Hai semua!
Pernah tak korang rasa macam nak shopping tapi malas betul nak keluar rumah? Tapi nak beli barang. Tapi malas nak bersiap tukar baju, bersolek sikit, nak pergi kedai atau shopping complex nak kena cari parking lagi. Kalau ibu yang mengandung atau ada anak kecil lagi menyukarkan pergerakan, ye tak? Jenuh kan? End up balik tak beli apa-apa, lagi hampa.
Semenjak dua menjak ni, trend online shopping makin menjadi-jadi. Dan saya juga antara salah seorang lah yang dah mula terjebak. Bukan apa, jimat masa, tenaga, tak perlu keluar peluh. (apasal kau pemalas sangat ni hah??) Sekarang ni, semua di hujung jari. Gituh. Tapi, kadang-kadang macam risau juga kan kalau ditipu seller? So nak share lah dengan korang satu website yang okay ni.
Jadi di mana website yang menarik untuk mencari pelbagai barang keperluan dalam masa yang sama boleh dipercayai? Haaaa...
di Lamido
Untuk pengetahuan, Lamido ni dibentuk bawah Lazada Group.
Website Lamido ni pada saya user friendly. Tak serabut nak faham & tersusun.
Yang penting harga pun murah & berpatutan. Boleh pilih ikut kemampuan anda, harga dari yang murah, sederhana, atas lagi dari sederhana..Macam mana nak order barang di Lamido ni? Cukup mudah, korang tolonglah faham..
Step 1: Register dulu sebagai New Customers
Step 2: Isi segala details yang diperlukan.
Step 3: Mulakan misi pencarian.
Untuk memudahkan pencarian anda, boleh cari ikut kategori (di sisi kiri) yang anda inginkan. Makanya, anda akan semakin rambang mata. hihi. Sebab, di Lamido ni banyak sangat jenis barang yang anda boleh cari bukan untuk perempuan saja okay. Ada barang computer, camera, barang kecantikan, pakaian, barang baby, ah banyak sangat lah pendek cerita.
Step 4:Pilih ikut mana yang berkenan di hati. Contohnya handbag Calvin Klein ni. Ruang ni akan ada details dari seller, bila barang akan dihantar, berapa harga postage. Ada juga produk yang free postage. So, pandai-pandailah kome membeli ya.
Step 5: Selepas anda klik "Buy Now", Order Details akan keluar seperti dibawah. Dan anda boleh pilih nak buat pembayaran melalui account bank mana.
Selain itu, di ruangan ini juga ada disediakan cara untuk submit resit pembelian. Haaa..semua details lengkap & mudah difahami.
Step 6: Katalah anda nak check barang yang anda dah beli, boleh check di ruang belah kanan, tekan "My Account" dan akan keluar page seperti di bawah. Kemudian, klik "My Purchases".
Maka akan keluarlah barangan yang anda dah pilih. Alamak kantoi pulak beli apa. hihih.
Selepas anda purchased & melakukan pembayaran seperti di Step 5 tadi, notification akan masuk pada email anda dan no phone anda. Katelah kalau barang tiba-tiba out of stock, anda akan diberitahu secepat mungkin. Itu pengalaman saya lah. Bila barang dah dihantar untuk shipping juga anda akan dapat notification. Dan yang paling saya puas hati, barang sampai cepat. Ini memang WIN! Dalam masa 3 hari semua barang dah sampai. Saya jenis kalau nak beli barang online kena tengok website dia friendly ke tak. So far, website Lamido memang user friendly, service pun profesional. Good Job!!
Sekarang dah bulat mata je tengok camera Instax comel ni. Wuwuwu.. T__T
Sabarrrrr..
So, kalau rasa nak usha kot-kot barang yang korang berminat ada jugak ke kan..boleh lah ke website mereka di: