Aku ingatkan masih okay peluang pekerjaan dalam bidang senibina ni. Tapi mungkin juga aku silap. Masih ramai junior aku yang tak dapat peluang pekerjaan walaupun ada degree dalam bidang ni. Ada yang kerja di fast food dulu untuk tampung hidup sementara tunggu dapat tawaran kerja dalam bidang yang dia mahu. Ada yang majikan ambil kesempatan bayar gaji lebih rendah dari intern, dalam RM600 sahaja sebulan. Gila tak gila? Banyak graduan yang masih menganggur.
Aku rajin baca IIUM Confession tu. Aku sedih baca kisah yang pasal tempat kerja confessor tu kena buang pekerja sampai tinggal 4 orang satu department. Kisah buang pekerja ni banyak sangat dah dengar lately. Architecture firm pun, ada yang dah mula tak bayar gaji staf, ada yang berhentikan pekerja hatta arkitek sekalipun. Sebab takde duit. Client pun tak mampu nak bayar duit. (Cuma ofis aku je terbalik, dia nak expand office & sekarang bos rajin interview budak nak amek bekerja) Kalau baca news pun, secara global, semakin banyak kedai yang kosong di shopping complex. Contoh: Singapore. Bayar sewa pun dah tak mampu. Banyak tutup kedai. Orang ramai nampaknya prefer shopping online. Jimat duit minyak, jimat duit parking atau tiket public transport ye dak?
Aku bukanlah pakar ekonomi. Jadi aku tak pandai nak buat penilaian. Cuma aku sedar, sejak GST diwujudkan, keadaan ekonomi ni tak pula semakin baik aku tengok. Makin teruk. Dan Belanjawan 2017 pun jelas tak menggembirakan rakyat. Aku tak tahulah kalau korang rasa selesa dengan hidup korang sekarang. Tapi selaku orang yang pernah melalui kehidupan di negara UK dulu, bila aku buat perbandingan, walaupun kamu rasa kadar tukaran wang Pound ke Ringgit tu nampak besar macam UK lagi mahal, percayalah, cost of living di Malaysia ni sangat tinggi.
Aku bagi perumpaan la, kata lah kau seorang engineer fresh grad di Malaysia yang sebulan gaji RM1800. Kat UK pun lebih kurang lah dlm £1800 sebulan gaji engineer. Tapi expenses setiap bulan?
Contoh:
Makan. Beli groceries bahan mentah untuk seorang makan selama sebulan.
Malaysia: RM200-300?
UK: £50
Kalau makan kat luar. Fast food:
Malaysia: RM12-15 satu meal?
UK: £4-5 satu meal
Shopping kalau RM50 & £50 boleh dapat apa?
Malaysia: Sehelai baju/blouse maybe? Kalau butik muslimah takkan dapat harga sehelai RM50. biasanya lebih.
UK: 4 helai blouse kat Primark dengan harga £50 . (Primark ni ala-ala retail macam Cotton On, H&M camtu kat UK)
Walaupun minyak petrol memang lagi mahal di UK, tapi sekurang-kurangnya kat UK susah nak jumpa tol. Bahagia betul. Kat Malaysia kan kalau dari Subang Jaya nak gi Puchong Selatan je dah dua kali tol. Stress gak la jalan sikit asyik jumpa tol. Kalau drive & tong-tong dengan kawan masa drive kat UK memang rasa jimat sangat. Dahla kat UK & Europe banyak kereta guna Diesel. Bertambah-tambah jimat okay! Tambahan pula, harga kereta di UK jauh lagi murah dari di Malaysia. Sebab tu ramai student nak bawa balik kereta guna AP diorang. Kalau kena tax dalam 100% harga cost kereta pun still murah lagi berbanding harga kereta tu kat Malaysia. Walaupun income tax diorang lagi mahal, tapi faham tak maksud aku? diorang punya cost of living tu kira boleh diterima lah. Tambahan pula rakyat diorang boleh claim banyak benefit. Kalau kau ibu tunggal ada anak, kau boleh claim childcare benefit. Kalau kau mintak kerja tapi tak dapat-dapat gak kerja, kau boleh claim benefit sementara tunggu nak dapat kerja, benefit untuk orang kurang upaya, dan macam-macam lagi lah yang boleh claim untuk rakyat. Benefit ni diberi dalam bentuk duit lah. Bila aku compare cost of living kat UK & Malaysia ni tak bermaksud aku menyesal balik Malaysia. Tapi aku fikir macam mana nak survive dalam keadaan macam ni.
