Tuesday, November 30, 2010

Siapa Mahu Belajar Berenang Dengan Saya? (^_^)V

 (PERHATIAN: ni sticky entry. Sila scroll ke bawah untuk entri paling baru)

Oh well, tajuk post yang agak bajet.. (^_^) .Sebenarnya, jika anda semua sedar, hampir setiap hari di dada-dada akhbar dan berita, ada saja berita tentang lemas. Termasuklah kes lemas kerana bencana banjir yang melanda negara kita baru-baru ini. Dan sememangnya kes lemas negara kita yang dilaporkan memang semakin meningkat. Hal ini sangatlah menyedihkan sebab sebenarnya boleh dikurangkan jika setiap dari kita mempunyai inisiatif untuk tahu bagaimana mahu berenang. Dengan ini diumumkan, memandangkan saya sedang bercuti dan mempunyai masa terluang untuk mengajar kelas renang, jadi mahu mengajak sesiapa yang sudi/ mahu belajar berenang dengan saya. Erm,adakah saya nampak macam main-main? Tak, saya tak main-main. (-_-') Ini serius. Saya memang guru kelas renang bagi dewasa wanita dan kanak-kanak di UiTM Shah Alam. Jadi berikut merupakan hari dan masa yang anda boleh pilih.

*jap, saya akan aktif sampai akhir bulan 12 sebab saya nak  mula bekerja di firm arkitek nanti so tempat adalah sangat terhad maka siapa cepat dia dapat *

DETAILS-

Lokasi kolam : UiTM Shah Alam.
(ehem,ehem..kolam renang bersaiz olimpik ini adalah indoor.Jadi anda tak perlu risau sunburn atau orang usha dari luar )

Yuran

Pelajar UiTM (sepenuh masa)  : RM 80
Staf UiTM   : RM 100
Anak Staf (12 tahun ke bawah)  : RM 80
Anak Staf (12 tahun  ke atas)    : RM 100
Warga Luar   : RM 150
Anak Warga Luar (12 tahun ke bawah)   : RM 130

Monday, November 29, 2010

Baru Perasan Ada Word Verification kat Comment.

Hye.quick post. Thanks to Sui Nawi sebab bagitahu yang blog ni ada word verification masa nak comment. Huahua..selalu tension bila nak comment orang ada word verification tapi tak sedar blog sendiri pun ada rupanya.. (-_-') Sorry semua kalau dah menyusahkan. Sesiapa yang baca post ni lebih baik korang check jugak blog korang manalah tahu kot-kot sama spesies dengan aku nih. huahua.. Pergi ke Dashboard>Settings> Comments

p/s: kalau ada apa-apa benda yang tak kena dengan blog nih dari segi template @ apa-apa benda yang tak function silalah bagitahu saya yer. (^_^)V   Peace no war..

Ok bye!!!  nak pergi ajar orang swim.

Sunday, November 28, 2010

Tips yang Wajib Anda Tahu Jika Ingin Membeli Perabot dan Semua Barang pun.

Assalamualaikum wahai readers sekalian alam..

Hello! Apa khabar semua? Harap anda semua sihat. Ok, hari ini aku mahu berkongsi sesuatu dengan anda semua. Haritu aku dah kongsi Tips Membeli/ Menyewa Rumah kan..Yaaa.. berkongsi ilmu sedikit tentang architecture. Perkara yang ingin aku bincangkan ini ialah perkara paling asas untuk anda mencari perabot rumah, susun atur perabot, dan perletakan tinggi rendah sesuatu perabot itu. Bukan sahaja bekisarkan tentang perabot tetapi juga barang lain yang selalu anda gunakan dalam kehidupan seharian.(aku merasakan sedikit keskemaan bahasa dari awal perenggan yer.hurm..takpe..Teruskan)

Okey harini kita akan berbicara soal "anthropometry" dan "ergonomic".

"anthropometry"- ukur badan manusia mengikut kesesuaian sesuatu penggunaan bahan, perabot, ruang dan lain-lain penggunaan yang melibatkan manusia.

"ergonomic"- rekabentuk (design) yang direka untuk keselesaan setiap pengguna. Jika perabot @ barang itu selesa dengan ketinggian/postur badan anda, bermaksud design itu ergonomic. Jika tak selesa, bermaksud design itu tak ergonomic. Paham tak?

Contoh: 

Contoh 1 ( kerusi dan meja + komputer )
Apabila anda duduk dan ingin melakukan kerja menggunakan meja, pastikan meja tidak terlalu tinggi atau rendah untuk anda. Jika tidak anda akan rasa tak selesa dan cepat lenguh badan. Oleh itu, bila nak beli kerusi nak buat kerja, seeloknya belilah yang adjustable. Begitu juga apabila komputer berada di depan anda, pandangan mata haruslah lurus. Bukannya anda kena dongak atau tunduk pula.

