Masalah beliau:
saya, Julie (bukan nama sebenar).. an architecture student di uitm seri iskandar. baru je semester 1.. hehe..
ada tips tak untuk hati tak mudah give up dan teruskan pengajian ni sampai habis 8 sem?
saya da almost menyerah kalah da ni. beban kerja, submission yang gaya nak bunuh orang, design kena reject, syllabus yang da tukar
membuatkan susah nak tanya senior... macam-macam laa...
saya minat archi. saya pernah gagal first interview dan sanggup tunggu setahun untuk pergi ke 2nd interview. tapi bila da dapat belajar apa yang saya minat
hati saya pula masalah... kalau boleh saya tak nak quit. da banyak duit saya habis, da banyak masa saya terluang.
tolongla kak sophie.. T___T
may your kind words save me from this kinda feeling..
Fiuuuuuu~ tarik nafas panjang dulu nak berfikir dan menaip. Hurmmm..
Biasanya ada dua golongan pelajar senibina yang ada perasaan untuk quit:
1)Yang memang tak minat. Sekadar belajar sebab dapat kos ni atau parents suruh.
2) Yang memang minat. Tapi bila sedang belajar kos senibina ni, ada perasaan macam stress tahap nak bunuh orang mahupun bunuh diri.
Nasihat saya untuk yang tak minat dan terpaksa belajar kos ni, quit lah.Honest ni. Masih belum terlambat. Susah nak survive architecture kalau tak minat. Beban dia terbawa-bawa sampai alam pekerjaan.
Bagi masalah macam adik Julie (bukan nama sebenar) ni pulak, dia minat tapi bila dah mula belajar dia stress.Sebenarya belajar dalam bidang apa-apa pun ada masanya akan stress kan? Tapi untuk entri ni saya akan fokus pada architecture. Kepada adik Julie, awak baru berada di sem 1. Semua beban yang awak lalui tu ibarat 1% je dari keseluruhan benda yang awak kena belajar untuk jadi seorang arkitek. Semua dugaan yang awak lalui, semua beban kerja, submission,design kena reject, itu adalah..PERKARA BIASA dalam architecture. Diulangi, PERKARA BIASA! ibarat hari-hari kena gosok gigi.
Saya cuba relate dengan realiti pekerjaan sekarang ok.
Beban kerja- Normal. Multi-tasking ialah perkara utama untuk manage diri sendiri bila berada dalam bidang ni. Nak jadi arkitek bukan sekadar kau design conteng-conteng kat kertas lepas tu bangunan dah siap,wahh! Skethces macam Frank Gehry seh! Tak. Kalau masa belajar submission kita ada lah dalam 8-10 keping kertas A1, dan kita dah cukup letih nak siapkan. Bayangkan bila kerja, nak prepare drawings untuk sesuatu submission mungkin satu set ada dalam ratus hingga ribu keping kertas A1 kot. Dan drawings masa nak submit itu adalah detail, harus tepat, salah kena lempang *ok ni hiperbola*. Kalau tukar satu pelan,.Mungkin tukar kedudukan dinding nak letak mana aje. Tapi kalau bangunan tu ada 30 tingkat? darab 4 blok bangunan? setiap tingkat kena ammend?keratan rentas (section) bangunan lagi? itu baru pasal dinding. Belum lagi masuk isu lain lagi.
Submission- Kita selalu stay up kan untuk submission? Tips bila nak submit, jangan terlalu fokus pada satu perkara sampai kamu abaikan perkara lain pada submisission tu. Biasanya lecturer tengok presentation tu as a whole. Gambaran keseluruhan. Kata lah kamu terlalu fokus pada model making dengan 3d perspective sampai abaikan drawings lain. Tak boleh. (sebab dulu saya macam ni so dah menyesal dah.hiuhiu..) Semua kena balance. Kalau alam pekerjaan pun, submission adalah ibarat NIGHTMARE juga. Pun sama juga, sampai stay up di office. & submission untuk real project pula adalah sangat detail, berformat, drafting skill pun harus mantops. 10x ganda membebankan berbanding submission projek masa belajar. Oh tapi ni saya gandakan dengan 10 untuk projek besar la.
