Monday, January 14, 2013

Cara-cara Sambung Belajar di Luar Negara

Bismillahirahmanirrahim..

Akhirnya aku berjaya curi masa untuk menulis tentang cara-cara bagaimana nak apply study di luar negara nih.

Setiap orang mungkin ada cara sendiri lah macam mana mereka apply sambung belajar kan, tapi ni aku cerita pengalaman aku sendiri jela eh. So entri ni akan menceritakan tetang 4 perkara yakni:

A) Permohonan masuk universiti.
B) Permohonan pinjaman/biasiswa
C) Permohonan Visa
D)Cara pilih universiti


Okey, tanpa mengulas lebih lanjut, saya masuk pada isi pertama. Tapi sebelum tu nak bagitahu, saya sambung belajar sebagai pasca siswazah (postgrad). Jadi kalau awak dari lepasan SPM nak sambung belajar di luar negara sebagai undergrad tu caranya mungkin berbeza sikitlah.

A) Permohonan masuk universiti.
Anda boleh memilih untuk memohon sendiri iaitu dengan berhubung terus dengan universiti yang anda mahu, cuma kekurangannya disini ialah entah berapa lama pula nak tunggu pihak universiti tu reply. Ada yang berjaya memohon sendiri, ada yang dah sampai overseas baru terima maklum balas. Jadinya, saya telah menggunakan agent education untuk guide saya dalam permohonan masuk universiti. Ohya, jangan risau berapa kena bayar sebab zero. Kita tak payah bayar apa-apa kat agent ni sebab kalau kita dapat masuk universiti tu, pihak universiti sendiri akan bayar pada agent sebab dah bawa masuk student ke universiti mereka. Agent yang saya guna adalah:

GEN Education.

Macam-macam agent education ada kat Malaysia. & macam-macam juga feed back orang pasal agent education yang ada di Malaysia. Ada yang complain cakap agent diorang tak bagus lah, lambat lah, dah dapat uni baru diorang akan guide dalam permohonan VISA dan tiket flight lah *amboii*. Tapi so far yang saya guna yang bertempat di Subang Jaya ni ok. Sebab dari permohonan universiti sampai nak buat VISA, then book ticket flight agent saya tu guide. Ohya nama beliau Joanne. (kot-kot korang rasa nak pakai agent yang sama kan)
 
[Edit pada 15 Oktober 2020 : Untuk pengetahuan, GEN Education telah bertukar nama kepada TEDvisory. Ada yang fikir ni company scam tapi tidak ya. Good news pada anda, Joanne juga masih ada bekerja di sana.]
 



 Boleh ke website TEDvisory :
 Boleh contact secara terus dengan Joanne di :
 Edit : Saya telah menceritakan pengalaman saya menggunakan khidmat Gen Education (Sekarang dikenali sebagai Tedvisory di sini :

 

Jadi apa document yang saya kena prepare masa nak memohon masuk universiti?

1) Portfolio (jika anda student architecture atau arts, etc yang memerlukan portfolio)

2) Dua Reference letter (yang ni saya minta dari bos *kalau dah bekerja* dengan pensyarah kat UiTM)

3) Personal Statement (basically kenapa awak nak belajar di universiti tu atau di negara tu. Boleh google search)

4) Sijil SPM

5) Sijil degree

6) Transkrip

7) Updated Resume (macam resume nak minta kerja sikit. Basically update pasal latest achievement/working experience)

8) IELTS (yang ni dah dapat conditional offer dari universiti baru saya buat)


Lepas prepare semua document ni, Joanne hantar permohonan saya ke universiti yang saya pilih. Selepas permohonan saya lulus, saya terima Conditional Offer dari pihak universiti. Ada 3 perkara yang saya kena bagi supaya offer saya ditukar dari Conditional Offer kepada Unconditional Offer. Perkara tersebut adalah:

1) IELTS (ni English test untuk ke UK.ada requirement berapa yang awak kena dapat untuk lepas)
2) Passport
3) Financial Affidavit (macam pernyata kewangan yang support studies & cost of living di UK nanti. Basically, saya punya Financial Affidavit adalah dari MARA)

So next, masuk pada bahagian kedua.

