Bila lama aku simpan geram tu, aku cuba masukkan dalam otak aku ni as if pujuk hati sendiri. "Sophie, kau tak boleh harapkan semua orang ada pemikiran macam kau. Setiap orang ada kelebihan & kekurangan kan?" T___T
So okayh lepas mukadimmah panjang nak membebel . *tarik nafas panjang dan dalam & cuba ikhlaskan hati, Sophie!*.
Jika awak pelajar sekolah menengah PT3 nak masuk form 4 nanti, soalan awak sebenarnya sama maksud dengan syarat kelayakan lepasan SPM untuk kursus senibina. Contoh soalan saya dapat
"Kak, kalau saya nak jadi arkitek nanti, saya kena ambil subjek apa form 4 nanti? Saya tahun ni PT3"
bukankah soalan ni sama jawapannya bagi soalan "Kak, apa syarat kelayakan nak masuk belajar bidang senibina bagi pelajar lepasan SPM?"
Jadi dalam entri lama saya F.A.Q Senibina @ Architecture, focus pada soalan 1 & 3, sebenarnya saya dah jawab soalan ni tapi biar saya repeat supaya awak lebih faham sequence dia.
1. Identify mana satu IPTA/IPTS yang menawarkan kursus senibina/architecture yang awak idam-idamkan sangat tu, yang ada recognition dari Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). How? Boleh pergi website LAM atau direct link ni: http://www.lam.gov.my/index.php/accreditation/list-of-recognised-programmes.html (nampak tak saya dah mudahkan kerja kamu?) dalam link ni juga, sebelah tab Malaysia ada juga senarai universiti lain di luar negara (Australia, New Zealand, UK) yang mana program dia turut diiktiraf oleh LAM. Dari sini awak boleh tengok IPTA/IPTS mana yang ada Part 1 atau Part 2 atau kedua-duanya sekali dan adakah program yang ditawarkan itu ialah diploma? degree? Master? Sebab Part 2 ni ada institusi yang tawarkan degree, ada yang part 2 dia adalah Master.
*klik pada gambar untuk besarkan. Atau boleh terus direct pergi link*
Melalui website LAM ni juga, banyak persoalan awak boleh terjawab seperti apa itu Part 1, Part 2 & Part 3? Kalau masuk IPTA/IPTS yang takde accreditation nanti macam mana (contoh: Politeknik), apa akan jad, macam mana nak dapatkan pengikirafan tu kalau IPTA/IPTA tu takde pengiktirafan? Website ni juga ada senarai architecture firm yang sangat membantu kalau awak nak buat practical ke, nak kerja cari pengalaman sambil belajar puna ada firm yang provide. Cuma kena pandai cari lah. So kalau nak jadi arkitek nanti, biasakan diri dengan LAM dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM). LAM lebih sesuai untuk students.
2. Lepas dah tahu IPTA/IPTS mana yang tawarkan program senibina tu, awak carilah website uni/kolej tersebut. Google jela, bukan tanya kak Sophie. Dah jumpa then awak carilah apa syarat kelayakan (subjek) untuk lepasan SPM bagi course tersebut. Sebab lain uni mungkin lain syarat kelayakannya. Jadi wajar ke saya nak tahu semua IPTA/IPTS punya syarat kelayakan? Lagi satu website yang helpful ialah website UPU.
Okay dah. Walaupun panjang lebar aku membebel/explain dalam entri ni, sebenarnya dah, tu dua jelah yang korang kena buat. Check IPTA/IPTS mana yang ada course architecture lepas tu cari je website dia. Nak tanya ni susah ke tak sebenarnya step dia? Tak kan? Aku pernah explain dua step ni kat sorang budak ni (yang beriya convinced pada aku dengan semangatnya dia MINAT SANGAT-SANGAT NAK JADI ARKITEK sebab nak design bangunan yang unik di Malaysia, katanya lah) plus aku cakap kalau tak sure apa-apa atau ada masalah pasal intake boleh try call terus pejabat. Terus "uhuks uhuks akaq..(yer jangan terkejut budak zaman sekarang eja akak pun jadi akaq *aku baca siap terbunyi qalqalah lagi*) ..saya tak retila nak uruskan benda macam ni, contact pejabat bagai". Aku macam... T_______T kau design bangunan unik kau pakai Lego jelah dik *dalam hati*
Kecewa tak aku? Mestilah aku kecewa weyy. Survival skill on the surface pun kau tak pass dik camne nak harungi liku-liku kehidupan yang penuh onak duri dan sembilu kasih lagi nih? Baru suruh call pejabat berkaitan dah goyang. Macam mana ni nak kena hadap maki client, bos, nak kerja dengan consultants, bagi arahan, pegang tanggungjawab etc ni? ingat buat bangunan ni syok sendiri je ke design je semata-mata lepas tu goyang kaki je dah siap? Susah jugak lah nak explain realiti architecture dalam bidang pekerjaan melalui secebis apa yang aku lalui dulu masa bekerja kepada budak-budak sekolah yang dalam otak dia nak jadi arkitek sebab nak design bangunan cantik-cantik je dan sebab minat melukis. Please, ingat juga kalau nak jadi arkitek sebab minat melukis je, mungkin awak lagi sesuai jadi artist/pelukis. Somehow aku taknak jatuhkan semangat/cita-cita orang. Sebab aku pun banyak lagi aku nak belajar nih. Belajar ni kan never ending process.