Design kena reject- ni sebenarnya satu latihan yang sangat bagus masa study architecture. Tahu tak kenapa? Sebab masa belajar,kamu rasa lecturer banyak songeh sampai asyik kena tukar design. Bila bekerja, client ibarat pensyarah kamu yang kamu rasa banyak songeh tu. Masalahnya, client dah melabur duit diorang kat projek tu. & tukar design tu ibarat perkara biasa lah. Mestilah diorang nak the best.Client mintak tukar design ibarat pekerja di firm architecture nih robot, bukan manusia. Kalau nak esok, esok jugak. Kadang-kadang deadline tak reasonable. Masa belajar boleh le lagi nak manje-manje dengan lecturer mintak postpone submission. Time kerja? nak manje-manje dengan client? Mintak flying kick ada. *ok hiperbola lagi* Kalau design kamu masa belajar tak pernah direject, nanti kamu jadi architect, first time design kena reject..takkan nak nangis wuwuwu T__T & tak bole terima hakikat kot hanya sebab dulu design kamu lecturer asyik suka & tak pernah kena reject. Rejection tu perlu untuk melatih kamu. Fikir positif.Lagi banyak design kena reject, lagi banyak kamu re-design, lagi banyak process development sampailah kamu dapat siapkan design kamu. Then, bila kamu tengok balik butter papper atau mock up model kamu sepanjang process development tu, kamu akan tersenyum bangga sebab usaha yang kamu curahkan. Bangga sampai menetes air mata dan tersenyum sorang-sorang lah kira! *aku kalau tak masuk unsur-unsur drama memang tak sah eh*
Saya sangat faham perasaan nak quit tu. Sampailah ada kawan nasihatkan "ni feeling sementara aje sebab kau tengah stress. Aku tahu lepas ni kau mesti tak rasa nak quit." Memang betul pun. Rasanya memang normal dalam diri budak archi kot. Ada masanya rasa macam nak quit. Tapi percayalah, biasanya ni feeling sementara aje masa tengah stress. Bila dah reda sikit stress, nanti mula lah datang minat balik.Passion tu akan datang balik. Memang ada turun naik pun emosi belajar archi ni.
So, kalau adik Julie memang minat, & sanggup harungi cabaran ni. Teruskanlah. Kalau minat tapi dah rasa tak mampu masa 1st sem ni, tak terlambat lagi nak quit.Lagi satu, architecture kurang sesuai untuk mereka yang pemalas. Memang architecture sangat memerlukan komitmen yang tinggi. Di saat budak kos lain tidur nyenyak, kamu kat studio lagi buat design. Di saat budak kos lain layan drama Nora Elena, drama Korea, kamu masih dengan design. Hari-hari design. Padahal bukan design je kena tengok. Subjek lain pun berderet juga kan? Saya takkan tipu. Architecture memang sangat memenatkan & kadang-kadang banyak juga benda yang saya nak buat tapi tak dapat sebab kos ni. Tapi satu benda yang saya belajar, over the years..saya rasa makin matang.hiuhiuuu..Dah nampak corak architecture tu macam mana. Dah pandai sikit nak bahagi masa.Nak delegate & prioritize mana satu nak siapkan dulu. Eh rasa macam makin matang seh bila dah nak setahun bekerja.haha. Kalau boleh ulang balik masa belajar, saya akan buat yang terbaik masa study dulu. So adik-adik yang tengah study architecture tu, janganlah give up.Architecture memang banyak pakai duit.Kalau Julie rasa sem 1 dah banyak pakai duit, sampai sem 8 pun banyak pakai duit jugak.
Erm, bila saya ada rasa nak give up, saya selalu fikir.. setiap orang ada kelebihan. Allah bagi kelebihan kat aku untuk berada dalam bidang ni. Otak ni boleh guna untuk fikir pasal design, construction & apa-apa yang berkaitan architecture. Bukan semua orang ada kelebihan ni. So kenapa aku nak sia-siakan otak yang Allah dah bagi ni. Nak fikir pasal medic aku dahlah tak reti hafal nama sel bagai. So, gunakan kelebihan yang ada.& sentiasa ada semangat untuk majukan diri sendiri. Stress tu akan buatkan kamu lebih kuat sebenarnya. Perempuan boleh survive architecture?Memang rawk~ yeyeaahhh! (feeling nak joget-joget goyang punggung macam SinChan.Huahuaaaaa!!)
Nah! share skit gambar masa study dulu.
