Friday, June 8, 2012

Singapore Trip: Day 2- Universal Studio Singapore

Hari kedua tu memang semangat luar biasa sikit. Disebabkan tiket masuk USS pun dah disponsor kan, jadi apa salahnya membeli tiket Express Pass pula kan sebab taknak beratur panjang dan jimatkan masa. Ohya, tiket Express Pass=  $50 (bukan ringgit, tapi dollar) Walaupun pakai Express Pass, tapi lama jugak kami berada dalam USS.Dari pagi, sampai petang pukul 6.30 macam tu. Betapa banyaknya aktiviti boleh buat dalam tu.

Walaupun makanan kat Hard Rock Hotel memang best-best tapi pagi tu tak boleh makan banyak-banyak. Sebab aku tahu nak main banyak ride. Cereal cukup.


Antara yang terawal sampai

Keterujaan menyerlah especially Awie kat belakang tu. Huahua..

Aku mati-mati ingatkan aku bergambar sorang-sorang aje time nih. Urggghh Lan!!!
Oh btw, aku pun tak tahu macam mana nak dapatkan pamphlet dalam USS ni tapi sangat membantu lah especially bab makan. Ada tulis logo restoran mana yang halal, mana yang tak. 


Dah teruja tengok roller coaster. Ada merah, ada biru. Yummeh niii!!!

Mula-mula sekali kami ke Sci-Fi City untuk naik Transformers Ride dengan Roller Coaster. Dua benda ni PALING AKU SUKA. Roller Coaster ada dua jenis. Battlestar Galactica Cylon, dengan Human. Cylon jauh lagi best. Human pun not bad.


Ini Cylon.

Sci Fi City. Transformers Rides. Kalau naik ride ni perasaan ibarat betul-betul dah selamatkan dunia.hihihi.. *over* Nama kenderaan yang kami naik -Autobot Evac! haaaa, mesti tak pernah dengar kan? Kalau nak tahu camana pergilah USS. Nanti Optimus Prime cakap Thank You kat kau. Terharu gilaaa T__T Boleh jumpa Bumble Bee jugak.

Pakai spek 3D nak selamatkan dunia.

Tengok! Bukan senang nak bergambar dengan hero.

Masa naik second time kena beratur panjang. Tapi smart lah cara diorang design tempat ni. Ada banyak benda untuk distract korang dari merasa bosan. 


Konon-kononnya betul-betul hidup dalam dunia Transformers.

Lepas tu, menuju tempat The Mummy. Dalam ni pun ada juga roller coaster. Tapi tak hardcore sangat cuma dalam gelap aje. Best jugak lah sebenarnya. hehe. Penjaga luar pintu tu cakap "make sure you come out alive~" Pergh! bikin cuak aje.




Terserempak bos. Mintak ambil gambar dengan bos. Hehe. 

Lepas tu kami ke tempat The Lost World: Jurassic Park. Kat dalam ni memang basah lah.Memang bawak baju spare tapi belum sempat tukar, baju dah kering sendiri lepas main rides yang lain.




With awesome architects.

Lepas ke Jurassic Park, kami berjalan menuju Far Far Away Kingdom. Weehuuuuu~ Suka lah tempat ni. Rasa macam betul-betul kat tempat Shrek. 




Makan time!!! Disebabkan penat, nak kunyah makanan pun tak larat. Mak oii over betul Sophie ni. Eh tapi betul. Aku tak habis makan. Oh, kami makan kat dalam Far Far Away. 

Ni souvenir shop dalam Far Far Away.


Dah masuk Shrek Adventure 3D! Layaaaaannn~ walaupun macam kanak-kanak.hehe..

Lepas tu kami ke Waterworld. Tengok show.


Seterusnya pergi Madagascar. Kat Madagascar rides lebih kepada yang ringan-ringan. Pendek kata, kami naik rides yang pening-pening dulu baru naik rides yang ringan-ringan. 



And..last ride naik roller coaster both Cylon & Human again!! Weehuuu! Green team memang Awesome!!!!

Jimmy & Aainaa! You guys rawk!!!

p/s: Geng GDP, mintak halal eh tepek gambar korang banyak-banyak dalam ni. =B





15 comments:

  1. bestnya kak sophie:)

    tapi kan, tadi MALAYSIA seri dengan SINGAPURA..

    so,silalah sedih sikit..ahhahaha..

    (nak kongsi perasaan je nih..sbb referee makan rasuah..ghee:)

    ReplyDelete
  2. i told you it's gonna be the best stress gateaway ever when in Universal Studio!! lagi2 dapat jadi couple of the day...peace!! =P

    ReplyDelete
  3. sronoknye..semua kengkawan da sampai..bila laa diri sndiri nk sampai nih..huhuhu

    ReplyDelete
  4. comel betul kak sophie...

    maybe 1 day I should go to Singapore after Indonesia..

    thanks for the info.. boleh saya gunakan guideline ni utk ke sana nanti

    ReplyDelete
  5. fuhhhh,bestnyeee.nak pegi jgk.tp xnk naik cylon.tgk gmbr pun rin dah seram cuak.huuuu

    ReplyDelete
  6. arghh! jeles! pamphlet tu kita ada simpan kat laci, haha. kita saja je ambil kat the zone haritu. feeling-feeling konon dah pergi uss gitu :)

    ReplyDelete
  7. kak , lagu dalam blog ni tajuk dia apa? sedap sangat ;D

    ReplyDelete
  8. wah bestnya sophie !! ramai kata best even harga nk masuk USS tuh pening kepala kalau convert to Malaysian Ringgit, hehe..tapi mmg teruja kan? heee :)

    ReplyDelete
  9. @Aina Nadhirah
    memang best!!

    @Farahin Najwa
    Takpe, yang penting USS memang best, Haha..


    @siti.teha
    kinda. It was awesome. Amboiii.. Jangan nak couple of the day sangat la. Suratan atau kebetulan jek. Hiuhiuuu..

    @faa.rosli
    heyyy..nanti patut datang sini k..

    @azalia hjsalleh
    oh, most welcome! really! you should come here one day =)

    @saharinasaharudin
    eh mana boleh tak naik.rugi2..heheheh..

    @Miasaranajwa
    takpe, mana tahu nanti sampai jugak kat sana kan.. =)

    @Wniy
    errr...akak x pasang lagu pun dalam blog.mungkin awak pasang banyak tab kot. mungkin blog orang lain =B

    ReplyDelete
  10. Dengan terteranya komen ini, aku, dengan rasminya, dengki dengan ko...



    heheheh

    ReplyDelete
  11. every single rides soo awesomeee! especially the transformers ride plus the mummys revenge, cylon and human!

    akak makan kat goldilock aite? situ je yg agak yakin halal... lol... mcm kfc la konon2nya.. heeee

    ReplyDelete
  12. Hi Miss Sophie,
    Im a silent follower.btw, dh lama x blogwalking sbb bz dgn keja. 2bnda yg agak terharu - 1.ur besday on 2nd June, same as me.bleh kira twin r ni.hehe. 2.Master Arch.So, congrats..

    ReplyDelete
  13. cEro: kau bakal dengki lagi lepas ni =)

    Liyana Aziz: memang awesome dik.heeee.. hurm, tak ingat la apa nama restoran tu tp diyakini halal laaa.. =)

    Apit: 1) Wow!! awesome gilaaa jumpa orang sama birthday dgn I!!!
    2) Thanks so much!!! =)

    ReplyDelete
  14. nak pegi USS jugak laaa.. mesti best kan naik sume rides tuu.. aww~ :)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...