Wednesday, December 21, 2016

Penat Lah Juga!

Aku tak tahulah kenapa, tapi aku rasa aku punya life sekarang agak hectic.
Good kind of hectic. Sebelum ni aku rasa macam aku nak rileks-rileks camtu kan. Tapi tiba-tiba macam dapat wake up alarm yang menyedarkan aku tentang persediaan menghadapi masa depan. Aku dah mula banyak fikir pasal.."what if?"

Ada waktu aku penat sangat. Penat sampai tahap nak nangis. Bila tidur pun lewat, bangun still penat memang mudah grumpy kan. Nasib baik lah sekarang dah consume good organic health supplement yang aku rasa sangat membantu aku untuk maintain sihat. Dah susah dah nak kena demam selsema macam tu. Alhamdulillah. Kesihatan kena la jaga kan, badan sihat otak cerdas gittew. Orang kata nak buat something kena focus pada satu. Tapi knowing myself, I normally do better when I multitask. Kalau focus satu je benda dia macam lemau & mundane sedikit rasanya. Bila multitask ni adrenaline dia lain machiam sikit *over*.

Tahun 2016 pun dah hampir tiba ke penghujung. Bila aku tanya balik apa aku dah achieve & adakah target aku tercapai dah untuk tahun ni? Aku senyum. Ada sedikit kepuasan lah. So aku perlu bersedia dengan target baru, timeline hidup yang baru, deadlines yang baru. Getting more serious in life. Wey seriously, umur lagi 2 tahun dah nak menghampiri 30 OMG.. I want to achieve my life target. Target apettew kawin kew kak sopiee.. Tettt! Tiada dalam perancangan 2017. Bakal suami maybe dia tersesat kat memana lah tu tak jumpa jalan pulang ke pangkuanku hahahaha.. *okay tak lawak sopiee*

Tetapi, sudah tentulah bila kita nak set target, kita kena set reasonable target. Tahun 2017 ni seperti sesuatu sangat. haih. Looking forward.

So yeah, luahan rasa hati je. Sembang kosong di tengah malam sambil tunggu masker muka kering. lol.

(mungkinkah bakal menantu mak awak?*tetiba*)

Rasa macam aku tak rajin kan share gambar sendiri dalam blog? Nah sekeping. Bila tengok diri sekarang rasa macam OMGee 6 tahun berbelog, I can see my own changes from the way I think, and look maybe? Tetiba nak rasa sekarang dah sangat matured. Lagipun bila pernah berhidup kat negara orang sebelum ni aku rasa aku memang banyak berubah dah (in a good way lah) Hahaha. Actually bagus gak blog aku ni untuk diri sendiri. Ibarat melihat diri sendiri membesar terutamanya bila aku turut letak gambar dalam posting. Rasa macam "wey ni aku ke dulu?? Haha kelakarnyaaa..(kutuk diri sendiri)"

Okay good night. Bye!


p/s: sentiasa nak mencari semangat tulis pasal architecture (studies, work, reality etc). Doakan aku dapat semangat & dorongan itu. Dah tentulah banyak boleh diceritakan. Unless ada orang panggil aku untuk bagi talk bolehlah aku membebel lama-lama tak payah menaip. Penat gak kadang nak tulis panjang-panjang ni, dahla korang tak boleh agak expression aku bercerita camne kan.. *penuh semangat, mata bersinar-sinar gittew macam pidato*

3 comments:

  1. hehehe, memang berbeza akak yg dulu & skg hehehe.. kak... kelas renang area shah alam buat kat PJ juga ke?

    ReplyDelete
  2. Busy yang positif 😊 Glad to know Sophie's back in the pool 😊

    ReplyDelete
  3. If that hectic was good, then good for you, Sophie.
    Tapi make sure kau jaga kesihatan ye walau macam mana hectic pun keadaan kau :)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...