Thursday, August 25, 2011

Satu Lagu Untuk Motivate Kamu.


Ah, sebenarnya tajuk ni patutnya jadi 'Satu Lagu Untuk Motivate Aku'

Ok, takpe, aku nak berkongsi dengan semua pembaca tentang lagu dari eheh, penyanyi Youtube kesayangan aku Christina Grimmie. Pergh, dah ada album sekarang, dan dia sebagai composer lagu. Oh, hebatnya kau budak kecik. 

Tanpa melengahkan masa, tadaaaa! Silalah hayati lagu ni. Sebenarnya lagi feel kalau baca lirik sambil dengar lagu ni tanpa tengok video ni. Sebab nanti fokus korang lari kat "wah, comelnya Christina Grimmie ni!" atau "wah, style lah rambut ala tempurung dia!"

Aku rasa lagu ni sangat sesuai untuk semua orang, lebih-lebih lagi yang tengah rasa down ke apa kan. Macam bagi sumber inspirasi la. I loike~

So, enjoy!! and hayatilah setiap patah kata dalam lirik dia, semat sikit dalam hati tu. 





Advice- Christina Grimmie

Don't look down
Cause it's easy
You're falling from force
Just letting it take nature's course
Then picking it up when it's over

Don't be afraid
Cause the chances are there for the take
But treasure the choices you make
And know when you must take it slower

You may think you've had it rough
And try to give it up
But when you think you're stuck
Just go another way

CHORUS:
Don't let go of good times
And let the bad ones know you'll feel fine
And wear your heart out on your sleeve
Love is all, love is all you need

Don't be rushed
Cause hurrying causes mistakes
And make sure to give more than take
Cuz sharing your self brings you closer
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/c/christina_grimmie/advice.html ]
You may think you've had it rough
And try to give it up
But when you think you're stuck
Just go another way

CHORUS:
Don't let go of good times
And let the bad ones know you'll feel fine
And wear your heart out on your sleeve
Love is all you need

Feel with all your senses
Make sure to let down your defenses
There's just one way to make you see
Love is all, love is all you need

Take a chance now cause it's easy
Take a chance now for you and me
Take a chance now you can reach it
Take a chance for me

CHORUS:
Don't let go of good times
And let the bad ones know you'll feel fine
And wear your heart out on your sleeve
Love is all, love is all you need

Feel with all your senses
Make sure to let down your defenses
There's just one way to make you see
Love is all, love is all you need

Love is all you need
Love is all
Love is all
Love is all you need



p/s: Seriously rambut dia memang style!! Sebenarnya chorus dia buatkan rasa macam nak joget-joget pun ada. heh heh!


Tuesday, August 23, 2011

Ada Hati Yang Perlu Dijaga



Disebabkan blog adalah satu bahan bacaan yang public, aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengepost apa-apa yang berbaur peribadi. Makanya telah delete post sebelum ini. Sebab ada hati-hati yang perlu dijaga. Dan ada mata-mata yang akan membaca.

My bad.

We ended up in a good way. Don't wanna create a mess.
Not a chance to defeat or be defeated.
Choice has been made and I shouldn't brag.

Aja,aja FIGHTING!!  (^_^)V
Super Sophie is saving herself. =)
Moving on steadily. YEAH!!!!





Sunday, August 21, 2011

Giveaway from Moscow by Miszlullaby


Souvenir! Souvenir! (^___^) siapa tak suka cenderahati? (^___^) muka dah sangat happy dengan harapan dapat menang.

Harini aku dengan berbesar hatinya nak join Giveaway dari Mizzlullaby. Sebab dia dah habis study dah kat Moscow. Jadi dia  belikan saya pemenang hadiah lah dari Moscow. Kalau nak join, syarat-syaratnya begini: (copy paste dari blog ML)



SYARAT-SYARAT:


1)Buat satu entry bertajuk " Giveaway from Moscow by Miszlullaby"
2)Copy dan letakkan banner di atas dalam entry korang tu. Tak payah letak dekat sidebar. (klik je banner tu, jgn right klik coz ML disable kan right-click)
3)Be my FOLLOWER.
4)Masukkan link http://www.Miszlullaby.com dalam senarai bloglist korang.
5)Tag 5 orang rakan blogger and LET THEM KNOW.(err...janganla just tulis "saye tag sume orang dalam blog ni", coz nampak cam xde semangat je nak menang. hehe)
6)Kemudian, tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen di bawah.


