Tuesday, November 27, 2012

London-Raya Aidil Adha-Bonfire Night-Presentation

Memandangkan aku ini dah lama pulak tak update blog kan. Oleh itu anggaplah entri kali ni aku nak update apa aje aktiviti yang aku dah buat selama beberapa minggu ini.

Sebenarnya masa awal-awal sampai tu aku ke London kejap. Serius, sekejap je weh. 2 hari 1 malam jer.. T__T sobs.. tak puas berjalan. Sebab yelah, ada kerja nak submit. Pergi London pun sebab nak pergi Malaysian Night kat Trafalgar Square. Nasib baiklah ada mak cik aku yang tinggal di Essex, dalam sejam naik train nak pergi rumah dia. Aku bermalam di rumah makcik aku. Waaah..bestnyaa bermalam di rumah famili. Korang tahu jelah beza duduk rumah famili dengan rumah sewa kan.

                                                      
Selama ni berangan je nak gi London. Tak sangka berjaya menjejakkan kaki jugak kat tempat ni.
T__T  terharu gak lah sebenarnya dalam kalbu gituh.



Sangat beriya nak gi Malaysian Night. Tetapi. Hujan.. dan sangat sejuk! Kat Malaysian Nights ni ada persembahan kebudayaan, ada makanan Malaysia. Ada teh tarik RM10 satu cawan. (ehh!! jangan convert! JANGAN CONVERT!)


Time ni semua dah basah menggigil sebenarnya. Tapi, takpe, demi dah sampai London ni! 



Mak cik aku dengan cousins aku yang dah meningkat dewasa! Aww~ dulu tengok diorang kecik je lagi. Sekarang dah lagi tinggi dari aku. Macam tak percaya. Tak silap aku dah 5 tahun dah mak cik aku tinggal sini.

Sebenarnya aku tak puas pergi London. Sebab macam rushing gila! Oleh itu, aku berazam pada diri sendiri untuk datang lagi! Ceh bukannya nak berazam belajar rajin-rajin ke apa..

NEXT!

Kami bestfriend beraya Aidil Adha bersama-sama. Untuk pengetahuan korang, dalam pertama kali seumur hidup aku, aku berjaya masak rendang ayam dengan berpandukan resipi dari internet. Bila orang kata sedap dan habis cepat pulak tuh, rasa macam menang trofi pergi call mak bagitahu aku berjaya masak rendang. Semata-mata. =') 

Mula-mula aku rasa sedih sebab tak tahu mana nak cari kerisik. Nasib baik aku tiba-tiba je teringat mak aku pernah buat kerisik manually. Fiuhh!! Ok fine laa..rendang aku mungkin nampak tak sesedap mak korang buat. Tapi habis apa..Ok lah tu..  ;p

Ohya, raya time ni ada member buat open house. & ada satu family Malaysian ni pun buat open house. Bestlah. Tak lah rasa forever alone ke apa.

With Malaysian students.

Dengan adik-adik dari Malaysia yang dah lama menetap kat sini. Err, kecuali yang paling depan tula sebab yang tu housemate aku. ;p  *sorry Nadia*


Ok. NEXT!!

Bonfire Night! 
Sebenarnya aku malas nak explain apa itu Bonfire Night. Huahuaa..boleh tak macam ni?
Sekadar perayaan tahunan bagi memperingati peristiwa tentang Guy Fawkes yang.. [link]
Ok boleh rujuk link. Tak baik malas membaca. Haha.

Disebabkan ia adalah perayaan fireworks..dan aku ni memang suka betul tengok fireworks sebab beliau cantik.Aku appreciate the arts of fireworks. Cool kot sapa yang design fireworks. 


Bestnyeeee!!!!!!
(To: Amiera, Nisa & Amar: Teringat new year 2012. The same feeling but in different places with different people  )  

NEXT!!!

Haritu baru lepas presentation group. Fiuhhh!! Lega gilaa sebab pass! Lecturer kitorang tu dahlah strict betul. Nasib lah dia ok.
Ni cuma proses buat model jela. Penat buat model. Aku tak sangka aku kena harungi zaman membuat model nih lagi. Yang sengalnya aku terlupa nak ambil gambar finished model. Huahua.. Terlalu happy gamaknya sebab dah habis presentation.


