeliling. Dia jenis cool aje.Housemate Preity ni dengki dengan Preity dengarnya sebab dulu dia rapat dengan Preity. Tapi Preity ada kawan kat class dia sendiri yang dia rapat. Dari cara percakapan housemate tu, Preity rasa housemate dia dengki sebab kawan-kawan yang Preity rapat tu semua pretty-pretty dan hot-hot chicks gitu. Haisyh,benda kecik pun nak jeles kan..

Kesimpulannya, sebelum aku dengar cerita-cerita kawan aku ni, aku pernah jumpa dah si Tabu dan housemate Preity  ni. Aku percaya setiap orang ada aura sendiri. Masa kenal dengan mereka ni, aku rasa ada something. Bukanlah aku ada kuasa dejavu ke apa. Cuma, entah kenapa,aku dapat rasa riak dari wajah mereka datang dari hati mereka yang busuk. Mekap lah macam mana cantik pun, riak tu takkan hilang. Macam,hurm aku tak tahu macam mana nak explain tapi bila tengok orang tu, aku dapat rasa yang aku tak berapa berkenan dengan mereka dan sebab tu aku tak beramah lebih-lebih dengan mereka.Sebab ada riak ala-ala evil pada wajah mereka. Tapi apa yang aku cakap dan rasa pun tak semestinya 100% betul kan..Terpulang pada kamu lah nak fikir macam mana.

Ada orang yang pada mata aku dia tak lah lawa sangat,tapi bila aku kenal dia, aku rasa dia cantik giler-giler. Sebab hati dia baik sangat. Secara tak langsung terpancar pada wajah dia. Ada perempuan tu dia cantik, tapi hati dia asyik suka dengki, tak puas hati, baran, kuat merungut. Terus tak nampak cantik dah. Sebab tu kalau dalam internet macam Facebook ke Myspace ke,jangan percaya sangat dengan gambar-gambar cun kat profile picture Sebab gambar tak mencerminkan sifat pun.Sekadar kau nak cuci mata tu bolehlah, tapi kalau nak jatuh cinta sebab tengok gambar ala-ala sweet, angelic ke apa, tak payah lah..Tak kisahlah bertudung ke tak, bersongkok berjubah ke tak. Aku tak suka menilai pada luaran. Kalau blog boleh lah dinilai jugak dari cara penulisan dan pemikiran kan.

Lagi satu, aku pelik kenapa ada orang ada banyak sangat masa nak berusaha menjatuhkan orang lain. Macam takde kerja lain aje nak buat. Kalau takde kerja meh aku bagi kerja aku yang berlambak ni meh. Macamlah mati kalau tak kacau hidup orang lain. Aku rasa manusia macam ni memang LOSER~



Perasan tak aku letak nama pelakon Bollywood kat kisah kawan aku tu? Haa sebabnya nak kasi korang senang paham & bayangkan. Tapi sebenarnya aku dah lama tak tengok TV.Arjun Rampal,Kajol dengan Preity Zinta feveret aku. Tiba-tiba rasa nak tengok cerita Hindustan.huahua..Nasib baik ada blog. Aku selalu update berita dari entri bloggers yang suka update berita terkini. Maka aku akan jadi penyampai berita kat kawan-kawan aku pulak. hehe..Jadi sesiapa yang suka kutuk bloggers yang kononnya nak kejar traffic dengan mengepost entri berupa berita terkini, aku rasa marah gak la. Sebab berguna apa bagi orang-orang macam aku yang tak tengok TV dan tak rajin beli paper.huahua.. Adios kawan-kawan. Chop! siapa tahu macam mana nak cek siapa subscribe blog kita? Boleh tak nak mintak cenderamata dari yang selalu view dari luar negara.? (^_^) sumpah tak tahu malu perempuan ini.Sebab takde duit nak travel jadi suka kumpul dari pemberian orang aje..huhuuuu..kalau ada 10 negara yang berlainan kan boleh dapat 10 keychain yang berlainan?.~ ok bye-bye betul-betul ni.(dah malu sangat..hehuhehu..) zzZZZz..(tidur).

16 comments:

  1. people sumtimes jz dun understnd why certain things happen to them..
    to keep a grudge on others..
    it just lame..
    n btw..
    m'jatuhkn org tu mcm perkara biasa bg org2 yg ade hasad dengki ni..
    myb jeles kot..
    i dunno..
    diorg je yg tawu..

    ReplyDelete
  2. Setuju la dgn pendapat cik Sherry ni. N saya percaya cik Sherry cantik luar n dalam skali XD..
    Nak keychain dr oversea yek? saya asal keje kat Dubai. Time ni tgh cuti tanpa gaji until end of this yr. Next yr bleh la belikan keychain untuk cik Sherry XD

    ReplyDelete
  3. hwaaa semangatnyaa berceritaaa :P siap guna nama kakak saya preity zinta lagi HAAHHAHA

    ReplyDelete
  4. btol kata ko, kalo org yg buruk hati ni, muka diorg nmpak lain sikit...
    kita nk duk dekat pon rasa tak selesa...
    aku pon slslu dpt feeling camtu...
    n bila dh tau citer, barulah aku kata, "oooo, patut laa muka camtu.."

    kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  5. Fahmie,
    kalau berdarah letak Dettol..kuikuikui..

    Rebelle Me:
    betul.ramai sgt dah jumpe org mcm nie.. Kebanyakannya perempuan..huhu..

    Faizal & Fashitah:
    Waaaahhh!! yeke? tengkiu!!!!!!!! (^_^)

    Liyana Lunia:
    huahua..boleh tahan angan-angannyeee.. tula,dah bercerita susah nak stop.

    cEro:
    hahahaha.. a ah lah cEro, kau pun dpt rasa kan? hurmm..setiap org mmg ada aura.

    ReplyDelete
  6. ada kawan kawan yang macma tu juga . belakang lain , depan lain .

    ReplyDelete
  7. Salam...lama mummy tak jengah sophie ni. Pi la blog mummy..ada wat contest, i tell you.. :)

    ReplyDelete
  8. Memang, sebenarnye ramai yang camni. Mummy penah terkena..muka macam sweet angel tapi perangai cam demon monster pokemon mana tah..memang tak sangka langsung..tikam depan belakang atas bawah beb..tapi takpe, tu biar Allah je balas. Kita jangan jadik cam dia sudeyyy..

    ReplyDelete
  9. Haahla sophie... Bash ingatkan bash sorang je yg konon ada sixth sense boleh detect org tu prangai buruk, padahal mmg kita boleh kenal ek dari riak muka orang tu. Rasanya lelaki pun ada jgk tapi sbb kurang bergaul dgn diorg jadi xdpt detect sgt kut... Eh pjg sgt pula komen..hihii...

    ReplyDelete
  10. syida:
    realiti kehidupan mmg mcm tu lah kot yer..

    Mummynazhan:
    sabar mummy..

    Bash: a ah.lelaki ni lain skit kalau nak detect.

    ReplyDelete
  11. tu la pasal...

    kadang2 depan kita baik

    belakang kita..........

    huh mulut cam celaka

    ReplyDelete
  12. Boleh x carikan saya bakal isteri mcm yg no "2" tu?

    ReplyDelete
  13. sabar k.org gurau jer.org tawu awk tak berape selesa ade kawan mcm tuh.tp org yg mcm nie yg buat awk ade asam garam kehidupan.si kajol tuh dgn prety zinta tuh semua..keep u growth ....saba k.gud luck bdway.


    bdway...update blog la weh..hehehe.

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...