Tarikh tutup : 30 August 2011


Hadiah dia best weh. T__T  memang NAK SANGAT-SANGAT!!! especially tumbler Starbucks tuh. huuu.


Sebenarnya kan, apa kata kalau korang tak payah join? boleh meningkatkan kebarangkalian aku menang nih. wakaka (gelak keji). Ok syarat-syarat semua aku dah follow. Makanya dengan ini, saya mahu ngetag:

1) Ila 
2)ezan
3)Liyana Aziz
4) hanaahmad
5)Pja Ismail

Sesiapa yang lain nak join pun boleh. Tapi saya nasihatkan jangan join, nanti mengurangkan kebarangkalian untuk saya menang. Wahaha. Ok, sangat kejam. Joinlaaa.. Joinlah.. T__T

Berbuka Puasa Di Nandos!

Assalamualaikum semua.. =)

Ini kali kedua lah kiranya berbuka puasa di luar bersama rakan. Buka puasa Jumaat lepas. Aku baru pulang dari office. Terus bergegas ke Nandos SACC Mall, Shah Alam. Hari Jumaat jalan selalu jem. Aku sampai pun dah nak dekat azan tau. hukhuk..

So kali ni aku berbuka puasa dengan kawan-kawan UiTM.Kawan pool. More to girls hang out lah. Tapi mostly ramai yang lagi muda dari aku je. (-_-') dan masih belajar.

Muka bahagia bau ayam Nandos je pun.

Partner in crime. Cik complicated room mate masa gi Perhentian. haha.

CAK!!!! Nandos memang best!!!

Kawan aku punya. Sob.sob..sob. Aku punya takde fries pun. Sebab order through phone. Kan I kerja. ;(

Areena belanja cakes Secret Recipe. Pandai dia beli beberapa slice instead of one whole cake. Boleh rasa macam-macam perisa. =)

Ceti. Siap catit kat buku lagi bayaran setiap orang berapa.

Jom cari surau. Tengok nama butik kat belakang. Chantek. Terima kasih =8)   
*hidung kembang*


OMG.. terasa macam hakak-hakak lah berpakaian kerja. hahah.


Sempat berjalan-jalan beli shawl dan lip gloss di Elianto. Wohooo..mood raya dah sampai nampaknya. 
Sebenarnya, thanks kat semua yang ada masa buka puasa ni. Walaupun dapat lepak sekejap je tapi gua tetap happy jumpa korang.  =) =) =)

Ni baru berbuka hari Jumaat. Nanti aku update hari esoknya yakni semalam. Berbuka bersama lecturer di Holiday Inn. Giler heaven lah makanan dia.. (^___^)V

Soalan Formspring: Kak Sophie, boleh terangkan pasal Diploma Bangunan?

Soalan Formspring yang aku terima baru-baru ini: (sebenarnya dah lama tapi entri ni berkepuk dalam draft so baru nak post sebab baru perasan tak post lagi.huhu.)

Salam Kak Sophie, boleh terangkan sikit tak pasal course diploma bangunan?

Okey, sejujurnya aku tak belajar kos bangunan tetapi senibina.Jadi senibina ni lebih kepada design bangunan la.  Tetapi aku ada kawan yang belajar kos ni. Kalau kat IPTA/ IPTS yang lain, aku kurang pasti macam mana. Tapi kalau kat UiTM aku tahu sikit la. Tapi secara basicnya,kalau dah namanya kos bangunan, subjek mungkin lebih kurang ajelah kat mana-mana pun.

