Monday, November 30, 2015

Kejayaan Itu Di Titik Mula-Secebis kisah 'Surviving Architecture'.

Jam menungjukkan pukul 1:31:39 AM waktu Malaysia. Aku nak buat kerja tapi aku penat dan ngantuk. Jadi aku ambil peluang ni untuk menulis. Kadang-kadang, aku ada rasa macam nak berhenti menulis. Tapi, aku selalu dapat feedback positive daripada pembaca samada yang tidak kukenali ataupun yang aku kenal iaitu kawan-kawan aku sendiri. Ayat yang aku selalu dapat

"You inspire a lot of people..keep on inspiring"

"Kenapa kau dah lama tak menulis? I need your spirit!"

"Penulisan kau telus. Jangan berhenti menulis please."

latest.."Kau ada kebolehan menjadi somebody melalui penulisan kau" Pehh somebody apa seh..

dan banyak lagi. Paling banyak dah tentulah budak-budak sekolah mahupun lepasan SPM yang bercita-cita tinggi nak menjadi seorang arkitek. Jadi dah tentu jugalah aku kena tunjukkan contoh yang baik paling tak pun dalam bidang architecture. Sebab aku tahu tak ramai arkitek yang rajin nak menulis. Apatah lagi nak melayan. Kalau aku tunjukkan korang jenis-jenis email dari budak-budak yang aku terima, pastinya kau boleh gila juga. Soalan tu kadang-kadang boleh tertekan aku dibuatnya.Adeh.. Arkitek memang selalu busy & kekangan masa. Ucap terima kasih pada atuk aku sebab aku rasa aku ikut genetik dia sikit. Suka membaca dan menulis. Dia bekas editor surat khabar berbahasa Inggeris dulu. Sebab tu kot aku enjoy menulis. Korang nak baca, baca. Taknak baca dahla. Sebab kali ni entri ni panjang.

So aku dah pulang ke tanah air tercinta dalam hampir 2 bulan.Belum bekerja tetap. Walaupun belum bekerja di firm lagi aku dapat rasakan yang aku busy di rumah. Tu cerita lain lah kenapa busy. Aku buat freelance buat masa ni & sedikit bisnes online barang-barang dari UK.  Waktu meninggalkan UK, aku sayu. Aku tak sempat nak fefeeling sangat sebab terlalu busy travel then ada masa 2 hari saja masa tu sebelum balik for good. Jadi dalam masa 2 hari tu memang busy beli barang nak bawa balik untuk orang la & segala bagai last minute shopping sampai tak sempat merayau merasai kota Birmingham untuk terakhir kali (hopefully bukan yang terakhir kali lah) Tapi masa di departure gate tu, aku macam.. mata aku bergenang. Wey! England! you made me an ALPHA WOMAN now. A strong & independent one. Saat tu aku sedar, kalau aku tak keluar dari zon selesa aku hampir 3 tahun lalu, mungkin aku bukanlah Sophie yang sekarang. Aku dapat rasa, aku semakin berani, semakin confident (bukan over confident), almost fearless, tahu nak stand up untuk diri sendiri. Tahu untuk argue bila aku tak setuju dengan sesuatu perkara, semakin tegas, etc.

Selepas ambil scroll. Hihi. 


Banyak suka duka aku lalui sepanjang berada di negara orang. Sambung belajar di UK? Dulu masa sekolah kalau dengar orang belajar kat UK atau overseas negara lain ni selalu rasa kagum. Selalu rasa diorang ni pandai-pandai sih. Ingatkan takde peluang dah sebab SPM pun tak straight A's pun. (Aku agak benci dengan sistem persekolahan kita sebab telah membuatkan aku rasa bodoh bila tak skor subjek Sains-Kimia,Fizik,Biologi. "If you judge a fish by its ability to climb a tree, it will spend its entire life believing it's stupid-Albert Einstein" Eventually, I am an architect. Never wanted to be a doctor or Science related profession pun)

Bila menghadiri majlis konvokesyen di dewan, of course lah takde adat istiadat kejadah apa lama-lama macam konvo kat Malaysia. Saat berada dalam dewan tu, dewan tu nampak gah la. Macam dewan orchestra tu. Terharu? Sudah tentulah. Kau, dah belajar macam nak nyawa-nyawa ikan ada pulak tak terharu kehn..


Di Victoria Square


Bersama parents yang datang dari Malaysia sebab nak menghadirkan diri dalam majlis konvo aku di Birmingham. Sebelum tu kami dah jalan-jalan dalam UK dah. Aku tanned kalau panas kat UK.hahah. Sebab panas dia terik & kering. Senang terbakar kulitku.


dengan Charles, kawan sekelas. Event ni agak cepat habis. Aku tak sempat nak bergambar dengan ramai orang. Semua lesap lepas habis majlis.zZzzz sangat.

