Wednesday, August 1, 2012

Pulau Redang- Menghayati Keindahan Pulau

Aku ke Pulau Redang pada 6-9 Julai yang lepas. Dah sebati dalam hidup aku, at least setahun sekali wajib pergi pulau. Sejak 2 tahun yang lepas, kebanyakan pulau yang aku pergi adalah bersama kawan. Cuma kali ni lain sikit sebab aku pergi untuk lepak-lepak aje. Bukanlah latihan di laut terbuka seperti selalu bersama geng lifeguard UiTM. Kali ni aku pergi bersama bestfriend di UiTM yang satu course dengan aku. BFF gituh. Kawan aku Teha pulang dari UK cuti summer. Jadi dah lama plan untuk ke pulau. Maka haruslah merealisasikan. Cewahh~

Untuk entri ni, aku nak share gambar-gambar di Mutiara Beach Resort. Untuk pengetahuan, banyak aje resort yang ada di Pulau Redang ni. Tapi, aku sangat berpuas hati dengan Mutiara Beach Resort ni sebab tempat ni betul-betul sunyi.Kedai pun takde.hohoh.. Sangat sesuai bagi yang mahukan ketenangan. Sebab korang tahu ajelah, kebanyakan pulau kan jadi tarikan pelancong asing, jadinya pub dan arak memang selalu banyak di pulau. Tapi kat Mutiara Beach Resort ni clean. Aku suka & sangat menggalakkan bagi Muslim yang nak pergi bersama kawan-kawan mahupun  keluarga.


Sewaktu baru sampai. 

Kami datang berempat. Jadi dapat chalet ni yang muat 4 orang. Nama pun chalet kan, jadi janganlah harap macam hotel pulak. Tapi aku takde benda nak complain pun (sebab aku ni idak ler cerewet orangnya). Chalet ni siap ada air cond lagi & elektrik memang ada (FYI, ada sesetengah pulau yang takde bekalan elektrik waktu siang)

Kami yang first check in. Jadi boleh pilih chalet mana nak duduk. Pilih yang paling dekat dengan bilik pengurusan. Hihi.. Al maklumlah semua perempuan. Kalau jadi apa-apa jerit aje sekuat hati!

Disebabkan pakej ni termasuklah pakej snorkeling, maka kami pilih dululah alat snorkel. Ohya, snorkeling gear kena sewa. RM20 untuk 3 hari 2 malam. Kalau korang nak pilih snorkeling gear tu pilihlah yang elok ok. Nanti kang kat tengah laut kalau tiba-tiba rosak ke apa kan dah tak best dah korang nak snorkel.

Waktu kami sampai ombak boleh tahan kuat. Tapi air laut dia.. MasyaAllah..cantik gilaaaa.. Betul-betul boleh gilaaa ni!!!




Kalau nak rehat-rehat pun boleh sambil menghadap laut.

Ni cafe untuk makan. Aku agak suka konsep resort ni. Sebabnya, memandangkan kedai memang takde, jadi mereka sediakan free flow drinks. Air minum sentiasa ada lah. Kalau air manis macam air sirap atau oren habis, minum jela air suam. Pun sedap maah. Stok roti pun sentiasa ada kot-kot korang lapar especially lepas snorkeling. Kat sini aku dengar bunyi cicak tokek..haaaa..korang tahu ke apa cicak tokek tuh?

Berjalan-jalan menghayati keindahan Pulau Redang.

Cantik kan? masa tengok ni dah tak sabar-sabar nak mandi laut.



Kat Pulau Redang ni ada tupai yang jinak sangat-sangat. Tak pernah aku jumpa tupai yang jinak. Kalau makan roti kat tepi pantai kan, nanti tiba-tiba aje bunyi tupai. Aku pun pandanglah atas. Kat pokok. Akak yang jaga kaunter tu kata, tupai tu jinak..Hulur je roti atau biskut. Fuhh! memang beliau sambar beb!! Montel je tupai kat sini. Tak payah susah-susah cari makanan.

 Ini BFF saya!
Aku ada BFF lain juga sebenarnya cuma BFF ni yang dari UiTM, yang masa study architecture sama-sama dulu. Perangai cantik & huduh masing-masing dah tahu, yet kami boleh click lagi sampai sekarang. 
Hemoh-hemoh. V(^___^)V




Gaya K-Pop di tepi pantai. Camno??
Pengsan Encik BigBang tengok.