Jadi berdasarkan sedikit pencarian aku, kalau kamu belajar dalam kos bangunan ni, subjek yang wajib biasanya building construction. Subjek ni macam belajar macam mana kamu bangunkan sesebuah bangunan tu. Bermula dari foundation, column, slabs, roof. Kamu kena belajar jointing macam mana, waterproofing macam mana. Banyak juga tentang material bangunan. Mungkin bancuhan concrete ke apa-apa jelah. Pada aku subjek ni sangat menarik. teheheee..

Kemudian mungkin ada subjek services kot. Services ni macam-macam jenis lah. Basicnya macam belajar water plumbing system ke. Bagaimana sistem saliran air diaplikasi dalam sesebuah bangunan, kat mana lubang keluar najisnya, kat mana nak letak tangki, kat mana loji tahi. Oops!! Lagi, service macam air cond ke. Kena belajar jenis-jenis sistem yang ada.

Building by Law.
Bukan nak jadi lawyer je kena belajar law. Dalam bidang bangunan ni, pun kena belajar law. Tapi tak sure lah untuk diploma bangunan by law dia macam mana. Kalau senibina, contoh by law dia macam tinggi satu step tangga tak boleh lebih dari berapa mm, lebar laluan lah, macam-macamlah.Semua benda yang korang nampak pada bangunan ada by law dia dari segi ukuran, bilangan dan keperluan.Tapi by law yang comply dengan Malaysia by law la.

Structures pun tak silap korang kena belajar kot. Macam kesinambungan dari construction tu. Tapi bezanya ialah ia merupakan subjek kiraan campur fizik. Contoh: berapa jarak yang boleh dijarakkan antara tiang ke tiang supaya dapat menampung beban lantai di tingkat atas. Pendek kata agak macam civil engineering lah. Tapi tak terlalu mendalam macam civil.

Site Surveying
Hurmm..yang ni aku tak pasti lah budak building buat macam mana. Mungkin lebih kurang macam budak archi jugak lah kot. Macam, kaji jenis tanah, supaya tahu jenis foundation apa yang sesuai untuk bangunan,pendek kata, mungkin kaji topografi camtulah dan macam-macam lagi tentang site,

Measurement and Estimating.
Memandangkan course Building ni lebih dikenali sebagai building surveyer,barangkali korang belajar estimate cost untuk pembinaan bangunan kot. Mungkin juga belajar buat BQ list (bill quantity). Yang ni aku agak kurang pasti sebab dah macam Quantity Sureyor pulak.

Sebenarnya apa yang aku explain ni macam tak meluas sangat lah. Aku cerita kasi adik-adik paham serba sikit lah kalau nak belajar bidang bangunan ni. Sebab basicnya adalah rata-rata lebih kurang. Yang beza banyak tu cuma kalau course yang banyak mereka (design) biasanya course yang ada subjek design macam Architecture, Interior design, Landscape architecture. Tapi kalau course yang hujung-hujung dia ada perkataan surveyer tu macam Building Surveyer, Quantity Surveyer, yang tu banyak kira-kira lah.

So untuk course Building ni, nanti mungkin kamu boleh jadi site supervisor bagi sesuatu construction ke. Nak jadi contractor pun layak kot..

So, aku tak sure lah apa yang aku share ni betul atau tak. Sesiapa nak tambah atau betulkan silakan. Marilah menambah info supaya orang lebih paham tambah-tambah lagi adik-adik yang masih blur nak belajar dalam bidang apa nanti.






Saturday, August 20, 2011

Tiba-tiba: Header Baru!

Memandangkan rupa-rupanya dah setahun lebih jugak lah aku berblogging, aku tak pernah-pernah nak tukar template. Entah, sayang pun ada. I kan setia. Uww~ Tapi, aku telah membuat perubahan dengan meletakkan header baru. Semoga anda jangan rasa macam tersesat bila masuk blog ni sebab header dah bertukar. hehehe..

