Sophie nampak macam bahagia je. How do you actually overcome your stress?
Kalau nak kata aku ni bahagia 24 jam tu memang tipu sangatlah kan. Dalam hidup ni ada ke orang yang takde masalah? Ada masanya aku pun ada masalah, aku juga boleh dirundung kesedihan. Tapi, aku selalu anggap untuk hidup, kita kena jadi seorang survivor. So ni antara tips aku la.
Harus berfikiran positif.
Selalu anggap kita boleh buat. Walau susah macam mana pun.
Jangan pernah putus asa.
Allah takkan bagi kita dugaan kalau Dia tahu kita tak boleh hadapinya. Tapi janganlah anggap semua masalah yang kita hadapi itu dugaan daripada Allah. Sebab kadang-kadang masalah yang datang tu berpunca dari diri kita sendiri. Pendek kata, yang hang pi cari pasai tu pasaipa?
Bersihkan hati.
Pada aku, untuk kurangkan stress, janganlah ada sifat dengki mendengki dengan orang. Kalau kuat mendengki boleh jadi stress dalam diri. Semua yang orang lain buat lebih kita rasa dengki, tak puas hati. kan ke dah stress. Aku ada kawan ni, dia sedikit busuk hati la. Muka dia memang nampak stress. So janganlah simpan apa-apa perasaan busuk hati pada orang yer.
Cuba untuk senyum dengan ikhlas.
Yep, walaupun kadang-kadang memang pahit rasa macam muka nak ketat macam pakai masker sejam kat muka. Tapi bila senyum, kita akan dapat satu aura. Aura untuk rasa lebih senang hati lah gituw.
*habis ikhlas tak nih aku senyum?*
Pandang muka ibu dan ayah atau orang-orang tersayang.
Kalau aku stress aku suka tengok muka ayah atau mak aku. Ada rasa ketenangan. Ha tahu tak kalau kita pandang wajah ibu dan ayah dengan penuh kasih sayang nanti dapat pahala wooo..
Jangan merungut.
Aku ada je kawan yang kuat merungut. Kalau kau kuat merungut, kau bukan sahaja tidak mengurangkan stress, tetapi menambahkan stress kawan sekeliling yang mendengar rungutan kau. Habis semua kena aura stress.
*random: kereta aku kena langgar dari belakang masa hari terakhir di sem terakhir.hukhuk.Sabar..huhu..*
Setiap dari kita ada aura. Sebab tu kadang-kadang walau kita tak mengenali orang tu, kita boleh rasa suka atau eh,menyampahnyaaa.. Walaupun tak kenal. Kalau peribadi kita elok, aura kita elok la. Jadi aku tak suka kalau orang yang berkomunikasi dengan aku rasa macam tak kena je nak deal dengan aku. Maka harus bijak mengawal perasaan.
Jangan buat benda bodoh
Contohnya stress sebab fail paper ke, putus cinta ke. Ada yang nak toreh tangan la, rasa nak terjun bangunan la.
Cari terapi untuk diri sendiri.
Ikut juga pada hobi kamu. Kalau suka melukis untuk cari ketenanga jadi melukislah banyak-banyak. Macam aku, aku anggap mengajar orang berenang ialah terapi bagi diri aku. Bila aku mengajar, aku akan melupakan masalah aku untuk seketika. Kalau mengajar kanak-kanak lagilah best, dengan gelak tawa mereka, kerenah mereka. Oh memang satu terapi untuk aku lupakan stress. Kalau sedih dan rasa nak menangis pula, aku swim. Yer, berenang dalam air, takde sapa akan nampak kalau aku nangis sambil berenang kan. Huahuahua..
*kadang-kadang bawa sketch book pergi pool*
*buat quick sketch dalam 5-10 minit*
Serius ni, beristighfar lah kalau anda ada masalah. Kadang-kadang ada time hati rasa sayu aku baca la Yasin. Tapi tak patut macam ni, sebenarnya bukan waktu stress atau sedih aje kita kena baca Al-Quran. Patutnya kena baca selalu.huhu.Barulah tenang kan.