Soo, berakhirlah kerja grouping dengan abang-abang English & French ni. Tahu jelah culture diorang ni, celebrate apa-apa tak sah takde cheers. Tapi, aku cakap jelah aku tak minum. Mula-mula ada gak yang pelik sebab dia kata dia kenal ramai Muslim yang minum arak. Aku senyum je cakap "but not me" Diorang ni minum dahla kat luar. Habis tu, aku sorang je pompuan bertudung dengan diorang. Tepi building nih dahlah Aston University. Ramai brother sister muslim. Lalu je pandang aku pelik.
(-___-') Speechless.. Aku hormat culture orang, tapi dalam masa yang sama, aku taknak la makan minum benda yang HAROMMM. Itu je.. after all, aku yang nak keluar dari comfort zone aku & merasa environment luar kan. So be it.

p/s: So far..Alhamdulillah, aku rasa okey je dengan life aku. Tak semak sangat otak ke apa. Study pun okey. Kelas pun tak pack macam kat UiTM dulu. Mula-mula je macam takut sebab kat school ramai mat salleh, takut la nak communicate ke apa. Typical feeling..tapi sekarang dah okey. Diorang pun nampak aku tegur je cakap hi ke apa.Cuma, cuaca sini. Nauzubillah..semakin sejuk. Kadang-kadang boleh buat jadi moody. Sebab gloomy je. Kalau tengok luar tingkap, tak tahu time tu pagi ke tengahari ke petang. Malam semakin awal. Lepas pukul 6 bandar dah tak hidup dah. Mana ada kedai bukak sampai malam ke. Restoran 24 jam macam mamak tu jauh sekali la. Soo, agak boring la sebenarnyaa..hahaha..

Sesiapa yang berada di Malaysia tu, percayalah cakap aku. Banyak sangat benda menarik kat Malaysia.  & silalah bersyukur jika anda warganegara Malaysia. Sebab ramai sebenarnya orang sini yang nak datang Malaysia. Orang Malaysia je yang tak sedar & asyik kutuk negara sendiri. Malu je..Boo~















Tuesday, November 6, 2012

Respon Mak Ayah


Mak aku dengan ayah aku kata diorang selalu doakan aku dimurahkan rezeki dapat fly, buatkan solat sunat hajat sekali.

Ayah aku, lepas aku apply MARA, hampir tiap hari call aku kat office, tanyakan apa result MARA, dapat ke tak. Aku pelik, apesal ayah aku lagi excited daripada aku ni?? Dia pulak yang macam gelisah. Macam-macam scholar gak dia suruh aku try bila ada update kat surat khabar.

Tiba masa aku dapat result MARA tu, aku happy, tapi aku tak tahu macam mana nak bagitahu parents aku? Perlu kah aku melompat-lompat tanda happy kemain? Perlukah buat muka serius? 

So bila dah puas berjujuran air mata dalam bilik, dah guling-guling atas katil & terjerit-jerit on phone dengan kawan sebab macam tak percaya, aku pun ready lah nak turun bagitahu mak aku yang sedang menonton TV. 

Me: Mama, result MARA haritu dah keluar. Guess what? I'm going to UK! Yeayyy!!! *sambil peluk mak aku*

Mama: Yeke?? Alhamdulillah.. 
Alaa kakak, tak payah lah pergi, nanti Mama risau kat anak mama ni. Awak tu dahla perempuan.

Me: Mama..seriously?? Tapi kan Mama bagi kalau Ofie nak study oversea. (sebab dulu mak aku tak bagi nak study oversea) 

Mama: Alaa..Mama risau lah kat awak ni. Nanti kamu tak sihat ke apa siapa nak tengokkan.. Awak tu dahlah tak kahwin lagi. Nanti siapa nak jaga anak Mama ni?

Me: .................... (dalam hati sayu gila sebab mata mak aku dah berair dah)

Aku naik ke bilik semula. Tunggu ayah aku balik. Then bila ayah aku sampai, dia ketuk pintu. Aku rasa mesti mak aku dah bagitahu ayah aku. Aku pun buka pintu sambil sengih-sengih. 

Me: (sambil buat muka excited) Walid!! Ofie dapat pi UK! Result MARA dah keluar.. (baru nak melompat sama-sama ayah aku time tu sebab dia pun happy go lucky gak kan ..)

Walid: (diam, senyum, berpaling dari aku..dan jalan ke bilik dia)

Me: (apakah??)  Walid, kenapa..? Tak happy ke? Orang dah susah-susah apply uni dengan MARA ni.. 

Walid: huhuhuhu..(buat gaya cam nangis) sedihnya... Anak saya nak pergi jauh..

