Tuesday, June 7, 2011

Tak Mungkin Aku Keliru

As mentioned before, I am now working at Bukit Damansara as an Assistant Architect.

Oh apakah pembukaan entri seperti membuat essei SPM. Sebenarnya tak pernah mention lah pulak position apa. Hurmm..

Sebenarnya rasa sangat penat. Aku paham kalau orang kata, "biasalah tu bekerja.."
atau. "alaa..baru sebulan kerja.." Bukannya aku tak pernah kerja sebelum ni.Sibuk tu macam dah jadi jiwa aku. Cuma, macam mana yeah nak berterus terang.

Kadang-kadang aku terfikir, kerja begini sangat penat, waktu balik susah nak dapat balik tepat jam 6 petang. Biasanya kena sambung kerja lah. Kadang-kadang weekend kena datang. Kalau kira-kira balik lah dari segi gaji dan beban kerjaan lah.. Nak ikutkan dari segi keuntungan dan fleksibel kan, kalau mengajar orang berenang, sejam bayarannya lebih kurang 4-6 kali ganda banyak berbanding kerja di ofis selama sejam. Dan aku boleh earn lebih dengan mengajar berenang berbanding kerja sekarang tanpa merasa begitu penat atau stress dan kerja 2-4 jam je sehari.Fahamkan begini. Untuk sejam nisbah bayaran kerjaan di ofis ke kerjaan di kolam 1:4 Tambahan pula mengajar orang tak susah, relaxing. Tak stress. But why oh why.. aku masih disini sanggup terima semua ini untuk mengejar cita-cita aku? Cita-cita aku membawa aku kemana sebenarnya? Kerja ofis hari-hari jam 9am-6pm (or 9am-10pm?) Dan kerjaan aku adalah mengadap computer buat drawings pakai software yang ada kalanya terasa juga seperti nak muntah dah tengok drawings. Boleh tak? Drive hampir sejam dari rumah ke opis. Kadang-kadang juga bila terlalu busy aku rasa macam. Oh, kenapa duniawi yang aku terkejar-kejarkan ni?

Aku sedikit terkilan sebab aku terlepas waktu berkualiti bersama keluarga. Ada satu waktu tu aku rasa sangat rindukan family dan rumah walaupun aku memang duduk rumah family. Faham tak feeling begitu? Macam, owh, sampai bila aku akan begini?Balik kerja, penat, tidur, tiada komunikasi yang banyak. Satu hari nanti aku akan berkahwin, sebenarnya cita-cita sebenar aku, aku nak jadi suri rumah sepenuh masa jek. Siapkan makan pakai suami, melihat anak membesar depan mata, memasak untuk family, kemas rumah, gardening. Tahu tak, seperti menjadi seorang bini dan ibu yang hot (perlu ke?) dan hebat serta mithali dan solehah di mata suami dan anak-anak tu sebenarnya impian aku. Tapi dalam masa yang sama juga kita sebagai perempuan memerlukan back up plan.Kalau jadi pape, kalau suami tu nak tinggalkan kita dah taknak kita dah, at least kita tak gentar kalau ada back up. So itulah yang aku cuba usaha. Untuk ada sesuatu dalam tangan.

Ohya, umur aku dah genap 23 tahun baru-baru ni. Mungkin sebab tu kot jiwa aku celaru sikit sekarang. Menuju kedewasaan. Urghh~  Kelakar bila pikir balik masa umur aku 17 tahun, target aku nak kahwin adalah pada umur 23 tahun kerana beranggapan just nice lah tu, nanti umur 24,25 dah ada baby.. wakaka.. Tapi bila umur betul-betul dah 23 tahun. Gulp~ takutnya. Jauh lagi kot..