 Unbelievable tak, semua kawan-kawan Malaysian yang ambil architecture ni (eh kecuali yang sebelah aku tu si Eleni), kami semua adalah hasil UiTM masa buat undergrad (degree) sampai lecturer kat uni aku pun kalau ada Malaysian masuk uni tu mesti tanya awak dari UiTM kah? Rasanya kenapa? UiTM salah satu dari dua universiti dalam Malaysia yang Part 1 dia ada pengiktirafan Royal Institute of British Architects (RIBA). Ada international recognition. Jadi bila nak apply buat postgrad, memang ada interview dari pihak Uni biasanya, yang mana kita kena tunjuk portfolio study & kerja dulu. & rata-rata hasil kerja tu standard dia boleh diterima mereka. Tapi uni lain pun bagus je sebenarnya. Cuma pengiktirafan tu nak dapat kena lalui proses yang bukan mudah lah untuk sesebuah uni tu.


Kenangan aku sewaktu belajar yang paling aku tak boleh lupa ialah bila tiada studio culture macam kat Malaysia. Mana ada studio yang siap boleh tidur bawah meja yang epik tu. Lepas school tutup memang tak boleh stay la ceritanya. So aku memang tak boleh buat kerja dalam bilik. Sebab aku ada katil yang haunted. Dia macam, terlalu empuk sampai kalau kau tidur, dah bangun pun kau still nak baring-baring, guling-guling macam tenggiling jap.. Memang harapan lah kan nak siapkan kerja kalau begitu. Kalau ada kawan datang tumpang tidur & cakap dia selalu bangun awal aku akan cakap "tapi kalini kau akan bangun lambat" dan ternyata betul gara-gara katil haunted tu. Ish rindunyaa!! Tambahan pula cuaca di UK tu selain summer memang sejuk je memanjang. Rasa macam nak selubung je dengan duvet. Sebab tu aku kena pergi library buat kerja. Library pula biasannya akan ada masa yang dia buka 24 hours especially masa nak dekat-dekat exam macam tu.

Lepas event bawa parents jalan around uni. With my dad in front of my school. Akan merindui setiap langkah yang telah ku langkah dari saat keluar rumah sampai naik bus, turun bus, jalan sampai mengah masuk pintu building ni merentas 3 musim-autumn,winter & spring. Summer dah cuti biasanya. Haha.. ;')


Aku selalu jalan kaki sorang-sorang pergi library depan rumah. Ada dalam 5-7 minit lah. Biasanya aku akan angkut barang-barang dari laptop, buku, T-square etc yang memberatkan dan jalan. Kalau jalan malam mulut sambil terkumat kamit baca doa. Gila kau. Mestilah aku takut kalau ada orang jahat mahupun dracula. Penat bila angkut barang. Dari zaman UiTM pun macam tu. Tapi aku fikir, setiap langkah tu jihad menuntut ilmu. "Ikhlaskan hati, Sofiya. Kau pasti berjaya! Ingat harapan mak ayah" Setiap kali nak masuk library ada kena scan student card. Pastu kat situ ada beberapa pak guard yang berjaga. Biasanya, muka aku ni muka penduduk tetap library tula. Kat tempat aku tu, kalau locals yang pergi library, diorang ni aku pun tak tahulah gi library sebab nak belajar ke buang masa. Make up dah memang tebal tahap model nak pergi catwalk, ada yang pakai cam fashionista, siap kalau pergi toilet touch up make up. Pastu asyik-asyik selfie, asyik-asyik selfie tengah orang ramai. Tak paham gila weh!  Satu benda yang aku perasan pasal pompuan British ni, diorang memang kuat make up. So bila tengok orang lain pergi library cantik-cantik, rasa macam foine lah foine lahhh.. Aku rasa macam comot gila aku ni make up memang bye2, kalau malam suka pakai pyjama dengan tracksuit. Sebab nak duduk bersila senang. Nak baring ke kuak lentang kejap ke.


 Masa hari graduasi aku berbaju kurung moden okay. Semangat Malaysia sangat tau. Ni bergambar depan school aku. 

Pathway yang aku selalu guna & garden yang bila cuaca cantik je students selalu lepak ala picnic kat padang sini. 


Port aku kalau malam-malam suka kat area Ground Floor ada meja bulat & kerusi ala sofa yang panjang. Kadang-kadang penat aku baring lah kejap. Pak Guard memang tak bagi tidur dalam library. Kalau duduk kat kerusi pastu kau bertongkat dagu & pejam mata pun bakal kena sound especially kalau pak guard tu kerek. Tapi, oleh sebab kan aku kata tadi aku penduduk tetap library? So aku ada imunity yang kadang-kadang dimanjakan huahua.  Cewah. Ada pak guard dia kesian tengok aku berjaga dia tak sampai hati nak marah just cakap "It's okay madam, I know you are tired." Aww~  Kadang pak guard pun suka datang kat aku borak-borak nampak macam interested gila dengan kerja aku. Ada gak yang bagi no tepon sebab dia kata kalau dah keluar result & berjaya msg lah dia bagitahu. Nanti dia bagi present/belanja. *which aku taktahu lah ni ikhlas ke atau taktik nak menculik budak? *tetiba* Bila nak balik rumah dengan barang-barang yang banyak plus muka zombie ni Pak Guard pun pandang dengan muka kesian kata "You work really hard madam, I hope your tutor will see your effort" *terharu* Kadang-kadang ada jugak students lain tapi yang paling kuat stay malam budak-budak international students lah. Pak Guard pun cakap, dia tengok international students ni work very hard,dia suka. Dalam hati, "pakcik, kat Malaysia pun yang work very hard orang Bangla dengan Indon" Bila kau merantau, kau ada matlamat kau.  So aku selalu la make friends dengan orang-orang ada kat library. Macam, nak pergi toilet yang sedikit jauh, malas nak bungkus laptop, mintak la orang kat meja sebelah ke tengok-tengokkan. Kalau nak solat pun takde masalah. Kat meja pakguard siap disediakan sejadah bagi pelajar muslim yang nak solat. Dalam library takde surau so kalau nak solat pepandai lah cari port kat corridor tersorok ke atau dalam bilik belajar.