Semua usaha penat lelah, air mata pasti akan terbayar akhirnya =)
Studio memang selalu sepah. Tapi sebab kitorang buat kerja. Sepah tak sama dengan kotor tau!
Sedih lah juga zaman-zaman ni. Tidur bawah meja je beralaskan tikar.
Siap bawak seterika lagi kat studio sebab mandi kat fakulti. Nak balik bilik @ rumah sewa pun tak sempat.
Kat mana-mana pun boleh tidur. Ketiduran masa tengah tunggu printing.
Architecture buatkan aku tak banyak songeh dalam hidup. Redah aje, layan aje. Benda remeh temeh taknak pikir sebab banyak benda yang lagi penting nak kena layan.
p/s: Rajin-rajinkan diri jumpa senior. Saya dulu suka je junior datang jumpa. Sebab konon-konon nostalgia kembali projek lama. Rasa macam kesalahan yang saya buat dulu, taknak junior saya buat. Ha kalau semua senior kau fikir macam ni kan bagus.Hihi..semua junior boleh dapat A untuk design nanti.
*cuti Hari Pertabalan. Sultan mesti murka. Dia dah bagi cuti tapi aku nak masuk kerja pulak.huhu. Sekarang tengah banyak kerja maahhh*
kalau rasa aku macam auta lebih pasal kehidupan student architecture boleh lah baca kat paper online di SINI
erk! macam tu skali?? deno amik accounting... byk jugak paper work tapi tak mcm nie... emmm
ReplyDeletedekat mana nak beli choki2 ye.. kat seveneleven ada tak..?? pastu kedai mak limah tepi simpang agak2 bukak tak rini. sebab rasa nak beli makanan utk kucing.
ReplyDeletetp kan dengar cita. kedai basikal ah chong pon dah jual rojak kan. agak2 sedap x..?? hmm.. teringin lak nak makan..
hmmm.. lg satu baru prasan.. cantik jugak google chrome ni kan..
heeee...
good luck ye studi.. heee
aku bukan student architecture
ReplyDeleteeh, macam kenal..bahah
ReplyDelete-: yup, kalau x minat, baik quit... jgan buang masa :)
ReplyDeleteYeppp.. Mana2 bidang pun kalau tak minat mmg takleh jalan punya.. hihi..
ReplyDeletesy study kat uitm shah alam dok kolej mawar. sll nmpk bdk2 kat level ni busy dgn model masing2. lawa2 plak tu.. sape yg gifted dgn kreativiti mcm ni, jgn la siakan. tak semua bertuah.. cthnya sy T______T
ReplyDeletesemua manusia bertuah dengan tuah masing2 dik
Deletemotivasi yg bagus... ! =)
ReplyDeleteAyooo. Bole tahan susah jugak architecture nih. =.="
ReplyDeleteKucing Serius approves this. Hihi. Salute lah kak. Sungguh. Each of your talks about Architecture is so sincere and very inspirational. It is up to the details of what some of us are feeling.
ReplyDeleteSalute kak. Salute. Thank you :D
-Your junior,part 03 Bsc sem sekarang ni. Beli makanan selalu dulu masa Part 1. :D
pergh challenging gilaaaa. dulu minat jugak nak ambik architecture tapi nasib baik tak ambik sebab saya ni pemalas (hew hew) and semangat saya tak sekuat budak budak archi dalam gambar tu. hehe
ReplyDeleteakak sy dapat interview seni bina landskap rase nyer interview dye soalan mcm mane??sy tkot sngat..
ReplyDeletedeno: iya. memang macam ini sekali.huhu.
ReplyDeleteZulhilmi Tempoyak: ........?
Anonymous: tula, aku pun bukan student medic doh.
Peri: eh iya ka?
Explode: TRUE!!!
Ninie: wahhh..sekali sekala dgr ada orang cakap macam ni terasa diri ini begitu berharga pula. hehe..
ReplyDeleteAnonymous:Saya memang part time motivator. Ehh!!
Cikmimi: Boleh tahan le juge.
Kucing Serius: Heheh. Thank you so much =) Really appreciate what you said. Yer2, kenal lah kau siapa.
(-_-')
Yong Sofea: Takpe, patut bersyukur sebab tak pilih architorture ni.huhu..
tahniah kak sophie sbb berjaya survive dgn dunia archi.
