Tuesday, May 31, 2011

17 Perkara dan Golongan Yang Menjengkelkan Bagi Aku.

Dalam kehidupan seharian, hidup ini kadang-kadang tak terlepas daripada berdepan dengan perkara-perkara yang menjengkelkan hati dan sanubari kita. Ye tak? Berikut merupakan senarai 17 perkara mahupun golongan yang menjengkelkan yang pernah berlaku di dalam kehidupan seharian aku atau mungkin juga kamu pernah, sedang atau akan laluinya.



1.
Ketika memandu nak tengok cermin atas. Sekali nampak orang kereta belakang. Tengah korek hidung dengan masyuknya. 
Aku tak kisah kalau kau nak korek hidung tapi ajaklah aku sekali cover lah sikit. Ni macam semangat giler macam cari gali petroleum aje. Uuw~ korek jelah kat rumah macam aku   ;P

*hai, sayalah pemandu yang suka korek idung dalam-dalam tu ketika memandu. Jom korek idung sama-sama. Best, macam cari gali emas. Saya dah ajak lah ni. (-_-') 


2.
Ketika menonton wayang, ada suara-suara yang bercakap "haa, lepas ni hero ni buat ni, lepas ni jadi macam tu". 
Wey, kalau kau dah tengok movie tu, kau senyap jelah. Mungkin aku patut simpan stoking yang tak basuh 5 bulan dan sumbat je dalam mulut sesiapa yang aku dengar dok sok sek sok sek cerita pasal apa akan jadi dalam movie yang aku tengah tengok tu. Menjengkelkan!

3.
Lelaki yang suka gelak kuat-kuat BHAHAHAHAHA masa dengan geng-geng dia macam nak bagi semua orang dengar gelakan yang mungkin dirasakan sexay itu.. wey, tak macho tau sebenarnya. Rasa macam kau kurang kasih sayang ajew.
*He says: saya bukan lelaki yang suka gelak kuat-kuat di warung tu tapi saya memang macho kan, kan kan?hiks hiks hiks (gelak annoying) *


4.
Perempuan yang suka memakai baju seksi dan menunjukkan banyak permukaan kulit,tapi berkudis. Maaf lah, aku memang takde masalah kalau kau nak pakai seksi kalau kau memang seksi..kalau cantik aku yang pompuan pun suka tengok. Tapi masalahnya apa lah yang kau nak tunjukkan sangat dengan kudis kau tu? Dan kalau sekadar nasi lemak 5sen kau nak tunjuk lurah dendam kau tu pikirlah sejuta kali. Sebelum kau kena kutuk dengan lelaki dan orang lain lebih baik kau terima nasihat ikhlas aku nih =B Lurah kau belum cukup umph~ untuk didendami, paham?
*tak perlu letak gambar lurah dendam disini*

5.
Orang yang suka cakap besar padahal paling tak boleh diharap. Banyak complaint dalam sesuatu organisasi atau program tapi bila disuruh handle sesuatu perkara banyak aje alasan dia. Orang macam ni kan. Eeee.. eeee! Geram tau! Rasa macam nak tumbuk je bantal tau! 

6.
 Orang yang suka emosional tak tentu pasal. Suka hati dia aje nak layan kita ikut mood dia. Marah kat orang lain, lepaskan kat kita. Pastu sikit-sikit nak merajuk. Merajuk dengan hal yang entah apa-apa pula tu.Macam lagi besar dari masalah dunia pulak rajuknya tuh. Tak brutal langsung. 

7. 
Orang yang suka mencarut dan menengking orang bila marah. Pendek kata orang yang panas baran la. Malas giler nak layan orang macam ni. Buat sakit hati aje. Kalau setiap hari jumpa orang macam ni, aku rasa aku yang rela hati daftar masuk Tanjung Rambutan. 

8.
 Orang yang memakai spek hitam/shades padahal gi Mydin je. Tak pun dalam shopping complex yang penuh dengan lightings. Apakah? Yaa, kalau nak berfikiran positif "ouh,mungkin dia sakit mata tuuu.." Daaa~
Bukan nak kata apa lah tapi Mat Rempit ramai begini. (-_-')

*kalau aku pakai macam ni dalam shopping mall gerenti awek-awek cun pandang aku. Obviously they would. hahah*

9. 
Orang yang dah cantik tapi masih nak obses menjadi cantik. Serius tak paham doh spesies macam kau ni. Rupa tu pinjaman aje. Bila-bila masa boleh ditarik balik.Bersyukur lah sikit. Bila-bila masa boleh disimbah asid. Ops!! Eh tak, tak.Hee mintak dijauhkan.


10.
 Orang yang bangga menceritakan perkara terlarang yang dia dah buat. "wey, semalam aku "main" dengan gadis-gadis hawt. Best dohh!!" "Wey, semalam aku minum Carlsberg 2 botol sampai terkencing dalam kereta. Layaaannnn.." Weyyy! Agak-agak lah. Bangsa lain pun tak kepoh macam kau kalau buat semua tu. Kau yang dah terang-terang beragama Islam pulak yang bangga nih apesal? Pelik bila zaman sekarang bila buat dosa tak rasa malu malah bangga nak canang satu dunia.

