Tuesday, July 26, 2011

Pulau Perhentian-Day One. Snorkeling Like Sex, huh?

Halooohaaaaa!!!!


Aku telah kembali dengan semangat baru. =) Yeah, to be honest, beberapa menjak kebelakangan ni agak tidak begitu baik bagi aku. Jadi aku perlu keluar dari kepompong itu. Maka aku pun terbang ke Pulau Perhentian bersama-sama rakan UiTM. Oh tapi kali ni ada beberapa rakan dari UIA jugak. yeahhh! boleh geng!!

Untuk entri kali ni, aku mahu menceritakan pasal hari pertama aku di Pulau Perhentian. Perjalanan macam biasalah, pergi Terengganu lama gila woi naik bas. Lagi sekali buleh cramp punggung. Jeti di Besut.
Pulau Perhentian 2011. Jeti Besut.
Previously, Pulau Kapas, 2009. Jeti Marang.Gaya macam sama je.haha..

Semangat giler backpacking.


Turun dari bas mahu ke Jeti Besut. Muka teruja ni. =8)


Dalam bot. Bot ni laju. Memang siapa yang mabuk laut tu aku nasihatkan awal-awal bawaklah beg plastik ke apa takut termuntah kang bukan kena muka sendiri, tapi kena muka orang belakang sebab angin kuat sangat. 

Kami menetap di Coral Bay, belakang Long Beach. di Perhentian Kecil. Errrr..jujurnya aku rasa macam Tioman lagi cantik =)

Tapi kalau pergi dalam group yang besar gerenti best punyalah tak kisah pergi mana-mana pun. =B

The bajet men.

Kami naik bas dari UiTM Shah Alam lepas subuh. Dalam jam 6 pagi. Sampai jeti tak sempat nak lunch. Bungkus aje. Sampai chalet je makan. 

Anak dara pingitan. Wey hannah, nenek aku kata anak dara kena duduk bersimpuh! Macam ni kalu jatuh sikit saham kau. huahuahua..

Petangnya mula-mula aku ingat nak terus terjun laut. Dah tak sabar sangat tengok air. Tapi kawan aku kata, alaaaa.rilex lah dulu, kita pergi lah jalan-jalan dulu. Maka kami the girls pun berjalan di sepanjang Long Beach  Resort. Masalahnya kan, walaupun kami memang orang Malaysia kan, tapi kami dipandang macam orang asing pulak. Uhuks!! Macam kami pulak yang tourist. Sebab rata-rata memang 90% yang datang bercuti mat salleh lah. 




Meh aku type balik:
SNORKELING LIKE SEX (ehem!)
The first time you are nervous..but it's still the best thing you've ever tried..(bukan tired lah!)
The more you do it the better it get's..
As you do it with more people you learn new technique.
With experience you can do it longer and with more fun..

If you enjoy sex..You'll love snorkelling.
Never try, never know. 
HAHAHAHHAHA.. GILA NI!! JANGAN PERCAYA LANGSUNG!
Words of lust. Aww~


Percutian kali ni lebih kepada leisure. Kalau tak masa aku ke Tioman dan Langkawi dulu lebih kepada bentuk latihan di laut terbuka. Oh vacation ni sangat kena pada masanya! (^_^)V


Hi! It's me! =)

Ni lah gamat. Kalau kau angkat kan, nanti dia keluarkan cecair. Macam kencing. errr.sila jangan bayangkan macam apa-apa yang serupa dan sama waktu dengannya (-_-') . Pokoknya, bila pegang, rupanya dia lembik giler. Macam jeli.

Ni first time gua pegang gamat weyh. Selama aku duk snorkelling selalu nampak gamat tapi aku tak pernah berani pegang sebab geli. Tapi kali ni aku nak cuba jugak. hahah. 

Disebabkan nak shot yang menarik kami beria betul panjat batu besar. Dahla pakai seliper jepun je. Cari nahas pun ada. Tapi takpeeeeeee.. =)  Demi gambar!!!!! Demi gambar!!! Demi gambarrrr!!! Demi bajet cun lagi next top model!





Sebenarnya tempat ni ada lah sikit macam dalam movie Sanctum tu. (kalau korang tengok lah). Dari atas memang ngeri. Tapi mulut aku tak henti-henti sebut "Subhanallah" Serious cantik gilerrr!!! T__T
Orang pulau yang lead kitorang tu cakap, biasanya mat salleh aje yang sampai tempat ni. Tapi kali ni ada jugak locals yang sampai sini. Perempuan pulak tuh. Eh yeke? ke dia saje pancing je tuh? 
Tapi nak sampai tempat tinggi ni kena pijak batu-batu besar. Agak macam mendaki. Cuma takde laluan khas. Semua adalah batu besar.


