Aku agak kagum juga lah dengan budak-budak yang tak putus asa tanya aku macam-macam soalan walaupun tak semuanya aku jawab. (see, kalau aku reply tu tanda korang agak lucky? ucap Alhamdulillah,cepat!). Jadi apa soalan yang aku selalu dapat berkenaan persediaan menjadi seorang pelajar senibina?
Kak Sophie,
1) Nak prepare barang apa ni nak masuk belajar?
2) Berapa budget untuk belajar course ni? orang kata mahal.
3) Perlu laptop tak?
4) Software apa nak belajar?
5) Macam mana cara belajar budak architecture ni? Orang kata asyik busy, selalu tak mandi, selalu tak tidur. Betulkah Kak Sophie
Maka mari kita bincangkan serba sedikit apa yang anda perlu bersedia sebenarnya. First of all, aku akan banyak refer dari cara belajar di UiTM sebab aku belajar situ so mohon sangat jangan tanya kalau belajar kat UiA camane? kat UTM camne? Poli camne? belasah nak?
Menjawab persoalan:
1) Nak prepare barang apa ni nak masuk belajar?
Hurm, kalau anda masuk dari sem 1, biasanya tahun pertama ni banyak melukis, sekarang silibus agak berbeza dengan zaman aku belajar dulu tapi taklah terlalu berbeza. Basically tahun pertama banyak melukis. Lukisan organik, geometrical ke, pergi melukis old shop houses ke. Tahun pertama juga belajar drafting dan dah mula kena design tapi bukan design bangunan la. Kalau nak tengok drawings aku yang lama bolehlah refer link ini:
Lukisan hitam & putih
Lukisan Berwarna
Oh dan juga kena buat model dah. Tapi hendaklah diingatkan, jika anda baru tahun pertama, gunakanlah tahun itu dengan baik sebab tahun pertama ni macam foundation tau. Jadi foundation tu kenalah strong okay. Jadi anda memerlukan bahan melukis yang basic seperti:
-pensel melukis
-pen melukis (bukan ball pen)
Bila orang kata course architecture mahal, salah satunya sebab alat macam ni la. Contoh pen Faber Castell ni, sebatang rasanya ada dalam RM 5 atau RM6. kalau kita nak kumpul semua gred pen dari 0.1 hingga 4.0? Ini baru pen. Tapi, anda dinasihatkan menjaga peralatan anda dengan baik & penuh kasih sayang. Ni brand yang aku suka sebab kualiti dia. Pen di atas ni sesuai untuk drafting ala-ala lukisan kejuruteraan gituh. Lagi satu brand ialah Artline seperti di bawah. Ni lebih sesuai nak lukis secara freestyle. Tapi pen artline ni budak-budak archi memang suka guna (even aku guna sampai sekarang. dalam handbag atleast ada satu) selain untuk melukis, digunakan untuk menulis. We don't normally use ball pen. Ahaks! *belagak*
-kertas lukisan (saiz dan jenis bergantung kepada tutor awak),
-set water colour (bersama berus dan pallete). Tak perlu yang banyak warna. Sebab kita kena creative. Warna asas boleh create warna-warna lain jugak.
-portfolio bag
Bergantung kepada keperluan. Nak selamat beli saiz A1. Tapi berat. Aku tak suka sangat. Kalau tak beli dulu pun takpe. Bila rasa perlu baru beli. Sebab bag ni agak mahal & seingat aku, guna masa tahun pertama je. Tahun seterusnya drawings banyak yang gulung sebab besar.
-tube (guna hingga habis belajar)
Kalau pelajar medic ada coat putih, pelajar senibina ada sejenis bazooka. Teringat kalau bawa tube ni naik bas kat UK, orang selalu berminat sangat nak tahu apa benda yang aku bawa. Ada yang ingat teropong, ada yang ingat senjata ala bazooka. (Ada ke patut muka innocent camni ingat aku bawa senjata?) Tube ni untuk korang letak drawings yang bergulung. Nanti korang biasa lah dengan drawings yang bersaiz besar. Mana larat nak bawa portfolio bag. Jadi bawa bazooka ni je k. Senang boleh bawa masa naik motor, naik basikal ke. Yang perempuan pula kalau kena kacau ketuk je kepala orang tu dengan bazooka ni. Boleh jadi senjata ok..
-scale ruler
Ni memang alat keramat sampai jadi arkitek pun akan tetap guna scale ruler. Kalau takde boleh jadi stress. Aku lah tu yang stress kalau tak jumpa scale ruler aku.
-T-Square
Ni banyak guna masa nak buat drafting masa tahun pertama macam tu. Walaupun aku rasa bila meningkat tahun tak lah guna sangat, tapi ia memang sangat berguna untuk mendapatkan hasil lukisan yang umph. T-Square ni kena guna atas drafting table mahupun drafting board yang aku tak sure lah korang perlu ke tak. Dulu aku ada je beli tapi guna masa tahun pertama je.
