Saturday, August 4, 2012

Melaka- Menziarah Ibu Bapa Arwah Kawan Baik Saya

Antara azam tahun 2012 aku ialah untuk ziarah parents kepada arwah kawan baik aku di Melaka dan berjalan-jalan ke Melaka. Oleh itu, aku sekalikan ajelah trip ke Melaka ni. Sambil menyelam minum air gitu. Ikut perkiraan, dah hampir dua tahun pemergian arwah Paan Zailani. Rasa sekejap aje masa berlalu. Kadang-kadang selalu tertanya bagaimana keadaan orang tua arwah memandangkan mereka cuma mempunyai dua orang anak. Adik arwah sedang belajar jadi beliau takde di rumah. Aku rasa, keadaan di rumah pasti sunyi. ='(
Bab-bab ibu bapa ni ai memang senang tacing ah.. T__T

Oh ya, aku di Melaka selama 3 hari 2 malam. Ke sana dua hari lepas balik dari Redang. Kulit muka yang burn pun tak pulih lagi lepas tu nak berjemur di Melaka lagi. Adoiii..takpe-takpe, Teha yang study di UK suruh appreciate the sun.Ok, hari kedua di Melaka, Ummi (ibu arwah Paan) mengajak kami (aku, Amiera, Nisa & Amar) untuk ke rumah baru mereka.

       Apa yang unik ialah, rumah ini direka oleh (designed by) arwah Paan sendiri sewaktu dia masih pelajar senibina. What a masterpiece. Aku bangga dengan beliau. Walaupun dia tak berjaya habiskan architecture, tapi not bad cara dia design. Dia design ikut keperluan macam, Ummi dia suka memasak jadi ruang dapur luas sikit, etc.



Ada rasa macam pergi study trip pulak. Design rumah antara favourite aku. Walaupun ada yang beranggapan "haaa? nak jadi arkitek untuk design rumah AJE? tak tinggi betul cita-cita" Sobs..  T__T
Tapi aku suka rumah. Rumah ialah tempat di mana kita rasa, terlindung, feel accepted. Suka bila family luangkan masa sama-sama merapatkan ukhwah & silatulrahim gitu. Aku suka keluarga harmoni yang bermula dari rumah. Suka design space. =)
Kalau aku dapat jadi arkitek satu hari nanti, aku harap aku dapat design space untuk kearah kebaikan. Bukan kemungkaran macam nak kena design tempat clubbing ke hapa. Mintak dijauhkan.

Free consultation dari *si belum jadi arkitek yang tak bertauliah* Ummi mintak pendapat pasal nak design tangga. I mean dari segi material. Hehe.. T__T berfeluh, baru tangga kot..

Siangnya, kami jalan-jalan dulu di Bandaraya Melaka. Memang dah lama rancang nih nak gi Melaka. Nak makan cendol lah apela.. Nanti aku update di entri lain tentang jalan-jalan di Melaka k. Siap ada video main layang-layang lagi Haaa haaa.. jakun tak pernah main layang-layang..

Malam lepas jalan-jalan Ummi jemput makan di rumah beliau. Mulanya tolak sebab takut menyusahkan. Tapi dia kata, datang je, Ummi dah keluarkan ayam nak masak. Fuiyooo..

Ummi masak ayam golek. Muka kitorang excited aje tau. Ingat senang nak dapat ayam golek? 



 Bukankah satu feeling yang baik bila kawan-kawan dari sekolah boleh berkawan dengan kawan universiti kita dengan baik? Itu lah yang aku alami. BFF aku masa sekolah boleh mix well dengan BFF aku kat UiTM. So, Nisa dengan Amiera ni BFF masa sekolah menengah dulu. Tapi pernah jumpa arwah Paan beberapa kali jadi secara tak langsung jadi kawan la..


