Saturday, August 17, 2013

Europe Trip- Day 2 Florence, Italy

Hari kedua trip ni, dari Rome kami bergerak ke Florence. (masih dalam Italy). Disebabkan macam tak berapa puas berjalan area Rome hari sebelumnya, maka kami pun menggunakan tiket entrance yang boleh digunakan selama dua hari tu untuk berjalan lagi sekitar kawasan sekeliling Colloseum ni. Cuaca memang panas, sangat terik. Tengoklah langit, tak nampak awan pun. Balik dari Europe trip aku memang sunburn. Pastu balik UK pun memang sambung sunburn sebab summer. Balik Malaysia memang harapan ah nak kulit cerah sikit kononnya duk kat England kan. Puii! Takde makna..

Tiga orang bestfriend dari zaman undergrad UiTM. Skirt pun sama. Hahaha..

 Jam matahari ke? 


 Saat-saat terakhir nak meninggalkan Colloseum. Sobs..sobs..sobs.. Takpe, nanti ada rezeki datang lagi sini. *bila dah kaya sikit lah.Amin..*

Sebelum gerak ke Florence, kami singgah Vatican City pula. Vatican City ni, walaupun dia dalam Italy, tapi ia merupakan satu state yang berasingan dengan Italy. Sebab Vatican City ni ditadbir oleh Pope. 


Selepas ronda-ronda sampai dalam 12 tengahari, kami pun memulakan perjalanan ke Florence pula. Tapi kami tidak bermalam di Florence. Sekadar persinggahan sebab dengar-dengarnya Florence famous dengan barangan kulit. Nak pergi "Mercato San Lorenzo" market.


Dari Rome ke Florence mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai. 



Ini lah market yang digembar gemburkan ituh.
Barang-barang dia memang best! Sebab aku ni lately memang berminat dengan barangan leather sebab tahan lama, tapi Ya Allah, terpaksa menggigil tahan nafsu membeli. Sebabnya naik flight takde check in luggage. Boleh bawak satu hand luggage je untuk check in & saiz luggage tak boleh lebih dari yang ditetapkan makanya tak boleh beli barang banyak..  ='(  sho shaad..





Sempatlah membeli satu beg kulit yang kecil muat masuk back pack naik flight nanti.. Happy sikit
T__T ada sinar harapan beli souvenir kat sini.

Suka sangat Italy sebab bersih tempat dia. (aku rasa bandar besar yang famous memang bersih, kalau naik underground masih kotor)  Kalau lalu kat lorong belakang bangunan pun rasa confuse.
"eh ni facade depan ke belakang?" cam cantik je. Plus, aku suka sebab aku perasan Italy ni, dia tak expose servis longkang diorang. Nampak jalan tu clean aje. Bezanya dengan kalau kat Malaysia, kalau lorong belakang bangunan kan mentang-mentanglah tu lorong belakang, abes kotor, busuk dengan exposed longkangs, exposed compressor air-cond lagi. Aku sejujurnya rasa c'mon Malaysia yang ku chenta, you can do bettahh!

Ohya, market ni berdekatan dengan Florence Cathedral: Basilica di Santa Maria del Fiore


Awesome gilaaa details bangunan ni walaupun bangunan ni dah lama.
Didirikan pada tahun 1296, siap tahun 1436. Haaa kira berapa ratus tahun.
Terlalu impress sampai siap sentuh, pegang bangunan ni.


T__T

Bye-bye Florence.
See you again insyaAllah..

Thursday, August 1, 2013

Europe Trip- Day 1 (Part 2) Spanish Steps, Trevi Fountain & Pantheon (Rome)

Lepas berjalan di area Colosseum, kami ke Spanish Steps.  Tangga ni didirkan bagi menghubungkan Piazza di Spagna (bahagian bawah) dan gereja di atas sebab kecerunan tanah yang agak tinggi. Nanti jatuh pula orang, sebab tu tangga ni diwujudkan. Mesti korang cam tak caya je kan cerita aku? ;p  Mula-mula aku cam pelik gak apehal la ramai sangat orang lepak sini. Boleh bertemu jodoh dengan jejaka Italy ke? Apa yang special? Takde pape pun. Tangga semata-mata. Cuma memang orang suka berkumpul disini. Dipercayai tangga bersejarah paling lebar di Eropah.