Aku tahu ramai yang suka header lama. Aku banyak menerima pujian untuk header tersebut. Thanks to Abang Odio sebab buatkan. But this time, aku buat sendiri jelah sementara aku tengah rajin menatap laptop. Terasa lebih "aku" dengan header baru. Chewah~  dalam sehari kalau tak poyo memang tak sah!  (@___@)

Ok, selamat malam!


on second thought, terasa macam patut remain gambar yang belah kiri aje. Yang belah kanan tu tak payah. What do you think? Ah malasnyee nak tukar. 

Ehh, ok, selamat malam again. Bye-bye.


Sunday, August 14, 2011

Wordless Sunday. I Miss U Too =)

Taklah wordless mana pun. Haha. Terharu ada orang rindu
T_T
Girlfriends,
Bestfriends..
I love all of you.
MMUAAAHHH!! (gedik!)



p/s: Copi tu nama glemer di kalangan kawan rapat. Haha.. 
Weekeend ni Sabtu dan Ahad kena masuk kerja. Takpe, dapat OT nanti boleh berjoli pergi spa terus. wahaha. Over mak~  Yeayyy, esok berbuka bersama besties =) Tak sabar. 



Saturday, August 13, 2011

Hakikat Inner Conflict- Jangan Jadi Seorang Yang Membosankan!

Assalamualaikum.

Hai semua!! Apa khabar? (^_^)
It's weekend! wajib tulis entri baru!

Ok sebenarnya aku terpanggil untuk menulis entri ni sebab aku baca entri Namee ni yang aku rasa ada kena mengena sikit lah dengan diri aku suatu masa dahulu, tidak lagi sekarang. Chewah~

Dulu kan, aku selalu rasa rendah diri giler. Masa sekolah rendah agak pendiam. Sampai lah setiap tahun bila parents kena datang ambil report card anak, setiap tahun mesti cikgu tulis kat ruang laporan tu yang aku seorang yang pendiam. Huh! Lepas tu rasa macam malu sangat nak bergaul dengan orang ramai. Tak tahulah kenapa. Masa sekolah agama pula Ustazah tiba-tiba pilih aku jadi pengawas. Kan kat sekolah agama student kan dari sekolah kebangsaan yang berbeza. Teringat masa sekolah rendah agama aku ramai peminat (perkataan ramai tu macam agak over la sebenarnya tau.ceh!). Aku dapat surat cinta kat bawah meja. Siap ada orang mintak aku tulis biodata kat buku biodata yang dulu-dulu bebudak perempuan selalu ada tula sebab nak tunjuk kat budak-budak sekolah dia yang dia dah dapat biodata aku. Ceh tak boleh belah! Macam star padahal baru darjah 5,6 macam tu.

Walaupun begitu, aku tak pula berbangga. Sebab macam yang aku katakan tadi. Aku sangat low self esteem sebab terasa diri sangat kekurangan. Aku pun tak pasti kenapa dulu aku begitu. Padahal waktu tu ada orang kata nak jadi macam aku. Gila ah! Then ada seseorang ni yang buatkan aku macam envy sangat kat dia. Dia cantik, pandai, kulit gebu gebas, slim. Semua lah yang perempuan idam-idamkan. Sampaikan aku rasa macam nak jadi macam dia. Nak ada stail macam dia, nak senyum macam dia, nak jalan macam dia, semuanya nak jadi macam dia. Giler copy cat doe!

TAPI..
Semakin aku membesar, aku semakin matang. Tambahan pula aku ni suka baca bahan ilmiah yang berbentuk motivasi.

Bagi aku, kita adalah kita. Kita cuma ada satu aje dalam dunia ni. Kita unik. Setiap orang ada keunikan tersendiri.Setiap orang ada kecantikan dan keburukan sendiri. Cantik terlalu subjektif. Kadang-kadang ada orang cantik dan hensem, tapi personaliti dia tak menarik. atau membosankan keee.. Opps!

Kalau lah SEMUA perempuan nak jadi cantik dan gaya macam Fazura.. 
Bosan walaupun cantik..



 Kalaulah SEMUA perempuan nak jadi macam Jessica Alba. Aww~ memanglah sweet TAPI..
Bosan..