Melihat alam
Aku memang suka nature. Aku suka pokok yang menghijau. Aku suka bila angin bertiup ada bunyi daun bergetar (oh daun bergetar ke? apa entah nak sebut tapi rustling leaves gitu). Rasa nyaman. Suka bau rumput. Suka air. Tengok langit nampak bintang. Semua benda tentang alam aku suka. Serius aku rasa tenang sangat. Macam kawan aku dari Iran dia suka nature.Dia kata: When I look around, I feel like God is talking to me. So mungkin aku pun rasa macam tu. Rasa macam ahh, lupakan sejenak masalah, aku perlu bermeditasi gitu.
Jangan pikir semua masalah dalam satu masa
Ni kawan aku yang bagitahu. Kadang-kadang kita pikir semua masalah dalam satu masa. Sebab tu stress. Kita kena pikir satu persatu dulu. Biarkan satu-satu masalah tu diselesaikan. Contohnya masa final sem tu aku stress sebab kena buat design la, model la, kena jadi coach lah, kena buat thesis lah, kawan baik meninggal la. Macam, semua perasaan bercampur aduk. Jadi kawan aku kata, pikir satu-satu dulu. Selesaikan mana yang harus diselesaikan dulu (mana submit dulu yang tu pikiaq habis-habis dulu naa). Kalau pikir semua dalam satu masa otak pun boleh jam.
*random: korang tahu air Milo kotak yang Sensasi Meletup tu? Sangat tak paham apa motifnya*
*nampak lobang kecik kat straw sensasi meletups boom kebaboom tu? Bila sedut air milo nanti air dia macam tertembak di lelangit. Maka mungkin itu lah maksudnya sensasi meletup. Again, MOTIF??*
Jadi inilah antara yang aku amalkan supaya aku lebih senang hati. Aku memang latih diri aku begini. Jadi bila ada masalah aku cuba cari alternatif lain untuk buat aku lebih gembira tanpa susahkan sesiapa.Kadang-kadang berkongsi masalah dengan kawan baik pun best juga, rasa lega tambah-tambah lagi bila mereka bagi sokongan dan nasihat bernas. Sebab tu bila cari kawan, cari kawan yang ada waktu kau susah. Bukan cari kawan waktu nak enjoy huha-huha aje.
p/s: kalau ada sesiapa nak tanya soalan berhemah sikit boleh lah tanya kat Formpring aku. Nanti kalau aku ada pendapat aku sendiri insyaAllah aku share kat blog. Kalau soalan mengarut atau aku rasa macam "hekelehhh.." biasanya aku tak jawab atau delete je. kuang.kuang..kuang..
"Selepas kesusahan pasti ada kesenangan. Selepas setitis air mata pasti ada kegembiraan"
*random: bila rasa nak buang tebiat, snap gambar muka sendiri dekat skrin PC.send kat bf. Kononnya gambar paling bajet cun. Then bagitahu dengan eksaited: "saya mekap sendiriii pergi dinnerrrr.. amacam?"
eee..giler macam nak attention doh. *
bestnyaaa boleh sketch2. cantik (:
ReplyDeletesophie ni rajin betul update blog tehee
ahaa..saye pon xba[er nk paham dgn lubang straw milo tu...haha
ReplyDeletehahaha.. qyqa suka sgt merungut..
ReplyDeletepatutlah selalu jer tertekan..
thanx 4 da info..
(^_^)
lbih baik tido bile stress.mcm puas. tp bile bangun, stress blik, kalo gitu tido jela manjang..HAHA
ReplyDeletehehe.. bc Al Quran mmg terapi terbaik. sblm ni jrg sgt sentuh Al Quran. ble ade mslh, emosi x tentu hala. tp lps sy bc Al Quran dan solat, rs tenang sgt :')
ReplyDeleteoh ya saya baru terlanggar kereta bapak saya haritu. hehe. nasib tak apa apa. hee. langgar belakang juga. heh
ReplyDeletesuke entry nie! kalau ade masalah, better jgn tunjukkn kt orang..hadapi dgn tenang. =)
ReplyDeleteas salam..