Baru-baru ni, aku rajin ikut adik aku buat carboot sales masa weekend sebab nak jual barang-barang preloved & terpakai dari rumah aku. Nak kasi lapang sikit rumah family. Sebab nak buang macam elok sangat je lagi kan. Kadang tu aku jalan je sepanjang-panjang carboot yang dibuka. Carboot sales ni, konsep dia kena guna kereta lah, parking pastu kau set up lah barang jualan kau. Ramai orang yang berniaga aku tengok. Macam family aku, kitorang nak get rid of barang-barang yang dah taknak guna kat rumah. Ada juga orang yang macam kami. Tapi kebanyakan yang berniaga, diorang berniaga barang-barang baru. Bila tengok kereta, masing-masing punya kereta boleh tahan lah juga, Honda, Toyota, Wolkswagon. etc. Aku percaya orang-orang yang berniaga ni diorang ada kerja tetap on weekdays. Kadang sembang-sembang dengan jiran tapak sebelah, weekdays memang diorang ada kerja tetap. Tapi ambil peluang untuk berniaga masa hujung minggu. People are struggling to make a living. Ada yang bawa baby sambil berniaga. Baby siap merengek tapi parents tabahkan hati aje. Zaman sekarang ni mendesak kita untuk buat lebih dari satu kerja bukan? Ayah aku pun geleng kepala tengok. Dia kata, zaman dia dulu tak macam ni nak survive. Dia kata kesian golongan muda zaman sekarang. Oh lagi satu, aku ada ternampak budak sekolah aku dulu, setahu aku, dia antara yang pioneer bukak butik muslimah kat Section 7 Shah Alam. Siap masa KL Fashion Week camtu aku nampak la gambar dia ala fashionista pun ada kat instagram so aku impress la tengok dia macam berjaya kan. Masa tu aku kat UK lagi masa fashion muslimah baru nak meletup-letuk kat Malaysia ni. Tapi aku nampak dia lelong tudung-tudung dari butik dia masa kat carboot sales tu, aku overheard dia kata dia dah tutup kedai so nak clear tudung-tudung yang tinggal. Aku tak tegur dia sebab tak rapat dengan dia plus takut dia rasa awkward pula.
Bila satu situasi yang sukar tu sedang berlaku, dia akan membawa kepada masalah lain. Semua ni berangkai.
1)Bila kos sara hidup meningkat-->isteri kena bekerja untuk support suami-->Bila dua-dua bekerja anak lebih mudah terabai,kurang perhatian-->anak tertekan & terlibat masalah sosial-->bergaul dengan kawan-kawan yang background lebih kurang yang rasa diri mereka diabaikan-->pergaulan bebas,tak minat belajar-->kes anak luar nikah takkan menurun selepas tahun 2016
(sekarang kalau tanya kawan-kawan laki pun mostly nak cari bini yang bekerja gak ok)
2)Bila kos sara hidup meningkat-->keadaan mendesak-->terpaksa mencuri-->jenayah semakin meningkat.-->kalau tak melakukan jenayah mungkin akan tekanan perasaan, gangguan mental atau bunuh diri.
3)Bila kos sara hidup meningkat-->tapi rakyat Malaysia masih memilih kerja, masih lemau nak buat kerja-kerja yang memerlukan daya tahan fizikal--> lambakan pekerja asing meningkat.-->dan kita sendiri jangan buat-buat tak sedar kalau baca/tengok berita, kes bunuh juga banyak melibatkan warga asing di negara kita.
