Friday, October 25, 2013

[Kronologi Part 5] Penipu Muncul Kembali- Ellyna Ahmad

"Agent CSI" siasat, number yang Iman guna, di daftar atas nama Lyn.

Nama twitter Lyn is cikLyn or dulu Lyn Ahmad. Guess what is her real name?

Ellyna Binti Ahmad. 


Of course korang tak kenal. Dia bukannya artis. Tapi..

Nama ni membawa kepada penemuan yang mengejutkan.

Ellyna Ahmad. Korang boleh check website ni:

The Big Fat Liar-Maya Darina @ Ellyna Ahmad

Maka korang akan rasa ini gila.
Penipu berprofil tinggi ke apa ni?

Ellyna Ahmad, seorang penulis skrip, memang sejak tahun 2008 terlibat dengan Maya Darina.
Walaupun kes ni dikatakan ada unsur penafian, tapi kali ni takde sebab untuk Lyn nafi lagi sebab kami ada bukti yang kukuh Iman tak wujud dan mastermind drama kali ini adalah Ellyna Ahmad.


Maya Darina dikatakan menipu artis. Cara menipu- sakit kronik supaya dapat simpati, background family mesti kaya, kenal orang yang kaya juga, muka cun. Hal ni pernah jadi kecoh pasal Pierre Andre dulu yang pernah bercinta di alam maya dengan seorang gadis cantik bernama Maya Darina tapi tak pernah jumpa dan mungkin mengakibatkan hubungan dia dan Yana Samsudin dulu tak disambung.. Korang baca lah kronologi dalam blog yang aku link tu. Penat dah ha aku menaip. Artis lain yang pernah terkena dengan Maya Darina juga adalah Faizal Tahir, Farah Asyikin.


Cara penipuan hampir sama.
Maya Darina- cantik, sakit kronik tapi tiap kali orang nak datang melawat tak dapat, background family kaya. Mesti ada someone else yang link strongly dengan watak utama iaitu Elie yang kononnya kenal baik dengan Maya Darina.

illana Imani-cantik, sakit kronik tapi tiap kali orang nak datang melawat tak dapat, background family kaya. Now strongly connected  dengan Lyn yang kononnya kenal dengan Iman sejak tahun 2006.

Elly, Lyn= Ellyna?

Penat layan drama Iman ni sebab dia betul-betul boleh buat hidup anda kucar kacir dengan cerita sedih dia yang sakit teruk, masalah cinta dia dengan artis, masalah abang dia yang berebutkan anak dengan ex-wife.

Aku tak puas hati lagi walaupun banyak benda dah jelas. Aku difahamkan dari salah seorang member "CSI" yang Google boleh cari orang daripada gambar. Aku macam.. What??? lambat gila dapat tahu. So guess what apa penemuan terbaru yang memang merungkai segala persoalan. Siapa perempuan cantik yang Lyn guna untuk watak Iman?

It's Jessica Diaz Wilson. Cousin kepada blogger Filipina yang tinggal di Los Angeles. Dalam blog Martine.biz ni memang banyak lah gambar "Iman".



Dan ini instagram the real "Iman"


At least tepat tekaan aku, gambar-gambar ni kepunyaan orang Philippine yang menetap di luar negara.


Selepas hampir berminggu aku play along dengan drama "Iman" ni, aku memang dah prepare nak bongkarkan. Tapi tak sedap hati selagi tak dapat cari perempuan sebenar "Iman" ni. Now dah jumpa sooo, nak tunggu apa lagi? Sebab lama sangat nak tunggu "Iman" mati. Asyik unstable la, unconscious la, tapi boleh pula pergi tengok match bola. Puii! Siap ajak aku gi Paris. Ewah, baikla aku save duit gi Paris untuk honeymoon pun takpe. Takyah nak ajak-ajak ayam sangat laaa..

Plus, too obvious bila "Iqbal" send gambar X-Ray Iman yang kononnya paru-paru dia penuh dengan cancer cells.
You see, x-ray kanan ni katanya paru-paru Iman. Apa salah gambar ni kot ye pun nak menipu?
Iman is a lady. But where is the breast shadow? Breast shape pun takde? Sila menipu dengan lebih real please..

Katanya Iman, Idy kat Malaysia. Tapi pagi ni aku bangun tergelakkan something yang aku rasa kelakar. Belakang Idy (Gaby is the real name) ialah central heating? Kat Malaysia yang panas ada heater? Oooo..baru tahu.






Anyway, pasal Lyn ni, aku perasan dia akan tweet emo-emo kalau ada orang macam bash si Iman. Plus, banyak sangatlah benda yang happen yang twisted sangat-sangat plus, menipu tanpa rasa bersalah. Profesional liar memang macam ni ke apa? Banyak benda yang tak masuk akal. Pada aku, Lyn sangat alert & boleh dikatakan stalk kami so called twitter friend Iman. Apa-apa je pasal Iman if orang tweet benda yang menampakkan Iman ni tipu ke apa, dia akan melenting cepat. So aku rasa, tak tahulah ni masalah emosi ke mental sebenarnya.

-Selalunya, Iqbal & Lyn tak dapat reply dalam masa yang sama.
Lyn & Iman juga tak pernah reply whatsapp dalam masa yang sama.

-Aku rasa tak lama lagi watak Iman ni akan mati sebab sakit dia. Tapi sebab dia ni taknak mati-mati lagi so aku dan geng CSI lain nak bongkarkan jela sebab boleh sakit jiwa layan drama jiwa macam ni.

Dalam watak Maya Darina, ada Elie..nama dekat-dekat dengan Lyn,Ellyna.

Now? Illana, Ellyna.. hampir sama kan?
BINGGO!

Aku tertanya adakah kawan-kawan Iman termasuk aku ni lab rat experiment Lyn dalam penghasilan karya beliau? atau adakah watak Iman diwujudkan sebab Iman is everything that Lyn wishes she could be? Just wondering.