Tips: Berbeza pula dengan kanak-kanak. Sebab itulah wujudnya kerusi kanak-kanak kalau anda ke restoran. Kerusi itu biasanya tinggi. Sebab meja biasa adalah mengikut ukuran normal & biasa.  Bagi bilik kanak-kanak pula, sewajarnya berikan keselesaan pada mereka.Perabot tu belilah yang comel-comel, kecik aje. Macam dalam gambar bawah ni.


(kenapalah mak ngan ayah aku tak buat bilik aku masa kecik-kecik macam ni. T_T jelesnyeee..)


Contoh 2 (almari,cabinet)
Biasanya kalau almari ni ada orang upah company perabot suruh buat full sampai ceiling. Betul tak? Macam rumah aku. Memang bagus dari segi penjimatan ruang kerana anda go for vertical space. Tapi keburukannya? Bila tinggi sangat, siapa yang nak panjat simpan barang kat situ? Mesti kena angkut tangga. Leceh kan? Habis tak pun giler berhabuk dah dalam ruang yang paling atas tu. Tak pun sesuai letak barang yang memang sangat tak berapa nak guna sangat lah macam karpet yang banyak-banyak, bantal lebih-lebih macam tu.
(ihsan Google lalu termasuk website Prof Shukor.Prof, pinjam gambar eh.)

Nampak tak gambar di atas ni? Ni lah yang dikatakan tak ergonomic. Cuba fikir macam mana cik akak ni nak ambil fail yang paling atas? Habis jengket pun tak sampai kan. Kalau nak susun macam ni, sediakanlah kerusi yang macam kat library tu. Kotak kat kaki tu pun tak patut letak situ. Meghalang laluan.

Contoh 3 (penggunaan barang seperti mouse, hp, pen)
Adakah anda selesa memegang barang yangs selalu anda gunakan seperti pen, mouse (tetikus), handphone dan lain-lain?

Lihat gambar di atas. Nampak macam besar sangat kan mouse ni? Tapi mungkin ada orang suka yang besar-besar. Tapi apabila anda memilih barang-barang seperti ini, seeloknya anda cuba dahulu. Jika anda perempuan mungkin tangan anda lebih kecil. Sama juga macam hp. Contohnya Blackberry, owh wow, gempak tapi lebar. Adakah sesuai dengan genggaman tangan anda?Kadang-kadang bila tengok budak-budak sekolah perempuan pakai BB aku rasa pelik pulak bila mereka pegang BB tu. Faham tak maksud aku? Macam nampak tak selesa pun ada. But oh well, tepulang pada diri masing-masing kan. Yang penting gaya, mutu,keunggulan..


Ok, Selepas briefly explain apa yang aku dah belajar selama 4 tahun di UiTM, aku dah berjaya  ringkaskan dalam satu entri kasi korang senang faham. hoho.. Jadi rugi kalau korang tak aplikasikan dalam kehidupan seharian. Kalau ikut mak beli perabot tu cakap kat mak, jangan tengok cantik aje. Pergi try duduk kat sofa tu. Selesa tak antara tempat duduk dengan tempat sandar die tuh. Ke lebar sangat sampai tak boleh lipat lutut. Macam tulah lebih kurang. Lagi satu, kebanyakan perabot datang dari luar negara. Kamu hendaklah tahu bahawasanya saiz badan Asian adalah berbeza dengan mat salleh ke Arab ke Persian ke. Jadi ukuran perabot mereka mungkin berbeza dan besar sikit. Jadi sebab tulah kamu kena try dulu. Ada paham?! Lebih baik korang paham kalau tak sia-sia entry ni.. T_T

Jangan jadi macam kartun kat bawah ni ok..

(klik untuk besarkan)


Nota Kecil Hari Ini:

Teringat sorang kawan aku ni. Dia minum air Blackcurrent masa kami lunch. Bila nak bayar:
Abang Kaunter: Minum air apa dik.?
Kawan: Minum air Blackberry. 
Abang Kaunter: ohhh..air Blackberry. RM2.50 dik..
Aku dan lain-lain : (cepat-cepat blah tak tahan nak gelak. Seriously kawan aku tengah blurr masa tuh)

p/s:  pssst!!!!! aku baru buat iklan nuffnang. Apa lagi? mari lah beramal jariah. Tuuu kat belah kanan tu. Sedekah la sikit kat I ni.hukhuk..

