Menipu, tetap berdosa, right?
Bak kata anak buah aku kalau aku suka acah-acah kelentong dia nanti dia cakap..
"Amati Copi, tak baik tipu.. nanti kat akhirat kena potong lidah" Ouch!! sentap.
So nak dijadikan cerita, cuti summer haritu aku pulang ke Malaysia. Disebabkan nama pun cuti, jadi aku punya banyak masa terluang termasuklah aktif dengan account twitter. Ni aku nak salahkan adik aku la. Sebab dia suruh baca Seramshit. Setiap jam 12 malam akan ada curator berbeza yang akan ceritakan pengalaman seram mereka. Disebabkan aku jet lag pun lama sangat, maka jam 12 tengah malam mata aku masih cerah. Takut gak nak baca. Tapi beranikan diri jugak.
Familiar to you Seramshit readers?
Seramshit? Okay, layan la sampailah ada dua curator ni yang aku minat sangat sebab cara penyampaian mereka yang ada feel & cerita seram mereka tak tipikal macam curator lain. Iaitu curator Lyn & Iman. So aku pun follow account twitter mereka. Nak dijadikan kisah, Iman ni katanya ada cancer. Tumor otak tahap 4. Of course, naluri perempuan yang lemah lembut ni aku prihatin. So sebelum aku balik UK aku tanya Iman camne keadaan dia etc *tak perlu panjang sangat cerita walaupun bakal jadi panjang kan*
Iman, ramai sangat yang stalk & ambush dia kat twitter. Salah seorang entah siapa yang follow aku di twitter tu aku usha profile dia. Banyak tweet dia yang nyata bencikan si Iman ni. Buatkan aku tertanya, apa salah Iman sampai dia dibenci? Otak logika aku masih berfungsi disebalik keprihatinan aku pada Iman.
So aku difahamkan Iman akan ke London untuk menjalani chemotherapy terakhir di Royal Marsden Hospital. So aku macam, okay.. Bolehla aku melawat dia kan nanti sebab nak melawat di Malaysia tak sempat. So we became friends. Kami rajin bersembang dalam whatsapp sampailah dia invite aku join group whatsapp twitter friends dia. Dalam group tu ada lah few people lagi. Walaupun aku ni malu-malu tapi aku layankan jelaa..
Ceritanya si Iman ni, memang sangat menyedihkan. Dia sangat cantik, kacukan Melayu, Jepun, British. Dia add aku kat Facebook aku tahulah dia cantik. Ada dua orang abang yang good looking. Sorang abang dia duda, ada seorang anak lelaki yang dinamakan Idris or Idy. Tahun lepas, Iman kematian kedua orang tuanya. Sebab mak dia kena cancer, ayah dia pula meninggal dunia 5 hari lepas kematian ibunya sebab demam panas. Abangnya, known as Iqbal, duda sebab bercerai dengan isteri yang tak suka kehadiran anak mereka, Idy. I know, tragis kan drama Iman ni?
Jadi ramai yang tahu Lyn ni berhubung baik dengan Iman. Kata Lyn, mereka kenal dari tahun 2006. Sebab tu, Lyn pun salah seorang lah twitter friends Iman yang ada dalam group Whatsapp tu. By the way, Lyn ni seorang scriptwriter cerita seram.
So memandangkan Iman (Full name: illana Imani Bt Abdul Rashid) ni ada di UK bersama abangnya Iqbal & neneknya, jadi aku alert lah juga. So ada time tu Iman tak sedarkan diri. So Iqbal akan whatsapp di group kami kata Iman tak sedarkan diri. Aku cuak. Aku takut tak sempat jumpa Iman sebab dia critical. Aku pun text Iqbal kata nak gi London lawat Iman. Tak lama lepas tu dapat berita yang Iman dah sedar.
So it happened few times. Iman critical, tak sedarkan diri, bila aku cakap nak jumpa Iman di London je tup tup Iman dah sedar.
Meet our lovely & bubbly Iman.
So satu hari ni, salah seorang geng Whatsapp tu whatsapp aku dalam window yang berbeza. Dia kata kat aku, jangan terkejut. Rasanya kita semua dah ditipu oleh Iman. Aku tak terkejut langsung. Malah aku tanya dia, kenapa dia rasa macam tu? Sebab aku pun ada andaian juga pasal Iman ni.
So kami buka new window CSI sebab nak bincang pasal hal ni.
Arguments mereka sangat masuk akal bagi aku. Memandangkan dalam group CSI ni, aku je yang kat UK, jadi aku sendiri call Royal Marsden Hospital, London. Guess what?
...to be continued..
motif story ni untuk apa ye? just asking...
ReplyDeletenak alert orang luar la yang si minah Iman tu penipu alahai tu pun susah ke nak fikir. just saying...
Deletewow Sophie, saya baru nak cuba fahamkan cerita fasal ni. serius tak tahu. internet tengah laju, tu yang baru dapat baca. ok nak sambung entri seterusnya. fuh... suspen
ReplyDeletetetibe mengikuti cerita ni...
ReplyDeleteserius aku pun pernah gak jumpa org acah2 camni..
entah wujud ke tak..entah..