Dan Fida Nicole dalam blog Hazrey tu, tak mustahil ada kena mengena dengan Lyn sebab dia macam freak out ke apa tiba-tiba nak convince aku Iman tak fake.


Dan kepada Lyn Ahmad, good luck with your scriptwriting career after what you have done for the past 5 years. Sesiapa yang kenal Lyn ni, personally aku rasa, bawalah dia berjumpa pakar pychology maybe? I honestly think that she needs some mental treatment.

What say you guys? Lodge a police report? Kalau TMJ tahu nama dia diguna pakai kononnya abang susuan kepada Illana Imani dan sponsor chemotherapy di Royal Marsden Hospital (London),
agaknya apa nasib Ellyna Ahmad? Good luck, dear. You are the best liar i have ever known.

Lanjut siapa lagi yang dah terkena:

Acik

p/s: Aku memang tak rajin kenal orang dari dunia maya sebab aku selalu tak bernasib baik jumpa dengan orang yang entah pape. So aku lebih suka reality. Cuma silap sikit je aku layan twitter masa balik Malaysia haritu dan terlibat pula dengan drama camni. Silapnya, aku ni alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan. Kalau nak siasat biar ke akar umbi jangan main tuduh dia fake je. So berhati-hatilah dengan social networking. Kepada pembaca Seramshit yang rasa Iman punya stories haritu ohsem, haruslah ohsem..scriptwriter cerita seram kan. SCRIPTWRITER I repeat.
K bye..







[Kronologi Part 4] Penipu Muncul Kembali- Ellyna Ahmad

Heartless. Crap.
Orang biasa mungkin akan menangis lah baca. Tapi email ni terlalu banyak drama. Aku ni pula disebalik keprihatinan yang tinggi tapi memang hati batu sikit kalau korang belum tahu lagi la.

-Fillet O-Fish habis kat McD in London? Are you like f***ing serious to me yang fillet O-Fish boleh habis kat London? Plus que almost an hour? ingat beratur beli makanan kat mcD sini macam kat Malaysia ke apa. FYI, ni bukan first time drama Iman nak makan something then tiba-tiba something bad happened then ah, macam Hindustan sangatlah untuk aku generate dalam otak aku.

-Apa Iman ni, takkanlah kawan-kawan dia cuma kitorang je? Twitter friend? Tak pernah jumpa? Mana kawan-kawan (real friends) dia yang lain?

-Korang tahu, everytime aku borak dengan Lyn dalam whatsapp, aku rasa macam aku borak dengan Iman. They have the similar language, the way they type etc. SAMA. Dan, lagi memberangsangkan bila email Iqbal ni ditulis dengan sangat detail, siap bagitahu tulis waktu 4PM waktu UK. Hellooo.. ada aku pernah cerita kalau aku post entri aku taip pukul berapa waktu UK? To me email ni macam dia try hard to convince us pasal all the details. 

-Bila tengok language si penulis email ni, wow.. bukan calang-calang orang la boleh tulis macam ni penuh emosi with no short forms?. Scriptwriter berpengalaman je boleh. Eh.? Scriptwriter? Lyn? 
So yeah.. Menguatkan lagi firasat aku yang Lyn memang mastermind. Dia lah Iman, dialah Iqbal. Aku tak puas hati selagi aku belum dapat jawapan. Konklusinya, aku harus ke hospital sendiri. Lagipun memang aku nak ke London pun.

Ni masa Iman tak sedarkan diri. Sebelum dapat email from Iqbal. Aku perasan bila group whatsapp diam je, mula lah Iman tak sedarkan diri. Nak attention aku rasa. So ada satu time tu Iman tak sedarkan diri lagi. Bila aku nak datang, ini jawab Iqbal.

Nampak tak betapa taknak aku datang? Weh setahu aku la, orang sakit ni..kalau kita datang lawat dia suka. Macam bagi semangat kan.. Dari sini lah group CSI tu ditubuhkan sebab yang lain kat Malaysia dah bau dah tiap kali aku nak datang lawat je, Iman tiba-tiba sedar. Aku bukan apa, aku ni ikhlas nak melawat orang sakit. Aku pernah merasa kehilangan bestfriend kot. So aku taknak la rasa ralat sebab tak jumpa kan?


Aku ada kelas hari Rabu, so aku bagitahu Iman aku akan datang London lawat dia hari Khamis sampai Jumaat sebab Sabtu aku ada field trip the whole day so by Friday evening memang dah kena ada kat rumah. Guess what? Hari Rabu Iman diam..whatsapp aku tak dibuka langsung. Then iqbal inform yang Iman tak sedarkan diri. Expected lah. Sebab aku nak datang kan? Kalau Iman tak sedar takda gunanya aku datang melawat kan? Memang aku expect Iman akan tak sedar diri lagi. 

So aku saja tanya Iqbal.


Apa-apa hal pun, aku memang akan tetap ke London sebab aku nak setelkan hal yang tak munasabah ni cepat. Plus aku memang ada hal lain nak buat di London.Jadi masa dalam train aku whatsapp kawan aku yang adik beradik dia semua sekolah Sri Aman. Sebab katanya Iman, dia sekolah Sri Aman dulu. Aku tunjuk gambar Iman. Katanya No, dia tak pernah cam siapa perempuan ni. Eventhough kalau lain batch pun mesti akan cam kan? Helooo.. perempuan cantik with mixed blood features? Is that too hard to identify or remember? Lagipun sekolah perempuan kan semangat assabiyah dia kuat sikit kan? Walaupun aku rasa stupid gila aku layan hal ni, tapi aku rasa aku tak boleh ignore juga kalau tak entah siapa pula bakal jadi mangsa. 

Dan aku berusaha tanya Iqbal apa no ward Iman. Sebab sebelum ni masa tanya Iman, dia ambil masa terlalu lama nak jawab dia di ward mana. Ehem, tengah Google ke? So aku memang tahu Iman di Wiltshaw ward level 2. Iman yang bagitahu. 