SAYA ADA BANNER BARU YANG COMEL (^_^)v

Hye semua! Sebenarnya aku dah nak tidur tapi dapat kejutan dari seseorang kat email bagitahu banner dah siap. Terus terbeliak balik biji mata nih.haha. Beberapa hari yang lalu aku telah memohon jasa baik Ayeem untuk membuat banner untuk aku. Sebab aku pun nak la jugak banner flash kan berbanding yang format gif tu. Kena bagitahu la nak macam mana kan. Bagi gambar apa yang nak letak. Aku bagi gambar aku dengan ladybird aje. Macam nampak best giler aje orang lain punya. Aku paling suka ladybird tuh.. T_T  aku memang suka sangat dengan ladybird. Jadi aku cakap kat Ayeem tak payah tambah apa-apa. Aku dah puas hati. Jadi, tadaaaaa!!!! silakan lah mengusha banner saya yang comel sebab ada ladybird nih.. Ngaaa!! best,best..




amacam? cantik tak? Jadi apa lagi? Pergilaaa terjah si Ayeem tu. Tak mahal. RM10 aje. Murah sangat dah tu. Kalau mintak designer betul buatkan pun mau berpuluh-puluh ringgit lah kot sebab pakai flash.


p/s: sesiapa yang ada exchange banner dengan Sophie atau link banner Sophie silalah tukar kepada banner baru ni ok. I'll appreciate it a lot.=)

Friday, November 26, 2010

[Mari Sembang] Bisnes Yang Student Patut Lakukan Ketika Belajar di IPTA/IPTS

Hye..salam semua. Harap anda semua sihat. Bertemu lagi kita dalam rancangan sembang-sembang. Heh! Tipu je! Okey, harini aku mahu berkongsi serba sedikit perkara tentang bisnes kecil-kecilan yang aku rasa seorang student IPTA/ IPTS wajar lakukan untuk mendapat duit poket lebih. Yaaaa..walaupun aku bukanlah seorang ahli bisnes kecil-kecilan tersebut tetapi selepas habis belajar aku rasa macam.. Dengg! apesal lah aku tak buat dulu-dulu? Kalau tak mungkin aku dah boleh shopping atau sekurang-kurangnya ada duit simpanan. Sikit-sikit kan lama-lama jadi bukit. Okey, ni adalah berdasarkan pemikiran, pandangan dan kemahuan di setiap sanubari student IPTA/IPTS tentang apa yang mereka mahukan, dan perlukan. Aku ingin berkongsi beberapa tips.

1) Top-up. 
Well yeah, mungkin tak semua orang pakai prepaid. Mungkin ramai juga yang pakai line. Tapi, bukankah lebih enak dan best kalau bila nak top up tu tak payah nak keluar U/kolej? Tambahan lagi kalau duit tengah kering, nak top up RM3 aje. Haaa, silalah anda menjadi ajen top up. Nanti anda sendiri dapat komisyen. Silap haribulan dah tak payah nak beli topup up untuk diri sendiri sebab komisyen yang anda dapat dapat menampung keperluan kredit anda. Then promote lah satu kelas ape lagi <---sangat sesuai bagi yang tinggal di kolej. Boleh buat iklan kertas habis kecik lah siap selit bawah pintu "siapa nak topup serendah RM2,3,5 boleh lah ke bilik 2A-4-22"

2) Kerepek/kuih/sandwich/hotdog
Owh yesss!! Walaupun nampak macam boleh dipandang sebelah mata aje tapi kau jangan sekali-kali buat begitu. Tahukah anda kerepek-kerepek yang diletakkan di atas meja sesebuah fakulti beserta tabung duit itu sangat laku? Kau tahu tak labuu? Sebab orang-orang macam aku, student-student especially studio-based student yang bersengkang mata hingga ke pagi ini kebuluran tahu bila cafe pukul 10,11malam dah tutup. Makanya kami umpama raksasa kebuluran pergi ke blok-blok yang kami tahu ada meja jual kerepek ni ketika jam 3,4 pagi. Jangan risau lah duit anda kena kebas. InsyaAllah student ni golongan terpelajar, tak kena curi punya. <----ni pun sesuai letak di hostel.

3) Selendang/ tudung/perfume/brooch
Jeng..jeng..jeng..  anda seharusnya menjadi butik bergerak bagi  bisnes anda. Ambillah peluang pelajar yang tinggal di hostel-hostel. Kebanyakan mereka tiada kenderaan untuk keluar. Kalau kat Shah Alam mungkin juga boleh ke Wisma Jakel. Kalau kat Jengka? haaaa.. Jadi ringankanlah buntut anda sedikit untuk bergerak dari bilik ke bilik. Secara tak langsung dapat juga menguruskan badan ye tak. Bila muka anda dikenali pelanggan anda dan produk anda memang berkualiti dan disukai ramai, maka pelanggan anda pasti akan promote anda kat kawan-kawan yang lain. Biasalah..perempuan kalau dah gosip tu!!