Aku pernah pergi beberapa pulau. Pulau yang dekat dengan Pulau Redang adalah Pulau Perhentian. Tapi aku rasa macam lagi suka dengan Redang. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan la. Resort ni aku suka sebab kat pantai dia bersih, coral pun jauh dari pantai. Kiranya kalau nak mandi-mandi di tepian pantai tu tak lah terpijak batu karang. Faham ke? Resort lain di Redang mungkin kat pantai dia ada coral. Entri seterusnya aku akan share pasal snorkeling pula dan, ehem..lompat dari jeti.Muahahaha.. *kalau mak aku tahu musti kena marah ni.Dia mesti kata."Ni nak jadi apa ni? macam jantan dok terlompat-lompat.." huhu..*

Memandangkan aku memang berpuas hati dengan perkhidmatan dan pengurusan hotel, jadi aku nak promote kat hangpa lah kot-kot nak pi honeymoon ka, pi dengan kawan-kawan ka, family ka. (ni awat aku dok cakap Kedah pulak ni..dah rindu kampung kaaa.?)

Pakej 3 hari 2 malam bagi seorang= RM300
(Pakej termasuk boat pergi balik dari Jeti Merang, makan 3x sehari, free flow drinks, Snorkeling ke beberapa point menarik sebanyak 3x)
*kalau pergi lebih ramai mungkin boleh dapat lebih murah*

Kalau berminat boleh call 
Nasa: 010-9055905

Nasa memang tahu bab-bab percutian ke destinasi bajet. Kalau korang suka pergi bercuti ala bajet gitu, boleh like page ni kat facebook:

p/s: taklah, aku tak dapat sesen pun promote tempat ni. Sekadar share aje. Plus, korang kalau nak pergi pulau janganlah main redah aje. Check dulu musim. Pergi musim tengkujuh kang tinggal korang jelah kat pulau dilambung ombak.Huahua..

Monday, July 30, 2012

My Twitter

Pengumuman!

Memandangkan aku rasa dah sampai masanya aku ada twitter kan, maka tanpa berfikir dengan lebih panjang aku dah buat account Twitter. Aku dah buang chatbox kat page blog aku sebab aku rimas dengan post-post berunsur pengiklanan melampau. Bagi yang bertanya pasal personal Facebook, maaf, nama pun personal jadi agak privasi lah. Hopefully dengan adanya Twitter lebih mudah orang nak berhubung dengan aku. Bermesra dengan pembaca gittuw~ *kalau takde unsur gewdiks tak sah tau uolls*



p/s: aku dah buang chat box kat blog aku sebab banyak post berunsur pengiklanan melampau jadi aku rasa rimas. So ganti dengan twitter lebih afdhal lah kot..

Thursday, July 26, 2012

Perempuan Bertudung Pun Kena Jaga Rambut

Rambut tu kan mahkota wanita. Aku saaaangat setuju dengan pepatah ni. Kadang-kadang,ada sesetengah perempuan bertudung kurang menjaga dan merawat rambut atas alasan "alaaa, aku pakai tudung, bukan ada sesiapa nampak pun.." Ehh! tak bolehlah macam ni. Takkanlah korang nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak bela rambut, nak pergi salon kot.

Aku rasa, masalah rambut yang biasanya orang hadapi ialah rambut gugur dan kelemumur. Betul tak? Selebihnya macam rambut kasar, bercabang, berbiji (kalau pakai tudung masa rambut basah). 

Rutin aku jaga rambut, senang je. Basic jerrr.. Shampoo yang aku biasa guna ialah Rejoice. Tak tahu kenapa dah sebati dengan Rejoice. Dah nak 5 tahun guna *sebab I memang setia orangnya.Wakakaka..* Samada shampu sehari sekali atau selang sehari. Ikut lah mana yang selesa. Sebab kalau aktif sangat kan rambut senang berpeluh, berminyak.


Conditioner pulak mestilah yang Anti-Hair Fall. Sebab sayang rambut. Taknak lah gugur banyak-banyak. Korang tahu tak air swimming pool tu banyak klorin. Klorin bersifat menghakis. So aku akan stress kalau rambut gugur lepas gi swim atau ajar orang swim. Huahua.. rambut gugur pun nak stress. Sengal.