ReplyDeleteyeah! betul!
sokong statement sophie ;)
stree tu, kalau dapat dikawal, kegembiraan la yang keluar. kegembiraan ibarat perfume.kita sembur kat baju, orang disekeliling pun dapat bau haruman tu~
kita kongsikan kegembiraan kita, orang lain juga kan kongsikan kegembiraannya dengan kita. so, stree tiada! yeAH!
kuarantin stress! hehe.
wah! sempat lagi melukis.hehe. teringta kak dl nasi kerabu dengan cero.haha
yang milo tu.entah. gimik je. hampeh
woahhhhh tips2 yang bermanfaat tuh
ReplyDeletenice jugak u make up sendiri
Haha..pic yg terakhir tu paling sweetla..stress pergi tunjuk muka comel kat bf?haha.tp tula,bila kita rasa bnda tu funny,kita ketawa n insya-Allah stress tu hilang.ketawa penawar duka kan?^_^
ReplyDeletepelok2 kuceng dpt release stress jugak..hahaha..
ReplyDeleteprngai kite sme la.. bile stress suke tgk nature.. suke tgk pokok.. lg best klau dduk tmpat brangin pastu lyan blues sorg2.. heaven! hahaha tips yg sketch tu prnah je wt tp stakat pndai lukis org lidi ke mne la sgt hilang stress ny.. hahahaha
ReplyDeletejemput singgah ANASAURUS :)
semua point yg akak bagi sangat berguna tau.. tapi kadang2 yana rasa yana tak mamu nak face all those thing.. =(
ReplyDeleteyou know what I think I dh submit comment dekat entry yg berlainan.. = ="
ReplyDeleteterbaEk arr sophie...
ReplyDeleteseriously, aku akan take note sume isi dlm post ni utk kegunaan sndiri
Kalau Sandra stress, terus call mama! Dapat dengar suara mak cam lega sikit..tak dapat tgk dieorg, dengar suara pun jadilah...;-(
ReplyDeletep/s: Tiba2 sedih!
hai adik. apa khabar. rasa cool je baca entri ini. pernah rasa saat-saat agak sukar, balik rumah mak bapa, tak perlu cerita tapi mereka tahu.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteHehehe sngt best entri ini..
Actly secara tidak langsung dengan mbaca entri mcm ni blh mghlngkn stress.. hehehe...
Mcm sandra ckp call mama, yupp itu pn slh satu terapi yg sngt² bgs.. Terutama sekali bg meke² yg jauh dr family mcm EB...
Positif + Tak Putus Asa + Hati Bersih + Senyum + Jangan merungut/mengeluh + Hobi + Agama + Flora&Fauna + Smart Thinking = NO STRESS!!
Stress ni actly dtg dr diri kita sendiri... Kalau kita bijak handle n hati sentiasa bersih Insha'Allah kita akan dpt handle stress ni..
argghh..!! tgh stress giler2 nih... opis dah setat wat job rotation... tgh kecut perut memikirkan kat mane la penempatan baru neh... mintak2 laa x kne bos yg spisis singa or buaya... kalo x, mmg hari2 darah tinggi & sakit jantung...!
ReplyDeletestress..!!! stress..!! uwaaaaaaaaa..!!
wahhhhh gud tipsss lah. hye2 sophie...1st tyme singgah sini.
ReplyDeleteyou r soo +ve minded . love it ;)
ReplyDeleteyang last sekali tu ML salu buat. Hahahhahaha~ (^__^).Happy selalu tu tipu la kan, mane de org yang happy salu. Kucing pun tahu nak moody. Tapi, kene la pandai2 nak ceriakan diri sndiri.
ReplyDeleteyang last sekali tu ML salu buat. Hahahhahaha~ (^__^).Happy selalu tu tipu la kan, mane de org yang happy salu. Kucing pun tahu nak moody. Tapi, kene la pandai2 nak ceriakan diri sndiri.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletestuju smua tu..cuma saya ni slalu jugak merungut esp bila internet lambat/slow mcm kura2..perasaan hangin satu badan tu paling slalu xblh nk elak bila bdepan masalah mcm tu...
happy blogging :-)
regards,
BLADE EDGE
sori dear, dla pun dh lama x msk cni sbb bz sikit minggu ni..part lukis2 tu mmg dla setuju sbb dla camtu gak, asal rs bosan cam stress suka conteng2..hehe
ReplyDeleteI really like this post. its filled with so much positivity! haha
ReplyDeletebetol2.. even ngah stress tu senyum tu pasti kene ade.. hehe
ReplyDelete