Pagi dalam jam 11.00 A.M, ke majlis pertunangan rakan sekolah. Dah 7 tahun meninggalkan sekolah. Oh, sekejap je masa berlalu rupanya. Dulu-dulu dalam kelas selalu dok hikhik..gelak-gelak sakan bila main tuding-tuding jari siapa yang akan kahwin dulu. Kat sekolah aku ada geng stroberi (strawberry). So target geng stroberi ni betul la bahawasanya Ain yang akan kahwin dulu. InsyaAllah bulan Disember nanti.
Yang pegang bunga tuh bajet amek feeling ke hapa? haha.Ni muka-muka nak amek berkat nih!
p/s: korang tak payah nak tanya aku punya turn bila eh. Aku awal-awal dah warning ni jangan tanya! haha..
Ok next, lepas makan-makan, aku kena pergi Kolam Renang UiTM Shah Alam pulak. Sebab aku duty. Sebab UiTM dihatiku jadi walaupun dah lama grad still tak boleh melepaskan kolam renang. Kolam renang UiTM ibarat soulmate aku jugak. Tapi walaupun dah lambat, mak aku suruh aku amik adik dari sukan sekolah dia pulak. Huhu.
Duty session perempuan. 2.00-4.00 P.M.
Jadi lifeguard ni, bosan gak nak kena usha orang selama 2 jam. Tapi tak boleh leka sesaat pun. Sejak pernah berdepan dengan kes lemas, aku dah fobia untuk rasa leka.
Pukul 6.00-7.00 P.M ada kelas renang kat kondominium dekat dengan rumah aku. In between pukul 4-6PM, aku pergi Plaza Alam Sentral kejap sebab nak cari external hard disc. Jumpa, tapi tak dapat beli. Problem nak kuarkan duit. Hampesss!
Sampai rumah 5.30 P.M, sempat tidur & rehat dalam 15 minit then pergi Kondominium dekat dengan kawasan perumahan rumah aku sebab ada orang nak belajar berenang. Haritu aku ada jumpa management Kondo tu tanya-tanya kot-kot ada orang perlukan kelas renang. Alang-alang 5 minit je dari rumah aku kan. Alhamdulillah, dah nak berhenti kerja kat firm aku terfikir gak camne aku nak survive dua bulan lagi sebelum sambung belajar *walaupun aku tahu parents aku idak ler nak biarkan anak dia mati kelaparan kan..hihi..* Ada akak berbangsa India ni nak belajar sekali dengan akak dia dengan anak buah dia. I ni tak lah racist pun. 1Malaysia =B
Cilok gambar Kondo tu dari Google.
Sooo, ni hanyalah salah satu hari dari weekends aku yang lain. Selalunya pun agak busy lah juga. Kalau takde majlis tunang hari Ahad pun biasanya pagi ada kelas renang kat UiTM gak.Then pergi kelas piano lepas swimming class..Tapi sekarang aku dah stop ajar kat UiTM sebab dah nak masuk bulan puasa jadi takut tak sempat habiskan kelas.
Sabtu hari sebelum, lepak dengan BFF masa study archi. BFF sampai sekarang. Sebab Teha balik dari UK, cuti summer.
Teha belikan cokelet. Weeehuuu~ Kami lepak sampai malam. *pun tak puas sebenarnya* Tengok movie cerita Men In Black (best siott!)
Weekend sebelum, sempena hari bapa dan belated birthday aku, jadi buatlah makan-makan sikit dengan family.
Berebut dapur dengan ayah sebab dia nak masak Spaghetti hebak dia tuh. Sedap! Ada meatballs dengan cheese.Ayah aku suka masak ala Western. Kek beli kat Secret Recipe. Selebihnya, I masak, percaya tak? ;p Korang tak tahu, cita-cita murni sebenar aku adalah nak jadi suri rumah tangga yang hebat dan penuh skill. Wakaka.. =D Tapi apakan daya.. Harus berpijak di bumi yang nyata.
Dengan life yang begini, aku akui, aku memang sangat penat sebab kena drive kehulu kehilir. Banyak melibatkan aktiviti fizikal. Then hari Isnin nak masuk kerja je rasa tak bersemangat sebab penat. Sebab tu aku ambil keputusan untuk berhenti kerja awal 2 bulan dari tarikh sambung belajar. Sebab nak spend time dengan family especially Mama aku. Kesian dia aku asyik busy walaupun pada hujung minggu. Kerja kat rumah mak aku yang buat T__T sebab mak aku suri rumah yang hebat. Kami takde maid. Lagipun aku rasa bersalah dengan family aku sebab bila busy during weekdays, weekends aku nak keluar dengan kawan pulak. Jadi bilanya aku nak spend time dengan family kan? Nanti bolehlah pagi-pagi bancuh air sebelum ayah aku gi kerja. Huahua..Bolehlah mantapkan lagi skill memasak, skill kemas rumah bagai. Bolehlah rehat puas-puas,praktis piano. <---konon je cakap macam ni. Sekali dah berhenti, amek kau bangun tidur pukul 12 tengahari. Anak dara femalas sapa lah ni?
p/s: walaupun aku kata nak cuti 2 bulan, memandangkan dah kenal diri sendiri macam mana, aku tahu aku takkan duduk diam-diam je. Mesti banyak benda aku nak buat. Huahua. Bolehlah selalu update blog eh lepas ni. Last day kat office: Jumaat ni, 29 Jun 2012. T__T Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati takkan lupa~
Siapa yang tanya aku pasal twitter, aku takde twitter. Nanti sampai masa aku
buatlah ok. <--bajet cam artiss!
Yang tanya pasal personal FB pula, maaf ye, biasanya aku approve mereka yang aku kenal. Kalau nak tanya apa-apa shoot je kat Formspring atau email kat sophiealyahya@gmail.com
Terima kasih.