Camni la standard aku kalau duduk library. Penuh barang. Bawak bekal, etc etc pastu buat hal sendiri je. Unless kalau ternampak orang aku kenal aku tegur lah. I kan friendly. Ahaks! 

Kadang-kadang aku balik pukul 4,5 pagi. Again, kena jalan sorang-sorang. Tapi, perasaan takut tu lebih pada orang jahat lah sebenarnya. Sebab feeling nak takut hantu tu tak sangat macam kat Malaysia. Kat Malaysia sebab hantu banyak sangat jenis & specifications dia macam pocong, pontianak,toyol, penanggal, etc. So kat UK aku tak rasa seram jenis tu. Waktu jadi student & sebagai design student, benda yang paling boleh buatkan rasa nak bunuh diri ialah kalau laptop kena rompak sekaligus dengan back up sekali sebab hard disc dalam bag? Selain tu, aku akui aku paling takut kena rogol (-_-') normal kan kalau tak kahwin lagi.

Masa final year aku, aku rasa memang tough lah. Belajar bila level postgraduate ni critical thinking dia lebih sikit. Dahla asyik kena bukak kamus sebab ayat English dia high level sikit. Kalau dapat text kena baca, student British ni selalu nak complaint text tu sukar difahami. Kalau dalam bahasa dia pun dia susah nak tafsir? Abestu aku ni? macam nak tafsir hikayat William Shakespeare camtu lah? Atau bila diorang kecoh pasal thesis writing banyak lagi nak tulis & mengomel sedangkan dalam English kot kau nak kena tulis? Then aku hanya mampu rolling eyes & rolling in the deep Adele dalam hati.*annoyed*.Tapi walaupun susah, aku rasa kepuasan tu di tahap maksima. Sebab aku buat kerja sendiri, tanpa bantuan orang. Yelah, takde pasangan sama course, bestfriend sama course pun dah balik. Takleh nak terima that kind of support/back up. Cuma berusaha, redah je & tawakal. Lagipun aku fikir "Takkanlah Allah dah hantar aku sampai sini untuk aku gagal kot?mestilah untuk aku berjaya? So aku mesti akan bawa balik segulung ijazah!"

Inside my school. Level paling atas ialah department architecture. Seronok dapat merasa building baru.

Menangis? Tak payah cakap lah. Seumur hidup aku ni aku rasa sambung belajar ni lagi banyak menangis dari zaman aku kanak-kanak. *over*. Entahlah. Sebab aku sendiri ada personal probs lingering in my mind & heart gituh & bila sorang-sorang tu kau hanya ada diri kau, dan Tuhan. Towards nak final submission tu, part Tectonic yang mana aku kena buat model guna material sebenar macam concrete ,kulit oyster, etc, masa tu kena buat casting untuk mould, banyak kerja bertukang yang kena buat kat workshop. Haih memang kadang rasa tak cukup kudrat perempuan ni nak buat kerja-kerja tu, potong kayu lah,drilling etc. Masa tulah rasa macam "hai pakwe yang tak wujud, menjelmalah sekarang untuk tolong aku!zass!* dapat habuk kayu jeww masuk mata ittew! Puff!!!. Lagi menambah dugaan tu bila masa busy tu lah datang bulan/period, heavy flow. Peh..peh..pehhh.. Dia punya penat tu.. alang kepalang gituh. Muka pucat takyah cakap. Kalau orang yang ada period pain tu macam mana lah ya. Tapi kerja kena siapkan. Ada time pula nak kena mengangkut model paras hampir peha yang berat tu. Entahlah, macam-macam sebenarnya kalau nak cerita pasal nak angkut barang plus nak balik rumah naik bus, nak jalan kaki lagi. Takde kereta kan. Bila fikir balik, memang iya..penat sungguh lah. So korang kalau lelaki, kalau dah perasan perempuan tengah angkat barang berat, PLEASEEE lah tolong. Kononnya macam poyo je tunjuk gentleman tapi itulah yang sepatutnya kau kena jadi-A GENTLEMAN. Kau tak tahu apa yang perempuan kena lalui setiap bulan.

Melawat kali terakhir bengkel tempat aku bekerja. 

