Thursday, December 1, 2011

Demam Yang Terpilu

Assalamualaikum..
Sebenarnya, aku rasa macam taknak post entri ni.Sebab agak macam bagi element negative aje.huhuh. Tapi, disebabkan bila aku baca balik entri-entri lama aku, memang ada ups & down, jadi rasanya tak salah untuk berkongsi cerita dengan korang semua. Dan aku harap, ini post terakhir untuk hal sebegini.

Sepertimana yang korang pun tahu, aku dah tak rajin update blog. Bukanlah sebab taknak.Banyak je cerita best aku nak kongsi tapi masa tak mengizinkan.Aku dah MC kerja 2hari sebab demam. Aku tak pasti lah sebab kurang rehat ke apa. Huwaaaa..

Aku tak sangka kerja memang sangat memenatkan. hihi (^_^)V
aku selalu jugak tanya arkitek kat firm aku macam mana nak cope dengan kerja semua tu sebab yelah, aku kerja tak sampai setahun lagi. Kebanyakan advice yang aku dapat adalah: it's about planning & time management. Bila you dah kerja 3 tahun, you akan rasa comfortable dah dengan work load you kat sini.

Aku seorang yang akan rasa bimbang bila kerja tak siap. Walaupun kerja memang takkan habis, tapi aku selalu jugak nak bimbang especially bila nak bertemu deadline. Sampai nak tidur pun termimpi-mimpi benda bulat-bulat sebab currently kena buat detail spiral ramp & detail lain (sorry kalau korang tak paham).

Aku stay sampai malam pun tak dapat siap. Datang weekend pun tak dapat siap.. Aku rasa macam T__T arghh kenapa rasa sangat macam loser ni? aku selalu tertanya & kaji kenapa aku tak dapat siapkan on time padahal aku dah plan, aku dah tetapkan berapa lama masa untuk siapkan satu drawing. Ternyata target selalu tersasar. Aku found out, menyiapkan lukisan yang ada curve-curve, lekuk bulat-bulat memang sangat menguji kesabaran sebab bila aku buat drawings yang garisan sekadar petak dan lurus aku boleh speed lagi. haih. Dan mungkin juga sebab pakai software yang aku tak pernah guna masa belajar, masih banyak shortcut yang aku tak habis explore lagi.

Makan bubur ayam McD sebab demam. 1 AM at office. =')
(takut tengok muka sendiri pucat & mata..oh em geee..terbaik!)


ada berani nak stay office sorang-sorang? ikut hati memang tak berani. Tapi mintak adik aku teman.

Sebenarnya aku nekad nak stay sebab aku kena siapkan kerja ni sebab ada deadline. Ni hari Isnin, cuti awal muharram. Masuk opis 10.30 pagi. Tiba-tiba demam.Bajet nak balik pukul 6 petang. Sekali stay sampai 6 pagi subuhnya. Giler laaaaa!!!! Aku memang sukeeeee demam-demam buat kerja  T__T

Masa pukul 9PM macam tu, sorang abang tu agaknya jemu tengok muka aku je yang asyik stay, aku kena marah pulak 

Abang tu: Ni apesal tak balik lagi ni?
Aku: Mana boleh balik, kerja tak setel lagi
Abang tu: Team mate kau yang lain tak stay pun.
Aku: Diorang dah senior, buat kerja laju dan cekap. Saya kenalah kerja lebih sikit kalau nak cope.
Abang tu: Kalau tak siap biar jela, bagitahu arkitek kau tak dapat siapkan. Bukannya kau tak buat kerja. Dari weekend kau datang.Orang kerja pun ada limit.

Aku seriously tak tahu nak cakap apa,tak siap kerja pun nanti kena marah, nak siapkan kerja pun kena marah? T_T


Memang..memang..memang.. Nak berjaya bukannya senang. Tapi aku selalu berdoa, kalau ada hikmah kenapa aku dapat kerja kat firm besau ni, kalau ada hikmah kenapa aku kena lalui semua ni & kalau ada hikmah kenapalah dalam banyak-banyak course, architorture jugak yang aku pilih, maka Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang sangat tinggi untuk aku lalui semua ni. Amin.. aku hanya seorang perempuan. Aku harap aku tabah lalui semua ni. Fighting!!!!!!


p/s: secara jujurnya, satu hari nanti kalau aku ada anak, aku taknak anak-anak aku study architecture. & kalau boleh putar balik masa di mana aku apply nak masuk belajar, aku takkan pilih course ni. Because I wanna really "live" my life.Taklah pulak menyesal sekarang. Sebab dah separuh jalan better habiskan. Because to me there's no turning back. There's only moving forward & a little bit of twisting like being an instructor & lifeguard. teheheeee..  Sebenarnya berminat nak belajar Culinary Arts. Masuk dapur. Aww~ Suke perasaan jadi perempuan sejati.hiuhiu.. ;D tapi kawan baik aku menyedarkan aku dengan berkata "Hoi, kalau kau suka masak-masak, masuk je kelas memasak!!" shiot jew~ *rasa macam kena penampar walaupun sekadar bercakap dalam talipon*

16 comments:

  1. xpe sys . i know you can . takut pulak nak masuk alam pekerjaan nanti ==' .

