Monday, June 25, 2012

Bila Weekend Pun Busy

Setiap orang yang dah bekerja ada pilihan nak buat apa di hujung minggu. Waktu pejabat dari jam 9.00 A.M.- 6.00P.M. Tapi untuk balik tepat jam 6PM itu ibarat seperti melepaskan batuk di escalator. Harapan lah~ Jadi hujung minggu biasanya aku ada kelas renang, atau duty di kolam renang, jumpa kawan-kawan.. So kali ni aku ambil satu hari iaitu 24 June 2012 yang lalu untuk share hari Ahad aku macam mana.

Pagi dalam jam 11.00 A.M, ke majlis pertunangan rakan sekolah. Dah 7 tahun meninggalkan sekolah. Oh, sekejap je masa berlalu rupanya. Dulu-dulu dalam kelas selalu dok hikhik..gelak-gelak sakan bila main tuding-tuding jari siapa yang akan kahwin dulu. Kat sekolah aku ada geng stroberi (strawberry). So target geng stroberi ni betul la bahawasanya Ain yang akan kahwin dulu. InsyaAllah bulan Disember nanti.



Ain sangat cantik masa hari pertunangan beliau. Hari perkahwinan apatah lagi kan nanti? =D
Yang pegang bunga tuh bajet amek feeling ke hapa? haha.Ni muka-muka nak amek berkat nih!


 7 tahun lepas, masa kat sekolah menengah, bila cikgu takde kitorang selalu lah sembang-sembang, bergelak ketawa macam ni. Aku suka gambar candid ni. Rasa macam teringat balik zaman dulu-dulu. T__T

p/s: korang tak payah nak tanya aku punya turn bila eh. Aku awal-awal dah warning ni jangan tanya! haha..

Ok next, lepas makan-makan, aku kena pergi Kolam Renang UiTM Shah Alam pulak. Sebab aku duty. Sebab UiTM dihatiku jadi walaupun dah lama grad still tak boleh melepaskan kolam renang. Kolam renang UiTM ibarat soulmate aku jugak. Tapi walaupun dah lambat, mak aku suruh aku amik adik dari sukan sekolah dia pulak. Huhu.

Duty session perempuan. 2.00-4.00 P.M.
Jadi lifeguard ni, bosan gak nak kena usha orang selama 2 jam. Tapi tak boleh leka sesaat pun. Sejak pernah berdepan dengan kes lemas, aku dah fobia untuk rasa leka.

Pukul 6.00-7.00 P.M ada kelas renang kat kondominium dekat dengan rumah aku. In between pukul 4-6PM, aku pergi Plaza Alam Sentral kejap sebab nak cari external hard disc. Jumpa, tapi tak dapat beli. Problem nak kuarkan duit. Hampesss! 

Sampai rumah 5.30 P.M, sempat tidur & rehat dalam 15 minit then pergi Kondominium dekat dengan kawasan perumahan rumah aku sebab ada orang nak belajar berenang. Haritu aku ada jumpa management Kondo tu tanya-tanya kot-kot ada orang perlukan kelas renang. Alang-alang 5 minit je dari rumah aku kan. Alhamdulillah, dah nak berhenti kerja kat firm aku terfikir gak camne aku nak survive dua bulan lagi sebelum sambung belajar *walaupun aku tahu parents aku idak ler nak biarkan anak dia mati kelaparan kan..hihi..* Ada akak berbangsa India ni nak belajar sekali dengan akak dia dengan anak buah dia. I ni tak lah racist pun. 1Malaysia   =B


Cilok gambar Kondo tu dari Google.

Sooo, ni hanyalah salah satu hari dari weekends aku yang lain. Selalunya pun agak busy lah juga. Kalau takde majlis tunang hari Ahad pun biasanya pagi ada kelas renang kat UiTM gak.Then pergi kelas piano lepas swimming class..Tapi sekarang aku dah stop ajar kat UiTM sebab dah nak masuk bulan puasa jadi takut tak sempat habiskan kelas.

Sabtu hari sebelum, lepak dengan BFF masa study archi. BFF sampai sekarang. Sebab Teha balik dari UK, cuti summer.
Teha belikan cokelet. Weeehuuu~ Kami lepak sampai malam. *pun tak puas sebenarnya* Tengok movie cerita Men In Black (best siott!)

Weekend sebelum, sempena hari bapa dan belated birthday aku, jadi buatlah makan-makan sikit dengan family.
Berebut dapur dengan ayah sebab dia nak masak Spaghetti hebak dia tuh. Sedap! Ada meatballs dengan cheese.Ayah aku suka masak ala Western. Kek beli kat Secret Recipe. Selebihnya, I masak, percaya tak? ;p Korang tak tahu, cita-cita murni sebenar aku adalah nak jadi suri rumah tangga yang hebat dan penuh skill. Wakaka.. =D   Tapi apakan daya.. Harus berpijak di bumi yang nyata. 