Kalau fikir pasal perancangan hidup, agak keliru sekarang. Sebab banyak benda aku nak buat. Perkara wajib adalah sambung belajar. Keinginan besar pula ialah untuk memiliki perniagaan sendiri yang aku sedang study dan plan sekarang. But at the same time, I just can't get rid of the swimming pool. Mak aku dah marah dah sebab weekend masih pergi buat part time lepas tu call Mama dari office mengadu penat padahal pagi tu dah jumpa dah.. Tapi, tak boleh buat apa. Aku akan jiwa kacau kalau tak pergi pool at least seminggu sekali. Rindu dengan life yang aku pernah ada. =)

p/s: Tak bermaksud nak jadikan blog ni macam dairi. Haha. Tapi monolog dalaman aku sekarang ni telah menjadi monolog luaran (kot..?) Aku cuma sedikit keliru dengan hala tuju aku sebab banyak benda nak buat tetapi aku tidak mahu hilang fokus. Hurm. Ok apa- apa jelah yang aku bebelkan. Ngantuk sangat dah ni. Esok nak kerja. Bye readers. Terima kasih sebab membaca sampai sini =) Sila bagi pendapat dan nasihat yang bernas kalau ada. Will appreciate it a lot. Thank you. =) =) =)



*gambar cilok dari blog LEMAU*

30 comments:

  1. bersyukur sophie. sekurang2nya kau punya kerja dan masih boleh bernafas menjalani pengalaman yg serba indah. skrgnya kau masih boleh menghidu nafas family kau walau jrg bersua. merasa lelah itu normal dan kita tidak akan pernah letih walau sesaat utk menyesali hdp. mengejar cita2 itu satu jalan yg terindah buat aku. kasihani aku sophie. aku hari2 plg kerja lwt tgh malam. gaji pula sedikit dan berjauhan dgn keluargaku sendiri. iya, aku masih belum berpuas hati dgn masa yg aku ada tp aku ajar utk terus bertahan dan menerimanya sbg satu ajran hdp yang takkan pernah sekali aku khianati. jgn berputus asa sophie! aku yakin kau boleh buat!

    p/s : aku baru tau, kau muda lg dr aku rupanya. ngeh3.

    ReplyDelete
  2. ape2 pon good luck ye kak sophie...nak bg nasihat segala sy bdk sklh mngh yang tak taw ape2 pasal dunia krjya ni lg....

    ReplyDelete
  3. yana x tau nasihat dan bagi pendapat yang bernas since yana sendiri tengah belajar, boleh dikatakan x berapa nak padat compared to akak punya daily schedule...

    tapi trust me kak, mungkin masa ni akak sibuk2 dengan kerja and mana tau toward the end, ada something yang akan bt akak ckp, "aku tak menyesal dengan apa yang aku lalui dulu"...

    kalau nak back to basic, sentiasa fikir yang setiap apa yang kita lalui tu sebenarnya dah diaturkan sesuai dengan diri kita...

    uish, panjang lak yana komen.. heheheheh..

    all the best kak.. jangan stress sangat ek.. =)

    ReplyDelete
  4. kak sophie be strong okeh..! =)

    ReplyDelete
  5. sophie, be strong okay. biasalah mula-mula tu je kot banyak dugaan. nanti lama-lama mungkin sophie dah boleh terima. apa-apa pun saya doakan yang terbaik. :D chaiyok chaiyok sophie!

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Mmm.. Yupp eb fhm kerjaan Sophie ni mmg blh dikatakan memboringkan... Bukan x best.. tp bila asyik dok menghadap komputer bt benda yg sama setiap hari mmg rasa x best.. Lagi² benda tu kena siap cpt.. Bermacam-macam tekanan yg akan dihadapi.. Lagila kena menempuh jln pergi dan balik ke tmpt kerja dan rumah.. Huuu nak taip pn da rasa stress.. Apatah lg bila merasa sendiri keadaan itu..

    Mmm apa yg EB nak ckp, smua yg Sophie ni tulis semuanya sudah eb lalui.. Mgkn eb xda la smpi nak lukis².. Just membaca n menaip n edit setiap minit dan maklumbalas mesy.. tp cukup utk bt mata eb rabun..

    1 ja caranya Sophie.. Ikhlaskan hati bt semua ini.. Cuba hindarkan diri drpd rungutan walaupun sukar tp cuba ikhlaskn jg.. Perlahan².. Insha'Allah kmu akan merasa tenang.. Hujung minggu pula cuba bt benda yg kmu suka.. Sophie bUntung family Sophie blh lg Sophie lihat ddpn mata.. Eb pula baru la Jummat ini EB akan jumpa f2f.. RIndunya tuhan saja yg tahu...