Dan bila ketiga-tiga rantaian yang disebutkan di atas berjalan dalam masa yang sama, apa harapan kita 10 tahun akan datang? Apa lah nasib anak aku nanti. Ni nak menuju Wawasan 2020 ni. Of course lah aku cuma bagi 3 je contoh situasi itupun berkaitan isu sosial je. Lelah rasa nak fikir. Kalau tak fikir tak bolehlah. Hidup ni tak boleh lah ignorant sangat.
Sebelum aku mula kerja, aku lepak dulu kat rumah dalam 7 bulan. Tapi aku earn sendiri la walaupun tak kerja kat ofis. Aku just rasa tak sedia nak bekerja dalam ofis lagi. Aku pun bila fikir balik rasa cam pelik gak camne aku boleh survive. Tapi bila aku dah kerja lebih setengah tahun ni, dah mula bayar komitmen macam kereta etc, aku jadi tak sedap hati. Aku observe cara bos aku run company dia. Orang selalu rasa jadi arkitek ni kaya, bukan? Kesimpulan yang aku dapat buat, if you want to be a rich architect, you must love business. Kalau kerja makan gaji, memang tak kaya la. Kalau kau nak run firm kau sendiri even lepas kau dapat Ar title pun kalau kau tak minat business & tak willing nak belajar pasal business, susah nak pergi jauh. Plus, kau kena kembangkan network kau. Networking is important! Construction industry is not a clean industry. Kalau kau sekadar nak practise architecture je tapi malas nak fikir business, ya, maybe kau boleh jadi one of the directors atau partner dalam firm tu bila kau dapat Ar. Tapi kau bukan the principal lah..maybe share holder je. Persoalannya, kau berkaliber ke tak? Orang akan respect kau ke tak?
Bos aku umur dah 60 tahun. Bos aku berbangsa Cina. Orang Cina kan kuat business. Bos aku nampak sihat, otak tajam. Salah satu sebab gak kenapa aku nak masuk firm ni. Nak belajar something. Bila bos aku bercuti di luar negara, aku rasa hampir setiap hari dia skype dengan directors & senior architects. Untuk update kerja. Aku rasa macam dia ada je kat ofis walaupun jasad dia takde. Firm kecik sangat, so boleh dengar conversation. Aku kononnya dulu pernah target la nak try dapatkan Ar dalam masa 5 tahun. huahua.. Tapi bila aku tengok lifestyle bos aku yang cuti pun macam tak cuti, aku tanya diri aku sendiri, ini ke life yang aku nak satu hari nanti? Run satu projek ratus-ratus juta, komitmen haruslah sangat tinggi kan. At the age of 60, I imagine myself on cruise, rilex makan angin satu donia gittew. (kalau umur panjang la).
So menjadi single woman selama bertahun-tahun, adalah menjadi kebiasaan dalam hidup aku untuk tak dapat nak brainstorm hala tuju hidup aku dengan sesiapa. Sometimes, I must admit that it is hard. When I think too much nobody will look at me and tell me to keep calm & be steady. All decisions on me with the help of my instinct and prayer. Sobs sobs. Sad. Aku susah nak brainstorm dengan parents aku sebab bidang berbeza, pemikiran ikut zaman yang berbeza. Oleh itu, aku sangat kurangkan buang masa sekarang. Aku tak kahwin lagi, takde anak, so aku rasa this is the right time to build myself. Aku spend masa aku baca buku motivasi samada best selling author ke atau successful stories pasal millionaire ke. Masa buat drawing kat PC ofis pun aku sumbat telinga dengan earphone, dengar talk. Dah takde dah nak dengar Aiman Tino ke Afghan ke haha.. Buat masa ni aku suka layan Jack Ma, Robert Kiyosaki, Adam Khoo & Brian Tracy.
