Thursday, September 30, 2010

Setelah Setitis Air Mata Pasti Ada Senyuman. Betul !!!!

Salam semua! Halohaaa readers!! Kenapa bunyinya macam aku sedang gembira kan?hehehe..

Erm..kalau ada yang benar-benar follow blog aku, mungkin  tahu yang baru-baru ni aku kehilangan seorang sahabat baik. Dia ibarat abang juga. Pemergian dia merupakan tamparan yang hebat bagi aku sampaikan aku tak dapat menangis bila dapat panggilan telefon yang dia sudah tiada. Bila sampai di rumahnya di Melaka (aku dari Subang Jaya) barulah aku percaya dan huhuuu..termenangis pulak sebab sedih sangat-sangat.

Sebenarnya aku pun tak sihat waktu tu. Teruk juga demam panas aku hingga menganggu studies aku.Yang lagi penting mengganggu assignment dan projek. Teruk sangat sampai asyik terbaring aje. Entri blog pun aku banyak auto publish aje sebenarnya. Dan aku sangat berterima kasih pada yang bagi kata-kata semangat di entri aku "Bagaimana Mahu Menangis" tu. Sememangnya aku tak tahulah kenapa aku macam di ambang kesedihan(bukan di ambang wati keh) Lalu aku pulang ke rumah sewa,kebetulan bestfriend aku sejak sekolah rendah juga merupakan housemate aku baru pulang. Bila aku nampak Nisa terus aku peluk dia dan nangis kat dia macam budak-budak. T_T..huhu..malunyaaa.. sebab selama ni kononnya macam Macho gurl.Kawan yang akan cari aku bila mereka ada masalah.hekelehh.. Lepas dia brain wash aku,aku kembali bersemangat.Aku pikir balik ada betul kata-kata dia.

Lately ni aku asyik terkenang, teringat wajah-wajah yang aku sayang. Semuanya. Kalau boleh nak tatap satu persatu puas-puas. Aku takut,mungkin mereka akan pergi meninggalkan aku. Atau aku yang akan pergi dulu. Aku tak mahu ada rasa terkilan andai ada yang akan pergi. Jadi aku semakin rajin SMS mak aku betanyakan keadaan dia dan ayah aku serta adik-adik. Aku semakin gembira. Sebab aku rasa ramai orang yang aku sayang. Dan ramai juga yang menyayayangi aku *ceh perasan* .Mengenangkan kasih sayang yang aku ada sesama manusia membuatkan hati aku lebih tenang.

Jadi harini aku gembira sebab hati aku semakin pulih. Masa tak sihat aku sangat diam. Aku ada di studio pun macam aku takde. Bila dah sihat pulak mulalah bising dan kacau orang.hihihi. Untuk satu hari aje orang dah bagi gelaran

"kau ni macam Teletubies merah lahh", 
"kau ni hyper lah harini", 
"apesal kau sengal ha harini?",
"dah kau jangan kacau aku boleh tak?" lalalala...

Semalam baca buku motivasi.Aku nak kongsi satu petikan yang aku tak dapat lupa.

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman dan setelah malam pasti datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah."

Nota Hari Ini:
 
Harini aku ke kelas dengan membawa satu beg berisi pakaian terpakai. Baju kurung dan T-shirt lama yang masih elok.Sayang nak buang jadi aku minta mama aku bungkuskan semalam.Aku naik tangga untuk ke kelas dan terserempak tukang sapu sampah. Yeahh! Itu dia target aku! Pekerja Indonesia.

Aku: Hye kak! Selamat pagi (sambil senyum ceria)
Kakak: Hye dik. (muka pelik sebab jarang ada orang nak tegur kot)
Aku: Kak,nah! Baju untuk kakak dengan kawan-kawan kakak. Banyak yang dah tak guna.Tapi elok lagi.Tapi taknak buang,sayang. Jadi saya bagi kakak kalau-kalau kakak nak pakai.
Kakak: eh,jangan dibuang dik.Kalau nggak mau beri kakak saja.
Aku: Ok kak!! no problemo! (senyum)

Aku rasa happy,sebab seraut wajah kakak tu membuatkan aku happy. Lepas aku habis kelas aku ke bilik rehat mereka.Aku tanyakan ok tak pakaian tu. Mereka kata ok sangat. Aku kata lain kali aku bawa lagi sebab banyak sangat nak roboh dah almari. Mereka senyum dan ucapkan terima kasih & kata jangan dibuang baju-baju tu,bagi aja pada mereka. Mereka sangat perlukan pakaian yang elok. Tak kisah lah orang Indonesia dah bakar bendera Malaysia. Tapi bukan semua orang sama.Lagipun sama-sama orang Islam.Tak adil untuk aku berfikir macam tu. Yang penting niat aku untuk bersedekah dan kalau pemberian aku dapat membuatkan orang lain gembira dan berfikir masih ada yang kisah tentang mereka,aku lega dan gembira untuk diri sendiri. 

p/s: sorry pada yang tersaspen dengan entri hubungan aku dengan Scha Al-Yahya tu. Hehe.. Al-Yahya tu nama family. Sebab kalau keturunan Syed Sharifah ni memang ada nama keluarga macam Al-Attas,Al-Junid dan segala macam Al lagila.. Dari keturunan tu haruslah kot ada hubung kait tapi jauh sangat. Memang sejujurnya aku ada hubungan keluarga dengan beberapa artis popular lain. Tapi buat apa aku nak bagitahu maah. Aku tak rasa bangga pun. ;p Sebab artis pun manusia jugak. Lagipun mesti nanti korang kata.."ada aku kesah?? cakcakcakcakkk!!" tahu dahhh..

Yerp,nama penuhku Sharifah Sofiya. Sophie tu nama panggilan orang.