4) Air mineral.
Ha, seriously ni macam simple gila. Kau beli sekotak kat Tesco ke apa yang bila dicongak harga sebotol macam 40-50 sen macam tu. Tapi bila jual letak harga RM1.Erm, kata lah sebotol untung RM0.50 darab 1 karton ada 24. Sekotak untung RM 12 kan (laju gak aku kira...) then darab dengan berapa kotak. Cuba kalau kau target nak letak 10 kotak kat berlainan fakulti. Dah untung RM120 kan? Tapi Malaysia ni panas. Tambah pula kalau kena jalan kaki gi fakulti. Memang air mineral orang cari dulu. Tak diragui langsung. Aku boleh gerenti satu karton tak sampai seminggu boleh habis. darab 4 minggu untuk sebulan? RM480.waaaaa~ kalau setiap fakuti (2 kotak x 10 fakulti = RM960) ?? Untung bersih lagi suci tu. Tak penat pulak tu nak jaga. Just letak jela macam kerepek tu.

5) Printing
Ni aku sangat sarankan kepada studio-based student dengan yang duduk hostel. Lebih menguntungkan pada studio-based student jika anda turut menyediakan printer saiz A3. Budak design selalunya kena hantar report saiz A3 bukan A4. Operating like 24 hours a day. Kawan aku letak harga RM2 aje bagi saiz A3 full colour. Padahal kalau kat luar? mahu RM10 sekeping. Yang kat kedai tu memang cekik darah la beb. Sebab diorang kena bayar sewa kedai. Mungkin keluar modal printer saiz A3 tu agak tinggi. Tapi pulangannyaaaa..Awww~ mengasyikkan. Kawan aku nak kahwin bulan 12 ni. Duit mana dapat? Salah satunya dari bisnes printing ni la. Cool kan..

6) Services- repair laptop, designers, photography,etc.
Okey apabila bercakap tentang servis, yaa, anda tak perlu keluarkan modal. Tetapi anda perlu mengorbankan masa. Jadi sesiapa yang ada bakat especially yang terer komputer tu memang patutlah promote servis dia especially kat budak-budak perempuan yang kerjanya melingkupkan laptop..huhu..(macam aku.. T___T  )  Pada designers pula, selalunya ahli-ahli kelab ni suka cari orang buat banner lah, design T-shirt lah. So, pandai-pandailah cari peluang okeyy..

7) Movies/sewa CD/DVD
Ni sesuai sangatlah dengan si pengumpul movies. Masa aku duduk hostel dulu ada orang buat bisnes sewa CD/DVD ni. Aku tak pastilah keuntungannya macam mana. Tapi seriously orang tu banyak gila CD/DVD dia. Dari hindustan, seram, takut, gembira semua ada lah pendek kata.Berkotak-kotak. Biasanya student yang mempunyai masa terluang yang sangat banyak adalah target market bagi golongan pengumpul movies ni.


Okey, ni jelah yang aku boleh pikir. Sesiapa yang ada idea lagi boleh lah share sama-sama. Apa yang aku taip di atas adalah mengikut pengalaman dan pandangan aku aje. Kalau tak setuju nasib kau lah. Hihiiii.. Yang penting, disini aku nak menyeru pada adik-adik yang masih belajar tu. Jangan harap sangat duit PTPTN, scholars. Diri sendiri harus ada inisiatif nak simpan duit. Biarlah jika anda anak orang kaya, Datuk, Datuk Paduka, ke apa. Kepuasan hati itu adalah berbeza apabila hasil itu datang dari usaha kita sendiri. Yang kat hostel tu kena hati-hati gak. Sebab kadang-kadang ada orang ofis yang dengki-dengki tu kau pandai-pandai lah cover line yer.. Selamat mencuba!!!!




* eh jap!! tips bagi yang nak jual kerepek @ air mineral tu = letakkan di ruang circulation & meet point antara students. Tapi jangan halang laluan. Get it? Kalau letak depan stor sape nak beli? Makcik cleaner jela kot..huhu.. Ok bye. Selamat membaca.

Thursday, November 25, 2010

Header baru & 25 random things about Sophie Al-Yahya

Aku telah ditag oleh cik Ain dan beberapa orang lagi dengan benda alah ini.Maaf dah lost siapa yang tag aku.huhu.. Makanya harus diselesaikan dong. 25 random things termasuklah facts, habits, or goal dalam hidup. Oleh itu, marilah kita mulakan dengan bacaan Bismillahirahmanirrahiiim.. ke garisan, sedia, MULAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

0)
aku baru buat header. Simple je,taknak sarat-sarat sangat eh.Ok tak?


1) 
Aku anak ke-4 dari 6 orang adik beradik. Tapi anak sulung perempuan.

2) 
Aku teringin nak travel seluruh dunia. Nak jadi backpackers. Tapi ongkosnya nggak ada lagi sihh!

