Sunday, August 21, 2011

Soalan Formspring: Kak Sophie, boleh terangkan pasal Diploma Bangunan?

Soalan Formspring yang aku terima baru-baru ini: (sebenarnya dah lama tapi entri ni berkepuk dalam draft so baru nak post sebab baru perasan tak post lagi.huhu.)

Salam Kak Sophie, boleh terangkan sikit tak pasal course diploma bangunan?

Okey, sejujurnya aku tak belajar kos bangunan tetapi senibina.Jadi senibina ni lebih kepada design bangunan la.  Tetapi aku ada kawan yang belajar kos ni. Kalau kat IPTA/ IPTS yang lain, aku kurang pasti macam mana. Tapi kalau kat UiTM aku tahu sikit la. Tapi secara basicnya,kalau dah namanya kos bangunan, subjek mungkin lebih kurang ajelah kat mana-mana pun.

Jadi berdasarkan sedikit pencarian aku, kalau kamu belajar dalam kos bangunan ni, subjek yang wajib biasanya building construction. Subjek ni macam belajar macam mana kamu bangunkan sesebuah bangunan tu. Bermula dari foundation, column, slabs, roof. Kamu kena belajar jointing macam mana, waterproofing macam mana. Banyak juga tentang material bangunan. Mungkin bancuhan concrete ke apa-apa jelah. Pada aku subjek ni sangat menarik. teheheee..

Kemudian mungkin ada subjek services kot. Services ni macam-macam jenis lah. Basicnya macam belajar water plumbing system ke. Bagaimana sistem saliran air diaplikasi dalam sesebuah bangunan, kat mana lubang keluar najisnya, kat mana nak letak tangki, kat mana loji tahi. Oops!! Lagi, service macam air cond ke. Kena belajar jenis-jenis sistem yang ada.

Building by Law.
Bukan nak jadi lawyer je kena belajar law. Dalam bidang bangunan ni, pun kena belajar law. Tapi tak sure lah untuk diploma bangunan by law dia macam mana. Kalau senibina, contoh by law dia macam tinggi satu step tangga tak boleh lebih dari berapa mm, lebar laluan lah, macam-macamlah.Semua benda yang korang nampak pada bangunan ada by law dia dari segi ukuran, bilangan dan keperluan.Tapi by law yang comply dengan Malaysia by law la.

Structures pun tak silap korang kena belajar kot. Macam kesinambungan dari construction tu. Tapi bezanya ialah ia merupakan subjek kiraan campur fizik. Contoh: berapa jarak yang boleh dijarakkan antara tiang ke tiang supaya dapat menampung beban lantai di tingkat atas. Pendek kata agak macam civil engineering lah. Tapi tak terlalu mendalam macam civil.

Site Surveying
Hurmm..yang ni aku tak pasti lah budak building buat macam mana. Mungkin lebih kurang macam budak archi jugak lah kot. Macam, kaji jenis tanah, supaya tahu jenis foundation apa yang sesuai untuk bangunan,pendek kata, mungkin kaji topografi camtulah dan macam-macam lagi tentang site,

Measurement and Estimating.
Memandangkan course Building ni lebih dikenali sebagai building surveyer,barangkali korang belajar estimate cost untuk pembinaan bangunan kot. Mungkin juga belajar buat BQ list (bill quantity). Yang ni aku agak kurang pasti sebab dah macam Quantity Sureyor pulak.

Sebenarnya apa yang aku explain ni macam tak meluas sangat lah. Aku cerita kasi adik-adik paham serba sikit lah kalau nak belajar bidang bangunan ni. Sebab basicnya adalah rata-rata lebih kurang. Yang beza banyak tu cuma kalau course yang banyak mereka (design) biasanya course yang ada subjek design macam Architecture, Interior design, Landscape architecture. Tapi kalau course yang hujung-hujung dia ada perkataan surveyer tu macam Building Surveyer, Quantity Surveyer, yang tu banyak kira-kira lah.

So untuk course Building ni, nanti mungkin kamu boleh jadi site supervisor bagi sesuatu construction ke. Nak jadi contractor pun layak kot..

So, aku tak sure lah apa yang aku share ni betul atau tak. Sesiapa nak tambah atau betulkan silakan. Marilah menambah info supaya orang lebih paham tambah-tambah lagi adik-adik yang masih blur nak belajar dalam bidang apa nanti.






43 comments:

  1. betul tue.

    senang citer diploma bangunan under jabatan kejuruteraan awam. lebih fokus kepada kerja2 structural.