Kalau lah SEMUA perempuan nak jadi macam Megan Fox.
BOSANnya dunia nih.
Ye tak?

Maka kita haruslah ada variasi. Kepelbagaian personaliti. Barulah hidup ni ada corak sikit. Ada color gitu. Kita tak boleh tiru, atau cuba nak jadi orang lain. Itu menyalahi undang-undang peribadi kamu! (cakap macam nada lawyer sikit)

Kita kena ada?
KEPELBAGAIAN..
VARIASI..
PENERIMAAN DENGAN DIRI SENDIRI..

Yang penting, yakin dengan diri sendiri untuk berdepan dengan orang ramai. Hakikatnya aku masih seorang yang pemalu. Huahua. Tapi yang penting, muka harus slumber! Kadang-kadang kita terlalu fikirkan apa yang orang lain fikir pasal kita. Hakikatnya, hello~?? Siapa lah kita ni pada mereka untuk dirfikirkan? Artis pun tak, blogger famous pun belum tentu dikenali di dunia realiti. Apa yang kita rasa orang lain fikirkan pasal kita tu, sebenarnya kadang-kadang mereka tak fikir apa pun. Kita je yang over lebih atau memerasankan diri sekejap. 

Kalau rasa hidung kita penyet, fikirlah, hidung tu yang membuatkan kamu unik, yang orang lain takde. Kalau rasa ada benda atau bahagian dalam diri kamu yang kamu tak suka, tukarkan perasaan tu jadi something yang positif. Tukarkan pada something yang kamu suka sebab benda tu takde pada orang lain. Macam, kalau kau botak, terima lah seadanya sebab bukan senang nak botak kan?  T__T   
So yeah! Setelah membaca banyak (banyaklah sangat.huhu..) buku motivasi, aku rasa macam.. Ahhh~ lupakan mahu menjadi seperti orang lain. 

Sebab AKU adalah AKU.
Aku cuma ada SATU. kan?  (^_^)V
So yeayyyy!! Aku memang unik. 


Bila ada kepelbagaian dan variasi, hidup ni akan lebih bermakna. Bermacam-macam orang yang kita boleh jumpa dan nilai. Kalau semua orang adalah sama.. BOSAN laa hidup ni.

Jadi janganlah rasa sangat-sangat rendah diri dengan diri sendiri. Tapi janganlah over confident pulak. Tampor kang! Sekadar kita tahu kita mampu berdepan dengan dunia dalam situasi yang berbeza pun cukuplah =)

*SMILE*
IKHLAS NIH.. =B

Yeahhh!!!

p/s: Eh sekarang aku dah tak pendiam doh. Dulu masa mak aku amek report card mak aku gelak aje. Mak aku kata "elehh, kat rumah bising.. kat sekolah diam. Apa lah! " 
Tapi bila bekerja, rasa macam seorang yang berbeza pula. Sebab di kebanyakan masanya aku kena fokus dengan drawings. Bila fokus, aku suka diam. Kalau aku ngantuk atau bosan, baru aku sembang dengan orang. Tapi abang sebelah aku haritu kata "Amboi, dulu kalau ngantuk ajak sembang, cakap "Bang, boraklah dengan saya, saya ngantuk ni.." Sekarang nak ajak sembang pun susah. Tengok PC je.Serius habis!" kikiki..Tergelak aku dengar abang tu komplen.






Friday, August 12, 2011

Skyscraper



You can take everything I have
You can break everything I am
Like i'm made of glass
Like i'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper!
Like a skyscraper!

Sunday, August 7, 2011

Pulau Perhentian- Day Three. Yummeh!

Assalamualaikum..

Hai semua!!!! Sorry ambil masa seminggu pula nak update hari ketiga di Pulau Perhentian. Okeh, tanpa merepek dengan lebih banyak di bulan puasa ni, aku terus story mory kat kamu semua tentang hari ketiga di Pulau Perhentian okeh. 