3) 
Kawan aku yang ada kebolehan menilik tangan pernah kata yang aku akan ada dua profession nanti. Aku rasa macam dah tahu je apa dia.

4) 
Aku baru tahu aku ada allergic dengan sabun.

5)
Aku suka giler makan chocolate dengan ice cream. Susah untuk hidup tanpa kedua-duanya. T_T

6)
Binatang yang aku suka ialah kucing, burung dan ikan.

7)
Aku dah habis belajar tapi aku KENA sambung belajar lepas setahun atau 2 tahun bekerja. Itu target aku.

8) 
Antara angan-angan aku yang tak mungkin tercapai ialah untuk menjadi doktor haiwan, pakar bedah, inspektor polis, perisik,tentera udara, pilot.

9)
Aku pergi dua kali untuk interview masuk course Architecture kat UiTM. Yup, aku ketinggalan satu sem daripada kawan-kawan lain tapi Allah maha adil, course aku ditukarkan kepada Degree daripada Diploma. Best kan?

10)
Aku dah melibatkan diri dengan kolam renang selama 5 tahun. Tapi masa darjah 3 aku dah join kelas swim sekolah. Then stop. Time SPM baru aktif balik.

11)
Aku seorang yang sibuk. Walaupun dah habis belajar aku masih sibuk. Hukhuk. Hakikatnya aku rasa boring dan otak macam tak berjalan kalau tak buat apa-apa.

12)
Aku pernah hantar resume jadi pembaca berita @ host satu channel tv ni. Aku dihubungi mungkin untuk interview @ audition tapi masa tu aku tak angkat. Sebab aku tengah duty kat pool. Bila call balik, orang tu kata akan call balik. tapi sampai sekarang tak call. Owh mungkin rezeki aku bukan di bidang itu. No problem.

13)
I am an outdoor type of person instead of indoor. Suka merantau, cari benda baru. Suka menimba pengalaman melalui pergerakan, sifat manusia dan peredaran zaman.

14) 
Aku tak suka post tentang pakwe aku. Sebab itu adalah privasi aku. Hakikatnya beliau sangat penting dalam hidup aku.

15)
Aku teringin nak buat bungee jumping.Tapi bila fikir balik rasa macam ada sedikit kegilaan di situ.

16) 
Aku teringin nak sambung belajar dalam civil engineering dan town planning. Tapi entah bilaaa.. =( Architecture pun belum katam lagi.

17)
Aku seorang yang praktikal. Aku suka memakai seliper jepun @ sandal biasa-biasa sebab selesa. Jadi aku harap takde orang lagi yang akan bertanya kenapa tak buat tutorial shawl ke, fashion-fashion ke jadah ke apa. Suruh jadi fashionista ke. Adoiii.. Aku akan pakai lawa sikit bila keluar or ada majlis aje. Tambahan pula aku agak pemalu nak letak gambar aku banyak-banyak kat entri blog nih. hikhik..

18)
Aku ada rasa rendah diri yang mendalam. T_T  Kalau ada orang kata aku comel @ lawa aku rasa macam...... hurmmmmmm...biar betul? (sambil tengok kat gambar sendiri & cakap "kat mane lah yang comel/lawanye tu..?")

19)
Aku takut gelap. Kalau tidur, bila tutup lampu aku akan pastikan lampu toilet terbukak. Tulaa, banyak tengok cerita seram.

20)
Aku menyampah betul dengan lelaki yang sangat-sangat memilih perempuan. Nak yang cantik, slim, perut kempis, kulit gebu.  Tapi diri sendiri boroi, pendek, gelap. Tolonglah jangan nak memilih okey. Kadang-kadang kita kena cermin diri kita sendiri tahu tak labuuu.?

21)
Aku suka warna warni & tengok pelangi. Kalau tengah drive aku sanggup berhenti tepi jalan. (kalau jalan lapang laa)

22)
Teringin nak pergi angkasa. Tapi taknak jadi angkawasawanita. Nak jalan-jalan aje. Mana lah tahu jumpa alien dan kehidupan lain ke.

23) 
Aku sangat suka pergi pulau. Suka snorkelling, tengok ikan dan bagi ikan makan. Pernah terfikir tak, sebenarnya hidupan laut berganda-ganda banyaknya berbanding hidupan darat. Sebab 70% bumi ni dilitupi air. 30% je darat. Korang bayangkan lah apa khazanah dan hidupan yang ada dalam laut tu. MasyaAllah.

24)
Ohhh! Aku juga suka cendol lebih-lebih lagi cendol pulut. Nyum-nyum~

25)
Rupanya aku dah sampai kat number 25. Yeay! Dah siap tag ni rupanya!!

