Tuesday, November 22, 2011

Sedetik Cuma, Tersedar "I'm Not A Girl, Not Yet A Women"

Mungkin sedetik cuma, ambil masa satu hari,
memandang ke arah orang lain, fahami apa yang mereka rasa, lalui, hadapi.

Aku ambil contoh hidup aku, tempat kerja. Kadang-kadang bila dah tak dapat perah otak atau tangan lenguh control mouse & keyboard, aku ambil masa sejenak untuk memahami orang dan keadaan sekeliling aku.

Satu
Dari jauh, 
aku nampak seorang abang ni, mungkin dalam 40-an. Duda. Tak pasti samada cerai ataupun isteri meninggalkan beliau. Dia ada 3 orang anak yang masih bersekolah. Aku rasa kesian. Seorang lelaki membesarkan 3 orang anak tanpa kasih sayang seorang ibu. Pagi-pagi abang tu selalu tengok video anak dia. Hari sukan lah, nasyid lah, macam-macam. Hari-hari pun dia ambil anak dari sekolah & bawa anak-anak ke opis walaupun belum habis waktu pejabat. Kalau anak demam, dia bawa je ke opis. Walaupun bagi aku abang ni macam agak garang, tapi dengan anak-anak dia sangat lembut.Memang nampak giler lah betapa dia sayangkan anak-anak dia. Sebenarnya aku cuma rasa prihatin. Aku pernah tanya dia memandangkan dia dah kerja sini macam 7 tahun. Aku tanya "bang, tak penat ke kerja kat sini lama-lama? Company besar, selalu busy." Abang tu kata (sambil merenung jauh) "kadang-kadang, dalam hidup ni, kita kena lah sedar diri sikit." Terdiam aku sambil senyum. Sebab aku paham dia kena cari rezeki untuk anak-anak.

Dua
Ada lagi seorang abang ni.Mungkin juga 40-an. Haritu dia accident. Tangan sebelah urat putus ke apa, tapi kiranya macam sebelah tangan tak boleh guna la, selalu pakai anduh tu. Tapi dia datang juga ke opis buat kerja walaupun sebelah tangan tak boleh guna. Kerja kitorang ni kena lah guna dua-dua tangan. Pakai PC kan, buat drawings pakai software. Tangan kiri tekan command, tangan kanan pegang mouse & control. Cuba bayangkan macam mana abang tu buat kerja dengan sebelah tangan? Tapi, arkitek masih harapkan dia sebab dia memang berpengalaman. Dia kata, dia kena lah bekerja. Nanti anak bini nak makan apa.. T_T 

Tiga
Ada seorang akak arkitek ni. Bagi aku dia seorang project architect yang bagus. Dia selalu nampak busy. Ada satu hari anak-anak dia dengan suami dia datang. Dari jauh kedengaran anak dia yang perempuan panggil "Mama~ Mama~" (ambil berlari ke arah mama dia) Awww~ So cute. Aku nampak akak tu pandang anak dia. Dia tersenyum (you know, senyum seorang ibu) Bila anak dia datang, hilang terus muka stress kerja tu. Lepas tu satu family berjalan keluar opis dengan muka happy-happy.Bestnya boleh jadi wanita berkerjaya & berkeluarga dalam masa yang sama eh. 

Empat
Aku nampak bos aku. Orang kata dia garang. Bagi aku dia memang strict. Tapi bos memanglah kena macam tu. Aku kagum dengan dia. Banyak benda dia kena fikir. Semua projek dia kena tahu update. Kalau aku jadi dia, aku boleh jadi gila kot. Haha.

Lima
Aku terkenang seorang akak ni. Dia dah kahwin lama tapi belum dikurniakan anak lagi. Jauh dalam hati dia, aku tahu dia mesti penuh berharap. Mesti ada waktunya stress, sedih, etc. Macam-macam cara dah dia cuba, tapi mungkin belum ada rezeki kot.

Hurmm, kalau ambil masa sejenak bermuhasabah diri dengan memandang orang lain, memahami keadaan mereka dan apa yang mereka rasai atau alami, secara tak langsung aku rasa bersyukur dengan hidup aku sekarang, Takde benda yang aku nak rungutkan. Bila pandang diri sendiri, aku sedar, aku sedang melalui fasa perubahan-iaitu fasa meningkat dewasa. Weyy! aku dah nak jadi wanita ke?? arghhh!! aku gadis lagi maah. 

Tanggungjawab semakin besar. Environment dah berubah. Kawan-kawan masa belajar masing-masing bawa haluan sendiri.Rata-rata ramai yang dah bekerja. Ada yang sambung study overseas. Keadaan memang tak sama. Tapi kerap contact pula lepas habis belajar sebab rindu.haha.

Lagu Britney Spears ni terasa sangat menggambarkan keadaan aku sekarang. Haih. Apakah? 


I'm not a girl,
But if you look at me closely,
You will see it in my eyes.
This girl will always find
Her way.


p/s: See, Maria Elena pun tengah alami waktu-waktu sukar dengan kerja dia. Biasa lah, baru bekerja kan.Ambil masa lah nak biasakan. It' the matter of time..and commitment & sometimes must be heartless too. (pujuk hati sendiri jugak.hihihi)


*tengah usaha habiskan baca buku baru beli. =) *




9 comments:

  1. I suka situasi yg number 3. Impian semua orang kan?? Dont worry, we will eventually get there.

    And there are four things a woman should know, How to look like a girl, How to act like a lady, How to think like a man, And how to work like a horse. -author:unknown-

    ReplyDelete
  2. kenapa gambar atas ni nampak tembam? hehehe.

    oh ye macam stress je mengalami fasa pendewasaan ni. kui kui

    ReplyDelete
  3. ^__________^
    (senyum dulu baru komen)
    Bagusla Sophie bertukar 36 darjah *positif*setelah menjadi *teropong ajaib* skudeng org..Haha...Memang itu cara terbaik nak jadi positif..Tengok kehidupan orang lain dan belajar dengan kehidupan mereka.Bukan mencari kekurangan,tetapi mencari kelebihan mengapa mereka *kuat* drp kita...^_^

    ReplyDelete
  4. kadang kala kerana org disekelilingmu, telah buatkan dirimu tersenyum lantas melupakan sejenak rasa penat.. =)

    ReplyDelete
  5. kann..kekadang kite rase mcm hidup kite ni stress sgt..tp sebenarnye ada org yg lebih stress hidupnye..Allah menguji kite dgn macam2 cara..tapi ujian dia pasti kite mampu harungi sebab Allah takkan uji kite dgn sesuatu yg tak mampu kite buat..betul tak sophie?

    ReplyDelete
  6. hukuman itu akan jauhkan kita dari-Nya..tapi ujian pula akan bawa kita dekat pada-Nya..

    newbie dtg mlawat ;)

    ReplyDelete
  7. Amirah: a ah sebenarnya. tp sebenarnya juga honestly, suka jadi suri rumah sepenuh masa dan melihat anak2 membesar depan mata. Aww~

    J.Syazwana: oh memang tembam pun.kiki..

    airaniez wirdani: hurm tula, mak saya pun pesan jgn tengok org yg lebih dari kita. kena tengok org yg kurang dr kita, baru akan lagi bersyukur.

    pondok usang: yeahhh benarrr!!

    ryann: huwaaa kak, macam sarcastic je bunyinyeeee..tehehehe..

    ReplyDelete
  8. cik sha: betul la sha. thanks ingatkan sy balik. sendiri dah terlupa kadang2..huhuhuhu T_T

    monkey: insyaAllah. hello newbie =)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...