Hai. Harini nak kongsi pemasangan kitchen cabinet dan wardrobe di Puncak Alam. Untuk pengetahuan, material yang digunakan pada kitchen cabinet ini adalah acrylic dan table top menggunakan quartz corak marble.
Wednesday, December 30, 2020
Pemasangan Kitchen Cabinet dan Wardrobe di Puncak Alam
Tuesday, December 8, 2020
Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri Bawah RM150,000
Gambar dari luar rumah. |
Ruang tamu yang bersambung dengan ruang dapur. "Open concept" kata klien. Untuk mudah dia pantau anak waktu dia memasak. |
Ruang tamu yang bersambung dengan ruang makan juga. |
Ruang makan. |
Ruang dapur. Table top jenis konkrit dan pintu kabinet dapur jenis melamine. |
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah atau rumah di atas tanah sendiri, boleh hubungi :
www.wasap.my/601111892504
Monday, December 7, 2020
Pengubahsuaian Rumah Jenis Kondominium di USJ 1 Avenue
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengubahsuaian rumah di USJ 1 Avenue ini melibatkan rumah jenis kondominium. Rumah ini jenis subsale yang dibeli oleh klien. Tugas kami ialah untuk mengubahsuai dalaman rumah jenis kondo ini.
Skop kerja kami melibatkan :-
Ruang tamu dan TV :
Pemasangan lantai jenis vinyl SPC (ketebalan 3mm)
Pemasangan siling plaster bersama lampu jenis downlights dan kipas.
Pemasangan wainscoting
Mengecat satu rumah
Pemasangan TV console. (pintu jenis acrylic)
Pemasangan partition divider.
Mencabut cermin dinding & pemasangan wainscoting di 2 bahagian
Dapur :
Penukaran semua jubin lantai dan sebahagian jubin dinding (backsplash)
Mencabut
kabinet dapur lama, ganti kabinet dapur baru. Material dapur melibatkan
pintu jenis acrylic dan table top jenis granite.
Pemasangan siling plaster baru.
Tandas :
Pengubahsuaian tiga buah tandas. Pecahkan dan penukaran semua tiles lantai dan dinding, penukaran fittings, penukaran pintu tandas.
Pemasangan siling plaster dan lampu.
Untuk
pengetahuan, kerja-kerja ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu
selama 2 bulan setengah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dijalankan bermula 18 Mac 2020 tempoh hari. Walau bagaimanapun, kami
berbesar hati kerana projek ini telah pun berjaya siap.
Ruang tamu (Sebelum) |
Ruang TV - Sebelum |
Ruang TV - Pemasangan TV console siap |
Ruang dapur (Sebelum). Jubin lantai yang belum ditukar. Kabinet dapur juga dari pemilik rumah yang terdahulu. |
Jubin lantai yang lama dipecahkan dan diganti dengan jubin lantai baru. |
Tandas bilik master - Sebelum |
Tandas bilik master - ketika progres dan selepas siap |
Tandas kedua (sebelum dan selepas) |
Tandas ketiga - Sebelum dan selepas |
Partition divider |
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah atau rumah di atas tanah sendiri, boleh hubungi :
www.wasap.my/601111892504
Wednesday, November 18, 2020
Rumah Banglo 6 bilik Atas Tanah Sendiri di Semenyih
Hai. Hari ini saya akan berkongsi tentang projek rumah banglo yang telah siap di Semenyih. Rumah sebuah ini didirikan di atas tanah sendiri. Tanah jenis tanah lot individu. Alhamdulillah rumah ini berjaya disiapkan walaupun ada tempoh yang terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana PKP tempoh hari.
Untuk pengetahuan, rumah ini mempunyai 6 bilik tidur dan setiap bilik mempunyai satu bilik air. Keluasan rumah ini ialah sekitar 2700 kaki persegi. Klien rumah ini mahukan ruang tidur yang tidak mudah di akses oleh tetamu. Mereka mahukan ruang yang terpisah antara tetamu dan penghuni. Ruang no.(1) iaitu di entrance, belah kanan sebelum pintu masuk ialah ruang meletakkan rak kasut, samada jenis loose furniture mahupun boleh juga kalau mahu built in. Ruang (2) ialah ruang tamu untuk tetamu yang datang. Ruang ini turut dilengkapi dengan ruang surau (3) dan tandas (4). Dan tentunya qiblat tidak menghadap tandas ya. Ruang (5) ialah ruang stor. (7) ialah ruang dapur basah dan (8) ialah ruang dapur dimana tuan rumah bercadang untuk mempunyai table island di tengah-tengah dapur.
Apa yang saya suka tentang ruang rumah ni ialah ruang (14) iaitu ruang keluarga. Waktu berbincang dengan owner, ada beberapa benda yang kena fikir dengan mendalam tentang apa yang tuan rumah dan keluarga mahukan dan perlukan. Kekangan disini ialah pada asalnya pelan ni terasa macam hostel bila disusun 6 bilik sederet, yang memisahkan hanya koridor. Jadi lepas fikir lama, lebih elok la ada pemisah tapi yang menghubungkan ahli keluarga yakni ruang keluarga ni. Lebih pada ruang untuk tengok TV. Ruang (9 ) ialah ruang makan. Ruang (10) ialah bilik tidur utama, (11) ialah walk in closet. Ruang (13) ialah ruang kerja untuk si bapa termasuk ruang meletakkan skrin CCTV. Rumah ni dibawah pengawasan CCTV ya.
Kalau nak cerita la proses buat rumah ni, sentimental sangat ooo. Sebab, projek ni terpaksa diberhentikan sekejap semasa PKP. Rumah kongsi pekerja juga ada disini. Jadi mereka ada untuk sekurang-kurangnya jaga rumah ni. Lepas siap, bergenang air mata masa hari terakhir pekerja ada di site. Entahlah, musim covid ni, untuk business person, adalah waktu yang sukar. Tapi kalau kita boleh lalui waktu-waktu sukar macam ni, inshaAllah kita boleh lalui macam-macam lagi jenis waktu yang sukar, kan? Alhamdulillah sangat-sangat, projek dapat diteruskan sampai siap.