Ditamatkan dengan Alhamdulillah~

Ok, aku mahu tag anda semua!!! cepat buat!



Monday, November 22, 2010

Malam Para Gadis

 *sila abaikan mekap express tak sampai 10 minit dan mata panda lagi tengah mengantuk.. T_T *

Salam & good morning semua.

Ni salah satu entry yang terlepas nak post. Sehari sebelum aku pergi futsal tuh. Sebenarnya ni malam dinner. Ni first time aku hadiri grand dinner. Malam tu Malam Pra Graduan (MPG).Untuk fakulti aku.Aku tak puas hati betul. Sebab ada tema.Red Rose Black Night. Erkkkhh!! Apakah??Kenapa mesti warna hitam merah? Gothic? Tuxedo Mask? Mula-mula rasa macam malas nak pergi sebab banyak kerja.Tula,siapa suruh buat 24 Oktober.Dah hujung sem.Banyak kerja maah. Pagi hari yang ada dinner tu ada presentation research paper.Esok lepas dinner ada submission assignment. Tapi redah jugak.Masa lunch sampai petang cari baju dengan kawan-kawan.Hari yang ada dinner hari itu baru nak cari baju.huhu..Susah tahu tak nak cari warna merah? T_T nak hitam macam common sangat.

Nampak sangat aku yang banyak songeh. Seriously rushing giler sebab kami ni perempuan. Nak cari gaun,alamak.Sexy, kena cari jaket. Nak cari tudung lagi. Arghhhh! Kasut lagi.Seluar apa. Seriously rushing. Tapi nasib lah aku ni tak cerewet sangat. Nampak yang agak-agak macam boleh-boleh tu aku redah aje. Boot tu pun aku paw adik aku punya. Takkan nak beli kasut semata-mata sebab dinner yang 2,3 jam je kan..hekhek..

Ermm...adakah combination warna ini sesuai untuk aku? Sila jawab dengan jujur..

*scroll bawah untuk gambar-gambar tak seberapa*

Saturday, November 20, 2010

Saya Dah Tengok Movie Skyline.Bukan 2 alam ehhh.

Semalam aku dating.  =)  =)  =)


Ohhh, kami menonton wayang movie Skyline sebab tertarik tengok poster dia. Mula-mula dengar nama ingatkan pasal kereta. Selalunya sebelum tengok wayang aku akan review trailer & sinopsis dia serta para pelakon lagi pengarah. Penerbit aku tak usha eh.. Uhuks,uhukss~  Tapi entah kenapa tak sempat pulak nak usha kat internet.



Jadi ni sekadar review pendek lah kot untuk movie ni. Hurmmm..mungkin dalam 5 bintang aku bagi 2.5-3 bintang je kot. Entah lah..aku rasa cerita ni dah best. Banyak betul suspen sampai aku yang rasa nak terjerit-jerit. Rasa macam aku yang nak lari-lari bila alien dah menawan bandar. Pendek kata aku yang nak jadi heroin lah kiranya. Muahahaha..

Sinopsis ringkas-

         Tentang sekumpulan kawan yang terperangkap dalam sebuah bangunan kerana ada satu malam dimana Space ship dari outer space yakni UFO kot datang menyerang. Semua manusia disedut masuk dalam space ship tu. Diikat sebenarnya. Alien kecil-kecil macam sotong Paul the Octopus (innalillah Paul..) berterbangan bunuh manusia kat bandar tu. Tapi dia bunuh bukan sebab saja-saja nak bunuh. Tapi sebab nak ambil otak. Yer otakkkk~ (sila sebut macam dalam Zombie Kampung Pisang). Otak tu ibarat jantung alien tu. Bila dia dah kena tembak atau mati dia boleh hidup balik dengan menukar otak tu. Otak tu diambil dengan cara memisahkan badan manusia dengan kepala. Potong kepala la kiranya.Sebab tu alien ni sedut semua manusia kat bandar tu.Sebab nak survive space ship dia dengan segala jenis alien. Dalam movie ni dia tunjuk la apa jadi masa Day 1, day 2, day 3..

          Semuanya tentang bagaimana kumpulan ni nak melepaskan diri. Tapi semua mati tinggallah couple yang loving ni. Mereka dah banyak kali diserang sampai lah si lelaki ni dah cedera dan tak larat sangat. Dia meminta gf dia lari tapi gf dia nak stay jugak! (kau ingat ni Hindustan ke apa?) Tapi gf dia tak nak..Maka mereka pasrah dan biarkan diri disedut naik space ship tu. Ohh..rupanya perempuan tu masih hidup lah di atas space ship tu. Sebab dia sekadar diikat, belum kena putuskan kepala lagi. Makanya dia berlari-lari dan mencari bf dia. Tapi tak sempat sebab bf dia dah diangkat dan diputuskan kepala.. T_T sedih gilerrr.. Lepas tu memandangkan perempuan ni mengandung aku taktahu lah kes special apa dia ni tapi perempuan ni dimasukkan kat satu saluran untuk reborn alien yang mengganas kat darat (ni yang berkaki pulak,bukan yang terbang macam alien sotong Paul tu) Guess what? Alien yang satu tu direborn memakai otak bf yang dah mati tu. Makanya alien berkaki tu memberontak la untuk selamatkan gf dia. Sebab masa dia jadi manusia dia terlalu sayang gf dia. Jadi otak dia macam tak compatible dengan badan alien tuh sebab tula dia mengganas -THE END-

