Thursday, July 26, 2012

Perempuan Bertudung Pun Kena Jaga Rambut

Rambut tu kan mahkota wanita. Aku saaaangat setuju dengan pepatah ni. Kadang-kadang,ada sesetengah perempuan bertudung kurang menjaga dan merawat rambut atas alasan "alaaa, aku pakai tudung, bukan ada sesiapa nampak pun.." Ehh! tak bolehlah macam ni. Takkanlah korang nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak bela rambut, nak pergi salon kot.

Aku rasa, masalah rambut yang biasanya orang hadapi ialah rambut gugur dan kelemumur. Betul tak? Selebihnya macam rambut kasar, bercabang, berbiji (kalau pakai tudung masa rambut basah). 

Rutin aku jaga rambut, senang je. Basic jerrr.. Shampoo yang aku biasa guna ialah Rejoice. Tak tahu kenapa dah sebati dengan Rejoice. Dah nak 5 tahun guna *sebab I memang setia orangnya.Wakakaka..* Samada shampu sehari sekali atau selang sehari. Ikut lah mana yang selesa. Sebab kalau aktif sangat kan rambut senang berpeluh, berminyak.


Conditioner pulak mestilah yang Anti-Hair Fall. Sebab sayang rambut. Taknak lah gugur banyak-banyak. Korang tahu tak air swimming pool tu banyak klorin. Klorin bersifat menghakis. So aku akan stress kalau rambut gugur lepas gi swim atau ajar orang swim. Huahua.. rambut gugur pun nak stress. Sengal.


Tapi kalau nak jimatkan masa, kalau aku rushing ke apa.. Penyelamat terbaik kalau tak pakai conditioner ialah...Jeng..jeng..jeng..

Ellips Hair Vitamin!!
Serius sangat suka! Biarkan rambut separuh kering & sapu pada rambut. Hasilnya? Best~ rambut lembut dan wangi. *wangi-wangi ni memang ai shuke* Hair Vitamin ni juga lah yang aku akan guna lepas keluar dari kolam renang. Sebab air dari kolam renang boleh membuatkan rambut jadi kering dan keras.macam dawai besi *hiperbola selalu..* 

Aku suka rambut panjang yang tak terlalu lurus macam teknik rebonding. Teknik rebonding kan kadang-kadang buatkan rambut nampak lurus sangat-sangat macam papan.Tak suka.Suka wavy, rambut lebat dan bersinar. Cantik. Antaranya macam:

Apesal la kau comel sangat Selena Gomez?. Apesal laaa bf hang Justin Bieber..?

Kalau rambut pendek, style ni pun macam best gak. 

Whoaaaa! Jessica Alba!! My all time favourite actress sebab muka dia sweet. Dia buat rambut macam mana pun tetap gorgeous.

Teringin nak highlight rambut tapi dilarang keras oleh abang aku. Sebab dulu aku pernah gak lah gatai gi dye rambut. Tapi lepas tu insaf. Abang aku kata "ni kalau tiba-tiba mati ni macam mana nak pergi menghadap Allah?" Macam mana orang nak mandikan jenazah kamu?" yelaa, mungkin brand tu tulis halal, dari segi bahan-bahan, tapi kalau dah selaputi rambut, nanti nak mandi wajib lepas habis period, nak ambil air semayang, kalau air tak lalu macam mana? Sah ke tak? (-_-') 

Yang nampak paling Asian:
Sweet je kan kalau rambut cantik?











9 comments:

  1. Lya pun guna rejoice gak..
    suka yg ada fruity smell
    start pakai akhir thn lepas..
    mula2 tu rambut jd lembut sgt..
    sukaaaaaa
    tp skrg rambut dh jd kasar mcm masa guna sunsilk dulu.. sobs =(

    ReplyDelete
  2. wah..ado plak *iklan Rejoice* kat blog ni...haha..tp mmg suka Selena Gomez..rambut dia jarang tukar2 warna cam org lain kot...

    ReplyDelete
  3. memang ada masalah rambut seperti yang dinyatakan. sebab tu walau bertudung, kena jaga rambut. ya, rambut mahkota wanita. marilah mencantikkan rambut untuk diri dan suami. hehe

    ReplyDelete
  4. ehehehe..yg last tu bkn awek dlm nada cinta ke? hewhew..mmg pompuan bertdung pon kne jge rmbut..if not habak lemau je bau..euwwww..ehheheh

    ReplyDelete
  5. Istilah 'rambut mahkota wanita' mmg tepat.
    Tapi mahkota ini bukan utk tayangan umum, hanya tayangnya utk org yg halal sahaja..kan?

    ReplyDelete
  6. syaz suka ada satu teknik luruskan rambut, tapi bukan rebonding. apa ntah nama dia. lupaaaa. -___-

    bila buat teknik tu, rambut nampak macam wavy. tak lurus sangat. :)

    ReplyDelete
  7. Lya:
    mungkin kena tukar yg lain kot. hurm, wonder kenapa boleh drlembut jd kasar balik tu.

    Airaniez Wirdani:
    hahahahaha..tula, mcm iklan rejoice pulak. Betul3.. Selena Gomez punya rambut nampak original..

    nurdani:
    hehe..yer, walaupun belum bersuami gituh..

    nuruashia:
    a ah, memang yer pun.. =)

    cEro:
    sepatutnya begitu lah. tp sensitiviti sesetengah pihak harus dijaga juga.

    syazana:
    oh rasanya teknik relaxing tu. macam rebonding tp tak guna iron.

    ReplyDelete
  8. Iklan Ellipse I slalu tgk kat Tv jer.. ellipse ada byk colour..so i tertanya ada kesan colour ke atas rambut kita..??

    ReplyDelete
  9. anonymous:
    takde pape kesan yg pelik pn..=)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...