Dengan life yang begini, aku akui, aku memang sangat penat sebab kena drive kehulu kehilir. Banyak melibatkan aktiviti fizikal. Then hari Isnin nak masuk kerja je rasa tak bersemangat sebab penat. Sebab tu aku ambil keputusan untuk berhenti kerja awal 2 bulan dari tarikh sambung belajar. Sebab nak spend time dengan family especially Mama aku. Kesian dia aku asyik busy walaupun pada hujung minggu. Kerja kat rumah mak aku yang buat T__T sebab mak aku suri rumah yang hebat. Kami takde maid. Lagipun aku rasa bersalah dengan family aku sebab bila busy during weekdays, weekends aku nak keluar dengan kawan pulak. Jadi bilanya aku nak spend time dengan family kan? Nanti bolehlah pagi-pagi bancuh air sebelum ayah aku gi kerja. Huahua..Bolehlah mantapkan lagi skill memasak, skill kemas rumah bagai. Bolehlah rehat puas-puas,praktis piano. <---konon je cakap macam ni. Sekali dah berhenti, amek kau bangun tidur pukul 12 tengahari. Anak dara femalas sapa lah ni?

p/s: walaupun aku kata nak cuti 2 bulan, memandangkan dah kenal diri sendiri macam mana, aku tahu aku takkan duduk diam-diam je. Mesti banyak benda aku nak buat. Huahua. Bolehlah selalu update blog eh lepas ni. Last day kat office: Jumaat ni, 29 Jun 2012.  T__T  Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati takkan lupa~

Siapa yang tanya aku pasal twitter, aku takde twitter. Nanti sampai masa aku 
buatlah ok. <--bajet cam artiss!
Yang tanya pasal personal FB pula, maaf ye, biasanya aku approve mereka yang aku kenal. Kalau nak tanya apa-apa shoot je kat Formspring atau email kat sophiealyahya@gmail.com
Terima kasih.

Motivational Monday #1


p/s: berharap setiap Isnin akan dapat post Motivational Quotes yang aku suka. Sebab Isnin kan adalah selalunya  hari yang tak berapa nak best. Masih weekend blues gituh. So aku ingin menyeru kawan-kawan supaya lebih bersemangat di hari Isnin. Cewah~

Monday, June 18, 2012

Alam Lain?

Kadang-kadang aku bermimpi aku ada kat tempat lain.Macam alam lain. Tempat yang cantik giler tak pernah tengok dalam mana-mana movies atau gambar. Aku pun tak tahu macam mana nak explain. Selalunya tempat tu nampak sangat fresh, tenang.. Ada air. Pernah nampak ada batu bulat cantik yang terapung. Macam sangat pelik.Tapi cantik sangat-sangat. Menyampah gila kalau tiba-tiba terjaga dari tidur masa tengah mimpi pergi tempat yang best tu.


Mestilah dua gambar kat atas ni bukanlah gambar terbaik untuk describe tempat tu. Cuma entah, cantik sangat susah nak digambarkan dengan kata-kata. 

Bestnya kalau dapat masuk syurga. Mesti jauh lagi cantik dari apa yang aku nampak dalam mimpi.
Tapi layak ke? 
T__T


Sunday, June 17, 2012

Singapore Trip: Day 3-Tanpa Arah Tujuan

Yelaa, aku ambil masa pulak nak update hari ketiga kat Singapore ni kan.Hiuhiu.. Ai busy nyah~
Eh sebenarnya nak update sekali malam hari kedua lepas berjimba kat USS tu aku buat apa. Sebenarnya..taklah buat apa-apa pun cuma berjalan-jalan aje. (kadang-kadang aku rasa ayat aku macam pelik.)

So malam lepas pergi USS sebenarnya dah penat. Tapi sebab rasa rugi kalau sekadar duduk dalam bilik dan berehat maka aku dan Aainaa berjalan-jalan di VivoCity. Shopping Mall terbesar dalam Singapore. Errr, feeling dia? Macam gi shopping mall biasa jela. Lainlah kalau masa jalan-jalan tu terserempak dengan Aaron Aziz kan, barulah aku akan kata Weiii ! Best Gila pergi VivoCity!!! @__@ Motif...?



interior of VivoCity

Aku dan Aainaa pergi masuk Toys 'R' Us. Kononnya bila umur baru menambah ni nak bernostalgia zaman kanak-kanak laaaa..