Masa Ummi bawa aku pusing rumah baru, dia pegang tangan aku bawa jalan-jalan tunjuk rumah dengan semangat. Aku rasa sayu. Macam dapat rasa pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar bagi Ummi. Dah tinggal sorang aje anak Ummi. Aku tahu arwah Paan memang rapat dengan Ummi dia. Masa makan malam tu pun Uncle ada bagitahu yang Ummi rasa happy sangat kami datang. Lagi, Uncle kata "Copi balik ni,  ibarat rasa macam Abang (Paan) yang balik rumah." T__T haaa..apa kau ingat senang nak tahan air mata aku dari jatuh ke pipi I yg burn tu? Sekuat hati aku taknak tunjuk yang aku sedih.

Walau macam manapun, aku rasa happy sebab dapat ziarah parents arwah, dan tercapai lah satu azam tahun 2012 *ok cepat-cepat pergi tick kat diary tanda dah berjaya merealisasikan azam*

p/s: Untuk pengetahuan, aku sampai rumah hari Sabtu 14 Julai, Ahadnya, 15 Julai aku dapat berita ayah kepada kawan baik aku Laida (yang sama-sama ke Redang tu) meninggal dunia. Kawan-kawan sedekahkanlah Al-Fatihah k.. Hurm, dalam hidup ni memang banyak suka duka kan.. Apa yang penting, walau sesukar mana pun hidup, kena jugak teruskan tak boleh mengalah. Kita kan ada Allah. Teringat pesan Shark (BFF I jugak): Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Allah takkan aniaya hamba-hambaNya. =')

11 comments:

  1. Sophie memang ada gaya arkitek yg berjaya =)

    jaga diri molek di UK yaa

    dann

    al fatihah utk arwah

    ReplyDelete
  2. amboih kemain serious design tangga hehe..
    al-fatihah..

    ReplyDelete
  3. cantik rumh keluarga arwah ye..
    nanti dh siap mesti lg cantik

    ReplyDelete
  4. hoho lepas nie boleh mintak design my house lak! ewahhh..hehehe free consultancy kan? :p

    ReplyDelete
  5. ;( sayu je baca part : Lagi, Uncle kata "Copi balik ni, ibarat rasa macam Abang (Paan) yang balik rumah."
    Al- Fatihah untk arwah..

    Sophie dear, bl nak g further stdy?Gud luck! :) Btw, lawaaa la rumah yg arwah design tuu :))

    ReplyDelete
  6. ;( sayu je baca part : Lagi, Uncle kata "Copi balik ni, ibarat rasa macam Abang (Paan) yang balik rumah."
    Al- Fatihah untk arwah..

    Sophie dear, bl nak g further stdy?Gud luck! :) Btw, lawaaa la rumah yg arwah design tuu :))

    ReplyDelete
  7. saya menangis baca entry pasal arwah ...T___T

    ReplyDelete
  8. Pasti dia tersenyum melihat kawan-kawan masih mengingatinya.

    Al-fatihah.

    ReplyDelete
  9. Anisa Hang Tuah:
    wah yeke? macam budak hingusan jeeee.. haha. TQ anyway =)

    Umie Artoqiemie:
    haha.tahu takpe, baru tangga tu.
    kalau design satu rumah macam mana lah ghupe kan..

    Azalia hjsalleh:
    tula..tak sabar nak tunggu siap.

    farah zainal:
    Amboiii..free??? kertas sekeping pun 10 sen. haha.. discount boleyhhh! =)

    saharinasaharudin:
    Tulaa, jgnkan sophie, kawan2 lain yang ada pun sebak time tu.huhu. nak futher awal bulan 9 ni. tq =)

    Zinnirah Humaira:
    huhu..jangan menangis.. ='(
    dah nak dua tahun dia takde..

    cEro:
    aku pun harap macam tu. =')

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Kak, boleh saya tahu nama ayah arwah kawan akak tak ? muka dia sgt familiar . saya cuba nak ingatkan tapi tak tercapai akal . hati jadi keras .

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum .
    saya dah ingat kt mana saya jumpa ayah arwah kawan akak ni . Semasa saya praktikal . Beliau dari pihak kontraktor .
    btw, blog akak ni mmbri inspirasi . terima kasih .

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...