11.
Pemandu yang terhegeh-hegeh masa nak keluar dari parking. Kalau taknak keluar dari petak parking kat shopping mall,bagilah isyarat yang kau tak nak keluar lagi. Ni tak, biar je orang menunggu sambil buat muka mengharap ada parking. Lepas tunggu 10 minit rupanya kau sebenarnya taknak keluar pun padahal dah nampak aku menunggu dah.

12.
Perempuan cantik yang suka letak gambar banyak-banyak kat FB dan blog.Especially yang 1 profile picture sampai ratus-ratus muka dia zoom dekat-dekat. (golongan tu yang aku maksudkan) Bila orang curi guna gambar dia buat profile fake nak marah-marah orang pula. Kalau nak inform bagitahu ada fakers aku boleh terima la.Takpela lagi untuk bagitahu yang dia cuma ada satu account aje.  Tapi bila nak hentam maki-maki sedangkan terang-terang lagi kau memang suka mencapap dengan muka ala gojes kau tuh, serius aku tak paham. (-_-') Pendek kata kau ni sama ada kecoh atau nak attention lah.. Dalam tempat pertama, siapa suruh kau kuat mencapap maah.

13.
Budak-budak sekolah yang smoke. Especially budak-budak perempuan lah. Waah muka bangga sangat aje sedut & hembus asap rokok tu siap jeling-jeling lagi orang yang tengah pandang mereka.. Mungkin bagi mereka dah habis macho dan style dan up to date lah kan. Tapi meh sini nak ingatkan korang eh bagi perempuan yang smoke. Kalau nak smoke boleh, tapi jangan salahkan orang lain bila ada orang kata kau nampak macam perempuan jalang bila smoke. Eh serius ni, aku tanya pendapat orang tua dan kawan-kawan lelaki, inilah perspektif mereka pada golongan ini. Ha soo, pandai buat pandailah terima pandangan orang terhadap anda.Nanti jangan cakap "hey walaupun I smoke tapi I bukannya jahat tau. Don't judge a book by its cover! Allah lagi tahu." Erkk.. Okey, aku paham but again..PERSPECTIVE.
*"wahh rasa macho giler dan ada class  lah smoke. Apa pandang-pandang? Ada masalah? Elehhhh.. Pandang macam aku ni b***h pulak  apehal?"*
p/s: sayangilah keturunan dan genetik anda.


14. 
Poser juga adalah golongan yang menjengkelkan. Kadang-kadang nampak macam humble tapi dalam diam..Ish..ish..ish.. "eh you tahu tak, I pandai menari. Budak-budak kat Showdown tu, I yang ajar diorang steps." Padahal, bila tengok dia menari, tak semegah mana pun. Takpun mengaku boleh buat itu, boleh buat ini. Bila disuruh buat, ekelehhh.. Jauh satey dari bara api. Menyampah betul la.

*Terer tak steps aku menari? Britney Spears pon kalah ni. Budak-budak Showdown & So You Think You Can Dance tu aku lah yang ajar! Haptuih!*


15.
Oo.. Tak ajak pun! Pernah tak berdepan dengan situasi "ohh tak ajak pun" ni? kadang-kadang bila kau randomly keluar dengan kawan-kawan kau dan kau post gambar kat Facebook ke kan, ada tak kawan-kawan lain yang nak touching sebab tak diajak? Kadang-kadang tak rapat pun, sebab tulah tak ajak. Atau, disebabkan RANDOMLY keluar, maka kau tak terpikir pun nak keluar secara beramai-ramai  atau sebab kau tahu orang tu duduk jauh mesti dia taknak datang ke kan.Atau sebab orang tu kalau keluar suka nak moody-moody ke kan. So yeah, kalau rasa nak keluar sama-sama, bagitahu ajela. Plan la betul-betul. Janganlah anggap kau sangat penting sampai semua orang kena ingat kat kau kalau mereka nak keluar.

16.
Akak-akak kaunter yang suka bergosip walaupun dah tahu orang beratur panjang-panjang. Lagi menyampah bila kita tengah rushing ke kan. Orang macam ni kita patut sound aje "kak, nak bergosip ke nak kena buang kerja?"

17.
Orang yang sangat kuat bergosip dan suka membuat spekulasi sendiri serta mempunyai hobi suka fitnah orang. Bukan nak kata apa lah, tapi memang aku nak kata pun la, perempuan memang ramai dalam golongan ni. Sangat menjengkelkan okey. Kalau awak hot setap pun tapi perangai awak macam ni? Bull dog pun lagi comey dari awak tau.
*hai, saya lah Bull Dog, terimalah hakikat bahawa saya lagi comey dari awak Hot Setap Girl yang kuat bergosip, suka buat spekulasi sendiri dan mempunyai hobi menabur fitnah.Auf! Auf!*


p/s: Sebenarnya banyak je perkara-perkara yang menjengkelkan dalam hidup kita. Aku tak suka pun nak ingat semua perkara-perkara yang menjengkelkan yang pernah terjadi dalam hidup aku tapi kadang-kadang ia selalu berulang. Duniawi kan.Nak heran apa.Sebenarnya juga nak cukupkan sampai 20 tapi rasa macam menjengkelkan bila nak pikir perkara-perkara yang menjengkelkan dan nak menaip tentang perkara tersebut. Ada yang sentap ke baca post nih? kikiki.. 