Tapi perlu ke kat tempat Barbie?? Disney Princess??  Aww so suweeet~ my foot.
Masa kecik-kecik mak aku selalu nak lembutkan aku dengan barang-barang perempuan macam ni. Tapi aku rasa macam geli-geli.Sebab aku kan dibesarkan dengan 3 orang abang sebelum dapat adik perempuan. (-_-')
Memang masuk tema pun lah baju aku dengan Disney Princess.Kahkah..

Yerr itu dia! Duta Toys 'R' Us!!
Girls' Favorites?? Ngeeee~

Berangan nak beli untuk future anak ke? kuikuikui..

Tapi sebenarnya ada something yang aku idam-idamkan.. Ini dia:

 Lego!!!!!!!!!! Spongebob! Tapi sebab nak jimat duit nak beli something yang lebih diperlukan..Sob..sob.. T_T  I lepaskan you dengan talak satu Lego Spongebob..Maafkan I.. *kesat hingus*
Muka sedih.Kempunan. T__T
Bila dah naik bus masa nak balik, rupanya ada colleague yang beli Lego Spongebob ni. Dia kata kat Malaysia lagi mahal. Mahal by RM100. Aku terus rasa macam nak menjerit dalam bas. Tapi takpelah..
Bila aku pergi MidValley punya Toys 'R' Us, tak jumpa pun Lego Spongebob ni..

Walaupun malam sebelum dah kempunan, tapi disebabkan kuasa memujuk dalam diri sendiri adalah sangat tinggi ,peaceeee!!! (^__^)V , Makanya hari berikutnya pergi jalan-jalan dengan gigih lagi.Haha..

Apesal perempuan ni excited sangat ni? oh malunyaaaa, jatuh saham camnih. 
Pagi hari ketiga tu aku dan Aainaa gigih bangun awal. Pukul 7.30 pagi dah pergi breakfast sebab lepas tu nak jalan-jalan lagi. Nak naik MRT pergi Marina Bay.


VivoCity di siang hari.

Singgah roof top VivoCity. Tengok view dari atas kononnya..
Eh, kenapa ada lembu warna hijau? (-_-')

 Boleh nampak tempat kami menginap dari atas ni. 

Dalam MRT on the way nak pergi Marina Bay. Oh lupa nak cakap. Singapore sebuah negara yang saaaaangat bersih ok. Panas sama ah macam Malaysia. Kau nak gi overseas a.k.a Singapore tak payah lah nak pakai baju berlapis-lapis pulak. Over je tau u'olls..

Standard ticket nak naik MRT. Keras macam kad. Macam kad Touch N Go kita la tahap keras dia..



Yeay!! dah sampai pun Marina Bay Sands

 Abuuuugen! Tengok! dengan kuasa Abugen aku dah membengkokkan structure bumbung tu. Hebat! 


 Tak mampu nak beli LV.Tangkap gambar tepi bangunan LV pun jadilaaaaa kan.. Again, buat muka kempunan. Ohya, bangunan ala-ala kulit telur pecah kena gam balik tu sebenarnya adalah Singapore Art Science Museum by architect Moshe Safdie. Sebenarnya is a reminiscent of lotus flower tapi aku saja pendengki sebab dulu-dulu zaman study lecturer mesti condemn bila nak buat bangunan pelik-pelik. Samada lecturer akan impress & kau dapat A untuk design atau lecturer rasa macam takde nilai estetika & tak dapat nak construct maka kau akan fail. Boo~There's no in between grades. Muahaha..Sarcastic betul.

Gambar dari Google. Ambil view lawa sikit. Korang rasa nampak macam bunga teratai ke nampak macam kulit telur pecah yang digam? ke apa lagi pendapat korang?haaaaaa~ jawab,jawab..

Hah! Masa kat roof top Marina Bay Sands Shopping Center ni aku nampak ada satu benda alah structure yang macam pelik ni. Aku tak tahu kenapa ada air macam kena sedut ke bawah benda bulat ni.


Macam pusaran air. Tapi bila air tu jatuh, tak tahu akan jatuh pergi mana. Sebab aku tiba-tiba terfikir, eh kalau orang jatuh ni bahayanyaaaaa..Nanti lemas ke apa.Lepas tu bila nak balik naik MRT balik, aku perasan structure bulat tu sebenarnya adalah ini:

Air dia jatuh kat water feature dalam bangunan ni rupanyaaa.. Alahaiii.. kalau macam ni nak buat-buat jatuh pun best lah jugak ye? Haha..

Sooo, tamatlah cerita pergi Singapore ni. Well, aku sangat enjoy pun pergi sini sebenarnya. Rasa macam best lah sebab aku dah nak berhenti kerja. Tapi masih dapat peluang ikut trip nak pergi Singapore. Thanks a lot to Aainaa sebab jadi rakan sebilik & peneman setia sepanjang berada di Singapore..Seperti kakak yang meneman adik berjalan-jalan. Kahkah.. So suweett..For real. =)
Gambar favorite bersama Aainaa. Haha. Gambar masing-masing busuk lepas main Luge.