ReplyDeleteayah saya ada suruh saya amik bidang ni,tp disbbkan saya kurang berbakat dlm seni lukis,saya terpaksa menolak walaupun bidang ni mmg best. tp,ayah saya mmg ada cerita pasal gaji die,mmg mahsyuk ahh..tp,mmg sama apa yg kak sophie post,tidur dkt studio,kerja mmg penat habis. exactly the same! jd,sgt berbangga walaupun saya tk cukup layak utk archi,tp ada org lain and perempuan boleh buat kerja ni!
Good luck kak sophie! for me,if you got the passion semua benda boleh jalan.
p/s: tk dpt archi,nk minta QS la.hehe
Saya pn tgh stress gak buat project skrg. Submission date sem ni mmg gila. Semua dekat2. Rasa nk terjun bangunan je haha.
ReplyDeleteBut this one really inspired me a bit. Thanks kak. Youre forever the best :)
thanks kak! entry ni sgt2 membantu! yeyeahhhhh~
ReplyDeleteAnonymous: terima kasih. Jangan dipikir sgt gaji yg masyuk utk course ni. utk mencapai tahap gaji yg masyuk tu sgtlah susah k. QS not bad.ramai kata senang..
ReplyDeleteEl SOraya: standard lah tu.hahah.. Thank you & good luck. =)
Sha Ohsem: most welcome..no problemo.. =)
singgah utk baca lagi...
ReplyDeletehaha.. tgh byk assignments jadi perlukan "energy-bar" yg kak sophie buat ni..
hehe
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteakak.. saya dah dapat jurusan ni.. n mgkn masuk bulan 9 ni,, gaya penulisan akak serba sedikit tolong tampal ketakutan saye.. =.=''
ReplyDeleteassalamualaikum k.sophie..ok, just want to ask, sy xlepas requirement utk dip architecture,, uitm sgt strict ke dalam memilih candidate for interview session? saya xlepas satu jeh..what do u say? reply me please! rocketinspired@gmail.com
ReplyDeleteatas tu gmbar nafis pun ada =)
ReplyDeletegmbar site analaysis ptaling jaya-group nafis =)
ReplyDeleteim taking this course now. betul apa yg akak cakap. memeritkan tulang2 di badan serta memerahkan mata hehe but worth it. duit banyak habis huhh tu yg spoil sikit but i wanna thanks again for your words. very powerfulll hee
ReplyDeletesha ohsem:
ReplyDeleteHaha..energy bar gituh..
Farah Aina Khalid:
Erm..good luck. Sila cekalkan hati..
Anonymous:
tolong tampal ketakutan awak? gituh.. =) *tengah bayangkan camne tampal ketakutan.hehe..)
Anonymous (rocketinspired@gmail.com):
saya tak faham apa yang awak tak lepas satu je tu. result SPM ke apa? Strict lah juge. Tapi masih boleh buat rayuan.
Jubir:
heheh..mestilaaa.ketua kumpulan kot.
Anonymous after Jubir:
perghhh! powerful gituh.. good luck.. selamat berjuang.. chayok2!!
masa akak study dulu, adatak ambil makanan tambahan untuk otak ke? sebab saya terasa otak sy terlalu lembab :(
ReplyDeletelily hazwani:
ReplyDeletetakdelah pulak amek apa2 makanan tambahan. tp elok gak kalau amek vitamin utk sihatkan badan.
For me, skrg jg draugtperson ja, takdela byk sgt tanggungjwb mcm arkitek, blaja dulu byk wit habis, klu kos2 lain sure dpt duit loan leh joli2 lagi...
ReplyDeleteTapi hakikat gaji ciput ofis OMG sepah mcm sarang tikus, susah jgk bg lady yg dah ade anak macamane nak stay up klu bos dah siap jeling2 balik awl...hmmmm...
Bila kje gaji xsetimpal langsung dgn apa yg kita blajar dulu..seb baik xsambung degree...lagipun dah dpt Bach.in sciences...sadisss...