Oh yeahhh! Memandangkan ni hari pertama aku kasi mata korang usha gambar rilex dulu. Hehe. Entri seterusnya aku akan auto publish masa aku gi kerja okeh. Sebarang komen dan terjahan aku akan cuba sedaya upaya membalasnya sementara aku ada masa. Iye, memang aku agak busy semenjak dah kerja ni. Terima kasih pada yang concern dan sedar aku dah lama tak post entri. Aku amek cuti hari Jumaat. Jadi aku berada di Pulau Perhentian dari 22 Julai. Jumaat, Sabtu, Ahad.

Hari kedua: Snorkelling like sex. Uhuks! Kami snorkelling di beberapa point. Ada tempat turtle, ada tempat ikan nemo, ada shark point. Aku jumpa shark besar. Huwaaaa.. T_T Takut tapi teruja. So yeahhh! Nantikan entri seterusnya. =)


p/s: I'm moving on.. 

Tuesday, July 12, 2011

"Everything"

Sorry dah lama tak update dan tak mereply comment. Dan tak merespon. Dan apa-apa sahaja yang memungkinkan kamu kecewa dengan aku. Jumpa satu lagu yang menyentuh hati.





Love the chorus. Rasa macam boleh berangan dengar chorus. Ahah! Jangan nak perasan sangatlah Sophie.

Wish I could..   T_T
But I couldn't.
So I always find the chances to..   =)
In case you see me..  =)
Trust me there's always a   =,(   behind it.

Let's chillex!!! Yeahhh!!!!   =) =) =) =) =) =) =)

p/s: leaving the untold stories behind.. Perhentian Island on my way!

Tuesday, June 28, 2011

Banyak Benda Tak dapat Diucapkan Dalam Blog. Al-Fatihah.

Blog tempat aku share pendapat. Feelings mungkin. Tapi aku tak dapat menjadikan blog ni sebagai diary. Tak mungkin kamu dapat kenal aku 100% hanya dengan membaca semua entri-entri aku. Apa yang aku post hanyalah secebis mungkin dari perasaan aku. Terlalu banyak benda yang berlaku. Tapi perkara yang menyedihkan adalah perkara yang paling aku cuba elakkan dari tonjolkan dalam blog ini. Kecuali dah tak tertanggung, atau aku perlukan semangat dari kamu semua.

Baru-baru ini. Ermm.. Beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang telah pergi.
Meninggalkan dunia ini. Ini hanyalah beberapa yang ku kira, agak dekat dengan aku.

Tahun 2007.
Pakcik aku (adik ayah) meninggal dunia kerana sakit jantung. Tapi dia special case. Sebab doktor menjangkakan dia tiada harapan dan hanya letakkan sasaran jangka hidupnya tak lebih dari 20 tahun. Tapi dia mampu hidup sampai umurnya 30-an. Dia meninggal sewaktu bulan Ramadhan. Meninggal dengan wajah tersenyum.

Tahun 2010.
Kematian paling tak dijangka.Kawan baik sendiri. Paan Zailani. Sudah hampir setahun pemergiannya. Penyakit yang agak rare case dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Sampai sekarang aku masih rindukan dia.

Pemergian ketua program Bsc.Architecture. Encik Yacob Omar. Pemergian yang sangat dirasai sebab merupakan pensyarah yang sangat, sangat sporting dan baik. Bersifat kebapaan, jadi kami suka bermanja-manja dengan arwah sebab dia ibarat bapa.

Tahun 2011
Dalam dua minggu lepas pak cik aku (sepupu ayah tetapi agak rapat) meninggal dunia kerana cancer esophagus. Pada mulanya disyaki ulser perut. Tetapi sebenarnya adalah cancer esophagus. Rasa sedih sangat sebab masa last aku jumpa dia, badan dia turun. Hampir 30kg turun. Sebab dia tak dapat makan. =(

Baru beberapa minit yang lepas aku dapat berita ibu saudara aku (ayah punya kak ipar,ibu pada gf Carl Samsuddin) baru meninggal dunia sebab cancer usus. Jumaat lepas masa ayah aku call di pejabat mengatakan aunty aku sedang nazak aku terus pulang ke rumah dan terus gerak ke Sungai Petani, Kedah. Rasa sangat sedih membayangkan betapa berbeza keadaannya dengan dulu, tanda menaggung kesakitan yang amat perit. Pada mulanya menganggap kena gastrik, tapi bila dah detect ada cancer colon, dah stage 4.Aku paling sedih sebab  mengenangkan cousin aku yang masih kecil kehilangan ibu di usia yang sangat muda. Aku harap sangat cousins dan pak cik aku tabah harungi semua ni.