Kalau jumpa fontain camni, biasanya boleh diminum air dia. Kat Europe banyak air pancut yang boleh buat minum sambil penat berjalan..


Hi it's me. Sengih excited! 

Dah semakin gelap namun kami meneruskan perjalanan sekitar kawasan ini. Tempat ni memang cantik dan bersih. Memang suka lah!


Kami sempat pergi Fontana de Trevi (Trevi Fountain). Tempat-tempat ni within walking distance je. Jadi amek peta dan mula berjalan. Cumanya, baca peta pun memerlukan kepakaran okey.   (^_^)V

Cantik sangat Trevi Fountain ni. Huhu.. T__T terharunya sampai.. Pastu baling coins dalam fountain amek syarat je dah sampai konon feeling cam "I was here". Haha. Aku baling syiling Malaysia ok. Haaa.. 

*google Image* nak tunjuk full fountain ni macam mana. Cantik kan? Sculptor pun gempak. 

Lepas tu jalan lagi. Sebenarnya kan, walaupun susah nak jumpa orang bertudung kat sini, tapi diorang takdelah pandang pelik ke apa. Takdelah pulak nak serang kami ke apa atau kacau ke apa. Kadang tu bila rasa macam sesat jap pergilah tanya orang locals. Walaupun diorang tak faham sangat cakap English & kalau nak tanya apa-apa mesti rasa macam ayam dengan itik bercakap tapi mereka ni sangatlah helpful. Siap dengan bahasa isyarat belok kanan belok kiri..straight..straight...straight.. haha..



 Dan terakhir, kami pergi bangunan Pantheon

*Google Image*
Sebab aku sampai Pantheon ni malam kan so nak tunjuk la overall building ni camane ghupe bentuknya. 

Ah sudah aku dah bagi architectural drawing suruh korang tengok pulak kan. Kat atas ni keratan rentas bangunan ni. Yang uniknya bangunan ni ialah dome dia. 



Oculus (bahagian lubang kat dome ni) ialah sumber utama untuk natural lighting bawah dome ni. Seingat aku lah, bahagian dalam dome ni, kan bentuk petak-petak berlekuk ke dalam tu, salah satu fungsinya ialah untuk mengurangkan beban dome ni. Yelah, nanti runtuh pula kan kalau beban dia berat. Cumanya dah malam waktu tu, aku tak sempat masuk dalam bangunan ni. Oh so saaaddd..



Saturday, July 27, 2013

Europe Trip- Day 1 Colosseum (Rome)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah aku telah pun selamat sampai di Malaysia pada 24 Julai yang lepas selepas flight delay selama 5 jam. Sepatutnya sampai waktu tengahari tapi sampai time orang berbuka pula. Ok takpelah, aku dah happy dah pun sampai ni, jadi aku mahu cerita tentang trip aku pergi Europe haritu. Heeee... Bestnyaaa! 

Aku pergi bersama-sama rakan yang kenal kat Birmingham ni jugak. Kami berenam semuanya. Bila duduk overseas ni, dalam masa kurang dari setahun dah boleh dapat geng satu kepala yang ngam. Syaratnya kau pun kena sporting lah. Secara tak langsung nak kata aku pun sporting gak la.Wawawa.. 

Ok tanpa mukadimah yang over berjela, aku mulakan dengan peta perjalanan. How cute I know.

Basically, ini adalah peta trip. Dimulakan dengan Rome, Italy. Ditamatkan dengan Milan, Italy. Kenapa mula & habis kat negara sama? Sebab kami sewa kereta di Europe. Kalau pulangkan di negara yang sama, sewanya lebih murah berbanding pulangkan di negara yang berbeza. 