Dan itulah kali pertama aku tengok reaction sedih begitu dari ayah aku yang periang itu. 

Hati aku rasa sangat.. 
OUCH.
sangat.. OUCH!

Dah susah-susah dapat, takkanlah tak pergi pulak. Aku macam dah risau. E eh, aku ni boleh pergi ke tak sebenarnya ni? Aku macam sedih gila dah ni parents aku ni nak melepaskan aku pergi ke tak ni.?
Tapi sebenarnya diorang bagi je pergi. Cuma yelah, nak melepaskan anak sulung perempuan kan. Jauh pulak tu. Kalau dulu setakat study kat UiTM Shah Alam, berapa jengkal sangatlah perjalanan nak balik Subang Jaya tu kan. Kalau sekarang..hurm..macam yang aku cakap, kalau rindu sangat rumah, sanggup gi Google Earth rumah sendiri. Huahuaaa.. =')

Selalunya kat rumah, aku memang rajin bancuh air kat parents aku. Kadang-kadang hint ayah aku kalau nak suruh aku bancuh air:

Walid: Eh, dengar cerita kan, bakal arkitek ni kalau bancuh air memang sedap tak terkata. (LOL betul). 

Me: Fine (what a hint) nak Coffee ke Milo?

Mama: Make it two please =)

Tulah situation yang selalu berlaku di rumah. Rindu.

Everytime parents aku atau adik-adik bagitahu diorang rindu aku, percayalah hati aku remuk seketika. Sebab aku lagiiiilah rindu kat ramai orang. T___T

Bukanlah dengan parents je hati aku sayu. Nak bagitahu BFF dari zaman sekolah pun rasa sayu betul. Diorang kata, diorang happy untuk aku, tapi sedihnyaaa aku nak pergi jauh. Nanti kurang sorang geng lepak & XOXO. Nanti kalau sesiapa antara diorang dah nak tunang ke kahwin ke, aku tak dapat nak join persiapan. Or mungkin tak dapat pergi pun majlis nya. I iz so sad.  ;'(

Masa aku meninggalkan Malaysia, waktu tu agak berat hati, sebab semuanya bagi aku dah well-planned, well-organised. Hati aku rasa stabil & happy. Aku happy dengan kerja aku, kat firm ke, kat pool ke. Then tempat aku mengajar pun nak bagi better pay. (^__^) tapi, tula.bukan rezeki. Aku terpaksa suruh kawan ganti dan meninggalkan semua yang aku ada di Malaysia untuk 2 tahun. Takpelah, mungkin bila melepaskan sesuatu dengan cara baik, akan dapat perkara yang baik juga disini. *nampak sangat nak sedapkan hati sendiri*

Masa aku kat sini jugaklah ada satu stesen TV hubungi aku untuk masukkan aku dalam satu rancangan baru tentang sukan. Basically nak rakam aktiviti mengajar berenang untuk muslimah. Again, bukan rezeki nak masuk TV.haha.. Menolak dengan cara baik dan minta kawan ganti.


p/s: Masa tahun baru (2012), aku pergi tengok fireworks. Semangat sangat. Tu first time pergi sambut New Year. Masa tu aku sangat rasa tahun ni sesuatu yang besar akan datang. Aku pun tak tahu kenapa ada feeling camtu sampai buatkan aku rasa nak tengok fireworks. Mungkin ni lah kot yang menanti aku. Aku berada di UK. Sesuatu yang aku tak plan.




Berubah Hati Dalam Masa 5 Minit

Untuk entri ni, aku nak cerita pengalaman aku masa aku first dapat tahu yang aku memang 100% dapat fly.

Aku pernah bagitahu dalam entri sebelum ni, bahawasanya untuk ke UK, bukanlah pilihan utama aku untuk complete Part 2 senibina. Masa tu, ramai kawan termasuk kawan baik sendiri ajak apply study overseas. Tapi aku dengan yakinnya tolak mentah kat semua orang. Aku kata "aku taknak study oversea, hati aku kat Malaysia. Aku sayang nak tinggalkan rumah dengan family aku kat sini. Korang try la apply. Kalau korang dapat, aku datang sana melawat korang" dengan yakin eh cakap macam tu. 
Entah kenapa ada satu haritu, pintu hati terbukak pulak nak try apply. Bestfriend aku dah beberapa kali cuba ajak aku. 