p/s: So mulai saat ini, saya tidak akan menjawab SOALAN BERKAITAN SYARAT KELAYAKAN LAGI, termasuklah syarat kelayakan universiti luar negara kerana basically, proses dia lebih kurang aje. Masuk dalam email je terus saya delete masuk trash. Tak kisah lah pangkat makcik ke pakcik ke, saya dah sampai tahap tak boleh terima lagi dah. Ini tanggungjawab student sendiri, bukan tanggungjawab mak ayah students. Kalau saya spoon feed lagi, di masa hadapan jauh lagi besar lagi cabarannya , takkan sentiasa nak harap orang spoon feed kot? 5 tahun dah saya berblog, 5 tahun dah jawab soalan sama & explain kat orang termasuk ibu bapa students. So please have some mercy on me okay.
Bestnya sophie boleh luahkan segala yg terbuku di hati selama ni. Akak rasa mcm nk ctrl-C (just tukar architecture to ID) masuk blog akak je... Huhu.. Respect part sent email to trash tu.. Sbb geram sgt dgn *spoonfeed* ni kan.. Semoga terus sabar menghadapi liku2 sembilu hidup ok. 😆
ReplyDeletesorry..baru ter baca..hehe. sy dah cek kolej swasta punya. sy research pasal seni bina je. tp sy kurang mahir bab IT ni..susah betol nk cari coz seni bina. lagi satu..sy kesian kat kakak ni.. sy nk tanye pendapat je.. apply asyik tak dapat je. betol ke cara yg paling mudah kite juz call pejabat dy je?
ReplyDeleteIyo dik. Kne blaja celik IT sbb mmng kemahiran asas mende tu. Zaman da berubah dunia en da maju. Better belajar IT dari skang dri meranggak kemudian hari.
ReplyDeletenak tanya .. kalau kite nak amik arkitek tapi tak ambil RC tapi amik IT,BOLEH KE ?
ReplyDeleteassalamualaikum kak sophie.. saya dahh form4(2017).. saya ambikk sains tulen means, bio fizik kimia addmath.. saya minatt sgtt architecture ni.. tpi skolahh saya tkde subject lukisan kejuruteraan.. bolehh ke sambung belajar ambikk kos architecture ni..
ReplyDeleteBolehh je awak.
DeleteBoleh je awak. Sains tulen bagus. Luas dan awak boleh nk ambik architecture
DeleteBolehh je awak.
DeleteSlalunya nk jadi arkitek or engineer kena brapa A's utk spm ?
ReplyDeleteAsalkan semua credit okay la.
DeleteThank you so much! Keep going kak sophie! Wish u all the best :)
ReplyDeleteSaya tak ambil addmath so boleh tak saya jadi arkitek?
ReplyDeleteAkak, dlm kos arkitek ni kene blaja add math jugak ke 😱
ReplyDeleteOkayh so maybe question sye lain dri org lain. So,i am 14 years old this year. Means i will be taking pt3 next year. But suddenly my dad nak pindah london due to some reasons. Dia ckp kitaorg akan pindah sini blk bila i reach 20/22..somewhere orund that age..so my question is..kalau nak jdi arkitek niyh mmng kne ade sijil spm malaysia je ke? Dia x accept a level luar negara ke? Means i kne amik spm kt malaysia ke? Sbb i am planning to belajar kat sana smpi u. So blk malaysia tros kerja..tapi tu la..boleh ke?
ReplyDeleteNak sambung mana2 pun boleh. Pastikan kos awak study di oversea tu accrediated by LAM. Kalau tak accreditated, rasanya LAM akan ada test. Im not sure
DeleteNak kerja Malaysia kena ada SPM. For professional position la.
DeleteKak sophie,
ReplyDeleteSorry klau soalan ni macam kak sophie pernah dengar ke apa ke. Yang saya sangat tertekan sekarang adalah dalam membuat pilihan.. Yes...kak sophie dah bagitau subjek apa yang perlu kita ambik.. Dan saya sendiri dah tengok dan dah rujuk mana penasihat.. Tpi still tak sure dengan apa yg bakal saya putuskan..physic/chemist/addmath/math/bm/english ..this subjek semua saya dh ambik.. Yg jadi tertekan adalah subjek biology.. Wajibker ambik bio dalam laluan arkitek.. Saya keliru dengan subjek p.a. i can't take both just one of them i could select.. So it making me headache.. In architecture,wajib ke kita ambik bio.. Maaf klau benda buat kak sophie marah and nk mengamuk bagai.. But this i need to confirm.. Ini akan menjawab tekanan yg saya hadapi. Adakah subjek yang bakal saya ambik pada form5 membantu dalam laluan arkitek?? Prinsip akaun or biology is related to architecture??please...
subjek bio dan akaun tak relate pun. tapi boleh lah drop bio tu kalau tak minat.