Jadi sebelum sampai Italy, kami fiuuuuu~ terbang dari airport Birmingham, United Kingdom. Flight mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Rome, Italy. Of cos! I tidur. Jet lag. 3 jam je jangan nak jet lag sangat la Sophie!



Dah sampai airport, check in budget hotel, tanpa membuang masa kami pun pergi bandar Rome. Ooh la laaa... Bestnya. Ohya, Alhamdulillah sangat waktu kami pergi Eurotrip ni cuaca sangat baik. Tengah summer. Panas macam kat Malaysia. 


Speaking Italiano lah kita. Oh ya, driver seat belah kiri ok. Terbalik cara pemanduan dengan kat Malaysia. Jadi mula-mula tu kawan aku abam Shiham tuh dia amek masa dalam 5 minit nak test drive dibantu co pilot di sebelah pastu ok dah boleh jalan lah. Lelaki kan steady jer. Kalau aku yang drive, menjerit dulu sebelum drive agaknya.  -_-'


Jeng..jeng..jeng.. Korang nampak tak bangunan apa tu? Seven Wonders of the World. Colosseum. 


Waktu kami pergi ni. Weekdays. Orang ramai tapi tak lah sesak gila-gila sampai tak boleh masuk. Pastu ada lah macam tourist guide kan dia bagi offer untuk tour sekeliling kawasan ni sambil bercerita. Kitorang bayar dia. Ramai lagi yang bayar. Tapi..krik..krik..krik.. Story dia panjang gila aku cuma boleh focus 10 minit pertama. Pastu dalam hati "bila boleh masuk building ni?" dengan panasnya lagi. 

Disebabkan nak kejar masa, maka aku dan kawan-kawan berpisah/melarikan diri dari tourist guide. Tapi takpe, tiket tu boleh guna 2 hari. Jadi esoknya kami datang tempat ni lagi.



Dulu masa 1st year belajar architecture, kami belajar lah pasal historical buildings kan. Tak sangka lah pula dapat menjejakkan kaki ke sini. Tapi aku pernah mimpi aku gi Italy. Pelik gila padahal takde berangan nak datang Italy pun time tu. Lately aku selalu mimpi yang turns out to be real.. Heee.. seriau den.



Okeh. Pernah tengok movie Gladiator yang Russel Crowe tu berlakon tak? Ni lah tempatnya gladiators bertarung pada zaman Empayar Rome dahulu. Walaupun pertarungan sesama gladiators memang wujud sebelum Colosseum ni didirikan tapi sejak Colosseum ni ada, semakin glamour lah pertarungan antara gladiators ni. Colosseum ni menjadi tempat pertunjukan untuk menyaksikan pertarungan antara gladiators, pemburuan haiwan liar seperti singa, gajah, badak, burung unta, beruang ,etc. Kalau korang tengok kat bahagian lantai gambar bawah ni, tu sebenarnya underground. Sebelumnya ada lantai diperbuat daripada kayu dan dikambus dengan pasir. Bahagian underground ni pula ada lorong (tunnels) dan sangkar/ala penjara untuk menempatkan binatang dan gladiators yang bakal dilepaskan untuk pertarungan. Dikatakan banyak najis telah dijumpai disini akibat kecuakan para haiwan & gladiators untuk bertarung. (Okay ayat last ni aku memang tipu ;p  )

Colosseum ni takdelah terletak seketul gituh kat tengah-tengah bandar Rome tu. Kat sekeliling dia ada juga bangunan lain yang berkaitan dengan zaman empayar Rome dahulu. Antara bangunan yang ada ialah seperti bangunan tempat letak senjata dan juga sekolah untuk gladiators. Cool kan ada tempat training?