So waktu Iqbal reply "No, no news still" tu..Dia ambil masa yang terlalu lama untuk reply. Dahla tak menjawab persoalan Iman kat ward berapa. Biasanya laju je dia reply ibarat all the time dia alert sebab katanya dia takda no UK kan. Masa tu Iman tak sedarkan diri more than 30 hours. Lama kan? At the same time, other CSI agent time tu tanya something kat Lyn tapi dia pun tak reply. You see, Iqbal & Lyn tak reply dalam masa yang sama? & reply dalam waktu yang hampir sama. Korang rasa sebab apa? Haaa..
Sebab waktu tu Lyn tengah tengok wayang. Dia post gambar tiket wayang siap ada timing kat twitter. Thanks, menyenangkan kerja penyiasatan. So memang waktu yang diorang tak reply tu adalah waktu movie Insidious 2 sedang ditayangkan. 

Waktu di hospital, aku tengok, wah cantiknya hospital ni. Royal kan.cewah. So aku terus pergi ward yang Iman cakap ni. Sebelum aku tanya reception, aku usha dulu ward hospital ni camne? sama tak dengan apa yang Iqbal/Iman post. Guess what? Nothing in common at all. Lepas tu aku tanya receptionist. Tanyakan no ward kawan aku Iman ni. Aku bagi nama penuh la tu siap surname & tarikh lahir.  Staf dia tak jumpa. Pastu aku berlakon la sikit buat muka sedih. "It can't be wrong. Can you please check all the list names in this hospital?" Maka staf pun dengan semangatnya nak tolong, check list nama semua ward. Dan takde sorang pun nama Illana Imani Abdul Rashid. Atau birthday sama dia. So ni memang menconfirmkan lagi lah Iman tu memang tak pernah jejak kaki pun kat hospital tu. Plus, location dia kat facebook yang everytime dia post akan keluar dia post from South Kensington, semua tu boleh edit la setting dia. 

So malam Khamis tu Iqbal post kat twitter yang Iman dah sedar. Mungkin dia ingat aku dah balik Birm ke apa so aku tweet dia balik tanya then aku boleh lah lawat Iman if dia dah sedar? Guess what Iqbal inbox me:


Plus, "Iman" tahu yang aku takkan lama di London sebab ada field trip hari Sabtu. Nampak tak permainan dia kat situ? Time aku nak datang melawat la dia tak sedar 32 jam kan? Reported by other CSI agents, ni lah paling lama Iman tak sedarkan diri. Sebab aku nak datang melawat lah kot.

Then aku rasa persoalan ni semakin lama semakin terungkai. Bagi aku, Iman, Iqbal, & Lyn adalah orang yang sama. Lyn yang manipulate. 

Dan sebab Lyn pernah macam cuak sebab ada orang post link entri Hazrey ni.
Kalau baca blog Hazrey ni memang sama lah gaya Fida Nicole dengan Iman. Painter, study oversea, sakit kronik, etc.


Facebook Iman.




Aku ingatkan sampai sini jelah aku siasat. Rupanya belum habis lagi.. Arghh! Kritikal betul otak aku time ni. Benci betul.

So apa penemuan seterusnya? 




[Kronologi Part 3] Penipu Muncul Kembali- Ellyna Ahmad

Sewaktu aku dan "agen CSI" yang lain berbincang, "Iqbal" macam tahu-tahu aje kami dah smell something fishy. Jadi dia minta email kami. Waktu ni argument kami semakin rancak. Sebab?

Gambar-gambar Iman masa di London, yang dimuat naik dalam instagram dia, semuanya gambar tempat semata-mata. Kenapa takda gambar dia dengan background tempat tu? Ok, if dia rasa dia dah tak cantik sebab rambut gugur kenapa tak letak gambar Iqbal & nenek dia? Kenapa takda gambar hospital pun? Ada dia post gambar ward yang ensuite macam apartment. Itu pun gambar yang tiada orang di dalam gambarnya.

So I bet korang mesti nak tahu apa yang Iqbal, seorang lelaki okay, seorang lelaki mampu menulis macam ni. Bersedia untuk menangis please.. Plus, if korang tak rajin baca baik jangan baca sebab memang panjang drama beliau.

Assalamualaikum,

It's 4pm here in UK, here I am duduk atas bed Iman typing this entry untuk di kongsi dengan kawan-kawan Iman yang selalu doakan untuk dia. Less than an hour ago, Iman baru keluar OT, doctor removed some of the tumors dari lung dia. Process ni perlu so that lung dia dapat diselamatkan & tak payah nak remove 1 or the whole set to save her life. Sementara tunggu Iman sedar, I nak nak share my 8-9 days journey from KL to UK dengan korang semua so serba sikit korang dapat tau apa yang Iman went through for the past week ni. Bare with me, this email gonna take some of your time, terpulanglah nak baca atau tak. 

Semua tahu banyak masa Iman habiskan di Singapore, PC untuk dapatkan Cancer treatment, when her cancer dah hit level 4, to be honest me and my whole family dah lama give up. But Iman keep convincing me and my grandmother that she gonna be ok, she said 'You see, tengok Lance Armstrong tu, dia cancer free dah, siap boleh masuk balik Tour D' France' I diam, I tengok mata dia and there, I nampak dia pun dah hilang hope but she put a fake smile to ensure us that nothing to be worried about. She was in denial, susah for Iman to digest yang dia sekarang terminally ill, but sometimes bila I pergi Isolation room dekat PC nak ambik laundry or send her something, I boleh dengar dia menangis sorang-sorang, cursing herself and blaming herself for everything. Kalau boleh I nak je lari to her, hug her and cradle her in my arms but by doing that kami akan sama-sama sedih, I tak boleh sedih, I keep telling myself 'No Iqbal, kau kena kuat, jangan lemah depan Iman' tak terlarat kadang-kadang nak tanggung everything, but I have no choice but to be strong for her. 

Anyway, bila dah nak dekat pergi UK, Iman slowly losing hope, dia dah tak excited macam dulu and she keep telling me 'Iqbal, kita tak payah pergi ok, kita stay at home je. Kita kena learn to accept the fact that I'm not gonna be ok' I looked at her, I smiled at her 'Apa ni Iman, kata nak pergi emirates? kata nak stalk Ozil? why don't kita cuba dulu, mana tahu miracle ke kat sana?' Then she looked at me and she said 'Ada ke Miracle tu? Allah loves me that much to give me that kind of miracle?' I diam, but dalam hati bersabar dengan everything she said or did. Banyak kali dia lari dari hospital sebab dia nak be free, to get a fresh air, buat normal activity like other people, but once dia dah sedar that she can't do all that, dia balik semula ke hospital, looking for the oxygen tube, like her life depending on it. Hari yang dah tiba dah dekat, I bawak balik Iman dekat rumah and Idy my son, terus lari and hug Iman. That little boy really missed her so much. 'Why Inan kuyush?' Idy asked her so many times but she just laughed her ass off and carry him here and there. Iman can't sleep at night, she spent her night packing and worried about something. At the same night, someone that she love leaving for Holland. I saw her cry and I asked her why, she said 'I wish I can send him off to the airport Iqby, but it's ok kan, I'll see him in London nanti?' I said 'Sure, just two hours journey, we'll plan something nanti' then she smiled. 

I slept for 2 hours but Iman tak tidur langsung, she was too excited nak pergi airport, antara sebabnya sebab dia cakap kawan-kawan twitter nak hantar dia pergi airport. She keep telling me about them, Kid macam ni, Ed macam tu, Lily her shoes buddy, got a nice girl in birmingham yang nak cook for her. She can't stop talking about her new friends. But around 4am, Iman dah mula sakit, she can't properly breathe. I have no other choice but to leave home early, bawak Iman straight to the airport lepas subuh. She keep telling pakcik driver yang bawak kitaorang to KLIA. 'Pakcik, jangan laju sangat, nanti sampai cepat, kawan-kawan saya tak sampai lagi'. Pakcik just ignored apa Iman cakap, maybe the pakcik pun kena pergi somewhere else right after drop us off dekat KLIA. Dr from PC dah siap ada dekat KLIA, check iman's pulse and make sure everything ok but Iman need to baring, dia tak boleh expose lama dekat hall lama-lama, so her Dr told her 'Iman, kita kena masuk dalam ni, tak boleh lama-lama dekat luar' then she started to cry 'Tapi kawan-kawan saya tak datang lagi ni Doc' then Iman started to text her friends, wondering diaorang dekat mana. I pun tweeting her friends, but most of them masih jauh, jauh lagi dari KLIA. 'Iman, kena masuk sekarang, nanti sakit tak boleh naik flight' then she burst into tears, knowing she can't see any of her friends. Sampai je dalam lounge emirates, I biarkan dia tepi tingkap, she talked to her phone and menangis alone, then like 10 mins lepas tu she walked to the couch and tidur. 

Banyak benda yang ada dekat dalam lounge tu, all her fave foods. Pasta, creme bruele, chocs and all kind of cakes and pudding but sikit pun Iman tak sentuh. Dia sedih, macam berat hati dia nak tinggalkan KL. Bila panggil to board, I kejutkan dia but dia cakap dia tak larat nak jalan masuk. So I buat apa yang I perlu buat, I carry her with my two hands then I realized dia tak berat macam dulu, ringan, she's too skinny now. She just closed her eyes sampailah masuk dalam flight. Dia nak duduk tepi tingkap but at the same time dia terkejut tengok environment first class emirates 'Macam Sex & The City part II' she said, we all laughed including my grandmother yang sebenarnya tak tahu apa Iman maksudkan. Iman struggle to breathe dalam flight, dia rasa tak selesa, Dr yang ikut got no other choice but bagi dia IV and injection. Stewardess semua bagi Iman full attention, they tried so hard to please her, to ease her pain for 7 hours journey. But tak lama lepas kena jab, Iman terus tidur sampailah kami di Dubai, Dr kejutkan dia and dia terkejut 'Dah sampai? 7 hours dah? wow lamanya tidur' mulut dia tak berhenti cakap, I nak carry her out but dia cakap dia nak jalan. Kami tak lama dekat Dubai, 1 hour plus je. So sementara uruskan semua documentation semua, Iman just sit at the corner, looking straight at one of the gelato shop. I buat signal kepala like 'Apasal?' dia geleng kepala and walked straight kat gelato shop, taking pictures and tengok je all kind of gelato flavors dekat situ. 'Iman, you know kan tak boleh makan semua ni?' Dia angguk, nampak a bit upset then she smiled 'Tak apa, dah sihat nanti boleh makan, kan?' then she walked back to the corner and play with her phone. 

Bila nak boarding, I terus keluar phone, nak snap her picture 'Iman, cepatlah smile a bit' and she said 'Takmo lah I don't look good, macam hantu, look at my hair' then I buat jokes sikit and moment dia ketawa je I terus snap and oh boy she was right, her hair memang nampak serabut hahaha but at least I managed to capture that moment, dalam sakit-sakit, she still managed to smile and laugh. But again bila dalam flight, Iman struggle lagi nak bernafas, to one point muka dia turned blue. I just sit on the floor, hold her hand and cuba kuatkan semangat dia, she looked at me and she said 'Iqbal, I don't think I can make it to UK ni' my heart sank when she said that. So I've spent 7 hours journey on the floor, telling her stories about us masa kecik-kecik and crack some jokes here and there. Hati rasa tenang sikit bila she smiled, walaupun nampak penat and sakit. Right after diaorang buat announcement nak touch down, I rasa tak sabar, cepatlah sampai so that Iman boleh dapat treatment. Sampai je airport, dia tak sempat-sempat nak check in dekat FB, dalam sakit-sakit pun dia nak make sure semua orang tahu dia selamat sampai. But luggage pulak lambat keluar, macam-macam hal jadi sampai sangkut and not only that, dapat tahu kitaorg kena tidur hotel and bukannya masuk hospital terus. I dah mula risau, Iman dah mula nampak pucat, but as soon kitaorang masuk hotel, semua dah siap. Ada oxygen tube, ada machine, Drs from Royal Marsden semua dah siapkan everything. Iman terus dapat her jab and dia macam ok sikit. Slowly dia settle in, nampak tenang. I can't remember much sebab terus tertidur, penat sangat. 

Esoknya kami terus ke hospital, to cut thing short. Iman terus dibawak ke ER, Dr from PC bertukar documents and infos dengan Drs dari RM. Semua cepat, ambik blood test cepat,xray cepat, masuk iv cepat and then kami dibawa ke floor suites. Kami dibawak ke carer suite, suite untuk family yang jaga pesakit, cantik gila macam hotel. Iman dah mula happy, thinking her suite pun akan cantik mcm ni, but once she stepped in kat suite dia, dia mcm a bit disappointed, her suite nampak more like studio apartment. Bilik dia paling hujung so signal wifi pun weak habis. But dia tak complain sikit pun, dia settle in, bergolek dekat her bed and sedapkan hati sendiri to love her new place. Although I tak berapa biasa dengan London, but I kena biasakan diri. Apa je Iman nak, broadband, food etc I kena get it for her, selera besar, nak makan macam-macam but sadly everytime I bawak balik makanan for her, dia makan sikit je, lepas tu terbuang tak termakan. I naik angin 'Makan lah Iman, nak sangat tadi, ni buang je!' dia tak cakap apa, dia terus ambik balik makanan tu and eat it, tak sampai seminit dia muntah balik everything. Then I just realized dia bukan sengaja tak nak makan habis, she can't eat at all! Rasa bersalah bila marah dia, rasa tak berguna pun ada.Kenapalah tak sensitive aku ni, orang lagi tak boleh makan, nak marah-marah pulak. Tapi alhamdulilah dia boleh minum soya bean, makan jellow and bread, semuanya dalam kuantiti yang sikit. Oklah daripada tak makan langsung walaupun ada certain times dia mintak jugak makanan lain, but I tetap belikan, at least dia dapat rasa walaupun dia tak dapat makan. 

I still remember pergi McD, panjang betul Q nak kena beratur. Iman nak sangat makan filet o fish. Bila sampai my turn, diaorang cakap filet dah habis. Kecewa gila, beratur almost an hour tapi tak dapat, rasa marah and all kind of emotions yang dah lama simpan dalam hati dah tak boleh nak simpan lagi. I terus breakdown dekat situ, tak kisah dah orang nak pandang ke apa. I just cry and from corner of my eye nampak orang dah mula draw attention towards me. The manager keluar tanya kenapa, I terus cakap I need fillet for my sick sister. But fillet memang dah runout. Bayangkan dalam banyak-banyak burger, fillet dah habis. Diaorang cuba nak call other store but I can't wait. Sebab Iman esoknya tu nak ada chemo, then suddenly ada this one lady came to me and cakap I boleh ambik fillet dia, tak terusik lagi. She bought it for her son but she said boleh beli burger lain for her kid. I terus ambik, hug her well and semua orang dekat situ tepuk tangan. Not only that, one fine gentleman siap drivekan I sampai hospital. Ya Allah, dipermudahkan semuanya yang Iman nak. terlalu banyak orang baik yang kisah. Rasa puas bila bawak fillet balik to ward, Iman makan pulak sampai habis. Rasa beratur for an hour to sangat-sangat worth it, but then tak lama lepas tu dia muntah balik, but it's ok as long dia dapat rasa. 

Iman chemo session tak berapa berjalan dengan baik esoknya tu, her heartbeat asyik drop and she unconscious 2-3 kali during the process. To be honest I rasa macam akan hilang dia, especially bila tengok muka dia pucat, gasping for air. She keep calling someone's name, banyak-banyak kali. She looked at me and she said 'Iqbal, I can't die now, I've already promise him that I wanna see him here in London' tried so hard to suck in, all my tears and tunjuk dekat dia how strong I was masa tu. 'Ok Iman, I won't let you die ok? Hang in there, fight for yourself, fight for him too ok, you want to see him kan?' Dia angguk slowly and terus tertidur but at the same time dia hold my hand, tak kasi pergi mana-mana just sit next to her. Like an hour macam tu I rasa sesak, all emotions rasa nak terkeluar. So I cepat-cepat keluar and lepaskan everything dekat corridor. I tumbuk dinding, screaming like a mad person. I keep asking Allah 'Sampai bila nak macam ni, why her? kau dulu ambik parents aku, and sekarang Iman pulak? Tak fair betul!' Lepas je habis chemo, dr cakap Iman stable and dia kena rehat cukup-cukup. Rasa lega jugak sebab dia dah ok, I thought semuanya ok dah lepas tu, but oh boy I was so damn wrong. The chemo buat Iman losing her hair, like a lot, her face bengkak but her body mula susut, kurus sangat-sangat. Dia dah mula hallucinate, nampak dead person, nampak our parents there with her. Teringat cakap makcik I dulu, orang yang dekat dengan kematian memang boleh nampak orang yang mati. But I was so in denial, I tak boleh terima yang Iman macam tu. Drs pula not helping bila bagitahu yang lung iman dah mula penuh tumors, some of her vital organs dah mula tak function and kena remove soon. The worst part when they told me yang Iman, even with chemo pun tak ada harapan, all they can do to prolong her life and ease her pain. I was like what?? bayar mahal pun tak boleh selamatkan dia? datang jauh pun tak boleh selamatkan dia? hospital apa ni? doctor apa ni? cancer institute apa ni? Lepas marah-marah I terus masuk bilik, try to cool off myself dengan tidur. But then entah kenapa tergerak hati nak check on Iman satu malam ni, dia lari dari ward dia, don't know what happen, gaduh dengan someone ke apa, puas cari dia satu hospital but tak jumpa. 

