Monday, August 27, 2018

Samsia Optometry (Rawang) Interior Design-Part 2: Completed Work

Aku mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil projek hiasan dalaman yang pertama kali aku handle seumur hidup ini (eh terharu gila kot uolls!), pembuka kepada tahun 2018 yang aku harap tahun ni akan menjadi tahun yang menarik walaupun mencabar *genggam tangan, mata berair,lol*. Pastu dah lagi 4 bulan je dah nak tahun 2019 baru kau post kan Sophie. Projek-projek lain yang dah siap bila pula kau akan post ni Sophie.

Mempersembahkan...tadaaa..!

 
Bahagian utama ruang kedai cermin mata ini. 

      
 
Gambar dari luar kedai.


Sebenarnya panel tinggi tujuan asal adalah untuk membahagikan bahagian public dan bahagian semi private. Tambahan pula, di belakang panel tinggi ni ada pintu. Jadi kami tak mahu bila visitor masuk dari main entrance, boleh nampak pintu-pintu ke ruang belakang. Takde privasi pula kan. 


Bahagian display di sebalik pintu gelas utama.

Kayu pine yang disusun di panel pembahagi mempunyai ruang gap antara kayu atas dan kayu bawah yang disusun secara horizontal. Ini bertujuan untuk memudahkan tuan kedai/pekerja secara visual  memudahkan mereka nampak klien atau pihak luar yang masuk dalam kedai. 


Existing element yang kami tak tukar ialah lantai vinyl kedai ni. Warna dia dah memang sesuai lah dengan konsep. 



Sebahagian dari kekotak display custom made.







Ada rasa berselera sikit tak nak masuk kedai spek? dah tak feeling nerdy sangat kot masuk kedai spek macam ni. 



Ok, aku bagi review personal sikit tentang projek ni:

1. Pada mulanya, kami fikir cermin mata yang ada agak banyak, jadi macam merisaukan pula kalau ruang display cermin mata tak cukup. Tapi Alhamdulillah, bukan sahaja cukup, malah ada ruang lebih lagi kalau nak tambah stok cermin mata baru. 

2. Projek ni terasa macam 'kamikaze' sikit la. Redah je walaupun tak pernah buat projek hiasan dalaman, percaya je pada ilmu & pengalaman yang ada, percaya pada diri sendiri. Sejenis perangai "I CAN. I WILL PROVE IT." Haha. 

3.Mas-mas yang jadi tukang kami kan, lepas siap installation kedai, mereka tercengang di luar depan kedai. Perhatikan aje dari luar. Bila tanya kenapa termenung macam tu, mereka cakap, tak sangka mereka yang buat installation ni. Biasanya buat kerja kasar macam buat rumah (ala-ala pekerja buruh tu). Ni dikira kerja halus la untuk mereka. 

4. Selepas projek ni siap, tuan kedai kata, Alhamdulillah klien bukan sahaja semakin ramai. Malah klien-klien yang datang juga sudah tak tergamak nak minta harga rendah-rendah sangat. Sebab kedai nampak mewah sikit. Jadi macam sesuai la harga dengan hiasan kedai. Ha ni salah satu tips la kalau mereka yang ada kedai macam butik ke, kalau taknak klien bising sangat harga baju mahal, buatlah hiasan dalaman yang nampak mewah sikit supaya klien rasa bersesuaian lah harga dengan kedai. Gituhh!

5.Kalau tanya aku lah, sebenarnya, I will still choose architecture over interior design. Tapi kalau ada special demand, inshaAllah kami buat. Selepas projek renovation kedai kaca mata ni pun kami ada buat beberapa projek lain dan sekarang pun ada projek yang on going. Cuma tula, rajin atau tak rajin nak update kat blog la.

6. Projek ni siap exactly hari terakhir tahun 2017 (31 December). Jadi malam tu, bergegas ke Putrajaya. Sebab nak tengok bunga api. Aku suka tengok bunga api masa new year. Cuma boleh hadap crowd atau tak. Aku pilih tahun 2018 aku akan hadap jugak walaupun aku tak suka tempat crowded. Masa tu rasa macam best. Sebab berjaya complete task so the fireworks was like a celebration. 

p/s: Lepas projek ni siap kan. Ada lah satu benda yang aku rasa musykil. Si Sara. Background dia kan sebenarnya Quantity Surveyor. Aku tanya lah dia.

"Sara, macam mana awak boleh confident benda ni boleh siap dalam masa 6 hari & confident untuk buat benda ni? I mean, kalau awak dari background Interior Design atau Architecture tu paham lah juga. Tapi awak QS kot??? Macam totally different background."

"Tak jugak. Sara ikut awak je. Tengok awak macam confident je, tu yang Sara confident. Kalau tak memang tak yakin la nak buat."

Ohh man. Sebenarnya selalu je kalau aku cuak ke aku keep calm & acah konfiden. Fake it till you become it okay. But honestly, percayalah cakap aku, aku tak takut untuk handle sebab dulu masa study banyak masuk bengkel bertukang buat model besar-besar. haha. Sekarang dah tahu dah apa hikmahnya kena masuk bengkel dulu yang rasa cam nak nangis and tak terdaya kudrat perempuan I dulu tu. 


 Jika berminat untuk upgrade kedai/rumah anda, dengan harga yang ikut bajet anda. Bolehlah hubungi kami. Kami boleh buat rumah atas tanah sendiri, renovation, ID works. 

Boleh email kalau perlu quotation atau nak tanya apa-apa. 
sofiyanurazman@gmail.com

atau

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah atau rumah di atas tanah sendiri, boleh hubungi :

www.wasap.my/601111892504






2 comments:

  1. Tahniah la berjaya siapkan projek ID dengan cara *kamikaze* tu. Tapi memang macam tula kan, tak buat lagi, redah je, jangan takut. Actually dalam bidang kita ni memang akan sentiasa ada ketakutan tu. Alhamdulillah Sara ada dan korang hadap bersama. Asalkan ada orang PERCAYA kita, teruskan dan cuba sampai berjaya. All the best!

    ReplyDelete
  2. Қeep on writing, great јob!

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...