Dah ada anak ni mmg xgalakkn langsung amik Archy nie..coz kje teruk...tapi bos xreti nak jaga kebajikn pekerja...
thu xpew..dlu mase diploma, masayaAllah, time sem1, tp aku kuatkn smgat, da ni ko nk an, ko snggup tggal form6(mmg xmnat pon)..heheh..at last, aku bjya m'gnggm sgulung diploma..even ade design kne carry..huhuhu..tape..lgi byk aku blajo, lgi byk ilmu yg aku dpt.hehehe..skg da kije at consultan..and btol la, keje as draftperson ta byk cm arkitek..hehhe..skrg tgah tggu pggilan Uitm..bru lpas interview..insyaAllah, lau de rezeki, smpt la smbung degree, n nak amek trus part2..yarrhh!!
ReplyDeleteVery inspiring sophie! Akk dulu until part 1 je bertahan dgn course archi kt UiTM. Habis spm mmg nk jd akitek, dah dpt belajar course ni x leh bwk coz pressure sgt, hehe. Yg best tu studio part 1 yg lebih 70 orang tu akak dpt B+ masa final review, top 10 dlm studio, nangis kot takut x dibenarkan tukar course oleh KP hewhewhew...tp moment plg sedih adalah bila kt kecewakan harapan mak bapak yg happy sgt kt amik archi, a few months jgk la x bertegur dgn ayah huhu. Tp syukur, I've made right decision, to move on with other course. 12 years had passed by and alhamdulillah..now I am teaching in the department where I've completed my diploma & bsc. Allah knows best, but the best part is to do what you love to do. Selagi boleh handle pressure, jgn give up..there's no shortcut to be successful kan. All the best!
ReplyDeletekehidupan budak archi dan ID hampir sama bukan :D saya student ID, nasib baik course ni saya minat.. kadang2 tu rasa macam nak terjun gaung je.. btw, thanks kak sophie :D
ReplyDeleteakak...sye ambil bidang agama d skolah..sye minat melukis...jdy sye nk apply utk arkitek...sesuai x..?
ReplyDeleteakak..sye amik aliran agama d skola...tpi sye nk amik bidang arkitek...sye mmg mint melukis..sesuai x..?
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteringan pulak tangan ni nk menyibuk dkat blog miss sophie bwh tjuk ni.
dulu miss a pun ade perasaan yg sama dgn si penghantar email. sehinggalah miss a dah habis belaja archi part 1 di universiti tempatan dan kini masih ingin meneruskan pengajian dlm part 2, insya allah. trust me, nasihat2 yang miss sophie bgi semuanya benar2 belaka. stress bagi budak archi adalah makanan kami,submission adalah rutin kami, rejected design seolah olah alarm bgun pagi utk kmi..jadi kalo nk jadi archi student, miss cadangkan u need more than skills dlm melukis, seseorang tu perlukan determination, courage, and the most important thing is passion. kalo xde sumer ni, akak tak yakin seseorang itu bole mengharungi cabaran sbgai archi student. in fact u guys akan give up anytime soon. jadi fikirlah semasak-masaknya..alrite, bagi yg dah pun jdi archi student, make sure korang berjuang berhabis-habisan. sebanarnya keseronokan menjadi archi student bukan pada hasilnya, tpi pada progression, teamwork and new knowledge yang kita kutip sepnjang pembelajaran kita di U..
regards,
miss A
salam kak sophie,hhe
ReplyDeletesebenarnye saya agak takut utk smbung dlm bidang archi ni since saya dah buang masa untuk buat engineering selama 3 tahun lebih.. i was terminated from university.. it was so hard on me..but alhamdulillah saya diterima masuk di fspu uitm shah alam.. saya dari orang yang bukan berada malah mungkin bawah dari sederhana.. jadi saya nak sgt tahu.. berapa kos yang selalu dikeluarkan setiap bulan utk project??please i really need to find out in order to plan my budget...
Assalam. Sy budak lepasan spm. And sy pun ade apply course ni kat uitm. Akak kata course ni bnyk pakai duit. Agak2 brape ye kos utk course ni sepanjang 8 sem?
ReplyDeleteTq
Salam..kak sofie...sy ni lepasan spm..sy dpt course sarjana muda sains senibina kat uitm sri iskandar..bulan 9 ni sy msuk...sy suka architecture..tp sy x la kreatif..bila sy stress..msti lukisan sy comot..wat should I do? Bimbang la,.bila julie post message g2 kat akak..sy rasa tkot..cmne ni?