Semua nurses cari Iman, I dah mula risau. Ni London, bukan KL. Macamana kalau dia keluar dari hospital ni orang kidnapp dia ke apa. Then I walked out and nampak Iman baring dekat bench luar hospital sejuk-sejuk macam tu. I asked her 'Kenapa ni Iman, kenapa dekat sini?' she looked at me and she said 'Iqbal, look at me, I'm unloveable now kan? Semua orang asyik nak marah je, semua orang hate me now, kenapa tak ada orang boleh sayang I and make me happy? Because I'm sick now is it? sebab I nak mati dah? Orang dah tak kisah dah? because I'm no longer beautiful is it?' she went on for several minutes about it and seriously I tak ada jawapan. I nak cakap apa? I sendiri pun tak ada jawapan to all my questions, why her, kenapa dia sakit, kenapa sekarang? kenapa buat iman suffers? tak ada, tak ada jawapan and I tak boleh nak jawab apapun soalan Iman. Sometimes susah bila kami disini berusaha buat Iman calm and stable but people out there put her in misery and make her sad. People bashing her, people doubt about her well-being etc, people scolding her for no reason. I tertanya sometimes, kalau diaorang semua ni nampak macamana Iman sekarang, diaorang buat tak perkara yang sama? I duduk dengan dia semalam and cakap dari hati ke hati, especially bila tau someone out there wanna come and marry iman right here in london. I asked her 'Iman, so macamana now ada orang nak kawin dgn you, nak kawin tak?' I joked lah obviously and regardless how crazy in love this person dengan Iman and how he really really nak kawin and jaga Iman, dengan tenang Iman cakap 'You know what Iqby, how can you marry someone new when you already gave your heart away to someone else? Regardless berapa banyak orang tak suka this guy yang I sayang ni, I can't marry someone else Iqby. Regardless if dia sayang orang lain pun nanti, I can't just throw it away my love for him for someone else yang nak I.' then I asked her why, she said 'Orang tak tahu apa yang I went through with this particular person, he's my half, a better half. Dia buat I jadi penyabar, buat I sedar yang dalam hidup ni kita perlu tolerate untuk happy kan each other' then I asked her 'Are you happy now?' then she said 'Even kalau tak happy pun, knowing this particular guy is exist and still here with me dah buat I cukup happy' my heart sank, that's Iman. Walaupun ada some part yang buat dia tak happy sekali pun dia akan cari that tiny little piece here and there untuk buat diri dia rasa happy. Iman yang I kenal selalu tukar sesuatu yang negative jadi positive, dia tak pernah buruk sangka pada orang. Dia anggap semua orang baik, walaupun org buat salah pada dia, tak kira sesiapapun, dia tetap maafkan and sayang ppl around her without prejudice. Niat dia cuma satu, untuk buat semua orang yang dia kenal happy & kehendak dia cuma satu untuk rasa disayangi, she will do anything untuk rasa disayangi, but sometimes kebaikkan Iman tu disalah ertikan, orang ingat yang bukan-bukan about her and orang ambik kesempatan pada Iman

She's my sister and I nampak macamana dia suffer mencari kasih sayang from ppl around her, being in abusive relationship, kena pukul sebelum ni, kena cheated on etc. Siapa je yang sanggup buat semua ni to Iman? Dia tak pernah cari pasal with anyone, dia cuma nak rasa happy, to have someone yang boleh appreciate and love her sincerely and I must say, dalam saat-saat dia kehabisan masa ni, dia bertuah masih ada lelaki yang sayang dia and care about her. Yang paling dia nak sangat-sangat to die as someone's lover or someone's wife. Tapi dia cakap to me 'Look at me Iqby, now I dah botak, kurus, nak ke orang dekat I lagi? I keep telling her yang dia masih lagi cantik, tak kisah lah botak ke apa, to me dia masih lagi cantik. I cakap dekat dia 'Iman, disisi Allah orang yang sakit tu cantik Iman, sabarlah Insya allah sakit ni penghapus dosa' then she cried. Dia cakap dia tak ready lagi nak mati, masih banyak dosa yang belum dia taubat, masih banyak pahala yang dia belum lagi kejar. Dalam masa yang sama dia risau rupa dia dah tak macam dulu, keep telling me yang dia dah buruk. To be honest, I sedih tengok keadaan dia sekarang, someone yang so cheerful, healthy, skipping around the place singing and humming every single time, sekarang dah uzur, kurus, botak, cengkung, the only thing yang masih macam dulu her smile, so sincere, so beautiful, datang dari hati dia yang bersih. Here I am, waiting for Iman to wake up, walaupun tak bersedia mentally, but I kena prepare dengan segala kemungkinan. Guys, seriously, I'm not ready hilang Iman. How can I live my life without Iman? My dearest sister yang selalu bukak pintu and welcome me home dengan senyuman, keep asking me about my day, bugging me everytime hantar dia pergi mall and all. I'm gonna miss her for sure and trust me, nak prepare for her funeral bukan satu benda yang mudah. Bukan senang, macam drs cakap tadi, harapan Iman tak banyak and again I tertanya why her? dia banyak cita-cita, dia banyak benda nak buat. She full of life, kenapa orang baik macam dia, bubbly and loveable macam dia kena semua ni? 

But again, maybe allah perlukan Iman dekat sana, to have someone yang so talkative to tell Him a story, to be an entertainment among angels, so that she can finally be free, no more pain, no more sadness, just pure happiness dekat heaven. No more 'Iqby, just kill me now end my suffering' and hopefully oneday I can finally hear Iman cakap 'Iqby, I'm finally free..' Whatever it is, dengan masa yang terhad ni guys, kita gunakan lah sepenuhnya. Walau tak banyak, dia perlukan sikit rasa happy instead of misery. Walaupun dia rasa sakit yang amat sangat sekarang, dia masih ingat you guys, selalu cakap pasal you guys and love you guys so much. Just pray for her and hoping for the best. Just remember her as Iman yang sihat, yang bubbly and suka ambil berat pasal ppl around her and hopefully those memories tu stay forever in our minds and hearts. Insya allah. I'll try my best jadi kuat for Iman, for everyone. Berat mata memandang, berat lagi yang memikul. Hopefully allah bagi kekuatan for me and family to handle Iman and this situation. Thanks a lot sebab baca email panjang lebar ni, at least dengan share dengan korang dapat ringankan sikit beban yang I pikul. I'll promise I'll write more, Insya Allah. Take care guys! 