Sumber gambar: Google semuanya. 










20 comments:

  1. haha..lawakla baca semua ni Sophie..nway,yg no 12 tu dipanggil *Narcissicm*.huhu

    ReplyDelete
  2. Totally true! plg benci no 2. dah tgk movie buat gaya tgk movielah. ni dok bercerita mcm dia pengarah filem tu. adeh

    ReplyDelete
  3. no. 2 sangattt annoying kan. memang kita bayar tiket wayang tu nak dengar dia cerita la kann..hahaha

    no. 4 HAHHA. bjet cun je nk tayang semua tak sodar ke banyak chipsmore XDD

    ReplyDelete
  4. semua aku setuju! lg jengkel dgn perempuan gedik!

    ReplyDelete
  5. paling suka nombor enam. hahahaha. rasa annoying bila baca semua sebab macam bayangkan berada dalam situasi tu~

    ReplyDelete
  6. yang lain2 tu memang betul. tapi paling akak tak suke part panggung tu. sampai sanggup amek cuti semata2 nk tengok wayang sb klau tengok malam or weekend org rmai sgt n wat panggung tu macam ruang tamu rumah dia

    'pandainye hero dia..leh terpk nk wat camtu'

    geram gile kau tengok je la diam2. aku pn kadang2 rasa hero dia super kacak tapi aku takde la nk mention time tu gak. urgh!

    ok. teremo. haha.

    ReplyDelete
  7. xsuke laki gelak kuat2,,bile pmpuan gelak kuat2 dorg mara plak hee

    ReplyDelete
  8. yg last tu memang wujud dlm hidup saye skang..dari dulu tak berubah2..dari bersekolah sampai dah beranak pinak pun perangai die macam tu..hmm..

    ReplyDelete
  9. hahahahahahaha.
    benda2 macam ni buat kita rasa meluat tahap gajah

    ReplyDelete
  10. saya tak suka bdk2 sek yang msuk shoping complex buat muka terhegeh2. euww. annoying sgt

    ReplyDelete
  11. huhuhu..yup2..mmg byk bnda yg mnjengkelkn kite dlm hdup nie..tp kalo xde bnda2 tu,xla hdup kite bwarna warni kn?kalo sume bek2,skema2 jerp,mmg bosan gler r hdup..huuu..

    ReplyDelete
  12. it's happen everyday la kak... macam dah norms rasanya..

    nombor 12! that's y akak punya blog jarang ada gambar akak kan?? heheheheheh

    ReplyDelete
  13. hahaha i agree with most!
    yang dalam wayang tu memang annoying gila ar kan.. hahaha

    ReplyDelete
  14. setuju sangat...terutamanya no 12 tu..huhuhu

    ReplyDelete
  15. really annoying these people ohhhh..

    ReplyDelete
  16. "Orang yang dah cantik tapi masih nak obses menjadi cantik. Serius tak paham doh spesies macam kau ni. Rupa tu pinjaman aje. Bila-bila masa boleh ditarik balik.Bersyukur lah sikit. Bila-bila masa boleh disimbah asid. Ops!! Eh tak, tak.Hee mintak dijauhkan."

    tau xpa. Ada byk spsis ni. Tp mybe diorg ckp " aku xlawa, aku xlawa" dgn niat xnak riak. kan kan mybe ah :)

    ReplyDelete
  17. riffzam: thanks =)

    airaniez: hehe..baru tahu. good info =)

    fika: kahkah.. rasa mcm nak lempang kan..?

    syue: kikiki.. i pulak tergelak baca komen u. chipsmore.ahaks.

    hanaahmad: heeeee.. sep!!

    Yong Sofea: kan.kan..kan..

    Wath: hahahaha..emonya kak.. ;p memang sangat annoying. mari kita sumbat stoking busuk dlm mulut dia!

    twinkle2: heee.. tahu xpe. laki selalu ingat diorang best sgt. euww~ talk to the hand!

    cik sha: biasalah, duniawi.. perempuan apatah lagi..

    dani: tahap godzillah dah ni..

    ReplyDelete
  18. cik gadis: hahaha..tak terfikir pulak.

    hanisah: pandai =) entertainment.. tp kalau kena kat batang hidung sendiri jgn melenting tau..kikiki..

    liyana aziz: hahaha.. super like! sangat teliti yeah yana ni.

    arief: yeahhh.. gimme five dude!!

    ReplyDelete
  19. nur hidayah isa: hahahahaha.. ok, korang rasa benda yg sama kan, tp xnak cakap.

    cimot: =) memang..kena sabar je..

    cik heroin:hurmm..maybe lah.. x dpt baca hati mereka. tp hati yg cantik adalah lagi penting maah..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...