Saturday, October 16, 2010

10 Aktress Hollywood Kegemaranku.

Harini nak post list 10 aktress hollywood yang aku minat.Haritu selebriti Malaysia bertudung yang aku rasakan menawan. Sebenarnya entri ni ada dalam draft aku.Standby untuk tekan post aje.Aku sangat busy sekarang.Jadi aku tak dapat nak update entri baru selalu.huhu..Minta maaf laa kalau aku tak respon pada tag ke,shoutbox atau comment.huhu..Bila aku free aku akan respon pada semua,InsyaAllah. Ok,ni entri tak pening kepala.Boleh usha awek cantek.. huahua..

1.Hayden Penittiere. Aku suka tengok lakonan beliau. Walaupun dia petite,kecil molek berbanding aktress hollywood lain yang rata-rata tinggi slim tetapi beliau tetap diberikan kepercayaan untuk melakonkan pelbagai jenis watak dalam filem dan tv. Macam bagi inspirasi lah jugak kat aku, kecil tetapi boleh nampak cantik jelita auww.. Kalau ada mana-mana movie yang Hayden ni berlakon aku mesti nak tengok punyalah! Erm,kadang-kadang aku rasa muka dia macam aku *muntah* Britney Spears dari stail dia bercakap.


2.Jessica Alba.Aku rasa memang ramai lelaki lah yang minat kat dia ni. Muka dia ayu aje lebih-lebih lagi mata dia yang redup aje tu tapi watak yang beliau lakonkan? Macam Dark Angel dan Fantastic Four. Memang superb lah Jessica Alba ni. Nampak aje lemah lembut.Selain tu, aku suka lah rambut dia.Cantik.

3.Kate Bosworth. Siapa tak kenal Kate Bosworth? Yang berlakon dalam movie 21 dan Superman Returns tu. Uniknya si Kate Bosworth ni ialah dia mempunyai mata sebelah warna lain,sebelah lagi warna lain. Pelik lah kalau orang lain tak perasan kan. Suka dia sebab dia nampak macam Barbie Doll.


4. Amanda Bynes. Kenapa yer aku minat Amanda Bynes ni? Sebab dia sempoiiii! Aku suka apa-apa movie yang dia berlakon sebab rata-rata lakonannya memang bersahaja dan kelakar. Mimik muka dia pun ala-ala selamba takde nak kontrol-kontrol. Mata dah lah bulat. Aku banyak kali dah pusing tengok movie What A Girl Wants dengan Sydney White.

5. Scarlett Johansson. Scarlet ni memang cantik kan? Aku suka dia sebab walaupun dia sexy tapi nampak macam ada class gitu. (eh bukan dia ada class matematik ke ape..) Maksud aku dia classy lah. Tak nampak macam kepantaian bitchy gitu.

6. Emma Roberts. Kalau ada yang masih tak tahu Emma Roberts ni ialah anak buah Julia Roberts. Emma ni banyak melakonkan watak-watak remaja. Antara movie favourite aku yang dilakonkan oleh beliau ialah Wild Child. Banyak kali aku tengok tak jemu-jemu. (sebenarnya aku memang suka tengok cerita ala-ala remaja pun.) Sebab tak stress tengok.hehe..

7. Charlize Theron. Beliau ni berasal dari Afrika Selatan tapi kulit dia putih. Antara movie yang dilakonkan ialah The Burning Plain,Deep Blue Sea dan The Astornault's Wife. Aku tak ingatlah pada tahun bila tapi dia disenaraikan antara aktress Hollywood yang mempunyai tubuh badan paling menawan,seangkatan lah dengan J.Lo.


8. Penelope Cruz. Mula-mula aku tak minat dia. Sebab aku rasa muka dia pelik.Pelik kan aku? hehe.. Tapi bila lama-lama tengok movies lakonan beliau, aku rasa dia cantik,kadang-kadang nampak comel pun ada. Tapi yang paling menarik tentang dia ialah mata dia dan rambut dia yang lebat dan cantik tu. Sebab tu jadi duta produk penjagaan rambut tu. Korang patut tengok cerita Bandidas. Serius kelakar.

9. Jennifer Love Hewitt. Aku mula mengenali beliau masa dalam cerita lama I Know What You Did Last Summer sampailah ke cerita sekarang kat TV, Ghost Whisperer.  Muka dia manis. Macam tak jemu kalau nak tengok.

10. Kristin Kreuk. Oh siapa lah yang tak kenal Kristin Kreuk ni. Berlakon dalam cerita Smallville dan Street Fighter: The Legend of Chun-Li.. Aku rasa muka dia unik.Maybe sebab mix kot. Kadang-kadang nampak macam Chinese look. Mama aku kata mata dia cantik.

Haaa..siap pun list aku. List aku tak sama dengan list kamu.Mungkin kamu minat orang lain. Share lah. Aku pun nak tahu list kamu macam mana.

10 comments:

  1. hey,ctarasa kt lbey kurg sama je...;p
    i ske hayden,emma roberts,jennifer love hewitt,n kristin kreuk...;p

    ReplyDelete
  2. aktres barat ek?
    1. Gemma Arterton (heroin prince of persia)
    2. Anna Hathaway (bride wars)
    3. Jessica Alba
    4. Alison Lohmann (drag me to hell)
    5. Katherine Heigl (killers)
    6. Amanda Seyfried (mamma mia)
    7. Natalie Portman (malangnya, dia israeli)
    8. Cameron Diaz
    9. Maggie Q
    10. Megan Fox (dulu, tp skang kureng minat dah..)

    ReplyDelete
  3. My favourite: Jessica Alba and Kristin Kreuk! XD

    ReplyDelete
  4. no 4 tuh cun gile vavi.......bayangkan dye depan mate tgh kaku.ape nk buat kt dye eak??

    ReplyDelete
  5. jessica alba !! mmg cun !! dla suke sgt ;)

    ReplyDelete
  6. First place....Kristin Kreuk!!!!...
    ya..mata dia memang cantik..sm cantik dg hero dia la..
    ni kalau ibu2 ngandung tgk filem2 dia..dg x jemu dan bosan...kompom anak kuar mata camni..hehhee...buleh..?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...