Iqbal Imran Abd Rashid.

Nak tahu apa perasaan aku masa baca email ni? To the next entry please..

[Kronologi Part 2] Penipu Muncul Kembali- Ellyna Ahmad

Nama Iman tiada dalam sistem di Royal Marsden Hospital. Nama penuh kot aku bagi berserta tarikh lahir. Aku ada facebook dia,remember?

Aku terdiam.. Who is she? So bincang dengan geng CSI. Kami sependapat. Mesti ada seorang yang Mastermind drama Iman ni. Orang yang paling disyaki ialah Lyn. Sebab dia saja yang katanya pernah jumpa Iman. The rest of twitter friends Iman dalam whatsapp pun tak pernah jumpa Iman. You see, aku punya tahap curiousity ni memang tinggi. Aku tak putus asa sampai situ sahaja. Bagi aku, no way orang boleh tipu aku & get away macam tu aje.

Salah satu geng CSI cakap
"If tanya Lyn, mesti dia akan kata nama Iman being covered because she is being sponsored by TMJ" Guess what? aku memang tanya Lyn incase dia tahu no. ward Iman. So dalam situasi drama Iman ni, Lyn ni sangat rapat dengan Iman macam sisters gitu. Aku clarify nama penuh Iman dengan Lyn & tanya no ward Iman tapi dia kata Iman being sponsored by TMJ. Aku kata, ya I faham, tapi takkanlah being sponsored pun nama patient under nama Sir TMJ kot? Mesti nama patient kena guna nama patient sendiri kan.

Jadi apa judgement geng CSI yang lain? BANYAK.. BANYAK sangat. Antaranya:

1) Setiap kali mereka nak melawat Iman di Prince Court Hospital , mesti tak dapat.Banyak je alasannya.

2) Sama gak if ajak jumpa Iman atau Lyn, mesti banyak gak alasan.


3)Pelik sangat orang sakit yang pernah tak sedar diri few times sebab critical kat hospital then tak lama lepas tu boleh pergi concert etc. Plus, gambar yang ditunjukkan tak menampakkan Iman dalam keadaan sakit or critical.


4) Hari Iman berangkat ke UK.. ada yang dah beriya nak hantar Iman di airport. Tapi Iman, katanya being sponsored by TMJ, tak sempat jumpa mereka. (being sponsored by TMJ ok..) sebab keadaan yang kelam kabut itu. Then Lyn, daripada beriya nak jumpa diorang kat KLIA, tiba-tiba ada hal tak dapat datang. Tiba-tiba okay. 


5) Banyak sangat drama yang diceritakan seperti Iman lari hospital sebab tertekan, etc kadang-kadang sampai tak logik. 


6) Iman ni adik susuan TMJ. Sebab tu she is being sponsored sampai mampu dirawat di Royal Marsden Hospital, London. 


7) Facebook Iman- macam dia takde kawan lain. Even orang yang communicate dengan dia dalam facebook pun samada tak pernah jumpa Iman atau profile facebook mereka kurang strong seperti banyak sangat info & gambar private, profile baru, & Iman cuma communicate dengan the same person which I believe she created her "family" and "friends" facebook, twitter & instagram profiles & communicate with them as well to prove her existence.


8) Instagram- sama macam facebook. Dia private kan & cuma communicate with the same circle of friends yang sama macam facebook. Hello, kata used to be part time models, studied in US, etc, takkan lah tak ramai kawan kan? Dahla cantik kan..


9) Iman claimed dia ramai stalker. Ramai orang ambush dia dalam twitter sebab tu dia delete account twitter dia. Katanya boyfriend dia punya ex yang stalk dia. Aku pun tak tahulah sebab banyak sangat penipuan dah berlaku kan. 


10) Katanya Iman, dia naik flight Emirates ke United Kingdom. Transit di Dubai 1 jam.  Sesiapa yang pernah transit from KL-UK mesti tahu transit sejam di Dubai adalah mustahil? Tahu kan nak beratur scan bag, check passport semua tu pun dah ambil masa? Plus, geng CSI yang lain checked waktu Iman fly ke UK, tiada penerbangan Emirates pun untuk ke UK waktu tu. But Oh well, tak sure lah mungkin sebab First Class being sponsored by TMJ kan. 


Jadi, apa jadi lepas kami berbincang & banyak sangat andaian? Nak kata taknak percaya Iman, macam mana nak explain kewujudan Iqbal & Ilham, abang-abang Iman? Camne nak explain pasal lelaki-lelaki (artis) yang fall in love dengan Iman? Memang bukan calang-calang Iman ni, dahla adik susuan TMJ. Macam banyak benda jadi yang menguatkan bukti Iman ni fake, tapi jauh disudut hati jugak, hati aku yang berkeprihatinan tinggi ni bertanya.. What if, Iman memang ada tapi aku & geng CSI yang salah? Rasa bersalah kan?


So what happened next?








[Kronologi Part 1] Penipu Muncul Kembali- Ellyna Ahmad

Aku percaya, dalam dunia ni takda siapa suka ditipu. Tak kisahlah pembohongan kecil ataupun besar.
Menipu, tetap berdosa, right?
Bak kata anak buah aku kalau aku suka acah-acah kelentong dia nanti dia cakap..
"Amati Copi, tak baik tipu.. nanti kat akhirat kena potong lidah" Ouch!! sentap.

So nak dijadikan cerita, cuti summer haritu aku pulang ke Malaysia. Disebabkan nama pun cuti, jadi aku punya banyak masa terluang termasuklah aktif dengan account twitter. Ni aku nak salahkan adik aku la. Sebab dia suruh baca Seramshit. Setiap jam 12 malam akan ada curator berbeza yang akan ceritakan pengalaman seram mereka. Disebabkan aku jet lag pun lama sangat, maka jam 12 tengah malam mata aku masih cerah. Takut gak nak baca. Tapi beranikan diri jugak.