B)Permohonan pinjaman/biasiswa
Ada je lagi pilihan yang kalian boleh guna untuk mohon biasiswa/pinjaman tapi saya mohon MARA. Saya mohon MARA selepas saya dapat universiti. Macam mana nak tahu bila MARA buka permohonan? Kena selalu check website MARA. Dulu saya mohon tak silap saya dalam bulan 3 ke 4 macam tu. Selepas permohonan saya lulus, saya kena sediakan document untuk MARA. Banyak juga kena prepare. Yang ni antara yang saya catit lah dalam diari sebab tak ingat semua.

1) Borang eduloan (daftar selepas dapat Unconditional Offer dari universiti). Dalam borang eduloan ni banyak lagi document yang anda kena sediakan macam document mak ayah, salinan IC mereka, penyata gaji penjamin sebanyak dua orang, sijil-sijil akademik, etc. maaf dah tak save apa yang kena ada)

2) Salinan surat tawaran bersyarat MARA & borang pengesahan penerimaan/penolakan bantuan pelajaran MARA. (disediakan oleh MARA)

3) Unconditional Offer (dari pihak universiti) & struktur yuran pengajian.

4) Surat perlepasan/ penangguhan kontrak perkhidmatan/ bayaran balik pinjaman dari badan terdahulu (ex: PTPTN)

5) Surat kelulusan cuti belajar tanpa gaji/ perletakan jawatan dari majikan.

6) Keputusan IELTS

7) Medical Check Up 

8) Borang Soalan Keselamatan (disediakan oleh pihak MARA)

9) Borang permohonan BTN (disediakan oleh pihak MARA)

Again, ni adalah dokumen yang saya kena sediakan. Lain pihak mungkin berbeza requirement dia. Untuk lebih selamat, saya memang apply universiti dulu baru mohon MARA. Tapi ada juga yang mohon MARA dulu baru mohon universiti. Bergantung pada keadaan individu lah kot.

C) Permohonan Visa

Ok sambung, selepas semua document MARA ni setel, barulah boleh dapatkan Financial Statement dari MARA dan CAS letter dari pihak universiti which is VERY,VERY IMPORTANT kalau nak apply Visa nanti. Financial Affidavit sahaja tidak mencukupi. Lagi, permohonan nak buat Visa kena ada.

1) Transkrip
2)Degree Certificate
3) IELTS
4) Financial Statement
5) Gambar
6) Bank draft (untuk proses Visa)
7) CAS letter (dapatkan dari universiti selepas dapat Financial Statement.Lain negara, lain course atau programe mungkin lain jenis letter yang setaraf dari uni.)
8) Old & New passport

D) Cara pilih universiti

1)Course
Kebanyakan orang memang akan pilih universiti yang top ranking. Paling tak pun top ranking dalam bidang yang diceburi. Macam saya, saya study architecture. Saya tanya dulu kawan-kawan yang study architecture di universiti lain macam mana. Sebab architecture ni, lain universiti lain approach nya. Saya bukan jenis yang minat belajar architecture tapi terlalu conceptual atau theoretical atau pelik-pelik *bagi saya pelik la bagi oranag lain mungkin tak.. Contoh: study pasal music/sound then macam mana nak apply dalam architecture.zzZzzz.. saya kira saya lebih kepada technical & practical. Something yang akan membantu saya bila saya sambung kerja nanti. Course lain, bergantung. Boleh lah dikejar top ranking universities.

2) Tempat & makanan
Kalau anda muslim, lebih afdhal mencari tempat yang senang dapat sumber makanan halal. Sebelum study di sini, kawan sekerja yang pernah study di UK pernah pesan, pilih bandar yang kita akan rasa ok untuk tinggal. Macam, ada entertainment ke, ada shopping complex, wayang, kemudahan senang. Sebab ada gak tempat yang mcam contryside sikit yang susah nak dapat kemudahan. Belajar di luar negara ni bukan senang. Jauh dari family jadi kadang-kadang bila nak keluar rumah tu nak la tengok something yang best kan.