    Papa pn tenang k.. Perjalanan ini masih jauh.. Kekdng apa yg kta rancangkan mmg akan jauh myimpang apabila kta menempuh jln yg sebenar.. Apa yg penting SABAR..

    ReplyDelete
  7. haish, bukan senang nak senang kan.. dunia oh dunia. :)

    ReplyDelete
  8. ala sedeynyer...biasala..nanti bila dah kawin tetiba bebagi benda nak wat cik sophie ooi..jadila cam saya ni..

    ReplyDelete
  9. yeeeeeeeee..da penah rasa da macam ni. 1st keje mmg akan jadi camtu. keje 7hr seminggu, 20jam sehari. sampai satu tahap akn sangat penat n da tanak pk pasal keje. so cari keje yg lebih relax. tapi bile keje da relax, baru rasa..bosannye keje aku sekarang. tapi life tu mmg sangat enjoy la. tapi self esteem yg makin kurang. at least still ade masa berenang untuk diri sndri kan. ok la tu. :) pasal family plk, bile da macam ni, cube rancang kn 1 percutian keluarga. akak pn baru je wat hari tu. g tioman 4 hr 3 mlm. sume org amek cuti. it helps. really. masa depan mmg kene kejar. skrg akak da bosan ngan keje yg sangat enjoy n senang ni, baru la terhegeh2 nk amek master. huhu

    sori membebel panjang. akak lalui bende yg sama. so terasa nk bagi pendapat. hihi

    ReplyDelete
  10. as salam..
    hoho~
    sophie baru lagi bekerja 'berat2'.
    pakcik pun takde ler la lama mana juga, tapi biasa la.kerjaya masing2, ada tekanan yang tersendiri.

    semuanya hanya dugaan.apa yang kita rasa pada masa tu, begitu la persamaan bagi mereka2 yang terdahulu.. sophie jangan patah semangat. pakcik pun dulu2 mana ler boleh sangat nak ber-online ni. lepas dah diberi kepercayaan dengan naik pangkat, pakcik boleh rileks.

    dan insya'Allah satu hari nanti sophie diberi kepercayaan untuk handle kerja2 anak2 buah, so, dari sekarang, mulakan perancangan untuk membuat satu sistem kerja yang sistemaik.

    kerja kalau sekadar ikut plan dateline, memang sukar maa,,sebab pakcik punya bos atas dulu, ajar kitorang sekadar mengikut 'sistem dateline'. alih2..semuanya celaru. takde banyak free time.

    sistem dateline ni asas bagi semua jenis kerja. pakcik puntak suka ikut cara ni sebab banyak buang masa. pakcik andaikan kat opis sophie, masih guna sistem ni atau takde guna langsung. sekarang mengikut flow project tu. haha..tu yangt buat sophie 'terganggu'

    ▂ ▃ ▅ ▆ 100%
    ─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
    ──██─────██───██▄█▀───██▄█───
    ──██─────██───██▀█▄───██▀█───
    ─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

    entri terbaru dan baru pakcik :

    1)Kilauan Emas Boleh Membutakan Mata..

    2) kerap melayari internet boleh menyebabkan penyakit Arthritis. tu belum campur osteoporosis ya.

    terima kasih..huhu~ =)

    ReplyDelete
  11. hai kak..
    kita macam sama or lebih kurang

    minat dengan architechure dan pool

    penat dengan kerja yang berlambak
    (satu ketika dulu) dan rindukan suasana pool.
    swimming itu perlu untuk betulkan semua urat2 yang da tergeliat akibat duduk di ofis berjam2 rite?,

    btw,meninggalkan salah satu yang kita minat itu adalah sebahagian dari kerja2 zalim.hee.

    so i discover.
    setelah duduk ontok2 dan pikir.
    for my future.
    better bukak firm sendiri,jadi bos,n masa untuk ke office kita yg decide
    tapi.untuk masa sekarang.,bertahan lah k untuk menimba pengalaman.. :)
    stay chill..
    *sory comment pnjang2.ngee

    ReplyDelete
  12. Mungkin sophie boleh sambung belajar secara part time. Sambil-sambil tu boleh kejar cita-cita jugak, kumpul duit utk capai keinginan nak ada perniagaan sendiri. Berenang sebagai hobi apa salahnya.