Aku tak tahu macam mana aku boleh sampai ke tahap ni. It's a big deal for me. Maybe sebab aku perempuan. Perempuan ni dia fikir banyak compare to lelaki. Lepastu dia fikir in details. Sebab tu aku tengok kawan aku yang lelaki yang amek architecture sekali cam relax je gayanya. Tapi dalam hati Wallahualam lah kot menangis dalam almari ke masa balik rumah kan manalah aku tahu. Kadang-kadang pun aku suka sembang dengan member laki sebab diorang ni lebih rasional so aku rasa membantu lah. Tapi aku memang dapat rasa yang aku sangat alone masa final year tu. Kalau kat library selalu gak lah jumpa budak Malaysian yang lain. Kalau jumpa memang tegur, gosip-gosip ke kejap. Pastu aku akan kena marah sebab bila buat kerja, atas meja ada coffe Costa (my favourite) & red bull. Dia either one. Kalau rasa costa tak helpful, minum red bull pulak. So, memang tak sihat lah sebab aku bukan peminat air manis especially dalam tin. Lepastu muka macam zombie. Kadang-kadang kengkawan ni dia dah balik rumah malam tu. Esok pagi datang balik tengok aku still ada kat library. Tu yang kena marah suruh balik rest dulu.

Aku tak tahu lah adakah aku work hard ke work smart? Of course aku try my best untuk work smart tapi dalam architecture studies ni memang kena work hard-sangat! Lebih-lebih lagi orang yang average macam aku ni. Kan kadang kita dengar orang course lain ke yang bila class dia tidur je koghoje tapi dalam exam,results dia paling gempak? Tapi dalam course architecture ni tak, kau tidur, mampus kau! takde maknanya nak excell dengan goyang-goyang kaki je atau pakai otak je, ibarat acah-acah ada kuasa psikik menggerakkan keyboard & mouse laptop untuk buat drawings dan menyiapkan model dengan sendirinya. Dia memang perlukan daya tahan fizikal sekali. Mental paling utama lah. Kalau tak kuat mental, fizikal pun akan lemah.  Sebab mental yang akan kontrol fizikal.

Antara tempat yang aku guna untuk buat kerja. Masa ni terasa sentimental

Lepas final submission, aku tanya lecturer aku, adakah aku akan fail? adakah aku kena stay untuk tambah kerja (summer resubmission). Katanya kalau dia bagitahu aku results aku, adakah adil untuk orang lain? Lecturer tinggi bernama Mike, bermata biru tu pandang aku. Aku akur.Membayangkan kena tambah kerja untuk summer resubmission sangat menakutkan. Aku memang taknak sebab aku terlalu EXHAUSTED.  Okay aku kena tunggu hari results keluar. Rasanya dalam 2 minggu jugak barulah results keluar. Masa tu aku kat rumah kawan aku. Overnight. So pagi tu diorang suruh aku check online. Aku cuak. Aku kata nak gi ambik slip kat office jelah. Diorang insist nak tahu jugak. Sebab tu geng library jugak so tahu aku selalu buat kerja kt library. Then aku check lah online.
"You are awarded with Masters in Architecture" Pehhh! Aku suruh kawan aku check. Ni maksudnya I dah pass lah kan? Masa jalan kaki balik rumah tu berlinang-linang air mata. Mandi, solat, sujud syukur sebab parents pun pesan. Masa tu bukan berlinang je air mata. Memang menangis tersedu-sedu. Apakah? dah berjaya pun nangis teruk padahal jenis tak kuat menangis. Aku pun taktahu lah punya tacing & sentimental nya aku masa tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Maybe sebab banyak sangat kot dugaan aku sewaktu di perantauan.

Mike. Lecturer aku bermata biru tu. Aku pergi office untuk ambil slip & berjumpa semua lecturer yang mengajar aku untuk mengucapkan terima kasih termasuklah Mike.

"So have you checked your result?"
"Yes I have" *smiled like kerang busuk*.
"Congratulations Sofiya. Now I'm sure you can be happy"
"More than happy, Mike. I was really afraid if I'm gonna fail" (sebab itu hari muka dia macam suspen je masa aku tanya results aku kan)
"No, Sofiya. You've worked so hard, didn't you?" *He looked deep into my eyes & smiled, then I rolling in the deep Adele again* haih motip sangat suka nak merapu?


Masa dia cakap aku worked so hard tu, rasa macam Ya Allah.Lecturer ni nampak ke effort aku? huhuhuhu.. bergenang lagi air mata. Kalah tengok Hindustan weh. So memandangkan results keluar sehari sebelum birthday aku, jadi esoknya memang aku happy lah. Macam the best birthday present ever. So bulan June aku dah habis study. 4 Sept aku grad. Aku pilih untuk balik 30 Sept. Bermula saat aku dapat results tu, aku tak pernah rasa se-accomplish (ayat apa ni?) camtu. Lega dah complete part 1 & 2 aku. Walaupun kadang aku ada terdetik untuk quit architecture, tapi tak..aku tak quit , instead aku habiskan juga. Aku pernah bagitahu di akhir ENTRI ni pasal aku nak sambung study & yes I did. So this time aim aku ialah untuk dapatkan part 3 pula. Maybe within 5 years ni? Lagi pendek lagi baguslah. Aku ada la vision aku sendiri. Nanti-nanti aku sambung la cerita berangan aku. Tapi berangan tak salah tau, dahla percuma takde GST. Tapi, dari berangan lah aku dapat sampai ke bumi Eropah ni. Setiap pengakhiran satu fasa dalam kehidupan bermakna satu fasa baru akan bermula. Dan transition antara dua fasa ini akan ada complexity atau cabaran dia lah. Tapi, aku dah ready. This is the time to make money after what you have put me through Architorture. It's time to revenge, in a good way. heheh..