Sampai lah akak ipar aku tanya " Kenapa Ofie taknak sambung luar? Try la, boleh tengok negara orang. Kalau Kak Ayu dapat peluang ni, Kak Ayu nak pergi. Tapi tahu ajelah, dah kahwin & ada anak, bukanlah senang nak belajar dengan komitmen camni." Terus aku terdiam..pikir dalam-dalam..
Sebab aku fikir, aku memang takde komitmen dengan siapa-siapa, takde hutang piutang keliling pinggang macam PTPTN ke apa, aku dahla suka travel & tengok negara orang. Terus hati aku rasa nak mencuba. 

Aku ni pula, jenis yang..alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan. Tarikh permohonan universiti waktu tu dah nak tutup. Aku buat keputusan masa pertengahan Februari 2012. Redah jela. Architecture, kalau nak sambung mana-mana pun, portfolio memang penting. Aku pun sanggup amek cuti sehari kat ofis sebab nak buat portfolio betul-betul, siap deactivate Facebook aku buat sementara waktu. Gila semangat.

Kebetulan tak lama lepas tu ada interviewer dari universiti aku kat sini datang Malaysia nak temuduga student. Aku pun pergi sorang-sorang drive meredah KL walaupun tak berapa tahu jalan & jadi orang pertama yang kena interview. Lusanya dapat Conditional Offer dah. Tinggal nak buat test IELTS. Bila semua dah lepas, satu je yang merisaukan aku. 

MARA.

Aku tahu result aku dulu taklah gempak mana kalau nak compare dengan orang lain (kot). Tapi macam aku kata tadi, aku ni jenis alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan kan. Aku nak cuba jugak! Sebab dah dapat offer beberapa uni. Rugi kalau mengalah tanpa mencuba. Masa result keluar, first round aku dan rakan-rakan tak dapat. Tapi aku pesan kat kawan aku, selagi kita tak buat rayuan, jangan give up lagi. Alhamdulillah lepas rayuan, aku dan kawan-kawan dapat. =')
Meleleh air mata terharu time tu. Sebab tak percaya "betul ke ni aku yang selenga ni dapat sambung study kat UK??"

So lepas tu, tiba lah masa nak kena bagitahu parents aku pasal results MARA, which, hurmm.. 

To be continued.. 

Sebab aku nak keluar. 


Monday, November 5, 2012

Menjadi Pelajar Semula

Selepas setahun lebih aku bekerja, aku sambung belajar balik. & ya Allah, baru kerja setahun lebih aku rasa otak aku dah lemau dah nak study balik. Nasib baiklah aku sambung jugak belajar. Aku akui, sekarang dah tak macam dulu dah masa buat Part 1 senibina di UiTM. Dulu tak tidur 3 hari 3 malam pun takpe. Sekarang, dah tak kisah. Tidur tu perlu! Beauty sleep kununnya. ;p

Memilih untuk belajar di United Kingdom, bukanlah satu pilihan utama aku satu masa dulu. Dulu aku fikir nak sambung study kat UiTM jugak. Aku takut sebenarnya untuk ke luar negara sebab aku tahu, belajar architecture ni, mencabar. Nak adapt dengan environment baru pun mencabar, nak tinggal jauh dari family dan rumah home sweet home ku juga mencabar. 3 in 1 punya cabaran ni menakutkan aku.Tapi, sekejap je aku buat keputusan untuk sambung study di luar negara. Macam, serius pantas. Lepas decide, aku terus apply university, buat portfolio dengan gigihnya *kononlaa* , pergi interview, apply MARA. Shoot! Ada rezeki, dapat dan phewww~ terbanglah saya di bumi UK ni. sobs..

T__T *kalau rindu rumah aku sanggup Google Earth cari mana rumah aku okey! hakikat nih*

Aku fikir, kalau aku tak fly, hidup aku dah well-planned dah. Aku kerja di firm, weekend lepak pool, ajar swimming yang aku suka tu, duduk rumah, kalau sambung part 2 di UiTM pun aku akan still aktif dengan pool & team lifeguard.. Tapi, tu semua..comfort zone aku. Aku terlalu selesa dengan life aku membuatkan aku..huhu..mencabar diri aku sendiri untuk sambung study di UK macam ayah aku dulu-dulu. Untuk rasa sendiri pengalaman hidup di negara orang, supaya bila aku balik Malaysia, aku akan lebih confident. Dari segi, macam-macam, seperti communication skill dan bla..bla..bla..