        Movie ni tunjuk sampai alien bf tu jumpa gf dia aje untuk selamatkan. Gf dia cam dia pun sebab alien tu buat satu trademark kat dia (ok part tu suweet laaa) tapi sampai situ aje wehhh??? The End?? then apa jadi dengan space ship bapak besar tuh? Alien sotong Paul yang annoying tuh pulak?? bebas? Arghhhh! Tension aku tengok movie tergantung macam ni! Tapi graphic dia memang la best. Tapi aku pentingkan plot cerita wehhhh...  T_T dalam karangan penulisan pun ada penutup kenapa kau sekadar isi dan klimaks?  Frust~


p/s: Sorrylah kalau anda tak paham dengan sinopsis aku yang kononnya ringkas ni. Aku masih frust dan ngantuk sebab dah pukul 3 pagi .Tadi ingat nak tidur tapi jiwa resah lak tak dapat luahkan. Ishhh~ aku harap movie tu akan bersambung dalam mimpi aku. Ok nak tidur cepat nanti tergantung lagi.Bye~..Good Night!!!!!!

Thursday, November 18, 2010

Siapa Mahu Jadi Model Bertudung?

Okeyh! Okeyh! Hati berdebar-debar.Kenapa pula aku yang nak berdebar ni nyah? Ok lurus kepada point. Aku terjumpa satu link ke website Fareeda. Aku rasa macam best pulak tengok gambar perempuan lawa kat website tuh. Tak, aku usha tudung yang digayakan lah. Tak pernah beli tudung layer-layer macam ni. Sekali rupanya ada pencarian model bertudung Fareeda. Ok,boleh klik gambar untuk terus ke website atau baca details dibawah okey.

Eh jap, sesiapa yang ada rasa jiwa sengsara sua rasa (serius ayat takde maksud) nak jadi model bertudung tu boleh lah jadikan pencarian ini sebagai platform untuk anda. Yerrr,tudungnya agak mahal la juga nak jadikan sebagai bukti pembelian kan. Tapi sesiapa yang mampu dan betul-betul berminat bolehlah join ye tawan-tawan yang comel lote. AMARAN KERAS: Lelaki jangan masuk eh. Nak ajak adik kakak,mak dan awek boleh..


ALHAMDULILLAH...ni entri yang terlepas nak post.

Salam semua..  =)  =)  =)

Nah, gambar sajian sebagai mukadimah.Haha. Ni gambar 3 minggu sebelum exam tak silap. Lepas duty di kolam aku terus ajak Nisa dinner. Bila jumpa dia tiba-tiba ajak gi Subang Jaya, kawan sekolah buat futsal. Dia kata jumpa kejap pun jadila sebab tahu aku busy.Huhuhu..Maka dengan berpakaian sempoi dan muka basinya tanpa mekap berbedak tabur berbedak padat berbedak tepung gomaknye ikut ajelah.. sebab geng masa sekolah ada. =) =) =) bestnyeee.. dah nak 5 tahun dah habis sekolah rupanya.

*BFF & XOXO. please say we look younger than 22  ;p *

*the real me. the silly comot sophie with big nose, big eyes and whatever big panda eyebag*

Monday, November 15, 2010

PENGUMUMAN! Siapa Mahu Barang Comel Bernama Silly Bandz?

ATTENTION: Ini sticky entry. Post yang terbaru sila scroll entry kt bawah. Makaseh yer..

Apakah makhluk comel dalam gambar ni yer kawan-kawan? Jom scroll ke bawah untuk view apa yang aku mahu explain.hehe..Macam teruja! Teruja! rasa macam jadi sales girl.huhuhu.. Ok,tak.Aku tolong promote kawan aku punya barang. (barang?? ) ok dah scroll ke bawah!

Tuesday, November 9, 2010

Terima Kasih Mama Untuk Pelukan Itu.



Semalam aku rasa down sangat-sangat. Research Paper aku masih belum lengkap kata advisor aku. Ada yang masih tak teliti Aku sangat risau sebab 11 hb ni kena submit dengan hardcover. 10hb exam. Bila masa aku nak study for final paper? bila masa aku nak complete Research Paper?Bila masa nak hantar buat hardcover?