Bergambar dengan salah satu hasil kerja student. Sebab dia dapat good results so jadi exhibition area dah model dia nih. 

Aku ada terima email dari seorang adik ni dia tanya kenapa aku pernah tulis something like "kalau aku boleh putarkan balik masa, aku taknak amek architecture tapi nak ambil kulinari. Kalau ada anak perempuan pun tak nak galakkan dia ambil architecture". So berkaitan soalan ni, okay tolak tepi jap kulinari tu sebab aku tak la pula rasa wajar amek kulinari hanya sebab minat masak? Tapi memang ya, aku masih berpendapat kalau boleh diputarkan balik masa, aku nak ambil course yang ringan sikit. Aku minat business. So maybe study international business? Tapi sepanjang aku study architecture ni, ni pendapat aku lah. Kalau kita rasa waktu study tu rasa nak quit, memang normal. Tapi kalau kita tak quit-quit lagi, maksudnya kita ada passion. Masa aku study dulu aku rasa paling mencabar masa sem 8, final sem kan. Time tu memang rasa nak quit. Kebetulan serumah dengan bestfriend masa sekolah dulu so dia banyak motivate aku walaupun kitorang lain course. Kalau awak rasa awak nak jadi arkitek sebab nak kaya, fikir balik dalam-dalam sejauh mana pemahaman awak pasal buat duit dengan menjadi arkitek ni. Sebab perjalanan untuk seorang arkitek tu menjadi kaya bukanlah mudah mana. Plus, memang kena fikir jauh sikit. Sebab kalau kau sekadar seorang graduate architect yang redha je tiap bulan kerja makan gaji, dengan work load sebagai arkitek, percayalah..kaya itu jauh lagi dik. Unless kau rajin nak buat freelance, iya! InsyaAllah boleh kaya. Tapi kena ingat juga tak semua orang dalam bidang ni mampu pergi jauh. Hanya yang kuat & mampu keluar dari zon selesa & suka cabar potensi diri je yang aku perhati selalunya berjaya. Ohya lagi sekali waktu yang aku rasa nak quit architecture ialah masa aku start kerja. Macam aku kata, transition dari satu fasa kehidupan ke fasa yang lain selalunya ada compexity dia sendiri. Jadi maybe aku sedikit terkejut sebab dari zaman belajar then masuk kerja dalam industri pula kan, maka sedikit terkejut lah. Then fasa bekerja nak masuk fasa belajar balik pun ada dugaan dia juga. So lepas habis study ni adakah aku rasa nak quit lagi? I don't think so. Aku rasa aku ada passion dalam bidang ni. & aku still rasa aku lebih suka bekerja berbanding belajar. Aku suka real project. Harapan aku besar untuk aku teruskan cita-cita aku. Ada orang taknak balik lepas duduk overseas. Aku nak balik Malaysia sebab ada benda yang aku nak bagi balik pada society. Biarpun sekecil zarah pun yang mampu aku buat untuk negara tapi aku prefer majukan negara sendiri dari negara yang dah memang maju. Sebab lepas pergi banyak negara di Eropah, baru aku mengerti kenapa Malaysia dinamakan negara membangun. Memang banyak yang perlu dimajukan, tapi aku jumpa keunikan di tanah air sendiri =) . Soal kalau ada anak perempuan tu taknak bagi dia amek architecture tu memang betul. Sebab aku dah laluinya. Aku jujur cakap aku rasa proses belajar architecture ni lebih sesuai dengan lelaki. Tapi kalau ada perempuan yang boleh survive tu kau sepatutnya respect dia. Jadi, respect aku cepat! ;p

Tuhan tu memang Maha Adil, masa ni bestfriend architecture aku takde kat UK, tapi aku ditakdirkan berkenalan dengan someone yang mirip sangat bestfriend aku si Laida. Perangai pun lebih kurang je. Dia lah yang jadi pembantu tolong tangkap gambar & rajin melayan parents aku. Sebab memang tau tak menang tangan kadang-kadang nak prepare itu ini, nak jadi driver lagi. Aku bersyukur sangat kawan aku ni teman aku masa parents aku datang. 

Thanks for this!

Nak share satu lagu yang bestfriend aku dari zaman sekolah, Nisa bagi masa aku rasa nak give up masa sem 8 tu. Masa sambung master pun kalau aku down aku dengar lagu ni.



Aku suka setiap bait kata lirik dia. Sangat kena dengan situasi masa belajar tu. & aku sangat setuju dengan rangkap ni:

"Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side.
It's the climb"


