Thursday, December 8, 2011

Korang Rasa Tak Apa Yang Aku Rasa?

Hello.. Sekadar quick post sebelum tidur.

Seperti biasa, kalau ada surat khabar depan mata mesti nak baca.

Tapi sejak akhir-akhir ni, aku rasa macam dah tak lalu dah nak baca paper.
Aku rasa dunia semakin gila.
Berita bunuh tu macam dah normal.
Baru selak dua tiga muka surat, aku rasa macam dah tak lalu nak baca sampai habis.
Ngeri doh. Kes rogol, sumbang mahram, buang bayi, rompak, etc.

Selak bahagian hiburan pulak, pelakon seksi-seksi. Lollipop mana lah pulak ni. Orang tengok pun geram, ye tak? Macam nak gigit-gigit je..
Muka tak kenal lah pulak.

Kadang-kadang rasa macam pelakon baru perempuan semua sepesen aje,
rambut panjang, baju pula selalunya mendedahkan kulit yang gebus gebas ittuw.
Kain kalau tak atas peha macam tak sah.
Dada kalau tak nampak lurah dendam tak sah.
Kadang-kadang terfikir jugak, memang kat Malaysia ni kalau nak jadi artis kena pakai seksi kah baru orang panggil berlakon?

Kadang-kadang kontroversi aje lebih, lakonan entah mana-mana.
Berebut pakwe pun keluar paper.
Baca post twitter artis-artis kat surat khabar lagi kelakar dari baca ruangan kartun.
Benda peribadi & tembak menembak sesama artis. Kurang matang @ kurang cerdik disitu.
Bila keluar Melodi- "owh, no comment~ I bercakap random jew. Takde nak tuju kat sesiapa. Kalau ada yang terasa itu hak masing-masing lah" Pftt.. tipikal jawapan artis Malaysia. Kat status bukan main suka sembur-menyembur, bila ditanya taknak mengaku malah berdolak dalih.

Belum lagi tengok reality show. Punyaaalah berlambak yang join reality show yang pertandingan nyanyi tuh, tapi mana? mana pergi semua juara reality show tu?
Suara memang superb tak dinafikan. Adam Af antah kemana? Vince AF? Ayu OIAM? Mawi mana hilang? Mila apa jadi?Semua sekejap je naik.
Walaupun masa depan peserta reality show ni aku rasa macam tak lah boleh dijamin akan popular dalam jangka masa lama, tapi masih ramai lagi nak join, dan semakin banyak lagi program realiti disiarkan di TV. Relevan tak? Yang aku rasa agak kelakar tu, yang jadi juri yang sakan mengomen dan mengutuk tu, tertanya juga aku apa kelayakan dan sumbangan mereka pada industri seni tanah air yang melayakkan mereka jadi juri. Ada sesetengah tu memang layak la aku rasa. Cuma ada certain yang buatkan aku rasa macam.. Huh?? kenapa dia? Dia punya lagu meletup ke kat radio? Suara dia pun macam..Teeetttttt!!!

Anzalna (aku tak kenal pun siapa tapi sebab keluar dalam Pancaindera baru-baru ni)

Neelofa

Izara Aisyah

Ayu Raudhah

Fasha Sandha

Hah, nampak tak daripada gambar-gambar di atas ni apa yang aku cuba sampaikan? Tak, aku takkan mempersoalkan tentang dosa pahala. Aku cuma nak kata, korang perasan tak artis perempuan Malaysia ni macam nampak sama aje. Harus berpakaian beginikah untuk menjadi artis? Ye..ye, yang penting bakat.(kata mereka seperti selalunya)
See..jawapan tipikal artis Malaysia kan..
 (-_-')


So kesimpulannya, korang rasa tak apa yang aku rasa? Atau korang ada pendapat atau huraian sendiri? Mungkin aku punya pendapat yang salah ke..
Elakkan mengutuk, mari berbincang anggap macam forum. Cehhh!! Yo yo oww je.

p/s: yang lelaki tengok gambar-gambar ni mesti dalam hati kata "yummeh~ lollipop!"

14 comments:

  1. perlukah untuk tonjol dan tayang tu semua..hmmm..malu aku yg pompuan ni..

    p/s: kak sophie, jom laaa join kontes kite plak..

    ReplyDelete
  2. ini cliche' tapi bila berlakon perasan tak perasan many of them dapat watak bertudung-perempuan kampung-ayu-awwaww semua kannn 8,8

    ReplyDelete
  3. kitew stuju kak sophie..ni lah terikut2 budaya barat...dedah sana dedah sni uhh tbiasa bg mereka..tp bakat kerja tak nmpak pon..kejar popular latew :)

    ReplyDelete
  4. aku pun tertanya-tanya. kadang2 aku dah rasa muak nak ambil tahu. jalan mudah, aku ambil buku, baca dan takyah fikir. mual.

    ReplyDelete
  5. Berita bunuh sekarang somehow only exist in fiction years ago but now it became reality.

    Oh, pasal artis lagi, saya idamkan artis yg bkn sekadar artis. More wardina, less the others.

    Nice entry. Suka baca blog ini. Always silent killer, ahhah, silent readerlah.

    ReplyDelete
  6. yg minah first tu sape?sumpah tak kenal./bahahahha

    ReplyDelete
  7. awat gambar tuh semua seksi2. huhu.

    tapi kan I rasa memang produser suka cari yang seksi2 lah. sebab dorang suka menjamu mata. tah pape je.

    ReplyDelete
  8. mula2 tak knl jugak anzalna tu. pastu baru perasan dia yg berlakon dlm cte ramadhan terakhir tu jd gf lelaki tu siapa ntah nama dia. haha

    tp yela, seksi btul diorg ni. mcm dah tak pduli dah diorg ni islam

    ReplyDelete
  9. saya yang perempuan ni pun bila tgk bernafsu-.-"

    ARTIS MALAYSIA NAK IKUT ARTIS BARAT. X TAU MALU LANGSUNG!

    ReplyDelete
  10. kannn...penat bila baca berita malaysia.. lagi penat baca berita dunia sama..adoii~

    yg pasal artis ni pon, hurm, sama2 lah kita doakan mereka dapat hidayah...sedih pulak makin lama tengok dunia macam ni (':

    ReplyDelete
  11. kena ada rupa.. seksi.. itu yg disanjung agaknya..
    bakat org letak kat lutut je

    ReplyDelete
  12. negara makin maju, pakaian makin berkurang. baju sponsor kain tak pernah nak cukup.kos riban2 tapi singkat terbukak sana sini. orang bukan Islam pun ada yang pakai sopan.

    sebab tu kak wardina cakap, beliau pelik kalau frontpage cerita fasal artis.

    kemalangan dan lain2 tu pun menunjukkan statistik yang kian meningkat.sangat membimbangkan.hoho.eh panjang gila komen. hehek

    ReplyDelete
  13. abg iwan tak kenal sgt artis2 baru ni.. cume kenal neelofa tu sbb tertengok preview film azura.. tengok preview tu cantik orgnya.. tapi bile tengok gambar kat bawah ni.. hurmmm...

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...