DeleteHai akaq..😅😅
ReplyDeleteAssalammualikum akak nak Tanya saya baru lepasan SPM diterima ke UiTM Seri Iskandar dlm sarjana muda senibina. Soalan saya Buku untuk subjek senibina ni selalunya beli dekat kedai Buku mana Dan adakah lecturer Akan provide Buku mana nak kena beli. Sekian terima kasih
ReplyDeleteTiada buku khusus utk architecture. Lecturer akan provide note. Kalau tak cukup, kenalah cari info di mana2. Internet dihujung jari dik. Boleh juga tanya senior2 di U nanti.
Deletekak klau sya ni yg ambil kos perniagaan ada peluang kh kak ?
ReplyDeleteKlau sya ambil perniagaan shja ?
ReplyDelete
ReplyDeleteassalamualaikum kak sophie.. saya dahh form4(2020).. saya ambikk Reka cipta,add math dan sain rumah tangga saya minatt sgtt architecture ni.. tpi saya tk ambik subject fizik.. bolehh ke sabung belajar ambikk kos architecture ni..
hai.adik2 bole folowchannel sis ade penerangan tentang bidg bidg senibina dll...arkitek..tgok utube k..https://youtu.be/hakPLm3C3Kc .....click link tu
ReplyDeleteSuka dengar perkataan 'survivor skill' its give me more confident to continue to diploma. my sister pernah cakap juga,"You are an architect student, no one will succeed unless you try" sbb dia bagitau Saya sebelum study ni (mental, fizikal, disiplin, tanggungjawab dll) x boleh pikir "ouh kacang ja ni" adik² yg akan membaca ni, ya Saya ni mmg Baru peringkat sijil tapi arkitek ni kena set mind set tu betul² Dan serios. Peringkat sijil Saya dah Rasa mcm nk tecabot nyawa 2-3 Hari tido 1-2 jam sahaja kalau kena projek kaw² mybe brapa puluh minit ja kau tido untuk siapkan kerja² tu.bnda ni bkn nk downkan korng smua yg teringin nk studies arkitek,tpi kena tahu level kerja arkitek ni x mcm kerja lain boleh tido Lena cukup 8 jam no impossible la,mybe Ada la but xakan selalu, jadi seriouslah dalam memilih, engkorang ingt design building boleh succeed mcmtu ja ka? Kau kena tngok engineer jugak dia stuju ka tidak kalau engineer Pon main² silap² bagunan tu Jadi sejarah pulak runtuh sbb x Ada kaji selidik structure Mana yg mampu tanggung beban mcm ni mcm tu hah, Masa Saya praktikal, Saya suka tnya arkitek pekerjaan dia mcm mna, so dia jawblah "arkitek yang kau bayangkan selama ni bukankah reality" terkesima Saya 😂😂, kemudian dia kata lah mcm Saya katakan tadi tu arkitek dngn engineer kalau x gaduh x sah, so Saya skrng ni Rasa betul apa yg Saya ckpkan sbb bnda ni Saya Hanya hujahkan balik pengalamn arkitek² yg dh 10-20 tahun pengalaman, tpi Saya hujah bkn saja nk smpaikan tpi Saya hujah sbb Saya dh paham arkitek ni kerja mcm mna. Last eh ni last lecture Saya yg Saya kenal dua org daripada kolej tersebut sorang tu dia dh Ada kelulusan part2 "Masa presentation drawing Saya punya design Dan tone warna+landscape 1 kelas kata lawa, smpai dkt dia 😅 "ni! Kenapa Jadi mcm ni!" Bnda x expect Saya xleh kata apa ok cukup. Lpstu sorng lagi lecturer tu Saya panggil dia ummi sbb dia suka layan Anak murid dia mcm anak² dia, Saya x maksudkan lecturer lain layan Saya x baik, baik smua tpi yg ummi ni special skit. Dia kata dia dh join kerja arkitek berbelasan tahun x silap Saya lah, dia kata kalau nk kahwin Cari yg Kos mcm Kita jugak ataupun yg engineer (kau paham² lah dik oi) lpstu dia kata dia berhenti sbb stress, pening (x semua org mcmtu ya kawan² sbbtu Saya kata Kita kena fikir betul²)lpstu dia bekerja la Jadi pengajar murid yg hensem mcm Saya ni sekian smua. Saya doakan kak Sophie always succeed in your step, Kita semua masih dalam "learning process" assalamualaikum
ReplyDeleteThanks sangat mudah kerja saya utk tahu hala tuju
ReplyDeleteBoleh ke nk jdi arkitek klu dapat masuk kelas sains tulen🤧🤧
ReplyDelete