Kita mudah rasa perjalanan kita masih jauh. Macam awak baru 1st year part 1 then awak rasa jauh lagi perjalanan awak nak habiskan part 2. Ada 6,7 tahun gak kot kan. Sebenarnya jangan dihitung jauhnya perjalanan nak habis tu. Yang awak kena buat, ialah enjoy the moment, enjoy the process, enjoy the stress. Redah je jangan banyak fikir & bermuram durja.  Tahu-tahu nanti habislah, macam saya ni. Sampai sekarang pun rasa macam "Eh serius meh dah habis study?". Kalau betul-betul nak quit sebab rasa course ni berat, quit je jangan buang masa. Sebab sampai bila-bila pun tak pernah ringan course ni.  These kind of stressful moments of architecture study only come once in a lifetime. Kerja dah lain cerita pulak stress dia. Everyday is a learning process okay. So jangan takut kalau buat silap. Student life & studio life memang moment yang sangat best dalam hidup aku. Bila lawat FSPU Shah Alam tu, bergenang mata ni. Rasa macam ternampak diri aku version muda hingusan bersama kawan-kawan selenga bersama dolu-dolu. Sekarang semua dah jadi arkitek. I am proud of them, I am proud of me =)   .Enjoy lah masa muda dengan baik & menarik. Yang nak aku jadi lecturer diorang tu sorry la. Mungkin 10 tahun lagi kot aku akan jadi lecturer. hihihi. Suka mengajar cuma aku nak explore industri dulu. Kenapa tajuk entri ni macam ni? Sebab kejayaan mengenggam segulung sarjana itu bukanlah bermakna penamat dalam bidang ni. Tapi ia ibarat titik mula untuk aku melangkah jauh dalam bidang ni.

Ni lagi satu lagu Nisa bagi masa aku down dulu. Sampai ke UK pun aku layan lagu ni bila rasa down. Pastu buat kerja kadang air mata meleleh sebab kadang penat sangat so senang emo. 


Penting ada kawan yang positif & motivate kita bila kita down. Sebab tu aku selalu ingatkan adik-adik supaya pandai cari kawan. Ni lagu ni sesuai la nak bagi kawan studio yang tengah down tu. & aku just nak ingatkan lah, belajar ni, course apa2 pun especially design based, memang mencabar. Jadi kalau rasa nak menangis tu nangis jelah. Nangis bukan sebab kau lemah. Tapi sebab kau human, bukan robot. Tak salah kot kalau nak nangis. 


(This was in Interlaken, Switzerland)
Just remember that "It's THE CLIMB  that matters & REDAH JE! Okay!" Kalau stress atau lecturer buat kau rasa down, kau buat je muka toya dan waktu itu akan berlalu pergi juga akhirnya. Kadang aku akui, certain lecturers mulut takde insurans. Suka buat orang rasa down & tak motivating langsung! Mungkin lain kali aku boleh kongsi pengalaman study dengan lecturer di Malaysia dan di UK. Memang ada bezanya. Waktu takkan statik,dia sentiasa berlalu pergi. Bila down, ingatlah, rasa down juga tak statik, akan berubah ikut kekuatan minda kau yang positif. Aci tak camni? haha.. Bila rasa down & negative, kekuatan kita ialah untuk divert perasaan tu pergi tempat lain. Kalau layankan je memang kau akan jadi si sedih. 

Lepas habis belajar, dari bulan June sampai September tu aku buat je apa aku nak buat yang masa study aku tak dapat buat sebab busy Ya Rabbi. Aku plan travel untuk sebulan  setengah-macam nak pecah otak gak la nak plan sendiri,  bersuka ria, baca buku yang aku nak baca, enjoying UK & capturing memories & best moments in UK, travel dengan family 2 minggu, dengan kawan another 2 minggu. Travel UK & Europe sebulan weh. Gila kentang juga lah feelingnya. Then balik Malaysia exhausted & tanned sebab panas kat Europe. Tapi aku puas. Puas dengan waktu muda aku. Puas dengan hidup aku.Puas bermain,bersuka ria & mencuba. Aku just nak focus career lepas ni & be an adult plus a brilliant woman. Cita-cita tak pernah rendah seperti orangnya. haha.   V(^__^)V

 Throwback bersama rakan seperjuangan di UiTM Shah Alam. Konvo May 2011. Teman baik sampai sekarang, apa je tak pernah? teman bermain, teman bergaduh, merajuk muncung panjang cam tembok China, teman bergomol, teman Dr.Love, teman panjat sampai roof top kolej Mawar naik cat ladder bersama pastu seram sebab kat tangki air tengkuk meremang LOL, teman cuak stay up masa naik kes orang minyak kat Kolej, teman tidur sesama sebab kena kacau entiti, teman time birthday bash dengan air busuk milo peram sebulan, bash dengan telur busuk masa member baik punya layan baca komik,belajar memancing bersama, lumba lari dalam air kat Wet World bersama (kejadah apa ntah dulu-dulu, zaman less gadget & less social media katekan..), adegan kejar mengejar dengan pak guard UiTM (sebab pak guard selalu tak puas hati dengan budak archi), panjat pagar sebab taknak pak guard saman sebab balik lewat dari studio, naik kereta kancil bersama macam sardin berhimpit sampai kat bukit terkebelakang balik sebab kancil tu manual gear 4 (almaklumlah UiTM kan berbukit) , then kena gelak, teman pancitkan tayar orang sebab dibuli (kita tak boleh biar orang buli kita, kita kena fight sikit! nampak lembut tapi ganas takpe, jangan lembut dan lembik selalu macam watak perempuan dalam drama Melayu, meluat!), & the nakal list goes on with bestfriends especially troublemaker mate Laida. Hahaha. Sebab yang lain sooo baik & sweet2 girl gituh.