Tapi kalau nak jimatkan masa, kalau aku rushing ke apa.. Penyelamat terbaik kalau tak pakai conditioner ialah...Jeng..jeng..jeng..

Ellips Hair Vitamin!!
Serius sangat suka! Biarkan rambut separuh kering & sapu pada rambut. Hasilnya? Best~ rambut lembut dan wangi. *wangi-wangi ni memang ai shuke* Hair Vitamin ni juga lah yang aku akan guna lepas keluar dari kolam renang. Sebab air dari kolam renang boleh membuatkan rambut jadi kering dan keras.macam dawai besi *hiperbola selalu..* 

Aku suka rambut panjang yang tak terlalu lurus macam teknik rebonding. Teknik rebonding kan kadang-kadang buatkan rambut nampak lurus sangat-sangat macam papan.Tak suka.Suka wavy, rambut lebat dan bersinar. Cantik. Antaranya macam:

Apesal la kau comel sangat Selena Gomez?. Apesal laaa bf hang Justin Bieber..?

Kalau rambut pendek, style ni pun macam best gak. 

Whoaaaa! Jessica Alba!! My all time favourite actress sebab muka dia sweet. Dia buat rambut macam mana pun tetap gorgeous.

Teringin nak highlight rambut tapi dilarang keras oleh abang aku. Sebab dulu aku pernah gak lah gatai gi dye rambut. Tapi lepas tu insaf. Abang aku kata "ni kalau tiba-tiba mati ni macam mana nak pergi menghadap Allah?" Macam mana orang nak mandikan jenazah kamu?" yelaa, mungkin brand tu tulis halal, dari segi bahan-bahan, tapi kalau dah selaputi rambut, nanti nak mandi wajib lepas habis period, nak ambil air semayang, kalau air tak lalu macam mana? Sah ke tak? (-_-') 

Yang nampak paling Asian:
Sweet je kan kalau rambut cantik?











Saturday, July 21, 2012

The Making of "Hidupan Laut" Shoes

Kalau sesiapa ada adik yang ambil Pendidikan Seni untuk SPM tahun ni mesti familiar dengan projek ni. Kalau anda cikgu sekolah menengah pun barangkali familiar dengan projek ni. Alkisahnya adik bongsu aku ni minta tolong dengan projek sekolah dia. Dia kata dia boleh lah nak lukis-lukis, design kasut tu tapi dari segi pewarnaan dia tak berapa reti nak mewarna katanya. Alaa kau faham-faham jelah hint sebegini tak lain tak bukan nak akak dia tolong warnakan kan.. (-_-') Macamlah adik aku tu baru keluar dari perut ibuku..


Macam nilah kebersepahan bila nak buat projek. Ni baru projek SPM. Cuba bayangkan masa study archi kat UiTM dulu, satu orang satu bilik agaknya radius kebersepahan tuh. hihihi..

Ni design adik aku. Cikgu kata kena ambil motif hidupan laut. Ni dia ambil motif ikan Nemo campur ikan apa ntah ekor dia siap panjang-panjang. Lepas tu tak semestinya kena ikut warna sebenar ikan. 


Antara kajian warna yang I suggest. Hiuhiu.. (^__^)V rasa macam adik I ni client I pulak.



Pemilihan kajian warna yang ada. So bila dah ada 4 pilihan suruh dia pilih nak yang mana untuk dilukis kat kasut betul.



Proses pembikinan. First layer yang agak comot. Eh gila apa pukul 12 malam painting. Painting sambil mata buka separuh pastu terlelap-lelap. Ni lah ciri adik yang suka buli kakak buat kerja last minute.





So tadaaaaa...!!! habis pun. Walaupun sebenarnya comot lah juga kalau tengok dekat-dekat tapi aku tak pedulik. Aku dah ngantuk gila okey..

p/s: Sorryla tak dapek nak post gambar I tengah painting. Muka ngantuk dengan baju tidur seluar polka dot dot. Agak malu disitu. (^__^). Haaa..baru tahu apa feeling melukis pada kasut. Menarik jugak lah sebenarnya. Boleh jugak kalau aku design kasut sendiri kan.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...