3) Cost of living.
Kalau duduk di London, sewa rumah dia mahal betul. Contoh eh, kawan saya tinggal di London bayar GBP 400 sebulan. Bilik share dengan kawan lagi sorang. Saya di Birmingham bayar GBP 75 sebulan, bilik share dengan kawan. Tak termasuk bil api air. Kalau kawan sebilik saya habis belajar & saya ambil bilik tu sorang pun saya kena bayar GBP 150 sebulan.Bil api air pun tak lebih GBP 100 sebulan untuk seorang. Nampak tak beza yang ketara disitu? Tu baru pasal sewa. Makanan pun sama. Biasanya kalau dah tempat sewa pun mahal, makanan pun bakal mahal juge. Alhamdulillah duduk di Birmingham ni cost of living tak terlalu mahal maka dapatlah save duit elaun banyak sikit. heheh.. (tu yang adik aku kat rumah sikit-sikit, kak belanjee ni, belanjee tuw..amboii sungguh!) Er, cumanya Birmingham ni terlalu multiracial ada sedikit confuse kau kat negara omputeh ke apa.haha..

p/s: Document yang ada ni mungkin nampak macam tak banyak. Tapi nak uruskan penyediaan document ni, Ya Allah..Tuhan je yang tahu betapa terkejar-kejarnya, betapa kadang-kadang perkara yang mustahil boleh berlaku time kita rush sana sini sebab nak kejar tarikh nak hantar. Kadang-kadang bukan semua document boleh siap serentak, kadang-kadang nak dapatkan document tu, kena prepare lagi document yang lain. Macam tula perumpamaannya.  Entah berapa kali aku naik turun pejabat MARA sebab call tak dapat asyik busy je line. Bukan aku je, kawan-kawan lain pun ada jela cerita masing-masing. Tapi bila dah jejakkan kaki kat negara orang. Fiuhhh~ terasa berbaloi segalanya. Cuma kena berdepan dengan cabaran baru pula. =)  

Pada yang ada cita-cita nak apply sambung belajar di luar negara tu, teruskan cita-cita anda. Belajar dalam negara tu, bagus juga. Belajar architecture dalam negara pun dah cukup bagus. Cuma, pendedahan pada environment yang berbeza tu, bukan senang nak dapat pengalaman tu. Jadi, jangan putus asa dengan cepat ok. Usaha kena ada. Rezeki bukan datang bergolek depan mata. 


All the best! 
*lately camni lah life kat library. Book bilik 6 orang tapi aku sorang je conquer.Muahaha.. Siapa suruh takde studio..*




p/s : Saya telah menulis 2 lagi post entri susulan selepas entri ini. Kalian digalakkan membaca postings ini :

1) Pengalaman Dengan Tedvisory
2) Pengalaman Belajar di Birmingham, United Kingdom











Saturday, January 5, 2013

Jihad

Bila ditanya antara kerja dan belajar, mana satu yang kamu lebih suka?

Aku, dua-dua tak suka. Camne tuh? hehehe. Nak jadi apa kau ni Sophie?

Aku fikir, dari tadika kita kena belajar.

Tadika -2 tahun
Sekolah Rendah- 6 tahun
Sekolah Menengah- 5 tahun
Degree - 4 tahun
Master- 2 tahun (Tapi baru 4 bulan belajar)

Jadi total masuk institusi untuk belajar ialah 19 tahun. Hampir 80% daripada jangkamasa aku hidup sampai sekarang. Oleh itu, sebenarnya aku tak nafikan, belajar tu bagus, ilmu semua tu yang membentuk kita sampai sekarang. Tapi kadang-kadang, penat kan belajar ni?