    ReplyDelete
  2. aaaaaaa...serious? nie fathin baru nak masuk blajar kos tu. am i choose the right course? :')

    ReplyDelete
  3. hahaha... tht's y awal2 abah xbg amik kos ni.. tp anak dia degil.. amik juga.. padan muka nak dia ni.. ^^

    ReplyDelete
  4. Oih oih, takleh la macam tu. Kalau mak experienced penat kerja arkitek, kalau anak minat, kena la kasi jugak dia buat:)

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..workhalic sampai demam. jaga kesihatan dear. =)

    ReplyDelete
  6. UWUWUWUW Saya tak sanggup nak stay sampai 6 pagi macam ni. Scary ehehhe

    ReplyDelete
  7. tengok muka awak memang nampak sangat tak bermaya.

    jangan stress2 okey !

    anda boleh ! :)

    ReplyDelete
  8. Aaa.. Kena seimbangkan masa main dan bekerja baru enjoy life...

    ReplyDelete
  9. Salam Sophie..
    Adakalanya kita lapang.. dan adakalanya kita sempit...
    Itulah hidup.. Eb lately pn sama jg.. Asyik balik lewat je.. Syukur xda la stay back smpi jam 6AM.. Tu mmg killer ah..
    1 thing yg eb suka dgn sophie.. Sophie sngt2 komited dgn apa yg sophie bt.. Eb suka.. Eb mmg pempuan yg tabah ni kuat prinsipnya..
    EB dpt bayangkn btapa beruntungnya sepa yg dpt sophie.. hehehe..
    Apa pun eb doakn yg terbaik bt sophie.. Smoga dipermudahkan segala urusan sama ada di dunia mahupun di akhirat nnti.. Insha'Allah..

    ReplyDelete
  10. susah rupanya keje jd arkitek nie..
    dulu kecik2.. itu le yg kita nak jd ><

    ReplyDelete
  11. Miasaranajwa: alolo..u so sweet.. thank you. takpe, u can do it too =)

    Fathin: eh jangan macam tu. jgn ikut kak sophie. ikut apa yg awak nak dlm hidup k.

    CM Hasib: hah memang padan muka anak dia & anak mak saya. sebab dulu pun mak saya tak bagi amek gak. skali amekkau.. rasa mcm tinggal nyawa2 ikan bilis jew.

    Nanahazwanee: thank you dear =)

    ReplyDelete
  12. Am: ermm,consider kalau anak lelaki boleh, kalau anak perempuan tak boleh. muahahaha..keji.

    Khumaera: thanks maera =)

    sarah mohamad: hehehehe. lebih pentingkan waktu tidur kan spatutnya.

    J.Syazwana: huhuuuuu.. terima kasih =) =) =)

    ReplyDelete
  13. AmirFX: bukan taknak.skrg bukan masanya lagi.huhu.

    EB: alahai EB. so sweet. untungnya kalau org yg sy suka baca apa yg EB cakap ni. hahahaha..terima kasih banyak EB.

    azalia hjsalleh: urm..ni baru assistant architect. belum lagi jadi architect. haha..

    ReplyDelete
  14. Subhanallah Sophie!!
    Awat sampai demam dan muka letih sangat camtu? Takmo takmo stress kerja sampai camtu dik oi..Betullah,kerja takkan pernah habis...But you have to take rest too! Jangan pressure sebab kerja & jangan hidup untuk bekerja..Akak doakan Sophie kuat,tabah dan berjaya habiskan satu tahun pengalaman kerja ni k..Semoga dipermudahkan..amin~

    ReplyDelete
  15. dont give up! pasti ada hikmah kenapa dapat field in architecture ni. mungkin belum nampak sekarang, tapi akan datang siapa yg tau. fighting! ;)

    p/s: betul ckp abang tu, org kerja pun ada limit. your physical as well as mental needs some time to rest. its about time management and planning: work and rest :)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...