    Live life to the fullest while you still can. Nanti bila dah beranak pina mungkin terhad sikit aktiviti untuk diri sendiri kan..=))

    ReplyDelete
  13. Sophie, bash faham maksud Sophie tu. Abg bash walaupun duduk satu rmh dgn kitorang tapi mmg jarang spend masa sama2... Hari Ahad pun kerja jugak... Fikirkanlah yang terbaik okay. Bash support je ;)

    ReplyDelete
  14. satu hari nty saye pasti mcm kamu jgk. kerja3.

    ReplyDelete
  15. kadang2 aku pun terfikir ape yang ko fikir la sophie kecuali tang surirumah sepenuh masa tu. tapi yelakan ketentuan Allah semua tu, kte hanya merancang tuhan yang menentukan. Kadang2 fikir nak jadi ahli motivasi, bercakap tanpa henti gaji dibayar ikut jam. tapi sekarang aku sendiri yang perlu di motivasikan. aku sll berangan semasa blk keje sbb bosan dgn jalan dan situasi yang sama kt jalan raya, ade pemandu yg bodoh dan tak bertimbang rasa buat aku geram mcm nak blg je batu kat kete dorg tu....sory aku termonolog kat blog ko plk....

    ReplyDelete
  16. Assalam sophie..:)

    sye bace pun da rse penat life macm tu..betul org ckp, ble da keje mase kte da tak cukup...

    pernh dgr ayat ni?

    lapang sebelum sibuk

    ReplyDelete
  17. cita2 kite sama!hehe..nk jdk surirumh spnuh masa yg jaga n didik sendiri fmly kite..dan dulu p0n rse mcm nk kawen um0 20 sbb mcm sesuai je angka tu dgn kawen2 ni..tp skrg da 22 p0n xrse mmpu nk kawen lg..ish3..

    ouh..berkaitan kerjaan sophie tu, mj xde nasihat bernas sgt p0n..tp kal0 sophie rajin cari minggguan wanita 29apr pnye..ade artikel pasal seronok bekerja vs penat bekerja..hihi..mj da bce tp nk hurai isi die mcm xpndai pulak..

    ReplyDelete
  18. Heh Sophie..

    Now u know the reality of working..Bagi akakla kan,Sophie jangan give up la..mmg normal kerja macam ni,tapi kita kn positive kan mind kita.Biar ssh muda2 kerja.Insya-Allah in the future kita akan jadi lebih kuat.Sekaranglah masanya kita balas jasa ibu bapa kita.jgn lupa *hulur* skit gaji kita kat parents,adik2,etc...Baru berkat kerja.Akak doakan u'll be tough in this field before you do your favorite things..amin~

    ReplyDelete
  19. berapa panjang mau baca essai spm nieh..huhu,

    waa..arkitek ti camtoh ek..huhu

    get a quality selip tyme...huhu

    ReplyDelete
  20. hahaha aku suke ko curik brg aku..
    makna nye ko ushar blog aku jugek....hehehe....
    alah sophie.keje nie mmg penat....
    tpi nak wat mcm mana kan life kene go on...walau mcm mana pn....
    bile dh keje nie teringat zaman blaja kan kan>??

    ReplyDelete
  21. mmg cliche, tp aku ttp nk kata..
    awal keje mmg camtu (kot - sbb aku tak keje lg), org kata baru nk dpat momentum..

    maybe ni sbb cikgu aku dulu bekas engineer, dia tggal keje dia hanya sbb dia kata dia takde life..pakai kete alfa romeo, tp takde masa nk kuar dgn kawan2..

    tp papepon, sila laa bertahan yek!!