Aku doakan semoga semua yang aku kenali ini ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Esok lusa, sampai masa kita, siapa yang tahu? Esok lusa siapa yang akan tinggalkan kita pula, siapa yang tahu? huhu. Aku sedih la sebenarnya. Hurmmm.. =,(

p/s: ini hanyalah yang aku kira, punyai hubungan kekeluargaan ataupun rapat dengan aku. Tapi sebenarnya, masih ada lagi beberapa kematian melibatkan ibu kepada kawan, kawan baik ayah, jiran lama.. Semuanya disebabkan mengidap cancer, breast cancer. But mostly colon cancer. Aku difahamkan cancer usus ialah cancer yang paling sakit dalam banyak-banyak cancer. Sakit perut pun dah dikira sangat sakit. Kalau cancer usus? hurrmmmm.. T_T  


Al-Fatihah...

Movie Review: Ladda Land

Memandangkan aku dah sangap sangat nak tengok movie kan, maka Ladda Land menjadi pilihan aku untuk ditonton tadi. heheh.



Ladda Land merupakan movie genre seram dari Thailand. Pengarahnya merupakan pengarah filem Phobia dan Coming Soon. Bagi aku, Phobia dan Coming Soon not bad lah. Coming Soon aku suka sebab aku rasa plot cerita dia agak strong walaupun telah di twist.

Sekadar brief, Ladda Land ni menceritakan tentang sebuah keluarga yang baru berpindah di kediaman baru yang dinamakan Ladda Land. Si Ayah beriya benar membeli rumah bagi membuktikan pada ibu mertuanya bahawa dia mampu menjaga keluarganya tanpa bantuan ibu kepada isterinya. Tetapi sayangnya kawasan perumahan tersebut mempunyai misteri. Sebab ada berlaku pembunuhan yang kejam. Jadi cerita ni macam berkisarkan bagaimana kedegilan seorang ayah untuk berpindah dari rumah tu telah menyebabkan mala petaka dalam rumah mereka. Yelah, memandangkan kawasan tu agak haunted kan. Hantu dah kacau pun dia taknak pindah jugak.

Errmmm.. Honestly, aku rasa plot movie ni kurang strong. Sebab ada beberapa persoalan yang aku tertanya-tanya masa tengok movie ni macam:

1. Siapa pembantu rumah di kawasan kejiranan yang mati tu? Apa kena mengena Si Ayah dengan pembantu rumah yang mati tu? Ada scandal ke sampai membuatkan si Ayah beriya benar nak usha rumah tu?


2. Apa masalah jiran sebelah rumah dia sampai bunuh satu keluarga dan bunuh diri sendiri?


3. Kenapa hantu jiran sebelah nak kacau keluarga mereka?


4. Then apa jadi pula dengan hantu pembantu rumah tu? 


5. Selitan pencuri bertopengkan muka hantu juga aku rasakan tak perlu dalam cerita ni walaupun kelakar. Sebab fokus aku dah lari. Huh.

So basically ada dua tempat yang berhantu, satu di rumah pembantu rumah yang mati dibunuh dan dimasukkan dalam peti ais. Satu lagi hantu anak beranak di rumah sebelah keluarga yang baru berpindah ni. Tapi aku sangat tak faham motif hantu anak beranak ni nak kacau famili ni. Tapi takpelah, dah nama pun cerita kan Aku layaaannn jelah.

Cuma nilai murni yang nak ditonjolkan dalam movie ni adalah nilai kekeluargaan macam..

1. Bagaimana susahnya nak handle anak perempuan zaman sekarang yang semakin meningkat remaja dan dah biasa dimewahkan oleh neneknya.


2. Pengorbanan seorang ayah yang sangat mahukan satu keluarga tu tinggal di rumah yang dibelinya. Sangat sweet Si Ayah hias rumah baru dan buat buaian untuk mereka berempat. 


3. Bagaimana kedegilan seorang ayah membawa kepada mala petaka dalam keluarga tersebut. Akhirnya salah seorang dalam famili tersebut mati. Nak tahu siapa? Tengoklah sendiri eh..


4. Kepercayaan dan kesetiaan dalam rumah tangga. Si Ayah ni mengesyaki isterinya curang. Padahal isteri dia baik giler kot.Dahlah cantik. Orang Thai ni memang ramai cantik-cantik eh..



Dari segi tahap keseraman, adalah standard biasa sekadar bunyi suspen secara tiba-tiba yang membuatkan aku nak nasihatkan bagi sesiapa yang ada masalah jantung tu janganlah tengok ok. Karang heart attack pulak.. Errr.. hantu anak beranak tu pun boleh tahan menakutkan lah muka diorang. uhukss. Agak kreatif la cara diorang buat character hantu tu, sorang muka pecah berlubang kena tembak, sorang muka kena slaughtered.

Tapi aku sangat suka watak budak si anak lelaki dalam famili ni. Comel giler perangai dia. Oh Tuhan, bagilah aku anak comel macam ni.. (-_-)V

Aku rate 2.8 daripada 5.
0.2 markah pun nak berkira aku nih. ;p

Kalau rasa nak tengok pergilah tengok. Aku takkan kata rugi tapi aku takkan kata sangat best. Macam ok-ok aje..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...