Salah satu perkara yang buat aku move forward ialah dengan ayat Jack Ma ni "After work is what determines your future". Sebab tu aku penuhkan masa aku lepas office hour menimba ilmu. I can tell that I have hunger for knowledge. I need a good leader whom I can follow. Majikan kita, is either a boss or a leader. But I couldn't see a leader in my boss. I can only see him, as a boss. So after work, aku akan spend masa study pasal opportunity yang ada untuk future aku sendiri. It's not follow the flow anymore, it's you who determine the flow in your life. Pastu baru tengok dia boleh flow cantik ke tak.
Sambil-sambil tu, aku lately turun kolam renang uitm balik. Entah, rindu kot. Kolam tu dah tutup lama sangat, untuk renovation. Ni baru bukak balik dalam bulan 8 haritu. Kadang aku turun untuk swim.Kadang reunion dengan kawan lifeguard pun kat kolam, kadang ajar officemate swim. Tapi everytime aku turun kolam, entahlah macam ada je positive vibes yang datang yang memanggil-manggil untuk aktif balik yang takde dalam plan hidup aku pun. Wey, 4 tahun kot aku dah tinggalkan kolam.. Aku rasa macam aku dah bersara? Walaupun dah 4 tahun, tapi aku tak pernah delete tab page kat blog aku yang info pasal kelas renang uitm. Even aku kat UK pun aku tak delete. Macam can't get over the other side of me. The aquatic life. Disebabkan kolam lama dah tutup, jadi lifeguard pun semakin berkurang. & instructor nak ajar berenang pun agak kurang sedangkan borang orang yang nak belajar berenang banyak diterima. Jadi, orang lama lah yang available untuk mengajar walaupun masing-masing macam dah bawak haluan sendiri dengan kerjaya masing-masing. Sebabkan muka aku ni orang kolam dah kenal maka dipercayailah untuk handle kelas. Maka borang bakal students diserahkan. Aku menerimanya dengan mixed feelings. Boleh ke aku ni handle class balik? Dahla balik Malaysia berat naik berkilo-kilo sebab makan terlalu best.Haha..ada stamina meh? Fit meh?
Aku nervous. Tapi ni adalah permulaan. Lagipun memang bagus untuk kenal orang lain. Networking, remember? Tapi aku set aku cuma boleh ambil kelas weekend pagi aje. Sebab lepas tu nak duduk rumah spend time dengan family & cats pulak.
Aku nak pesan jugak kepada student yang masih belajar (itupun kalau korang mampu baca entry ni sampai perenggan ni lah). Zaman sekarang, ekonomi tak menentu. Akan datang, entah apa pula nasib korang bila dah grad. Boleh dapat kerja ke tak. Sebab tu dari sekarang masa korang belajar ni lah, buat back up plan. Alasan busy tu susah sikit aku nak terima. Sebab aku pun pernah jadi student. Student architecture pulak tu. So tak payahlah nak cakap kat aku pasal busy. Tapi aku berjaya buat part time masa aku belajar sebab nak tampung hidup aku masa kat uni. Peluang tu ada kalau kita cari. Aku baca kat IIUM Confession tu banyak yang cerita diorang fresh grad rata-rata gaji bawah RM2,500. Tp mostly yang aku baca gaji macam RM1500, RM2000 macam tu. Kalau tolak EPF tinggal berapa?Terkejut jugak aku. Tu ada diploma atau degree tu. Geleng kepala aku membayangkan nak survive dengan gaji tu lebih-lebih lagi pada yang kumpul duit nak kahwin. Memang kena jimat cermat sangat-sangat. Aku pergi Mydin, iklan besar-besar cari pekerja Mydin pun dia letak gaji yang diorang offer RM1500. Pastu ada elaun apa lagi entah. Tak perlu belajar tinggi sangat pun takpe. Tapi pekerja kat Mydin selalunya warga luar macam Bangladesh,Nepal. So kalau gaji orang yang ada diploma atau degree boleh lebih kurang macam gaji pekerja warga asing yang taraf pendidikan tidak dinilai, apa kamu rasa? Rezeki? (ayat cliche orang kita).
p/s: Nak ikutkan aku takdela banyak cakap sangat walaupun entri aku selalu panjang. Cuma aku banyak fikir, so aku express jela apa yang ada dalam otak aku ni.