Pressure belajar lain, pressure kerja lain. Tapi lepas bekerja, aku rasa macam aku lagi suka kerja daripada belajar. Aku lebih suka praktikal, realiti, walaupun ada sesetengah orang rasa bosan dengan kerja sebab hari-hari mengadap benda yang sama. Bila dah bekerja dan masuk belajar balik, terasa momentum nak study tu menurun sikit. Ish, tak memberangsangkan betul. Kalau dulu okey lagi nak stay up tak tidur. Sekarang? Stay up pun harus tidur gak. Ciri-ciri umur semakin menambah memang beginikah?

Sebenarnya, aku sedia tahu, kalau tak belajar tinggi-tinggi pun tak semestinya takkan berjaya. Bak lirik lagu Mentera Beradu "Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap dan bersalaman". Yer, lirik ni pun aku sokong juga.  Apa yang penting azam, usaha & konsisten.

Kalau bukan sebab nak grab Part 2 LAM, aku rasa aku dah taknak belajar. Tapi sebab dari awal study architecture lagi aku dah sematkan dalam otak yang aku nak complete 6 tahun belajar senibina untuk membolehkan aku jadi arkitek, aku gagahi juga. T__T  Penat weyy..dah macam medic je course aku ni.

Aku fikir macam ni aje, bukan senang untuk senang. Untuk dapat peluang belajar di negara orang pun bukan senang. Aku ni antara yang terpilih ni janganlah tak bersemangat pula kan? Ada orang, mungkin tak bernasib baik, mungkin hidup terlalu susah sampai tak dapat nak bersekolah pun, mahupun belajar di universiti. Jadi, janganlah kita mengeluh. Sesiapa yang masih study lagi, jom lah berjuang. Aku menaip ni pun dalam library. huuuu.. library dah jadi studio aku. Sebab bulan ni 24 hours bukak sebab orang nak exam.


p/s: Bila aku call mak aku & dia tanya camna study? Aku jawab ok je. Pastu dia tanya "taknak sambung phD ke?" dan aku rasa macam....zzZZZZZzzzzzZZZZzz... sambung Master pun rasa macam orang yang lost di tengah gurun sedang mencari air.. Aku rasa macam tak mampu nak sambung phD. Aku tak suka buat thesis sebenarnya. Tulis blog takpela..mengarut je banyak. huahua..Kesalahan tatabahasa pun takda orang nak kesah. Ok, aku nak sambung buat essay. Bye..





Wednesday, January 2, 2013

Selamat Datang 2013. Selamat Tahun Baru Semua!






Assalamualaikum..Hai semua!!!

Apa perasaan tahun baru? Tahun lepas aku pergi tengok fireworks kat KLCC. Tahun ni kat area rumah aku aje. Tak berapa best lah macam kat KLCC. Sedih betul. Aku kalau dapat tengok fireworks depan mata, terpegun je rasa. Mata belip-belip sambil senyum puas. Cantik dan berseni. Tahun ni tengok dari jauh je so tak berapa feel.

Anyway, tahun lepas, aku pernah bagitahu aku rasa something "big" is coming which is aku rasa ialah aku sekarang berada di UK lah, sesuatu yang tak ku rancang langsung. Tahun 2013 ni, aku tak rasa apa-apa sangat. Jadi rasanya constant dengan pembelajaran ajelah kot.

Aku sangat berharap dapat update blog sebab nak share pengalaman bercuti di Amsterdam dan sebab ada beberapa orang tanya camne nak apply sambung study di oversea ni.aduhhh.. 
Sekarang sibuk dengan assignments. Harap maklum. Tapi kalau rasa macam nak tahu tu email ajelah aku k. 

Semoga tahun baru ni menjadi tahun yang lebih baik untuk semua orang. Aku nak jadi seorang manusia dan hamba-Nya yang lebih baik. Tahun ni takde target nak kahwin.Harap maklum. Wawawa..


(at Amsterdam)

p/s: Sangat merindui Malaysia, keluarga, rumah, kawan-kawan, pool & team lifeguard. AaaaaaaaAAAaa~  T__T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...