Zaman remaja & muda nakal sedikit kadang-kadang apa salahnya. Janji kau ada matlamat dalam hidup & tak susahkan orang dikemudian hari serta tak jadi sampah masyarakat & negara. Sekarang banyak benda dah slow down ikut peningkatan umur kena lebih sopan santun demi mengambil hati ibu mertua yang belum wujud. Eh!! berangan tak sudah. Sekian, terima kasih kerana membaca speech yang panjang lebar ini. Ia ibarat ceritakan kisah-kisah yang diperam & dipendam sekian lama.  Adios.



Tamat tulis at 3:40:00 AM

Tuesday, November 17, 2015

Cinta Tak Harus Memiliki.

Dari simpanan draft blog bertarikh 7 Julai 2015.Post selepas 4 bulan ditulis dah kenapa entah.


Kadang-kadang kita tak tahu kemana takdir membawa kita. Hari ini aku rasa sedikit tersentap. Ke terkejut? Entahlah. Al kisahnya, aku baru sahaja berpindah rumah. Di lorong rumah lama aku, ada lah lagi beberapa rumah Malaysian lain, jadi aku agak rapat dengan mereka sampai selalu juga lah lepak rumah mereka sebab rumah baru ni sedikit sunyi dan bukan area student. Nak dijadikan cerita, aku terambil kunci rumah rakan aku ni. Jadi disebabkan rasa bersalah, sudah tentulah aku kena pulangkan kunci rumah dia secepat mungkin. Handphone aku takde internet. Aku ingatkan nak call je tapi sebab baru tukar hp jadi tak save no kawan aku tu. Bas berhenti di kawasan library. Aku pun tergerak hati nak pergi library kot-kot lah kawan aku ada kat library. Paling tak pun boleh guna internet kat library nak whatsapp kawan. Library dengan rumah kawan tak jauh pun. 

Lepas letak beg di kerusi, aku ternampak seorang lelaki yang aku kenal. Waktu-waktu begini tak ramai dah lepak di library sebab dah end of term ni ramai yang dah habis exam. Lelaki itu British African. Seorang Muslim. Memang kalau aku lepak di library depan rumah lama aku tu, selalu juga terserempak dengan lelaki ini. Hatta di fakulti aku yang 20 minit perjalanan guna bas dari rumah lama pun aku selalu juga bertembung dengan lelaki ini. Sebab fakulti kami sebelah-sebelah. Hanya dipisahkan melalui IT Bridge yang dipenuhi komputer. Dalam library depan rumah lama ni lah aku banyak buat kawan. Biasanya disini lah terjumpa Malaysian lain dan menggila meroyan bersama bila busy. Kadang make friends dengan pak guard sebab balik-balik muka kita je ada kat library. Atau make friends dengan orang lain termasuklah lelaki British African ini. 

Jadi lepas dalam sebulan lebih tak jumpa lelaki itu di library, (sebab dah habis study buatpe nak pergi library kan), jadi aku ternampak dia dan berjalan ke arahnya yang sedang duduk dihadapan komputer. Aku pun tarik kerusi sebelah dia. Kami berborak. Kali terakhir kami berborak di library, dia tanya jika aku ada someone special dan aku katakan iya dah ada. (entah kenapa aku tipu. Mungkin aku takut). Waktu tu, dia kelihatan sedikit kecewa. Dia kata dia baru rasa nak mengenali aku lebih rapat & nak ajak bercoffee session gituh. Dan lepas sebulan lebih, kami berjumpa lagi dalam library. Sekadar berborak bagitahu aku dah habis belajar dan apa plan aku lepas ni. Borak punya borak sampai lah dia tanya aku dengan "someone special" aku (yang tak wujud) tu macam mana? Adakah dah nak kahwin ke atau engaged ke.. Aku telan air liur. Aku senyum dan kata "Yes, we are serious but not getting engaged or married at the moment" Damn it Sofiya. Kau menipu di bulan Ramadhan ni. Lelaki itu kata, sebenarnya dia dah lama pendam perasaan kat aku. Aku terkedu dan mendengar penjelasannya dengan baik. Katanya, dia dah lama perhati aku dalam 2 tahun juga sebab dia pun selalu lepak di library kan. Cuma aku ni sedar atau tak sedar dia ada kat library atau tak sebab kalau aku busy aku memang tak pandang orang dah. Dia kata dia perasan kewujudan aku dan dalam library tu aku selalu kehulu kehilir, keluar masuk bilik study, pergi print, pergi toilet lah apa. Katanya hati dia rasa sesuatu dekat aku. *haha ittew malu* Dia kata, dia jumpa je ramai Malaysian kat library tu tapi dengan aku je dia rasa special. Aku pun of course lah tak tahu kenapa. Sedangkan kalau pergi library lah aku rasa aku paling selekeh muka zombie & tak pakai mekap apa.  Baju pun biasa-biasa tak berfashion pun macam orang lain yang bila masuk toilet pun nak touch up mekap. Aku seriously tak koserr sebab busy.. Mana la aku nak sangka ada orang boleh sangkut pula dengan aku since aku pun takde intention nak ngorat sesiapa bila datang library. Katanya dah lama dia pendam feeling dia, kawan dia selalu juga usik dia bila nampak aku. Dia kata kawan dia yang suggest suruh bagitahu je aku. Kalau pendam-pendam dapat apa? Kalau luahkan at least lega jugak hati. Sebab tu la dia ambil peluang ni untuk express apa dia rasa kat aku. Lagipun lepas sebulan lebih tak nampak aku di library, dia ingatkan aku dah pulang Malaysia for good. Tu yang bila dah jumpa tu dia decide KENA gak bagitahu aku. 