Haaaa! tengok gambar last! Seiras tak?
Soulmate dengan Lego. Nak pergi Legoland!!! Tapi macam tak sempat.. T__T asyik nak kempunan je dengan Lego. Terpaksa lepaskan dengan talak dua pulak. Choii laaaa..

Ok bye-bye readers.. =)









Friday, June 8, 2012

Singapore Trip: Day 2- Universal Studio Singapore

Hari kedua tu memang semangat luar biasa sikit. Disebabkan tiket masuk USS pun dah disponsor kan, jadi apa salahnya membeli tiket Express Pass pula kan sebab taknak beratur panjang dan jimatkan masa. Ohya, tiket Express Pass=  $50 (bukan ringgit, tapi dollar) Walaupun pakai Express Pass, tapi lama jugak kami berada dalam USS.Dari pagi, sampai petang pukul 6.30 macam tu. Betapa banyaknya aktiviti boleh buat dalam tu.

Walaupun makanan kat Hard Rock Hotel memang best-best tapi pagi tu tak boleh makan banyak-banyak. Sebab aku tahu nak main banyak ride. Cereal cukup.


Antara yang terawal sampai

Keterujaan menyerlah especially Awie kat belakang tu. Huahua..

Aku mati-mati ingatkan aku bergambar sorang-sorang aje time nih. Urggghh Lan!!!
Oh btw, aku pun tak tahu macam mana nak dapatkan pamphlet dalam USS ni tapi sangat membantu lah especially bab makan. Ada tulis logo restoran mana yang halal, mana yang tak. 


Dah teruja tengok roller coaster. Ada merah, ada biru. Yummeh niii!!!

Mula-mula sekali kami ke Sci-Fi City untuk naik Transformers Ride dengan Roller Coaster. Dua benda ni PALING AKU SUKA. Roller Coaster ada dua jenis. Battlestar Galactica Cylon, dengan Human. Cylon jauh lagi best. Human pun not bad.


Ini Cylon.

Sci Fi City. Transformers Rides. Kalau naik ride ni perasaan ibarat betul-betul dah selamatkan dunia.hihihi.. *over* Nama kenderaan yang kami naik -Autobot Evac! haaaa, mesti tak pernah dengar kan? Kalau nak tahu camana pergilah USS. Nanti Optimus Prime cakap Thank You kat kau. Terharu gilaaa T__T Boleh jumpa Bumble Bee jugak.

Pakai spek 3D nak selamatkan dunia.

Tengok! Bukan senang nak bergambar dengan hero.

Masa naik second time kena beratur panjang. Tapi smart lah cara diorang design tempat ni. Ada banyak benda untuk distract korang dari merasa bosan. 


Konon-kononnya betul-betul hidup dalam dunia Transformers.

Lepas tu, menuju tempat The Mummy. Dalam ni pun ada juga roller coaster. Tapi tak hardcore sangat cuma dalam gelap aje. Best jugak lah sebenarnya. hehe. Penjaga luar pintu tu cakap "make sure you come out alive~" Pergh! bikin cuak aje.




Terserempak bos. Mintak ambil gambar dengan bos. Hehe. 

Lepas tu kami ke tempat The Lost World: Jurassic Park. Kat dalam ni memang basah lah.Memang bawak baju spare tapi belum sempat tukar, baju dah kering sendiri lepas main rides yang lain.




With awesome architects.

Lepas ke Jurassic Park, kami berjalan menuju Far Far Away Kingdom. Weehuuuuu~ Suka lah tempat ni. Rasa macam betul-betul kat tempat Shrek. 




Makan time!!! Disebabkan penat, nak kunyah makanan pun tak larat. Mak oii over betul Sophie ni. Eh tapi betul. Aku tak habis makan. Oh, kami makan kat dalam Far Far Away. 

Ni souvenir shop dalam Far Far Away.


Dah masuk Shrek Adventure 3D! Layaaaaannn~ walaupun macam kanak-kanak.hehe..

Lepas tu kami ke Waterworld. Tengok show.


Seterusnya pergi Madagascar. Kat Madagascar rides lebih kepada yang ringan-ringan. Pendek kata, kami naik rides yang pening-pening dulu baru naik rides yang ringan-ringan. 



And..last ride naik roller coaster both Cylon & Human again!! Weehuuu! Green team memang Awesome!!!!

Jimmy & Aainaa! You guys rawk!!!

p/s: Geng GDP, mintak halal eh tepek gambar korang banyak-banyak dalam ni. =B





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...