Familiar to you Seramshit readers?


Seramshit? Okay, layan la sampailah ada dua curator ni yang aku minat sangat sebab cara penyampaian mereka yang ada feel & cerita seram mereka tak tipikal macam curator lain. Iaitu curator Lyn & Iman. So aku pun follow account twitter mereka. Nak dijadikan kisah, Iman ni katanya ada cancer. Tumor otak tahap 4. Of course, naluri perempuan yang lemah lembut ni aku prihatin. So sebelum aku balik UK aku tanya Iman camne keadaan dia etc *tak perlu panjang sangat cerita walaupun bakal jadi panjang kan*

Iman, ramai sangat yang stalk & ambush dia kat twitter. Salah seorang entah siapa yang follow aku di twitter tu aku usha profile dia. Banyak tweet dia yang nyata bencikan si Iman ni. Buatkan aku tertanya, apa salah Iman sampai dia dibenci? Otak logika aku masih berfungsi disebalik keprihatinan aku pada Iman.

So aku difahamkan Iman akan ke London untuk menjalani chemotherapy terakhir di Royal Marsden Hospital. So aku macam, okay.. Bolehla aku melawat dia kan nanti sebab nak melawat di Malaysia tak sempat. So we became friends. Kami rajin bersembang dalam whatsapp sampailah dia invite aku join group whatsapp twitter friends dia. Dalam group tu ada lah few people lagi. Walaupun aku ni malu-malu tapi aku layankan jelaa..

Ceritanya si Iman ni, memang sangat menyedihkan. Dia sangat cantik, kacukan Melayu, Jepun, British.  Dia add aku kat Facebook aku tahulah dia cantik. Ada dua orang abang yang good looking. Sorang abang dia duda, ada seorang anak lelaki yang dinamakan Idris or Idy. Tahun lepas, Iman kematian kedua orang tuanya. Sebab mak dia kena cancer, ayah dia pula meninggal dunia 5 hari lepas kematian ibunya sebab demam panas. Abangnya, known as Iqbal, duda sebab bercerai dengan isteri yang tak suka kehadiran anak mereka, Idy. I know, tragis kan drama Iman ni?

Jadi ramai yang tahu Lyn ni berhubung baik dengan Iman. Kata Lyn, mereka kenal dari tahun 2006. Sebab tu, Lyn pun salah seorang lah twitter friends Iman yang ada dalam group Whatsapp tu. By the way, Lyn ni seorang scriptwriter cerita seram.

So memandangkan Iman (Full name: illana Imani Bt Abdul Rashid) ni ada di UK bersama abangnya Iqbal & neneknya, jadi aku alert lah juga. So ada time tu Iman tak sedarkan diri. So Iqbal akan whatsapp di group kami kata Iman tak sedarkan diri. Aku cuak. Aku takut tak sempat jumpa Iman sebab dia critical. Aku pun text Iqbal kata nak gi London lawat Iman. Tak lama lepas tu dapat berita yang Iman dah sedar.

So it happened few times. Iman critical, tak sedarkan diri, bila aku cakap nak jumpa Iman di London je tup tup Iman dah sedar.

Meet our lovely & bubbly Iman.



So satu hari ni, salah seorang geng Whatsapp tu whatsapp aku dalam window yang berbeza. Dia kata kat aku, jangan terkejut. Rasanya kita semua dah ditipu oleh Iman. Aku tak terkejut langsung. Malah aku tanya dia, kenapa dia rasa macam tu? Sebab aku pun ada andaian juga pasal Iman ni.

So kami buka new window CSI sebab nak bincang pasal hal ni.

Arguments mereka sangat masuk akal bagi aku. Memandangkan dalam group CSI ni, aku je yang kat UK, jadi aku sendiri call Royal Marsden Hospital, London. Guess what?

...to be continued..






Monday, October 14, 2013

They Found It!

Harini aku dikejutkan dengan satu tag dari kawan aku di Facebook.
Dia dan beberapa rakan lain tengah dalam Europe Trip & mereka singgah Venice.

Yang rasa berbesar hati tu, sebab mereka jumpa note yang kononnya "We were here" tuh yang aku dan geng lain pernah tampal dalam restoran Halal masa Europe Trip kami bulan Jun dulu. =) Awww~


Sesiapa jumpa lagi bolehlah bagitahu aku k.. Saje je rasa excited tak pasal-pasal. hahaha..



Tuesday, October 8, 2013

Siapa Mahu Tidur Yang Lebih Lena?

Jika anda mempunyai masalah kesihatan mahupun masalah sukar untuk tidur lena, BV Sleep Mate dapat membantu anda.
Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.

Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate






KEISTIMEWAAN: 

1. Meningkatkan metabolism 2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel 3. Menggalakkan peredaran darah 4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun 5. Meningkatkan tahap medan tenaga 6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan 7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan 8. Bersemangat dan bertenaga 9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi 10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal 11. Melegakan kepenatan dan kesakitan 12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik 13. Menggalakkan fungsi jantung 14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

MANFAAT: 

Melegakan sakit kepala, sakit haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot, melegakan kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, menolong ketegangan leher, melegakan rasa kebas.

Cara Penjagaan

BV Sleep Mate boleh dicuci setahun sekali. Gunakan bahan pencuci kain yang berorganik untuk mencuci dengan tangan secara lembut dan keringkan di bawah matahari. Dicadangkan cuci di kawasan yang terkena kotoran sahaja.

Cara Penggunaan

Bukakan dan letakkan BV Sleep Mate di atas tilam. Letakkan empat tali elastik ini di setiap sudut tilam.

Khas;

Sangat sesuai bagi mereka yang kurang tidur kerana kerja, mahupun warga tua yang sudah tidak lalu makan mahupun menelan sebarang bentuk suplement dan mereka yang mengalami masalah kesihatan yang lain.

Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi:

Maryam Zulcefli
+60193591179
Call/sms/whatsapp


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...