Tuesday, June 28, 2011

Banyak Benda Tak dapat Diucapkan Dalam Blog. Al-Fatihah.

Blog tempat aku share pendapat. Feelings mungkin. Tapi aku tak dapat menjadikan blog ni sebagai diary. Tak mungkin kamu dapat kenal aku 100% hanya dengan membaca semua entri-entri aku. Apa yang aku post hanyalah secebis mungkin dari perasaan aku. Terlalu banyak benda yang berlaku. Tapi perkara yang menyedihkan adalah perkara yang paling aku cuba elakkan dari tonjolkan dalam blog ini. Kecuali dah tak tertanggung, atau aku perlukan semangat dari kamu semua.

Baru-baru ini. Ermm.. Beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang telah pergi.
Meninggalkan dunia ini. Ini hanyalah beberapa yang ku kira, agak dekat dengan aku.

Tahun 2007.
Pakcik aku (adik ayah) meninggal dunia kerana sakit jantung. Tapi dia special case. Sebab doktor menjangkakan dia tiada harapan dan hanya letakkan sasaran jangka hidupnya tak lebih dari 20 tahun. Tapi dia mampu hidup sampai umurnya 30-an. Dia meninggal sewaktu bulan Ramadhan. Meninggal dengan wajah tersenyum.

Tahun 2010.
Kematian paling tak dijangka.Kawan baik sendiri. Paan Zailani. Sudah hampir setahun pemergiannya. Penyakit yang agak rare case dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Sampai sekarang aku masih rindukan dia.

Pemergian ketua program Bsc.Architecture. Encik Yacob Omar. Pemergian yang sangat dirasai sebab merupakan pensyarah yang sangat, sangat sporting dan baik. Bersifat kebapaan, jadi kami suka bermanja-manja dengan arwah sebab dia ibarat bapa.

Tahun 2011
Dalam dua minggu lepas pak cik aku (sepupu ayah tetapi agak rapat) meninggal dunia kerana cancer esophagus. Pada mulanya disyaki ulser perut. Tetapi sebenarnya adalah cancer esophagus. Rasa sedih sangat sebab masa last aku jumpa dia, badan dia turun. Hampir 30kg turun. Sebab dia tak dapat makan. =(

Baru beberapa minit yang lepas aku dapat berita ibu saudara aku (ayah punya kak ipar,ibu pada gf Carl Samsuddin) baru meninggal dunia sebab cancer usus. Jumaat lepas masa ayah aku call di pejabat mengatakan aunty aku sedang nazak aku terus pulang ke rumah dan terus gerak ke Sungai Petani, Kedah. Rasa sangat sedih membayangkan betapa berbeza keadaannya dengan dulu, tanda menaggung kesakitan yang amat perit. Pada mulanya menganggap kena gastrik, tapi bila dah detect ada cancer colon, dah stage 4.Aku paling sedih sebab  mengenangkan cousin aku yang masih kecil kehilangan ibu di usia yang sangat muda. Aku harap sangat cousins dan pak cik aku tabah harungi semua ni.

Aku doakan semoga semua yang aku kenali ini ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Esok lusa, sampai masa kita, siapa yang tahu? Esok lusa siapa yang akan tinggalkan kita pula, siapa yang tahu? huhu. Aku sedih la sebenarnya. Hurmmm.. =,(

p/s: ini hanyalah yang aku kira, punyai hubungan kekeluargaan ataupun rapat dengan aku. Tapi sebenarnya, masih ada lagi beberapa kematian melibatkan ibu kepada kawan, kawan baik ayah, jiran lama.. Semuanya disebabkan mengidap cancer, breast cancer. But mostly colon cancer. Aku difahamkan cancer usus ialah cancer yang paling sakit dalam banyak-banyak cancer. Sakit perut pun dah dikira sangat sakit. Kalau cancer usus? hurrmmmm.. T_T  


Al-Fatihah...

13 comments:

  1. x tau kenapa yana rasa sebak... salam takziah dan al-fatihah...
    semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yg soleh...

    Allah lebih sayangkan mereka...

    ReplyDelete
  2. awak kawan paan zailani. mashaAllah. keciknya dunia. dia classmate saya dulu. Alfatihah

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..penyakit memang banyaknye melibatkan perot..hmmm..mak saya pun baru lepas surgery appendiks..dah pecah pun..naseb baek sempat bedah cepat..kalau tidak..T_T nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah kpd semua yg telah pergi dulu sebelum kita..Kita xtaw kan ajal seseorang tu bila..dla salu baca org2 yg paling dekat meninggal sbb dla x pnh rs kot, ada tp x ramai kdg2 rs takut gak camne nt nak hadapi nt tp nak xnak kena hadapi jugak ntah2 kita dulu yg pergi sebelum mereka..

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah buat mereka2 yang telah pergi dulu meninggalkan kita.. sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi mereka..
    piss piss: sy "curi" idea u sikit tau..bila baca ur post ni rasa rindu sgt kat mereka2 kesayangan sy yang telah pergi so a tribute for them in da making.. thanks ye.

    ReplyDelete
  6. sedihnya Sophie :( Al Fatihah~

    ReplyDelete
  7. apa punca eh canser kolon tu...takutnya...aku dah la suka makan jer tak pernah pk pon makanan tu bagus ke tak untuk kesihatan..janji sedap..


    nenek aku kena breast cancer dah sampai stage 4. sedih gile masa dapat tau berita tu. tapi Alhamdulillah lepas rawatan kemo, dah beransur pulih dah...

    ReplyDelete
  8. "Bila ada tak mahu hargai. Bila tiada baru tercari-cari."
    Kadang-kadang kita terlupa nak hargai mereka semasa mereka masih ada.Bila mereka telah meninggal dunia,baru kita rasakan kita macam tak sempat nak lakukan sesuatu bersama.Apa-apapun Al-Fatihah sajalah yang mampu kita kirimkan dr sini...=(

    ReplyDelete
  9. al-fatihah...

    kita yg still sihat ni, cuba laa beringat ttg cancer jugak..slalu laa check..berdoa agar tak seksa sbb cancer..

    amin..

    ReplyDelete
  10. al-fatihah...moga2 ngan kematian org dikeliling kamu, mendekatkn diri kepadNya

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...
    Maaf EB lmbt komen entri ini..
    Baru la ada masa nak ronda2...

    Apa² pun yang hidup pasti akan mati..
    Cuma matinya bagaimana Allah sahaja yg tahu... Apa pun semoga mereka yang telah pergi dahulu sebelum kita akan mendapat tmpt yang baik².. Semoga mereka sentiasa dicucuri rahmat.. Org yg meninggal akibat sakit perut, Insha'Allah akan masuk Syurga..

    Al-Fatihah kpd mereka semua..
    Semoga kita smua mengambil ikhtibar dan pengajaran dgn ketentuan Ilahi ini.. Semoga ahli keluarga mereka dan kita juga tabah menghadapi dugaan hidup... Amin..

    ReplyDelete
  12. keciannn..xpe..tabahkan hati anda ;)

    btw i tookur banner.lets exchange it woth mine ;)

    ReplyDelete
  13. Al-Fatihah..semoga kesemua nya dicucuri rahmat oleh Allah...

    teruk jugak kan kalau sakit kena cancer usus..hm...

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...