    ReplyDelete
  2. pehh..measurement tu killer subject.ramai kantoi tapi nasib baik saya lulus.cuma kena kerah otak nak buat. yang structure tu pun lagi lah...tiap2 sem ada je yang repeat.
    and Law...masa diploma belajar kes-kes yang tiada kaitan. kena langgar kuda,macam-macam..
    teringat pulak zaman belajar.rindu

    ReplyDelete
  3. Uiks.Subject Building By Law tu agak mengasyikkan kepala otak..huhu...Lagi2 bila baca buku dia yg tebal dan penuh dgn tulisan..kan kan..haha...

    ReplyDelete
  4. adeih..ssh betul bila dh belajar physiotherapy nak faham architecture punya subjct=="

    ReplyDelete
  5. perhatikan tajuk subjek je pon dah buat aku rasa pening...

    ReplyDelete
  6. Sophie memang hebat boleh belajar benda-benda ni. Ee rela belajar Chemistry kat farmasi ni. Kalau ambik subjek awak ni, dah terjun sungai kot? :P

    ReplyDelete
  7. Qamaruls: hee..thanks for the info =)

    nurdani: memang agak tough la. tapi nama pun belajar. memang bukan senang.huhu..

    airaniez wirdani: "mengasyikkan" sebenarnya. terus tidur. haha.

    cik heroin: sila2..

    putput: haha, takpe, take it as general knowledge =)

    cEro: hahahahahaha..sumpah kau lawak.

    eesyaheera: adoi, depends kat orang. kalau sophie amek chemistry, sophie terjun bangunan terus.kahkah.

    ReplyDelete
  8. kak sophie kalau nak amek course senibina memang kene pandai melukis ke even dulu lk tak score A ? dan macam sangat susah je course ni .

    ReplyDelete
  9. kak sophie memang kene kuat daya imaginasi ke kalau nak ambil course senibina macam akak ni ? kalau imaginasi kurang boleh ditingkatkan ke ?

    ReplyDelete
  10. kalau dari segi kerjaya dalam sektor awam plak mcm ner yer. bagi yg ada diploma bangunan nie. jawatan aper yg sesuai?

    ReplyDelete
  11. kalu dlm kerjaya sektor awam mcm ner plak yer bg yg ada diploma bangunan nie.. aper jwtn yang sesuai ek? kalau dlm swasta, memang bnyk.. tp bg awam/kerajaan cam ner plak yer? boleh gtau x?

    ReplyDelete
  12. course diploma bangunan ni ada panggil temuduga takk ??

    ReplyDelete
  13. Diploma bangunan utk Uitm takde interview. Sy pun diploma bangunan uitm. ALhamdulillah berjaya habis jugak! :)

    ReplyDelete
  14. apa peluang pekerjaan dip. bangunan?

    ReplyDelete
  15. apa peluang pekerjaan dip. bangunan?

    ReplyDelete
  16. @Anonymous nak tanyer lepasan ni boleh amik ijazah yg berkaitan and then jadi atkitek x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kalau ambil degree architecture Part 1 LAM. Start from zero macam dari lepasan SPM.

      Delete
  17. Yupp... Memang betul.. Tapi subject yang bernama structure tu la yang membunuh sangat2 sampai aku pernah repeat masa semester 3... Haha

    ReplyDelete
  18. Nak tanya kalau kita ambik course dip building ni lepastu kita nak sambung degree in archi blh tak???
    P/s: tlg jawab secepat yg mungkin ye saya nak apply ;)

    ReplyDelete
  19. Nak tanya kalau kita ambik course dip building ni lepastu kita nak sambung degree in archi blh tak???
    P/s: tlg jawab secepat yg mungkin ye saya nak apply ;)

    ReplyDelete
  20. umm, diploma bangunan ni same dengan architecture ke?

    ReplyDelete
  21. saye student uitm Dip. Building, nak jadi archi? for me, boleh je kot nak smbung sarjana muda archi, tp elok amik degree construction management trus...peluang kje lagi byk, sbb dlm 1 project perlukan rmai project manager, kalau archi tempat terhad..btw, dip. building pon ade blajar architecture drawing sem 1-3....just basic2 lah...mase sem 1 aku lukis rumah semi-D, sem 2 masjid, sem 3 library...nak smbung degree archi pon boleh kalau betol2 minat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik juga ya awak baru student diploma building tapi macam mana awak tahu peluang kerja lagi banyak dalam construction management? siapa kata 1 project perlukan ramai project manager tu? mungkin dip building ada belajar architecture drawing, tapi saya percaya course ni tak diajar bagaimana nak design building. Nak sambung degree archi boleh tapi ibarat masuk macam budak lepasan SPM. sebab kena go through Part 1 LAM dulu. Tak boleh terus jump to Part 2. Ramai yang confuse part ni.