Gambar dari Google. Ludus Magnus. Tempat training para gladiators sebelah Colosseum. Ada lorong bawah tanah khas untuk para gladiators bergerak dari Colosseum ke sekolah mereka. Cool nye ada sekolah lawan-lawan. Wow..


*image from Google*


*image from Google*
Gambaran pertarungan. Seriously, aku terasa mood movie Gladiator masa masuk Colosseum ni. I mean, gila apa diorang ni? bertarung sampai mati? 



 Kami berenam yang gila kentang.
Muadh-Shiham-Me-Aereena-Teha-Laida
Nak berkenalan? Semua single.WAHAHAHAHA!!
Ok dah, cukup iklan.


Ok sambung sikit cerita Colosseum ni, sebenarnya aku tak ingat lah berapa ribu tahun dah Colosseum ni didirkan. Tapi bangunan ni pernah terbakar disambar petir. (ha tulaa banyak dosa membunuh ni...)
Dan pernah beberapa kali rosak/runtuh separa kot akibat gempa bumi pada zaman tu. Apa-apa hal pun, aku setuju bangunan ni jadi seven wonders of the world. Memang rasa kagum dengan architecture & engineering zaman ni. Banyak huraian tentang Colosseum ni. Memang menarik. Boleh baca bagi siapa yang minat sejarah. Ohya, setiap tiang bangunan ni ada ukiran number tulisan Roman & Colosseum ni boleh muatkan puluhan ribu penonton. Sure riuh rendah eh..


Aku tahu, aku memang bertuah kan dapat datang sini..
Aku pun tak pernah sangka dapat datang sini. 
T__T

Banyak sangat gambar so kena buat part 2 untuk Day 1 ni. =)


Sunday, July 7, 2013

Exchange Links Jom!

Memandangkan blog list aku hilang masa aku edit layout blog, dan nanti aku pun nak bercuti dan ada masa lebih untuk berbelog, oleh itu aku nak tanya siapa nak exchange link blog dengan aku.

Aku mencari beberapa kategori untuk di link-kan pada blog aku yang tak seberapa ini. Kesian blog aku kosong je. Kadang-kadang aku baca gak blog yang ada pada bloglist aku. Tapi sekarang dah hilang so aku kena cari balik bloggers yang aku suka baca blog mereka selain exchange link dengan bloggers lain.

So kategori yang aku cari:

1) Blog pelajar sekolah-saja nak baca cerita budak sekolah. hehe. 

2) Blog pelajar universiti

3) Architecture, interior design & creative arts (designs/photography/etc pasal art)-tak kisah student ke, kerja ke. 

4) Blog pelajar overseas/ yang duduk di overseas

5) Blog travellers- sebab aku suka travel jugak 

6) Blog Mama,family & home- kan ramai ibu suka cerita pasal babies & family. =)

7) Blog business online based on creative arts industry . MLM aku tak mau boleh?

8) Anonymous- blogger yang tak pernah tunjuk muka dia tapi enjoy menulis & mengekspresikan emosi melalui penulisan

Syarat

1) Sila link kan blog saya juga dalam blog awak selepas saya link kan blog awak. 

2) Dalam comment, sila bagitahu blog awak dalam kategori no. berapa dan bagi link blog.

3) Blog cerita percintaan yang geli-geli ada unsur lucah saya elakkan.

4) Saya akan update selepas 23 Julai 2013 yakni lepas saya sampai Malaysia.

5) At least nak cari 5 blog dalam setiap kategori. Kalau lebih pun takpe kot. 

6) Link awak akan bertapak pada blog saya yang tak seberapa ni selama saya pun tak tahu berapa lama tapi kalau tukar layout lagi mesti bloglist hilang. huhu.. 

7) Blog anda haruslah berupdate. Kalau lebih 3 bulan tak update rasa macam krik..krik..krikkk pula nak membaca kecuali blog business online.


Rindu juga dengan blog aku & cerita-cerita bloggers lain. Sebab tu nak ambil kesempatan cuti nanti untuk lebih kerap update blog.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...