Hari ketiga, hari kami patut pulang. Tapi disebabkan bot kami pukul 4pm, maka kami beriadah lah dulu. Pagi tu, aku dah semangat dah nak mandi laut. Wee~

Kami gegirls bermandian di bawah jeti ni. Banyak sangat ikan. 

Wey korang nampak tak ikan-ikan kat batu-batuan tuh? 

Menenangkan hati setelah melalui hari-hari yang tak berapa best.. 
AKU JIWA BEBAS.

KAMI JIWA BEBAS

Berenang di lautan memang best. Tapi susah sikit sebab ada arus. Tapi feeling dia wa cakap lu. Hati rasa lapang. Aku pun tak tahu kenapa. Sebab laut kan luas. Aku rasa macam boleh pergi mana-mana aje. Kalau di pool, kan bentuk empat segi aje. huhu.. 

*thanks to Hannah sebab tak nak mandi so dia lah jadi photographer.haha.*

Dan ramai juga main volley ball. Aku tak berapa pandai main. Jadi aku tak main lah sebab aku tahu kalau aku pukul bola, nanti bola terpelanting kat belakang bukan ke depan. Iskk!!

*vain*
Setelah mandi manda dan bersiap bedak tepek nala punya tebai macam 10 inci gitu sebab sebenarnya dah sunburn, aku dan kawan-kawan pun terasa lapar sebab pagi tu terlupa nak breakfast kan. Bangun-bangun terus macam budak-budak, eksaited nak pergi mandi laut.

TAPI TAHU TAK APA YANG LAGI EKSAITED?
Makan di Senja Bay Resort!! Tahu tak selama 3 hari kitorang kat sini, bila nak balik baru pergi Senja Bay ni.Rugi, rugi.. Tahu tak makanan dia best-best? Harga pula sangatlah berpatutan! Biasanya kalau pergi pulau kan, harga mesti mahal, lepas tu tak sedap pulak tuh. Rasa macam nak mintak balik je duit. Tapi kat Senja Bay ni, memang sedap!!! Aku yang tak pernah-pernah nak makan second round siap bagitahu kawan aku, "wey, ni kita kena buat second round ni.Rasa macam nak rasa semua makanan dia."

*homaigod muka bapak eksaited. Tak tahu ke orang lain tengah berpuasa aku pergi post gambar ni apasal entah*

Aku paling tak boleh lupa ice blended dia. RM 8 tak silap aku. Tapi kalau tempat lain, gelas mesti kecik. Yang ni gelas da besar, siap meninggi lagi ice blended dia. Ternganga lagi terliur aku tengok bila orang lain punya order dah sampai.

Aku punya strawberry blended. Siap ada bola-bola kecil warna pink lagi. 

Dan spaghetti carbonara yang umph~  irresistible bebeh 

Second round nak makan chocolate pancake pulak, tapi tak sampai suku dah tak boleh habiskan dah. Tula, orang tamak kan selalu rugi. Nasib baik aku bungkus, bagi kawan yang lapar lepas swim. haha. *adik-adik sila jangan ikut perangai tamak begini yer, ingat, orang tamak selalu rugi*
Tapi lepas strawberry blended, aku order Mars blended. Giler nak meletop BOM KEBABOOOM dah perut. Eh sedap sangat-sangat. Bayangkan cokelet brand Mars tu, buat ice blended. Wallaweeeeiii.. 
*mesti korang terliur kan? Ooops sorry, lupa tengah puasa*

Hannah punya Mango ice blended.Pun best!!!

Pemandangan dari atas. Sebab tempat kami makan nih macam tinggi sikit.

*image from Google*
Macam ni la Senja Bay Resort Restaurant tu. Aku dengan kawan-kawan duduk kat atas.Menikmati pemandangan di luar.

Ingat!! Kalau pergi Pergi Pulau Perhentian Kecil silalah datang makan di Senja Bay ni. Oh, dia ada resort sekali yang betul-betul menghadap laut. Ok, bye-bye, semoga kita berjumpa lagi!!!!

Bot nak angkut kami balik. Sob..sob..sob.. Senja Bay..Sob.sob..sob..  T_T








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...