Disebabkan aku kononnya mencabar diri aku sendiri, sekali amek kau Sophie! Unit untuk kelas design aku semua lelaki. Zasss! *rasa macam halilintar lalu depan muka aku time tu!* Kenapa?? Kenapa aku sorang je international student perempuan dalam group aku? T___T  Tak kelakar okey..

 
Ni masa presentation. Basically ni unit aku la. Nampak tak takde perempuan disini?

Unit ni dibahagi lagi dalam group kecil. Jadi aku group dengan student Full Time Year 5 lah. Gambar bawah ni ialah ahli group aku.
Yelah, aku tahulah diorang hensem. Korang jangan cakap pape. (-__-')
Aku tahu aku lucky part ni kan? 


Masa mula-mula aku masuk kelas, mestilah kecuakan aku gila babas kan. Mula-mula tu susah sangat nak faham accent diorang. Tapi sekarang dah orait lah juge. & satu benda yang aku sangat bersyukur ialah ahli group aku ni, yelaaa, kitorang semua pun baru kenal antara satu sama lain. Tapi boleh ngam lah jugak, plus diorang taklah buatkan aku rasa left out ke apa. Kalau aku kata tak faham, diorang akan explain sampai aku faham. Kalau ada apa-apa update, diorang bagitahu. Kalau pergi site, diorang tak bagi aku jalan sorang. Kalau aku jalan sorang, diorang akan catch up aku. E ehh.. suweet jugak eh diorang nih.


Alhamdulillah, kat sini, ada waktunya aku terpaksa pergi mana-mana sorang-sorang. Tapi tiap kali aku dilanda kesusahan.. ='(  ada je orang yang jadi superhero tolong aku dari A-Z  & setiap kali dibantu aku rasa macam huwaaa..  =') terharu sangat. Oh, mungkin tipsnya setiap kali keluar rumah kena baca doa minta dilindungi especially ayat Qursi. Mungkin jugak mak ayah aku kat Malaysia doa banyak-banyak untuk keselamatan aku jugak kot. =)

 Satu benda yang aku sangat rindu pasal UiTM ialah studio culture. Kat sini takde studio. Mana-mana tempat kosong kau buat jelah kerja kat situ. Lambak je semua drawings, laptop ke tanda dah mark territory kau hari itu. Muahahaha.. Keji.

 Bersama ahli group.

Walaupun takde studio, tapi satu benda yang aku kagum adalah workshop. Alat-alatan nak buat model memang tip top tip! Kalau dulu buat model manually memang lepas tu segala jenis accident di jari harus berlaku seperti lebam, kesan gam gajah lekat kat jari yang mengerikan tiba-tiba teringat cerita Saw, kesan kena blade, paper cut, wood cut, segala jenis model board cut. Huh..
Kat workshop ni banyak pakai laser cutting lah untuk pelbagai jenis material.

 Saya yang harus gagah disini demi mengharumkan nama Malaysia *sungguh patriotik!* dan membanggakan mak ayah dan keluarga yang selalu labelkan saya "si lembik". Tapi si lembik ni jugaklah sampai kat negara orang. Peace!!!  V(^__^)V

Ni bangunan The Public. Basically aku kena join project untuk bangunan ni untuk salah satu subjek kat sini. Subjek ni satu subjek yang menarik bagi aku sebab melibatkan student dengan projek sebenar. The Public Ramp punya project. Lebih kepada design interior sebenarnya. Macam, kena design bahagian tertentu supaya area tu lebih functional instead of wasted.

 Ini lah ramp dalam tu. Dalam dia memang cantik.


  
 Tak dilupakan juga, menempuh bahaya pergi site malam-malam naik basikal sebab nak amek gambar site waktu malam untuk crime studies aku. Basikal kat sini boleh bawak masuk train. Serius, memang bahaya sebab malam-malam keluarlah kutu rayau, budak-budak nakal yang buli kami ='( , geng mabuk-mabuk nak pergi party. Serik keluar malam macam ni siott. This is the last I hope.
Kat sini manede mamak 24 jam. Sebab tu malam sunyi gila. Kecuali orang nak pergi club & pub. Tu jelah lifestyle diorang. 


 
p/s: So inilah serba sedikit update pasal keadaan aku disini. Ohya, kalau korang perasan aku dah tukar layout dan header blog nih. Cumanya, yang aku menyampah tu, setiap kali update template, blog list aku mesti hilang.. Huwaaa..kena cari balik satu persatu blog yang aku nak link kat blog aku.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...