Saturday, September 23, 2023

Buang sawang di blog.

Semenjak dua menjak kebangkitan Instagram & Tiktok ni, ramai orang termasuklah blogger sendiri yang beralih arah ke platform lain. Haritu, blog ni pernah la kena removed. Tak pasal-pasal kan. Tapi cuba sedaya upaya dapatkan balik sebab sayang sangat. Dah lebih 10 tahun dah blog ni ada. Walaupun dah tak serancak dulu menulis, tapi, blog ni tetap ada sentimental value pada sis. 

Blog ni bermula di tahun terakhir pengajian di UiTM Shah Alam. Orang lain buat projek, saya bila tepu bukak komputer dan keletuk-pkeletak bunyi keyboard sebab rancak menulis. Bila baca penulisan lama, rasa macam Yihh! (apa kebenda nih?!) Tapi takpelah. Bukti diri pernah darah muda. 

Sebabkan sekarang umur pun makin meningkat, perjalanan hidup ni umpama roller coaster dan semakin matang, eloklah rasanya menukar gaya bahasa dari kata ganti nama diri "aku" menjadi "saya". Dulu jiwa muda, jiwa bebas, jiwa redah aje. Sekarang pun masih meredah juga *sengih*. 

Terfikir nak kemaskini blog ni pun sebab ada beberapa orang yang tanya, "Eh lama tak update blog?" Rasa macam.. "Ehh??!" ada lagi ke orang baca blog eh sekarang? Tapi tula, jangan pandang rendah pada blog/website sebab bila orang mencari sesuatu, biasanya orang akan buka Google search dulu. Jadi Alhamdulillah saya sering juga dapat client melalui blog. Cuma baru sedar betapa berterabur nya susunan blog entry jadi saya dah cuba senaraikan kerja-kerja yang pernah saya uruskan di sebelah kanan. Again, rasa macam eh banyak juga ya. *nangis*.

Pernah ada satu ketika tu rasa give up juga dengan kerja-kerja construction ni. Tapi, bila dah melalui proses yang bukan sekejap (bertahun-tahun), bila tengok hasil, bila rasa banyak benda yang boleh improve, terus rasa perjalanan ni masih jauh. Terlalu jauh untuk berjaya. Tapi kenapa masa bertahun-tahun yang berlalu tu tak berapa terasa? Saya yakin sebab apa yang saya buat selama ni ialah kerana minat. Takde orang paksa saya. 

Kadang ada juga rasa betul tak ni dah ada Master in Architecture tapi tak practise dalam architecture firm? Pernah kerja dalam architecture firm. Jujur saya cakap suka juga. Apa-apa berkaitan architecture, construction, memang saya suka. Tapi kita tak boleh tamak nak belajar semua. Knowledge tu sangat luas. Saya tak pernah tetapkan yang jalan hidup saya kena sama dengan orang lain. 

Just go with the flow. Saya tetap ialah seorang yang suka belajar. Apa peluang depan mata, saya ambil. Kalau berhasil, saya teruskan. Kemudian teruskan, tanpa henti. Bila penat, rehatlah. Berfikir panjang. Kemudian teruskan melangkah. Bila saya pandang belakang, saya tahu ada hasilnya. Saya tahu ada benda yang dulunya susah saya buat sekarang benda tu jadi senang. Sebab dah ada pengalaman. 

Acapkali juga terfikir apa nak buat dalam masa 5, 10 tahun akan datang. Wajar kah sambung PhD? Mana tahu nanti boleh jadi pensyarah. Ada juga terfikir nak belajar lagi kursus lain yang membantu dalam perkembangan career ni. Possible ke nak ambil Part 3? Nanti tiber jadi Ar. Semua tu benda-benda yang tak mustahil. 

Buat masa ni, saya cuba menambah skill secara personal, menghargai masa menjadi seorang isteri. Cuba buat yang terbaik, menghormati, menghargai & melayani suami. Dalam fasa healing juga, sebab tahun 2022 ialah tahun tersukar dalam hidup saya. Sesuatu dugaan atau masalah ni dia takda tempoh macam expiry date yang certain bila akan berakhir. Orang kata pertengahan umur 30-an hingga 40 tahun kan yang paling banyak dugaan hidup. Mungkin saya sedang laluinya. Saya anggap tahun 2023 ialah tahun saya ambil tempoh bertenang untuk reset banyak perkara. 

Sementara tu, I'm still the same person. Only more mature. Pada yang masih membaca, doakan saya tabah & kekal meredah.  =)

 

Saturday, September 16, 2023

Layout Ruang Dapur Terhad


Kebelakangan ni dapat dilihat pelan rumah yang menyediakan ruang dapur yang agak terhad dari segi luas. Walaupun begitu, pasti ada cara bagaimana kita boleh susun atur susunan 3 item utama dalam mendapatkan dapur yang ideal. 3 perkara utama tersebut ialah kedudukan sinki, kedudukan ruang memasak dan kedudukan peti ais. Ingin saya tambahkan satu lagi ruang penting iaitu ruang "food preparation". Ruang penyediaan ni sangat penting ya dan jangan abaikan terutama bagi orang rumah yang rajin memasak macam saya.


 Bagaimana cara kita decide kedudukan ruang-ruang penting tersebut sangatlah berkait rapat dengan susun atur soket elektrik dan sistem paip yang disediakan oleh pihak developer. Acapkali saya sendiri yang menguruskan projek renovasi rumah sering juga rasa "frust" dengan kedudukan soket dan paip yang seperti dipasang asal boleh. Nampak macam masalah sangat kecil dari segi saiz, tetapi apabila diletakkan di tempat yang tidak sesuai, ia boleh melibatkan pengubahsuaian yang akhirnya akan makan kos. Lebih-lebih lagi untuk item yang ditanam di dalam dinding seperti paip dan wayar elektrik. 


Untuk ruang dapur, bagi rumah baru atau rumah lama mahupun jenis subsale, perkara utama yang harus dilihat ialah kedudukan soket & point lain seperti paip air bersih keluar dan paip discharge air kotor dari sinki. Antara accessories yang memerlukan soket elektrik ialah alat penyedut asap (hood), built in oven, dan soket tambahan untuk periuk nasi, blender dan penapis air.




Bagi mereka yang memerlukan khidmat lukisan 3D bagi rumah baru atau memerlukan khidmat konsultansi tentang pengubahsuaian rumah lama, boleh hubungi saya melalui no whatsap berikut :

www.wasap.my/601111892504




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...