Aku balik rumah dengan hampa. Hampa sebab ramai yang tengah sibuk nak hantar hardcover dah. Aku balik Subang Jaya. Tapi aku tak dapat nak harapkan ayah aku kali ni. Walaupun dia sendiri seorang Prof, tapi aku keliru kalau dia check kerja aku. Sebab dia lulusan Ph.D Jadi expectation ayah aku dengan pensyarah aku berbeza. Bila ada dua advisor aku tahu aku akan serabut. Jadi aku stick dengan advisor aku sebab dia yang akan bagi markah,bukannya ayah aku. Mungkin aku salah pilih tajuk sebab lebih ke arah engineering, aku buat tajuk pasal water proofing to basement. mungkin salah aku jugak sebab awal-awal tak kumpul data cukup-cukup. huhu. Ya, ni semua salah sendiri.Tak baik salahkan tajuk atau orang ke apa.

Friday, November 5, 2010

PENGUMUMAN: Sudah Tiba Masanya Kita Exchange Link =)

Hye kawan-kawan. Ini entry type laju-laju. Aku mahu exchange link dengan kamu. Ya, kamu. Sesiapa sahaja, followers yang disayangi, yang datang ziarah tiba-tiba ke. Siapa mahu/sudi berexchange link dengan Sophie Al-Yahya yang comot momot ni boleh lah tinggalkan link kamu yer di ruangan comment. Yang dah dilinkan jangan ngada-ngada nak bagi link lagi.  Marilah sama-sama berganding bahu.Cewahh~

Ni link untuk blog Sophie Al-Yahya:
http://sophiealyahya.blogspot.com/

p/s: jangan main tipu eehhhh.. Tipu dosa mati seksa (ayat masa darjah kecik-kecik dulu)

Wednesday, November 3, 2010

Roti Kaya Berbulu

Tadi aku lunch tapi aku tak rasa macam nak makan nasi.
Jadi aku makan roti kaya. Alaaaa, macam roti canai dalam dia ada kaya tuuu..
Sedang sedap-sedap aku makan, aku ternampak sesuatu.
-
-
-
-
Sehelai BULU...
Yerrr..sehelai BULU yang macam panjang 1.5 cm dan kerinting.
Aku pandang mamak yang bertugas buat roti.
Terlihat tangannya.Yaaaa,memang berBULU kerinting.
Sekali ternampak baju dia. Tak berbutang bahagian paling atas..
Yaaaa..nampak BULU dada pula.
Masalahnya BULU tangan ke BULU dada kat roti aku tadi?
Masalahnya juga aku sangat GELI dengan kedua-duanya!!! 
Aku dah alihkan bahagian yang ada bulu tu.
tapi bila tengok balik beliau a.k.a bulu tu dah hilang.
Aku termakan bulu tu ke? T___T  Mamaaaa.....

p/s: tempat kejadian kat Restoran Khulafa' section 7. Mamak. Boleh tak aku nak sarankan semua pembuat roti diwajibkan memakai sarung tangan ketika membuat roti? atau adakah rasa umphnya akan berubah jadi tak sedap kalau tak kena tangan si penebar roti? mungkinkah ada enzyme atau organisma tertentu atau peluh yang membuatkan roti jadi sedap kalau tak pakai sarung tangan? Kesimpulannya lepas ni sebelum aku oder roti aku kena cek dulu tangan pekerja tu. Hukhukkk.. Kalau memang kedai mamak sia-sia lah aku cek kan.. (-_-")
 -
-
-
-
adakah...adakahhh ..aku cirit birit sekarang sebab termakan bulu? 
Arghh..stress!~

Tuesday, November 2, 2010

Mari Usha Tutorial Mewarna Menggunakan Water Colour!!

Okeyh, pertama sekali..walaupun namanya tutorial,tapi bukan aku yang tukang buat tutorial nih. Sekadar berkongsi satu website yang mengajar cara-cara dan teknik-teknik yang boleh kamu aplikasi dalam lukisan. Sebenarnya, melukis ni memerlukan bakat. Tapi anda takkan tahu samada anda berbakat atau tidak kalau tak mencuba. Orang kata bakat terpendam gitu. Jadi, yang paling penting ialah praktis. Kadang-kadang kena olah dulu baru boleh nampak bakat tu.Okey, untuk mengulas tentang tutorial ni, haaaaa!!!!! Let's check it out yaww!

Skill yang dipaparkan terbahagi kepada tiga. Serius senang paham! 
1. Basic Skills
2.Advanced Skills 1
3.Advanced Skills 2

Untuk Basic Skills, antara teknik yang ada:

 Lifting Wet Watercolor



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...