Untuk entri ni, aku nak share gambar-gambar di Mutiara Beach Resort. Untuk pengetahuan, banyak aje resort yang ada di Pulau Redang ni. Tapi, aku sangat berpuas hati dengan Mutiara Beach Resort ni sebab tempat ni betul-betul sunyi.Kedai pun takde.hohoh.. Sangat sesuai bagi yang mahukan ketenangan. Sebab korang tahu ajelah, kebanyakan pulau kan jadi tarikan pelancong asing, jadinya pub dan arak memang selalu banyak di pulau. Tapi kat Mutiara Beach Resort ni clean. Aku suka & sangat menggalakkan bagi Muslim yang nak pergi bersama kawan-kawan mahupun keluarga.
Sewaktu baru sampai.
Kami datang berempat. Jadi dapat chalet ni yang muat 4 orang. Nama pun chalet kan, jadi janganlah harap macam hotel pulak. Tapi aku takde benda nak complain pun (sebab aku ni idak ler cerewet orangnya). Chalet ni siap ada air cond lagi & elektrik memang ada (FYI, ada sesetengah pulau yang takde bekalan elektrik waktu siang)
Kami yang first check in. Jadi boleh pilih chalet mana nak duduk. Pilih yang paling dekat dengan bilik pengurusan. Hihi.. Al maklumlah semua perempuan. Kalau jadi apa-apa jerit aje sekuat hati!
Disebabkan pakej ni termasuklah pakej snorkeling, maka kami pilih dululah alat snorkel. Ohya, snorkeling gear kena sewa. RM20 untuk 3 hari 2 malam. Kalau korang nak pilih snorkeling gear tu pilihlah yang elok ok. Nanti kang kat tengah laut kalau tiba-tiba rosak ke apa kan dah tak best dah korang nak snorkel.
Waktu kami sampai ombak boleh tahan kuat. Tapi air laut dia.. MasyaAllah..cantik gilaaaa.. Betul-betul boleh gilaaa ni!!!
Kalau nak rehat-rehat pun boleh sambil menghadap laut.
Ni cafe untuk makan. Aku agak suka konsep resort ni. Sebabnya, memandangkan kedai memang takde, jadi mereka sediakan free flow drinks. Air minum sentiasa ada lah. Kalau air manis macam air sirap atau oren habis, minum jela air suam. Pun sedap maah. Stok roti pun sentiasa ada kot-kot korang lapar especially lepas snorkeling. Kat sini aku dengar bunyi cicak tokek..haaaa..korang tahu ke apa cicak tokek tuh?
Berjalan-jalan menghayati keindahan Pulau Redang.
Cantik kan? masa tengok ni dah tak sabar-sabar nak mandi laut.
Kat Pulau Redang ni ada tupai yang jinak sangat-sangat. Tak pernah aku jumpa tupai yang jinak. Kalau makan roti kat tepi pantai kan, nanti tiba-tiba aje bunyi tupai. Aku pun pandanglah atas. Kat pokok. Akak yang jaga kaunter tu kata, tupai tu jinak..Hulur je roti atau biskut. Fuhh! memang beliau sambar beb!! Montel je tupai kat sini. Tak payah susah-susah cari makanan.
Ini BFF saya!
Aku ada BFF lain juga sebenarnya cuma BFF ni yang dari UiTM, yang masa study architecture sama-sama dulu. Perangai cantik & huduh masing-masing dah tahu, yet kami boleh click lagi sampai sekarang.
Hemoh-hemoh. V(^___^)V
Gaya K-Pop di tepi pantai. Camno??
Pengsan Encik BigBang tengok.
Aku pernah pergi beberapa pulau. Pulau yang dekat dengan Pulau Redang adalah Pulau Perhentian. Tapi aku rasa macam lagi suka dengan Redang. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan la. Resort ni aku suka sebab kat pantai dia bersih, coral pun jauh dari pantai. Kiranya kalau nak mandi-mandi di tepian pantai tu tak lah terpijak batu karang. Faham ke? Resort lain di Redang mungkin kat pantai dia ada coral. Entri seterusnya aku akan share pasal snorkeling pula dan, ehem..lompat dari jeti.Muahahaha.. *kalau mak aku tahu musti kena marah ni.Dia mesti kata."Ni nak jadi apa ni? macam jantan dok terlompat-lompat.." huhu..*
Memandangkan aku memang berpuas hati dengan perkhidmatan dan pengurusan hotel, jadi aku nak promote kat hangpa lah kot-kot nak pi honeymoon ka, pi dengan kawan-kawan ka, family ka. (ni awat aku dok cakap Kedah pulak ni..dah rindu kampung kaaa.?)
Pakej 3 hari 2 malam bagi seorang= RM300
(Pakej termasuk boat pergi balik dari Jeti Merang, makan 3x sehari, free flow drinks, Snorkeling ke beberapa point menarik sebanyak 3x)
*kalau pergi lebih ramai mungkin boleh dapat lebih murah*
Kalau berminat boleh call
Nasa: 010-9055905
Nasa memang tahu bab-bab percutian ke destinasi bajet. Kalau korang suka pergi bercuti ala bajet gitu, boleh like page ni kat facebook:
p/s: taklah, aku tak dapat sesen pun promote tempat ni. Sekadar share aje. Plus, korang kalau nak pergi pulau janganlah main redah aje. Check dulu musim. Pergi musim tengkujuh kang tinggal korang jelah kat pulau dilambung ombak.Huahua..
penah pergi pulau redang.. serius cantik.. tapi ke perhentian tak pernah lagi.. pulau kapas biasa2 je cuma tak hectic sebab dia tak famous cam redang ngan perhentian.. lepasni ingat nak g perhentian lak..
ReplyDeletesubhanallah...sangat cantik air laut tu. wuwu..dah lama sebenarnya tak pergi pantai
ReplyDeletecantiknya redanggggggg !
ReplyDeleteinsyallah satu hari nanti nk pegi sini..
miss she:
ReplyDeletebetter pergi perhentian berbanding kapas. =)
nurdani: cantiki kan..kalau pergi lagilah rasa mcm nak pengsan..
azalia hjsalleh:
cantik3.. pergila.sgt syorkan.. =)
Salam sophie. Nak tanya masa sampai dkt terminal bus mcm mana sophie grk ke jeti merang? N berapa kos sophie kne utk ke jeti dari terminal?
ReplyDeleteMenginap di Mutiara Resort erk? cantik view..
ReplyDeleteSy pernah pergi kedua-dua pulau perhentian n redang, P. Redang lg cantik, especially if menginap kat resort2 area Long Beach..Meriah!
sangat cantik.
ReplyDeletecantik.
ReplyDeleteslm tuanpunya blog...
ReplyDeletenk tumpang iklan sket yee....
sy seorg runner pekej bercuti ke pulau rtedang dn pualu - pulau lain di nterengganu
sesiapa yg berminat boleh hubungi /wasap sy di no..0179799773 atau lawat blog sy di..
blackyellowholiday.blogspot.com
Seronok sangat..Alhamdulillah pernah sampai 2 kali ke Redang.
ReplyDelete