Harap maklum entri trip pergi Singapore ni semestinya akan diselitkan dengan gambar-gambar yang banyak. hihi.
Kami menetap di Hard Rock Hotel, di Resort World Sentosa. Dalam Resort World Sentosa ni ada beberapa lagi hotel yang lain dan Universal Studio Singapore(USS) pun terletak dalam Resort World Sentosa. Oleh itu, hari kedua tu kami ke USS dengan berjalan kaki aje. Dekat jew~
Walaupun hotel ni ada swimming pool tapi takde nafsu nak swim sebab hampir setiap weekend dah aku turun kolam.
Yeeeehaaa!! Bilik aku dengan Aainaa!! Katil queen bed sorang satu? Empuk gila pulak tu. Bila tidur rasa susah gila nak bangun aku pun tak tahu tahap keselesaan apakah ini..
Lepas check in, siap sedia pergi Maritime Experiential Museum & Aquarium (MEMA) sebab dapat tiket free. Muzium?? Apakah? Aku lagi suka baca buku sejarah dari pergi muzium. Aku selalu rasa muzium adalah tempat yang creepy.wuhuhu..
Tapi bergambar tu wajib lah kan.
Muka eksaited tu wajib lah kan..
Background best tu wajib lah kan..
Mem-poyo-kan diri tu wajib lah kan..Eh kejap, aku berdiri pun hampir sama tinggi je dengan paras topi merah tu?? Cisss!
Tak lama sangat berjalan di muzium sebab dah petang. Ada plan lain pulak. Nak pergi berlumba! Muahahaha.. So kami naik train pergi Siloso Beach. Dekat je. Train ni pun memang khas untuk Resort World Sentosa & nak pergi VicoCity.
Naik cable car tau nak naik atas bukit ni. Sebab nak main kereta lumba tanpa enjin (sukahati aku aje nak sebut nama kereta tu macam tuh)
Haaa, ni lah kereta lumba tanpa enjin yang aku cakap tu. Sebab dah naik cable car naik bukit, jadi kereta ni turun bukit,kita cuma perlu duduk, then kalau nak brek, sila tarik stereng. Kalau nak laju-laju, sila turunkan stereng. Kalau rasa teringin nak terbabas, sila lepaskan tangan terus.Gerenti tercapai hasrat anda.
Semangat konon-konon naik Formula 1. Choiii!!
Fuh stail!!!
Camni lah nak mainnya. Turun bukit. So terpulang nak bawak laju ke perlahan. Sendiri boleh handle.
Yerrr!!! korang memang awesome lahhh!!!! Thanks Abang Man bawak saya datang sini!!
(^___^)V
Suka tengok kedai Candylicious ni. Rasa macam dalam cerita kartun pulak. Warna sangat ceria!
Aku pun ceria! Eerrr, kesian Mr.M, kena bau ketiak I baru lepas main Luge. Hahahaha. Kalau dia hidup tengok muka dia, kepasrahan kan?
Dalam kedai. Best gilaaa!! Tapi bila nak beli fikir banyak kali. Tula, sapa suruh convert duit Malaysia.
And some architecture:
Michael Graves Hotel.
Love the structures. Boleh ternganga dan layan perasaan gak la kalau nak layan aje architecture.
Full moon bebeh!!!
During dinner time. Dalam Festive Hotel.
Dalam lift kat Hard Rock Hotel. Boleh buat anting-anting sihhh!!!
Okeyyy! camtu lah first day aku kat Singapore. Last aku pergi Singapore tahun 2009. Tapi tak pergi sini pun. =(
Yeahh, nantikan entri seterusnya. Second day kat Universal Studio Singapore!!! Best gilaa naik Battlestar Galactica Cylon dengan Transformers The Ride. Arghhh! Sebenarnya tak puas naik dua benda ni. =B Tapi sudah-sudah lah tu, malam kena sedut inhaler tak sedar diri betul perempuan ni. (-_-')
waaahhhh.. mcm best je.. rase nak pegi USS jugak laaa.. tapi kne tunggu lepas abes belajar laa nampak gayanya..
ReplyDeleteawesome kan cylon human plus transformer ride? mcm nak pergi lagi! x puas! hahahahahah... by the way, lagi best kalau sponsor semua... untungnya akak!
ReplyDeleterezeki-rezeki! enjoy it kak sophie! <3
ReplyDeletewaaaaa untung kaaan bila work dgn firm yg cemgini.. enjoy it kak sophie! <3
ReplyDeletedulu masa g singapore takde lagi uss. huhu. jalan2 area pulau sentosa je. naik gak luge n cable car tu. hehe
ReplyDeleteyang penting kerje oke, tetap semangat! selalu jaga kesihatan & jangan pernah lupa kepada yang maha menciptakan.
ReplyDeletesis agak2 bape bajet nak pegi sini ye..
ReplyDeletealah teringin nak pergi sana jugak. entah bila kan. bila takde orang planning ni memang susah sikit. huhuhu
ReplyDeletenak tanya..ongkoss berapa hbs? nk g..tapi nak bajet
ReplyDeleteAhhh, bestnya!!!
ReplyDeletemeleleh air liur n air mata teringin nak pergi..hehehe
pergh ingatkan putrajaya dh cukup hebat architecture.. sana pun hebat jugak ye..
ReplyDeletebestnya candilicious tu.. comel sgt!!
okey sngt jeles
ReplyDeletegrrrr bilela dpt g sne ni
@L.is.for.Liyana
ReplyDeleteMasa cuti pergi jela. Memang best!!!
@liyanaziz
Memang best gilerrrr lah yana!!! Hee, memang rasa beruntung.hahah!
@Fathin || Bamir
Memang rasa sgt untung lah Fathin. Sangat best pergi sana.
@nur hidayah isa
yeke?? kalau macam tu awak kena pergi lagi laaaaa... uss best..!
@Aslanmengagumi.blog.com
ReplyDeleteBaik Bos!!! Sekarang pun kesihatan tak berapa ok. tengah cuba bagi ok ni.
@Shazney Shamsuddin
Depends pada budget kamu. Kena buka website Resort World Sentosa. Tapi tak semestinya kena bermalam situ. Pergi blik hari pun boleh.
@J.Syazwana
Takpe, tak payah harap org planning. Planning sendiri2 je cukup.
@Nora_Aniza
bergantung pada budget.Kalau nak masuk USS aje dalam $75.
@cEro
kau patut pergi.Aku dah pegi pun rasa macam nak pergi lagi ok..
@azalia hjsalleh
aah..banyak bangunan cantik2 kat sana. Suka pergi Marina Bay tengok View.
@Iffah Afeefah
jangan jeles2.. =) pergi ajeeee..