Wednesday, September 29, 2010

Hubungan Sophie Al-Yahya dengan Scha Al-Yahya


Hye semua!!! Gempak tak tajuk aku ni? hehe. Okeylah,entri ni aku buat khas sebab dah ramai sangat yang bertanyakan hubungan aku dengan Scha Al-Yahya nie. Sebab nama family sama kan? Sampaikan kawan kat facebook pun siap tag aku kat gambar Scha Al-Yahya.huhu.. Jadi di kesempatan ini..biarlah aku berterus terang saja supaya takde lagi orang nak tanya. Sebenarnya, aku dengan Scha Al-Yahya ni...

Tuesday, September 28, 2010

Seriously Korang Semua Patut Menonton Filem "Magika"

Aku baru lepas submission projek dan secara rawaknya terus decide untuk menonton wayang movie "Magika"

Mula-mula aku macam..Magika? apa tuh? Hah? Cerita Melayu? Naaaahhh..Tak nak lah kot.. Tapi bila dengar KRU yang bikin, dan lepas tengok trailer,tergerak hati pulak nak tengok.. Ha,sila tengok trailer dulu okeyh..



Antara watak yang paling aku suka ialah Nenek Kebayan lakonan Ziana Zain dan Puteri Gunung Ledang lakonan Ning Baizura. Ni filem muzikal Malaysia yang paling berjaya dalam hati aku setakat ni. Dan lagu-lagu dalam dia filem ni memang best sangat-sangat! Rasa maam nak beli aje kalau ada OST. Tahu tak macam tengok cerita dulu-dulu macam Snow White segala yang ada nyanyi-nyanyi tu tapi dalam version Melayu? Yes,cerita Melayu. Ouhhh..impressivenyaaaaa abang Edry ku sayang.(sekarang baru nak menagku sayang blah lu Sophie).

Jalan cerita sangat tak pening kepala,plot cerita simple, ending best. M.Nasir handsome gilerr(orang tua pun jadi haku nehh tak senonoh juga yer..) Ouh yahhh,tak sangka Mawi jadi Badang.Erkk!! Badang? kurus kot Mawi tuh nak jadi Badang celah mana kan.Tapi dalam cerita tu dia dengan gaya bengis dan rambut panjang macam ditaja Pantene tuh ahh,terus terdiam aku.terpaku,terjatuh cinta..Nyanyian Mawi dan Diana Danielle ouh, tak sangkanya Diana Danielle punya suara sedap.Huwaaaa... Aku jatuh cinta sama ini movie.Movie Melayu pertama yang aku benar-benar falling.Balik studio terus kecoh kat semua orang suruh tengok cerita ni dan WAJIB bawak aku lagi.Sebab aku sanggup nak tengok lagi sekali..Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............TAMMAT

Monday, September 27, 2010

8 Personaliti Bertudung Malaysia Menawan Di Mataku.

Sebenarnya nak cukupkan 10 tapi tak dapat pikir dah siapa. Ok jom review personaliti mana yang masuk dalam list aku ni.

1. Mestiiilah Datin Norjuma.Sejak dia ada dalam video klip lagu nasyid kumpulan InTeam lagi dah aku suka usha muka dia. Comel plus gojess giler! Tak payah mekap tebal pun dah comel giler. (^_^) Oh bolehkah aku jadi cantik macam dia kalau pipiku tak tembam? lalalala..


2. Wardina Safiyyah. Dia menawan dimataku kerana wajahnya yang manis. Selain itu susah nak dengar kontroversi buruk tentang dia. Aku rasa evolusi tudung di Malaysia ni bermula dengan Wardina lah.Ingat tak dulu-dulu masa dia mula-mula pakai tudung? Semua lah nak pakai tudung stail dia. Aku tengok dia pakai tudung lilit macam mana pun cantik.

3.Farah Deeba. Siapa lah tak kenal pengacara TV9 yang sangat petah ni.Bukan sahaja cantik menawan malahan juga petah.Yelah,lawyer kan.

4. Yuna. Aku sangat respek dengan Yuna ni sebab dia berjaya menjadi seorang penyanyi yang mempunyai identiti sendiri. Aku juga suka tengok gayanya yang bersahaja, sempoi,tetapi menawan. Tak gedik gitu, I like..Fashion dia pun stylo.

5.Azizah Ariffin. Dulu dia tak bertudung. Sekarang dah bertudung ni semakin menawan pula.Aku rasa wajahnya penuh keibuan lah.Itu pendapat aku ajela. Tapi rasanya betul la,lagipun dia seorang ibu kan.

6.Ziela Jalil. Ziela Jalil juga begitu.Dulu tak bertudung.Bila bertudung semakin menawan. Ada macam pesona anggun lah kira. Aku juga merasakan yang dia mempunyai wajah yang unik.kan?kan?kan? Comel walaupun dah agak berumur.

7. Heliza. Siapa lah tak kenal dengan si gadis molek yang lincah ni? Dahla putih melepak. Aku pernah terserempak dengan Heliza kat KL.Memang cantik. Suka tengok Syurga Cinta sebab dia.

8.Aida Rahim. Aida Rahim ni dari dulu sampai sekarang tak banyak berubah. Dalam lakonan dia,aku suka tengok pertuturan dia yang sopan ala-ala lembut gitu. Tak ke menawan? Sekarang pun dah betudung litup. Tetap menawan di mataku walaupun dah berumur.



Haaaa..itu ajelah yang mampu aku masukkan dalam list.

p/s : personaliti bertudung yang lain macam Waheeda dan Ekin tak masuk dalam list aku.Kenapa yer? Sebab ni list yang menawan dimataku.Bermaksud mereka mungkin menawan dimata orang lain tapi bukan dimataku.Harap Maaf.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...