Sunday, June 17, 2012

Singapore Trip: Day 3-Tanpa Arah Tujuan

Yelaa, aku ambil masa pulak nak update hari ketiga kat Singapore ni kan.Hiuhiu.. Ai busy nyah~
Eh sebenarnya nak update sekali malam hari kedua lepas berjimba kat USS tu aku buat apa. Sebenarnya..taklah buat apa-apa pun cuma berjalan-jalan aje. (kadang-kadang aku rasa ayat aku macam pelik.)

So malam lepas pergi USS sebenarnya dah penat. Tapi sebab rasa rugi kalau sekadar duduk dalam bilik dan berehat maka aku dan Aainaa berjalan-jalan di VivoCity. Shopping Mall terbesar dalam Singapore. Errr, feeling dia? Macam gi shopping mall biasa jela. Lainlah kalau masa jalan-jalan tu terserempak dengan Aaron Aziz kan, barulah aku akan kata Weiii ! Best Gila pergi VivoCity!!! @__@ Motif...?



interior of VivoCity

Aku dan Aainaa pergi masuk Toys 'R' Us. Kononnya bila umur baru menambah ni nak bernostalgia zaman kanak-kanak laaaa..

Tapi perlu ke kat tempat Barbie?? Disney Princess??  Aww so suweeet~ my foot.
Masa kecik-kecik mak aku selalu nak lembutkan aku dengan barang-barang perempuan macam ni. Tapi aku rasa macam geli-geli.Sebab aku kan dibesarkan dengan 3 orang abang sebelum dapat adik perempuan. (-_-')
Memang masuk tema pun lah baju aku dengan Disney Princess.Kahkah..

Yerr itu dia! Duta Toys 'R' Us!!
Girls' Favorites?? Ngeeee~

Berangan nak beli untuk future anak ke? kuikuikui..

Tapi sebenarnya ada something yang aku idam-idamkan.. Ini dia:

 Lego!!!!!!!!!! Spongebob! Tapi sebab nak jimat duit nak beli something yang lebih diperlukan..Sob..sob.. T_T  I lepaskan you dengan talak satu Lego Spongebob..Maafkan I.. *kesat hingus*
Muka sedih.Kempunan. T__T
Bila dah naik bus masa nak balik, rupanya ada colleague yang beli Lego Spongebob ni. Dia kata kat Malaysia lagi mahal. Mahal by RM100. Aku terus rasa macam nak menjerit dalam bas. Tapi takpelah..
Bila aku pergi MidValley punya Toys 'R' Us, tak jumpa pun Lego Spongebob ni..

Walaupun malam sebelum dah kempunan, tapi disebabkan kuasa memujuk dalam diri sendiri adalah sangat tinggi ,peaceeee!!! (^__^)V , Makanya hari berikutnya pergi jalan-jalan dengan gigih lagi.Haha..

Apesal perempuan ni excited sangat ni? oh malunyaaaa, jatuh saham camnih. 
Pagi hari ketiga tu aku dan Aainaa gigih bangun awal. Pukul 7.30 pagi dah pergi breakfast sebab lepas tu nak jalan-jalan lagi. Nak naik MRT pergi Marina Bay.


VivoCity di siang hari.

Singgah roof top VivoCity. Tengok view dari atas kononnya..
Eh, kenapa ada lembu warna hijau? (-_-')

 Boleh nampak tempat kami menginap dari atas ni. 

Dalam MRT on the way nak pergi Marina Bay. Oh lupa nak cakap. Singapore sebuah negara yang saaaaangat bersih ok. Panas sama ah macam Malaysia. Kau nak gi overseas a.k.a Singapore tak payah lah nak pakai baju berlapis-lapis pulak. Over je tau u'olls..

Standard ticket nak naik MRT. Keras macam kad. Macam kad Touch N Go kita la tahap keras dia..



Yeay!! dah sampai pun Marina Bay Sands

 Abuuuugen! Tengok! dengan kuasa Abugen aku dah membengkokkan structure bumbung tu. Hebat! 


 Tak mampu nak beli LV.Tangkap gambar tepi bangunan LV pun jadilaaaaa kan.. Again, buat muka kempunan. Ohya, bangunan ala-ala kulit telur pecah kena gam balik tu sebenarnya adalah Singapore Art Science Museum by architect Moshe Safdie. Sebenarnya is a reminiscent of lotus flower tapi aku saja pendengki sebab dulu-dulu zaman study lecturer mesti condemn bila nak buat bangunan pelik-pelik. Samada lecturer akan impress & kau dapat A untuk design atau lecturer rasa macam takde nilai estetika & tak dapat nak construct maka kau akan fail. Boo~There's no in between grades. Muahaha..Sarcastic betul.

Gambar dari Google. Ambil view lawa sikit. Korang rasa nampak macam bunga teratai ke nampak macam kulit telur pecah yang digam? ke apa lagi pendapat korang?haaaaaa~ jawab,jawab..

Hah! Masa kat roof top Marina Bay Sands Shopping Center ni aku nampak ada satu benda alah structure yang macam pelik ni. Aku tak tahu kenapa ada air macam kena sedut ke bawah benda bulat ni.


Macam pusaran air. Tapi bila air tu jatuh, tak tahu akan jatuh pergi mana. Sebab aku tiba-tiba terfikir, eh kalau orang jatuh ni bahayanyaaaaa..Nanti lemas ke apa.Lepas tu bila nak balik naik MRT balik, aku perasan structure bulat tu sebenarnya adalah ini:

Air dia jatuh kat water feature dalam bangunan ni rupanyaaa.. Alahaiii.. kalau macam ni nak buat-buat jatuh pun best lah jugak ye? Haha..

Sooo, tamatlah cerita pergi Singapore ni. Well, aku sangat enjoy pun pergi sini sebenarnya. Rasa macam best lah sebab aku dah nak berhenti kerja. Tapi masih dapat peluang ikut trip nak pergi Singapore. Thanks a lot to Aainaa sebab jadi rakan sebilik & peneman setia sepanjang berada di Singapore..Seperti kakak yang meneman adik berjalan-jalan. Kahkah.. So suweett..For real. =)
Gambar favorite bersama Aainaa. Haha. Gambar masing-masing busuk lepas main Luge.

Haaaa! tengok gambar last! Seiras tak?
Soulmate dengan Lego. Nak pergi Legoland!!! Tapi macam tak sempat.. T__T asyik nak kempunan je dengan Lego. Terpaksa lepaskan dengan talak dua pulak. Choii laaaa..

Ok bye-bye readers.. =)









5 comments:

  1. aah lah mcm kulit telur kena gam balik..kehkeh :P

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaaaaaaa singapore =.= bila la rissa nak cukup duit pergi ni . haha

    ReplyDelete
  3. habis dh cite ni =(((
    nak lagikkkkkkkkkkkk !

    ReplyDelete
  4. Zinnirah Humaira: kan saya dah kata...haaaaaaa...

    Marissa: eheks..kumpul duit dalam tabung setiap hari RM2 ok.. =)

    Azalia: heheh..tungguuuuu..banyak cerita lain lagik k..

    ReplyDelete
  5. comel laa lego spongebob tuu.. pusaran air kt rooftop tu kalau jatuh dlm tu, keluar kat mane? hihi.. :)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...