See, apa yang buatkan aku tersentuh tu bila dia cakap, soal hati ni, kita tak boleh say No when it say yes. Dia datang tanpa paksaan. Walau cuba untuk menidakkan pun tapi dengan hati tak boleh tipu. Waktu tu aku termenung. Aku faham sangat perasaan dia. Sebab aku pernah berada dalam situasi dia. Few years back, sebelum aku datang UK, aku suka pada someone. Satu perasaan yang aku tak faham. Sebab aku jenis susah sangat-sangat nak jatuh cinta kat orang. Dia tak perlu berusaha apa pun untuk buat aku falling. He was just being himself, doing his stuffs. Mungkin sebab hari-hari nampak dia tu lagi buatkan hati aku rasa tersentuh tengok dia. Walaupun aku cuba untuk deny seboleh-bolehnya tapi itulah, soal hati. Kau tak boleh nak stop walaupun kau dah cuba. Walaupun ramai je lagi laki lain di sekeliling tapi yang kau mahu cuma dia. Then kau menyampah & sedih sendiri sebab bab2 mengorat ni kau memang fail & pemalu tahap gaban. Huwaaaa.. Jadi bila si lelaki di library ini meluahkan perasaan dia tu, aku bagitahu lah dia yang aku appreciate dia luahkan sebab aku tahu at least dia dah rasa lega. & dia pun mengiyakan.

Aku teliti apa yang dia nak explain kat aku. Katanya if aku ada someone dah takpelah dia taknak jadi pemusnah relationship orang. (walaupun dalam hati aku Ouchh nya sebab aku tipu dia) Tapi dia kata he would be glad to be friends. Dan kalau ada apa-apa yang aku perlukan pertolongan just bagitahu dia. Aku tahu, orang kita ni pastinya skeptikal pasal orang Africa kan?  Dengan lambakan African di Malaysia yang terlibat dengan masalah macam dadah etc. Lagilah buatkan rasa takut. Cuma bila di UK ni especially di Birmingham memang orang-orangnya diverse sangat jadi menjadi skeptikal begitu tak sesuai di UK ni. Apa yang aku boleh kata, dia jenis yang relax, cool. Ada ketelusan di situ. Tak la kacak, manis tu ada. Tinggi & sedikit berumur dari aku. Kadang-kadang aku selalu gak nampak dia solat di library dan even kat fakulti pun terserempak kat surau. So aku yakin at least basic agama tu dia ada walaupun tak berapa kenal dia untuk judge apa-apa. 

Hidup ni, entahlah. Of course aku tak putus berdoa jodoh aku dipermudahkan & nak bakal suami yang macam mana, and the list goes on bla bla bla.. Pastu baru hari sebelumnya aku berborak dengan housemate Pakistani aku mengatakan "I suddenly feel I need someone to complete me & take care of me. Tired of taking care of myself. " Ni esoknya bila dah ada orang berhajat kat kita pulak, aku tak tahu nak respon macam mana. Sebab sometimes, things happened (seperti lelaki ramai yang jerks) make you heartless. Aku tak rasa apa-apa pada dia. (so far). Tapi aku just cakap lepas bulan puasa ni bolehlah mengopi. Yang aku sedikit kagum tu, masa tu obvious aku tengah pegang handphone sebab nak contact kawan aku. Si lelaki itu mahu keep in touch tapi dia tak minta pun no hp aku. Instead, dia minta email. Mungkin takut aku tak selesa kot bagi no hp. So, aku respect lah dia. Plus, aku respect dia ada keberanian nak luahkan straight to my face. Dan to be honest, dia lelaki first yang buat begitu. Dia tak cakap direct "I Love You" gituh tapi dia just cakap dia feel something kat aku yang dia pun rasa weird. Seingat aku lah, kalau lelaki Melayu ni part nak express feeling cakap suka kat kita habis kuat pun dalam SMS ke Whatsapp ke dia tak berani nak cakap depan-depan which aku pun pelik kenapa sedangkan kau lelaki, kot?

p/s: Somehow, bila tahu ada orang boleh suka kita even at our worst condition dimana kita tak perlu dress up or make up to impress malah muka zombie mata panda sekalipun buatkan aku rasa wow, appreciate juga lah orang macam tu ya. Kenapa tajuk "Cinta Tak Harus Memiliki"? Sebab aku tak yakin aku boleh balas feeling dia. Tapi aku faham perasaan dia. Sebab aku pernah suka someone tapi….(indescribable). Jadi aku cakap awal-awal, boleh jadi kawan tapi aku taknak bagi harapan apa-apa kat dia. & dia faham. Jadi akhirnya aku betul-betul faham, apa yang dimaksudkan cinta tak harus memiliki. Dia satu perasaan yang dalam sedih ada redha. Kena lah redha. Sebab yakin dengan ketentuan-Nya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...