    ReplyDelete
  22. HAHAHA.. siapa yang kata biasa lah adat bekerja??hehe. kerja bidang architecture ni lain macam sikit busy nya. sebab tu lah namee fikir banyak2 kali untuk sambung part 2. namee prefer buat master je tp bidang yg seangkatan nya lah :) heheh. sebab fikir, nnti kawen mcm mana lah. time study pun....nk relax dengan family pun takde. so...time tu lah banyak terbuang. :)

    emm, sophie, thanks sbb sama pendapat dengan sy pasal my latest entry. tapi...is it too harsh bahasa saya? sbb ada seseorang ni terasa n siap buat entry lagi pasal saya. padahal saya tak refer pd dia pun. so apa pendapat?

    ReplyDelete
  23. nak exchange banner boleh? sy dh curi banner blog kamu..

    ReplyDelete
  24. hye dear sis..
    wahh, luahan hati ye ni??
    tak apalah, bersyukur dengan peluang kerja yang ada.
    masih ramai graduan menganggur yang runsing tanpa dapat menjalani kehidupan dalam alam pekerjaan seperti normalnya graduan lain.
    letih itu mungkin suatu yang biasa pada awlnya, lama2 kalau sudah terbiasa, pasti menganggap itu suatu hobi dan rs rindu klu nk tinggalkan kerja tersebut.

    btw, for weekend boleh spend leisure time d pool. pasti seronok:))


    wish u best of luck!!!

    ReplyDelete
  25. hana ahmad: aku tetap bersyukur dgn apa yang aku ada. cuma terkadang rasa ingin meluahkan. hehe..

    khairunnisa: hahah...so sweet. thanks dik =)

    Liyana Aziz: xpe, komen satu muka surat pun sy suka je baca. Thanks yana =) you're right.

    amy syifa: huhu.. thanks a lot =) i am stronger now. tehehe..

    yong sofea: thanks yong =) chaiyok2..!!

    EB: wsalam.. hehe.. ada juga yg paham kerja sophie macam mana. xpe, skrg dah ok dah =B

    lini hasnan: duniawi.huhu.

    ReplyDelete
  26. is wany: takpela, kak wany dah selamat ada anak yang comel.. =)

    wath: takpe, kat sini bebas nak bebel panjang mana pun. tehehe.. yeahh. skrg dah mula ada passion tuh. cuma mungkin baru2 ni stress sebab ada submission kot..

    ..: setuju lah kerja masing2 ada tekanan masing2..hahah.. hurm, takpelah, kerja memang x boleh merungut kan. cuma kdg2 rasa mcm nak meluahkan.haha..

    Aisyah Norzilan: yeke? oh wow..gimme five!! ok, i'll take your words. meninggalkan salah satu yg kita minat adalah sebahagian kerja2 zalim. like =)

    amirah:pernah terfikir nak belajar part time. tp architecture tak sesuai belajar part time. huhu..

    bash: thanks bash!!! miss you geng!!!

    ReplyDelete
  27. cik mimi: hehehe.. biasalaa.. duit bukan segalanya dalam hidup. tapi segalanya memerlukan duit. huhu..

    nur aisya humaira:pernah dgr =) hurmm.. ni lah dia, meningkat satu fasa. oh rindunya nak pergi tadika semula.

    MJ: ok thanks. sophie akan try usha kalau2 ada jumpa.

    kak airaniez: insyaAllah kak. dah bagi dah first gaji cuma kat adik2 belum bagi lagi. 2nd month punya gaji boleh bagi dah kot.

    taoslayerz: erkk..hahah.. yelaaaaaa...

    ReplyDelete
  28. orang lemau: kata member. aku dah follow kau mestilah aku baca entry kau.hehe.memang teringat sgt pun. =)

    cEro: aku pun rasa camtu sbb skrg aku rasa mcm makin ok kot. cuma still la, terasa mcm masa sgt terhad utk buat apa yg aku nak..

    namee: sama lah pendapat kita. hurm, yeah.. archi ni agak lain macam busy dia. nak huraikan pun susah. paham2 jelah. hehe.. entry tu? siapa makan cili dia lah terasa pedasnya. =)

    amey: sila2..

    fifiey: agak mcm luahan hati lah.huhu.. memang bersyukur sgt pun dpt kerja.. tp xpela, i am Super Sophie wut.. XD

    ReplyDelete
  29. hamzah ian: amende hamejah? kat sini kau shout, kat fb kau shout.. (-_-')

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...