ReplyDeletetq kak. sye student f5. u're very3 helping a lotsss !!! saya memang tgh sengal sbb nk mock-interview next week. serius takut. tapi bace post2 akak sgt inspired me lots. dapat tahu bnyak psl live arci.:)
ReplyDeleteHamizah Huda:
ReplyDeleteKalau takut kena hadapi lah ketakutan awak tu. Takkan nak lari kot?
Archiesnik:
All the best =)
salam kak..kos ni lebih kurang same je ke dgn town planning? and agak2 berape ye kos perbelanjaan untuk kos ni?
ReplyDeleteTak sama. Maaf saya x dapat nak budget.
Deletewalaupun saya akan mnceburkn diri dalam kos senibina landskap... akan aku ambik nasihat2, risiko2 kat entri ni utk ijadikan pedoman gitu... hahah... thanks sophie.... membuak2 semngt naik.... yeaahhh..
ReplyDeleteterima kasih kak sophie,,blog kak sophie bnyk mmbntu sy yg xtau apa2 ttg architecture nie,,hee.. sy bdk engineering,dlm kpla ad engineering je..n tetiba dpt interview kos nie tk deg esk,blank tros..alhamdulillah entry kak sophie bnyk mmbri info kpd sy ttg kos nie n klau kna tkar bdng pn sy blh terima,hehe .. thnks a lot kak
ReplyDeletewah..bila tengok entri nie. makin bersemangat pulak. I luv architecture. saya baru dalam dunia blog nie hehehe http://waktukecilwaktuyanggemilang96.blogspot.com/
ReplyDeletekak sophie, nk add fb..bnyk nk tahu pasal architechture ni..huhu
ReplyDeleteboleh email saya di sophiealyahya@gmail.com
Deleterinduuuu zaman2 ni!!!
ReplyDeleteAssalamualaikum. Boleh cik sophie advice subject apa yang mesti strong dlm SPM kalau nak lanjutkan pelajaran ke jurusan senibina? This is for my daughter.
ReplyDeleteThanks :)
Anne.
Waalaikumussalam. Saya cuma boleh advice pada aunty Anne supaya check website IPTA/IPTA yang tawarkan kursus ni tentang syarat kelayakan. Mungkin lain uni lain syarat kelayakannya.
DeleteAssalam.
ReplyDeleteThanks Kak Sophie untuk perkongsian ni. Dapat jugak saya tau sikit2 tentang life pelajar2 archi. Hmm, saya bakal ambil spm tahun ni dan saya bukan dari aliran LK. Kiranya saya x ada asas lah dalam bidang ni. Tapi saya minat sangat2 bidang ni dari kecik sampai sekarang dan akan apply bile masuk U nanti. So, saya nak tanya boleh ke saya survive? Saya takut la jugak sebab dekat U nanti semua student dah ada asas yang cukup. Lagi satu, Kak Sophie kan banyak pengalaman. So, boleh tak Kak Sophie bagi tips untuk pelajar yang jauh lagi perjalanan macam saya ni?
fikir macam ni je, kalau orang lain boleh buat, kenapa awak tak boleh?
DeleteFYI, saya pun takde basic LK dulu sebab saya budak pure science.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteassalamualaikum kak Sophie. tq sbb meyakinkan saya utk pursue study in architecture semula sblm ni sy jd ragu2 but now i think i can do this! tq kak.
ReplyDeleteSis saya nk tanya saya pelajar lepasan spm dan kalau nk jadi arkitek kena pandai melukis cantik cantik kerr?
ReplyDeleteakak, mintak tolong sangat reply. time dulu sye msuk course ni, sbb sye sendiri minat. tapi bila dah sem 4 sye dah takde passion nak buat sbb sye dh tak sanggup. sye jdi sakit kepala, rasa x tenang dll. sye nak quit tapi parents sye tak bagi...
ReplyDeletekalau rasa memang taknak jadi arkitek dah awak slow talk la dengan parents. Jangan cakap sebab awak tak boleh bawa course ni, tapi cakap awak memang dah tak minat nak jadi arkitek. Kalau habis belajar pun awak taknak jadi arkitek, so what for habiskan masa, tenaga, duit? Ha lepas tu pandai2 lah survive belajar course lain ye dik tengok boleh survive tak. Kalau parents jenis garang, kena follow juga cakap diorang, akak nasihatkan teruskanlah belajar. Dah habis belajar baru boleh amek kos lain.
Delete