      Delete
  22. Kalau nak study sarjana muda architecture perlu masuk asasi ke? Kalau perlu asasi yang mana satu perlu amik? And diploma apa yang bersesuaian klu nak sambung sarjana muda architecture?

    ReplyDelete
  23. kalau perempuan amik diploma bangunan sesuai ke? so, klu amik course nie berpeluang jadi arkitek erk? sya xtahu sgt pasal nie... ingat nak mohon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diploma Bangunan bukan senibina, jadi tak melayakkan awak jadi arkitek. Zaman sekarang perempuan dah banyak buat kerja lelaki, lelaki dah banyak buat kerja perempuan. Takde yang tak boleh eh.

      Delete
    2. kesesuaian gender perempuan bukan persoalan dlm kos dip bangunan tu, sbb dulu dlm kelas abang kau ni, ramai kaum hawa. ramai kawan2 pompuan yg abis dip sambung ke ijazah dlm pengurusan pembinaan. dlm karier, ada yg berjaya menjawat jawatan manager di butik fesyen, tp tk lama dah makin beranak pinak berenti keja.
      sektor swasta sangat menakjubkan dgn adanya kwn pompuan yg berjaya lompat bidang menjadi jurukur/QS lak. BUKAN nak merendahkan gender pompuan, tp lebih ramai yg keja jadi cikgu. (ini kisah benar)
      kwn2 laki ada yg bejaya jd projek engineer dan yg masih setia dgn kelulusan diploma masih survive dlm sektor binaan d malaysia. dan abang kau ni lak tkde rezki betahan dlm sektor tsebut, tp alhamdulillah, lompat bidang ke o&g. crude oil lak harga tk menentu. naseb la..
      apa2 pon yakini rezki pemberian tuhan.
      harap dapat menjawab persoalan anonymous betarikh march 10 2016.
      munkin dh basi coretan motibasi aku ni.
      sekian. thanks blogger sophie.
      jepol stormspell

      Delete
  24. Assalamualaikum k. Sophie. :) are doing great ?
    Saya nak tanya, sebelum k. Sophie mula belajar architecture, akak memang minat atau rezeki ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Minat datang dulu, then rezeki.

      Delete
  25. akak kena kreatif dan mahir melukis ka sbgai bonus utk berjaya? peluang pekerjaan pula mcm mna? pls reply secepat mungkin , nak terima dh nih . tq .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kreatif perlu. Mahir melukis tak semestinya. Peluang pekerjaan, percaya rezeki Allah yang bagi bukan mulut orang. doa,usaha, tawakal. Good luck.

      Delete
  26. asslmkm , maaf hrp akak dpt jwb mesej sye ! sye memang serious dlm hal ni sye nk jdi architec yg berjaya. so boleh sye tahu apa beza senibina dengan pembangunan. adakah pembelajaran diorg sama? saya lebih suka melukis berbanding dengan mengkaji or so on.. just nk opinion !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Senibina=architecture
      Pembangunan=development.
      Bangunan=building.

      Pembelajaran tak sama. Senibina ialah design based. Kos bangunan pula lebih pada belajar service bangunan. Kalau minat melukis je baik ambil kos senilukis & seni reka. Senibina ni kena banyak mengkaji & rajin, pembelajaran yang banyak critical thinking. bukan sekadar melukis je.

      Delete
  27. kak? diploma bangunan ada yg kira-kira kah? macam ukur bangunan ketinggian berapa? lebar berapa? Adakah? Sya nak apply bidang tp tnya akak dulu laa mungkin kot ada kira-kira ukur tinggi bangunan apa lah semua sbb saya tak suka subjek math eheh ;) tolong kak sya nak minta kepastian dari akak :)

    ReplyDelete
  28. kak nak tnya,dlm diploma bangunan ini ada bnyak kah yg subjek kira-kira..Contohnya laa mcm ukur ketinggian bangunan,panjang lebar bangunan adakah?

    ReplyDelete
  29. So maksudnya kena belajar berapa lama lagi kalau sambung ambik degree? lagi 2 tahun ke? 4 tahun?

    ReplyDelete
  30. Cuma nak tya lau Student diploma bangunan ni byk pakai duit ke bli brg brg utk kegunanan belajar

    ReplyDelete
  31. Saya baru cek upu and dpt this course... Saya takde basic addmath and how?

    ReplyDelete
  32. Saya dapat course ni dekat uitm..but takde basic addmath..how?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde basic addmath pun xpe..sebab diorang akan ajar dari basic gak..aku pun nuub gak awal2, kena rajin buat latihan baru faham dan cepat tangkap..

      Delete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...