-Triangle ruler
Ni adjustable triangle ruler |
Triangle ruler. |
dan jelas sekali yang adjustable lebih mahal.
untuk barang buat model pula (ni basic la, nanti korang akan lagi faham nak pakai material apa & perlukan equipment apa untuk memotong mahupun mengegam *bahasa apa ni?* material):
-pisau blade (bukan pisau cukur)
-pembaris besi
-cutting mat (kat Daiso ada jual cutting mat juga)
-gam (bergantung pada keadaan. UHU, gam gajah, etc)
-Tool Box
Aku jenis sayang barang & tak berapa gemar pinjam barang orang. Kalau orang pinjam barang aku takpe. Tapi kalau tak pulang balik.. Ittew rasa nak ketuk je tangan awak pakai bazooka ittew! So tool box ni penting untuk letak segala peralatan melukis/buat model dari sem 1 sampai lah sem 8. Ingat, barang bukan murah, jadi kenalah cermat okay.
2) Berapa budget untuk belajar course ni? orang kata mahal.
Soalan ni susah sangat untuk aku jawab. Takde amount yang exact. Ini bergantung kepada cara awak belajar & nak present drawing awak. Biasanya yang mahal tu bila printing. Selain peralatan melukis yang mahal di tahun pertama, tahun-tahun seterusnya banyak printing akan digunakan untuk present samada critique session ataupun submission. Jadi, contohnya kalau sekeping kertas saiz A1 printing berwarna tu dalam RM25-30, darab lah dengan berapa banyak kertas yang korang nak print untuk presentation. 10 keping ke.. jadi kalau dapat PTPTN janganlah berjoli ye. Makan pun ikatlah perut sikit. Tu dari segi printing. Dari segi nak buat model pula, kalau nak murah pakai board je. Sekeping ada lah dalam RM3.50 ke. Kalau awak nak pilih perspek, glass ke kan lagi mahal? Sebab tu lah Kak Sophie ini tak boleh bagi exact amount. Lagipun saya bukan budak account nak buat kira-kira secara precise.
3) Perlu laptop tak?
Perlu! Ini pun bergantung. Awak nak laptop ke nak computer? Kalau rajin duduk studio bolehlah pakai PC. Tapi tak berapa handy kan? Tapi aku tak galakkan student undergrad pakai IMac. Sebab mahal & tak menjamin yang design korang akan gempak. Berbelanja ikut kemampuan okay.
4)Software apa nak belajar?
Masa awal-awal nak berjinak ni bolehlah belajar guna AutoCad, Sketch Up, Adobe Photoshop.3 softwares ni paling basic la. Lepas tu bolehlah upgrade ke 3dMax ke, Rhino ke, Revit ke. Banyak lagi sebenarnya software yang even aku pun tak pernah guna. hehe.
5)Macam mana cara belajar budak architecture ni?
Kalau study architecture dalam Malaysia ni. Huisyhh.. Boleh tahan juga kroniknya. Major subjek dalam course ni ialah design iaitu projek lah kan. Yang memang selalu tak buat tidur malam. Bukan sebab apa, tapi sebab kita ada subjek lain juga yang masing-masing ada exam, masing-masing ada assignment. Kalau takde subjek lain, kurang lah sikit kroniknya. Orang selalu ingat budak archi ni malas mandi. Itu bergantung lah pada orang. Seingat aku, aku ni rajin je mandi. Tapi bab busy & selalu tak cukup tidur tu memang iya. Tepat sekali, dua kali, sejuta kali tepat, no doubt.
-Studio
Setiap orang, berhak mendapat satu cubicle. Jadi ni based on first come first serve. Pilihlah kedudukan yang strategik dalam studio. Jadi dalam cubcile korang ni sukahati lah nak hias/susun camne pun. Yang aku tahu end of sem mesti sepah gak punya. heheh..
Ni contoh cubicle yang nampak betul-betul digunakan sebab banyak barang. Biasanya bawah meja tu jadi tempat tidur, bentang tikar ke apa, pastu cover dengan kain ala-ala langsir. Hahaha.. Rindunyaa studio life kat UiTM.
Ni contoh korang akan bergelumang dengan drawings besar-besar sampailah korang jadi arkitek.
-Study group
Disebabkan student archi ni banyak habiskan masa untuk design, jadi subjek-subjek yang lain tu camne nak study? Biasanya budak archi suka buat study group. Aku pun sangat sarankan study group. Aku pernah try study sendiri dan study group. Ternyata ilmu bila dikongsi lagi cepat masuk. Plus, kita bukan macam budak course lain yang suka study sendiri-sendiri walaupun satu course. Kita takde masa yang banyak untuk spend study sendiri-sendiri ni. Jadi, kena lah study smart. Paling penting, JANGAN KEDEKUT ILMU. Siapa kedekut ilmu, trust me. Korang akan rugi in future. Kalau dah rajin duduk studio tu, study jela dengan budak-budak studio yang ada.
p/s: So, buat masa ni, ini part pertama yang saya dapat kongsi sebab banyak sangat request daripada budak-budak yang akan belajar dalam bidang senibina ni. Cuak ke dik? hehe. Chill je. Ni baru explain sikit. Banyak sebenarnya boleh dikongsi tetapi, korang doa jelah akak Sophie ni rajin nak menulis lagi. Haha. Oh btw, incase ada sesiapa yang memang study architecture di UiTM boleh lah tambah apa-apa lagi yang saya tertinggal okay. Kalau kita tolong orang, nanti Allah tolong kita balik. Proven in my life. Ahaks!
Yang pasal peralatan yang saya nyatakan di atas, tak perlulah beli semua terus. Tapi tu basically memang guna pun. Saya sarankan beli sikit-sikit. Lambat laun akan tahu juga apa yang diperlukan. Ingat, jimat cermat.Nak belajar sampai 8 sem tahuuuu..