Hurmm.. sebenarnya, kali ni, aku menulis sebab aku rasa sangat down. Dalam banyak-banyak fasa kehidupan aku, aku dapat rasa sekarang adalah fasa yang SANGAT tough untuk aku hadapi, iaitu alam pekerjaan. Huwaaaaaa T__T
Aku bekerja dalam firm architecture yang besar,projek pun besar.Kebanyakan masa aku kena buat drawings, ammend ke apa, ada sedikit design. Setiap hari, aku akan belajar perkara baru.Hampir setiap hari juga, aku akan buat kesalahan walaupun kesalahan kecil mahupun besar.. Kadang-kadang aku rasa macam huwaaaa~ kenapa bengap sangat ni?? T__T Aku selalunya tak takut belajar benda baru. Even benda yang bukan bidang aku pun aku enjoy belajar.Tapi bila fokus on bidang sendiri ni aku rasa macam oh menakutkanlah sebenarnyaaaa. Korang bayangkan tandas rumah korang tu pun detail drawings dia sangat detail setiap lekuk, lubang ke apa siap dengan saiz tiles etc kena tunjuk padahal realitinya boleh aje suruh buruh Indon bina terus siap..Tapi tak, semuanya ada lukisan yang sangat detail.
Setiap kali aku rasa down, aku akan fikir.. kalau rakan sekerja aku kat sini dah bertahun-tahun kerja, & masih stay, kenapa aku tak boleh? diorang semua mesti ada fasa permulaan yang sangat tough dulu-dulu. Kadang-kadang mengenangkan arkitek-arkitek aku, aku rasa diorang lagi lah pening, masuk meeting pung pang pung pang bincang dengan engineer lah client, etc, pergi jumpa authority, nak check drawings lagi. Oh gila. Mesti dulu-dulu diorang pernah lalui fasa yang sangat susah barulah boleh sampai ke tahap sekarang yang masih juga susah..
So,terpaksa lah gua pujuk hati sendiri. Nak cerita dengan ayah, dia dalam bidang berbeza, susah nak buat dia paham. Amek handphone nak call pakwe? eh lupa sekarang dah solo.Huahuaa.. Nak call member, rasa macam "takpeeelah, gua masih bisa bro~!"
So hari ini, walau selemah mana pun aku,walau mungkin diketawakan, walau dipandang rendah aku yang memang rendah ni. Hiuhiu (gelak kurang pasti yang menyedihkan).. Tapi takpe, sebab bila jatuh kena bangun sendiri tak boleh harapkan orang lain. Sebab sekarang aku berada di bawah. So aku akan mula perlahan-lahan dari bawah. Ilmu terbaik adalah pengalaman kan. Pengalaman macam ni siapa nak bagi? Simpan dalam hati. Satu hari nanti akan tersenyum balik mengenangkan semua yang aku lalui sekarang ni.
Tak jemu mengajar dan belajar.
kadang-kadang teringat ayat anak buah aku Ajen. Kalau aku sakit ke macam sakit perut ke apa dia pujuk sambil tepuk-tepuk belakang kata "Amati Copi kan strong.." terngiang-ngiang.. =')
Nak share satu lagu agak dah lama tapi kadang-kadang teringat lagu ni bila rasa down.
Forget about the reasons why you can't in life,
And start to try..
And when you're down and feel alone,
Just want to run away,
Trust yourself and don't give up,
You know you better than anyone else.. (perasan.kikiki..)